Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan




EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

Sunday, April 22, 2012

AYAM GAJUS ALA NYONYA

ASSALAMUALAIKUM.......



semoga teman-teman semua sihat walaupun berada jauh di mata tapi dekat di hati ... jom layan resepi cina muslim ni .. ini kak watie cakap bukan wani..suka betul resepi cina muslim...  banyak dah resepi-resepi yang wani ambil dari dapur kak watie ni  .. semuanya memang sedap..... memang marvellous resepi ni sebab ada bunga kantan tu yang wani teruja sangat nak buat ... dah lama waiting list ... baru tersampai hajat nak buat.cuma wani ada buat olahan dari segi nak tumis bahan-bahan kisar tu. nampak macam pelik je nak tumis terus letak sos-sos semua tu hihi... wani guna ketulan ayam dan goreng 3/4  masak ... cili kering tu taklah wani letak banyak sangat ambil dalam 3-4 tangkai macam tu lah sebab wani buat tak sampai seekor pun ayam... seasoning sos maggi wani tak letak sebab no stock..


AYAM GAJUS ALA NYONYA

Kiriman: ChefHanz
Sumber: Kolej Komuniti Sungai Petani

Bahan-Bahan:
500gram isi ayam (potong dadu) - Saya potong 16, gaul garam dan kunyit dan goreng 1/2 masak
100gram kacang gajus - Saya letak lebih kurang 40gm jer ikut stok yg tinggal
5 ulas bawang kecil(kisar halus)
10 ulas bawang putih(kisar halus)
50 gram halia muda(rancik halus)
1 tangkai bunga kantan(rancik halus) - Saya letak 2 tangkai sbb bunganya agak kecil
3 helai daun limau
100gram cili kering(potong 3)
1 batang serai(kisar halus)
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Seasoning sos Maggi
1 sudu kecil gula
daun bawang untuk hiasan

Note : Saya tambahkan 2 sb cili kisar bagi rasa yang lebih pedas.
 
Cara:
1.masukan semua bahan kisar dan rancik halus bersama sos tiram,sos seosoning dan sos cili.Tumis bahan2 ini sehingga berbau harum.
2.masukkan ayam,dan goreng ayam sehingga sebati dengan bahan2 tadi.
3.masukan kacang gajus dan cili kering kedalam kuali dan kacau bersama ayam.
4.apabila ayam masak sepenuhnya, masukan daun limau dan gula untuk menyedapkan lagi makanan.
5.Gunakan daun bawang sebagai hiasan.

NOTE: 
- untuk blend bahan kisar, wani blendkan sekali  separuh daun limau purut..sebenarnya wani lupa nak letak daun limau masa tengah kacau-kacau ayam tu .. tapi nasib baik dalam bahan kisar tu dah blend sekali daun limau tu ... hihi... so tak letak tak kisah la jugak .. kalau nak letak boleh aje...
-  wani tumiskan bahan kisar,cili kisar  dan halia dicincang terlebih dahulu ..bila dah nampak separuh masak baru wani masukkan bunga kantan ..kacau sampailah tumis tu naik minyak .. baru lah masukkan sos-sos semua tu dan followlah the next step perasakan dengan gula dan garam ... sekiranya sos pekat tambahlah air untuk senang digaul ya...

13 comments:

  1. Selamat pagi Wani,
    tentunya enak dan wangi ayam gajus ni kan..ada guna bg kantan..wangi dan menyelerakan..

    ReplyDelete
  2. asslm Wani...wah sedapnye pepagi tgk lauk ayam tu...nti tghri QH dtg umah ehhh kita makn sesama...hihi

    ReplyDelete
  3. Assalam wani...mcm rendang je masak ni kann? cuma lainnya bunga kantan tu..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Wani

    nampak sedap masakan wani ini..boleh cuba nanti..terima kasih ya berkongsi resipi.

    ReplyDelete
  5. sedapnya,,suka resepi chinese sytle or nyonya ni..sedap!!!

    ReplyDelete
  6. nampak sedap dan menyelerakan..:)

    ReplyDelete
  7. Assalam wani,
    lamaaanyaaaa tak kemari..rindu sesangat..
    lauk ni pun dah lama masuk list....memang nampak sedap tu..makan dgn nasi pun dah boleh jalan nikan..

    ReplyDelete
  8. kuzi ayam pun nani belum terbuat...dah ada resepi baru lagi..nampak gaya pasni kalau nak cari resepi ayam boleh bukak blog kak wani dah.

    ReplyDelete
  9. hihi .. kasihan nani nak belajar sangat kuzi ayam ya .. kak wani x tempek pun lagi kat sini huhu ... resepi ayam yg x seberapa nani nih ciput lagi ni

    ReplyDelete
  10. rahel :hihi memang menyelerakan .. lebih2 lagi ada bunga kantan tu yg naik selera

    QH: dah malam baru online neh... lauk ayam pun dah habis hihi x pelah lain kali kita lunch sama2 ya

    kak zana: tu lah wani tengok mcm nak masak rendang je yg beza bunga kantan tu je

    nuridah : salam ,,, hihi memang sedap sama2 blh la cuba ya .... :))

    Q: memang sedap la ,,cubala nanti tahu sendiri ya..

    nieza: terima kasih .. memang best resepi ni silah cuba2

    kak ayu: wassalam kak ayu... dah x de lauk lain ok dah ni ...

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Wani..sedapnya makan nasi berlauk ayam ni..pastu sambil makan, tergigit plak kekacang tu..lagi sedap ni....

    ReplyDelete
  12. Salam... ini Nyonya datang malam-malam mau mintak banyak.. boleh ka???

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Wani,
    Ya Ampunnnnnnn.......akak terlepas bas lagi ni, itulah kelemahan diri akak huhuhu. Tkasih sudi cuba resepi akak cilok tu yer, mmg sedap kan...

    ReplyDelete