24 March 2012

SLICE CHEESE CAKE LAGI !!!

ASSALAMUALAIKUM...........


slice cheese cake lagi !!!.. first time wani buat tu agak terkerak sikit kat surface dia tu & nampak burnt sikit..bakar terlalu lama kot dan wani bakar api bawah atas... dan kali ni.. wani bakar guna api bawah saja.. kaedah bainmarie.. atau pun orang panggil  kaedah water bath ,,in english ..wani cakap ni takut ada orang tak tahu .. dunia alam maya ni mana tahu ada orang nak berjinak-jinak dalam bidang masakan...  cheese cake naik cantik dan   warna kat atas tu pulak  light2 gitu..cuma dia merekah sikit tu je ..  kali ini wani tak bakar pun dalam loyang springform ataupun loyang yang boleh buka dasar kat bawah tu .. wani guna loyang bulat biasa 8 inci.. ini kerana tak nak pengalaman hitam berulang heheh.. wani ingat takut tak boleh nak keluarkan kek tu  .. tapi alhamdulillah elok je keluar ..potong satu slice letak blueberry topping ..tu pun nak habiskan stok.. yang selebihnya tak letak takut ada yang tak makan nanti kalau letak topping semua kat atas tu. sebab dah craving sangat nak makan cheese cake ni dan bila check dalam peti ada hanya 3 slice cheese jer .. wani cuba jugak buat walau hanya 3 slice  dan hasilnya rasa pun masih ada lagi rasa cheese walaupun dalam resepi hanya minta 4-5 slice ... tak apa sikit.. yang penting naik gebu dan tak jadi bantat kat bawah tu ..hihi ..  jom semak semula resepi ni ya ..

tanpa penggunaan serbuk penaik ..kek ni boleh naik dengan hanya penggunaan putih telur sahaja ... adunan jangan kaup balik terlalu  lama sudah .. dan terus masuk dalam oven lepas siap letak dalam loyang ....


permukaan kek tak smooth tapi nasib baik naik gebu je tak bantat


SLICE CHEESE CAKE 
Source 1: KAK NOR @ SECUBIT GARAM
source 2  : Ros(Onigiri)@MyResipi

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M ( wani guna telur gred A)
beberapa titik esen vanilla


- potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
- kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
- masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
- asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
- didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, - masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
- akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
- bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
- hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi

NOTE:
  -wani cairkan slice cheese dan susu  dengan guna  kaedah double boiling .. tak nak bagi dia hangit kat     bawah .. 
- suhu oven wani , wani bakar dalam suhu 150 C api bawah sahaja dalam 1 jam dan tambah 10 minit turunkan suhu 140 C..







Komen
5 Komen

5 comments:

Amie said...

Oh Wani! Sedapnya... nampak simpel tapi dah tahu sedappp! Jom pi bawah pokok bawa seloyang sambil minum teh panas...

Mieza said...

waniiiiiiii oooo waniii..ada lg tak ciskek ni? nakkkkkk! nampak sedap sgt dgn blueberry kat atas tuh..tempting...sedapkan resepi ni..dah pernah cuba dulu...mmg tak fail :)

quinnie said...

sedapnya wani..kita pernah cuba dulu tapi jadik bingka..hahahhahha...tak tau bila nak cubalagi...huhuhu

nuwairani ismail said...

one of my feveret! serius! suke sgt! last buat kek ni hujung tahun lepas...semua kat kg tu suke...

Juliza Sihatnatural said...

Wah....menarik..tanpa serbuk penaik @ soda bikarbonat....all natural bhn...boleh cuba nnt...

Free nnt..jom lawat blog saya

www.sihatnatural.blogspot.com

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign