04 March 2012

SAMBAL TEMPE KERING

ASSALAMUALAIKUM...


menu yang terperap dalam folder ..entah bila nak habis asyik kena Q je... menu kesukaan abah wani ,, siap pergi market suruh pergi beli tempe nak suruh buat lagi sekali tempe kering ni ..wani guna 1 keping je yang dibungkus dalam plastik ..sukatan untuk resepi ni banyak , pandai-pandai adjust sukatan bahan tu .. terutamanya  bab cili kisar ... terima kasih CMG...

SAMBAL KERING TEMPE
SOURCE : CMG

BAHAN-BAHANNNYA :-)
4 keping tempe (mat guna jenis yang bungkus dengan daun)
1 genggam ikan bilis, cuci dan toskan
1 genggam kacang tanah
1 cawan cili kisar
2 ulas bawang putih
1/4 cawan jus asam jawa @ 3 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tempe dihiris nipis, gaul dengan sedikit garam dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Begitu juga ikan bilis dan kacang tanah tadi, digoreng garing. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tuang jus asam jawa atau cuka. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa (gula lebih sikit).
  3. Bila pekat, masukkan tempe, ikan bilis dan kacang tanah tadi, gaul hingga rata. Biar kering sekejap dan boleh matikan api. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign