Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Saturday, March 3, 2012

NASI AYAM PENYET PALEMBANG

ASSALAMUALAIKUM........


alhamdulillah,,,, dapat jugak wani bukak blog kesayangan ni ... apa khabar semua ..semoga semuanya sihat .. sejak beberapa hari ni ..asyik terfikir pasal dapur maya ni je .. rindu nak pergi blogwalking kat dapur kawan-kawan lain huhu... rasa macam dah lama menyepi .. terima kasih buat pengunjung-pengunjung yang sentiasa berkunjung ke dapur maya . tak kisah la siapa pun ... walaupun tuan rumah ni tak dapat nak update blog sejak beberapa hari ni ... aih macam-macam dugaan yang berlaku.... kabel telefon kampung wani ni kena curi habis satu kampung ni tak ada line telefon .. dek kerana pencuri yang bukan sahaja menyusahkan orang .. mencuri lagi ... nak ikut kepentingan diri sendiri je reti  .. jadi stryeamyx kat rumah ni tak boleh nak jalan macam biasalah sebab kabel phone tu tak ada .... sebenarnya kampung wani ni dah 2 kali dah kabel phone kena curi .. ini kali kedua la berlaku ni .. memang tempat pihak TM letak kabel phone tu agak terpencil sikit .. tepi semak-semak ... itu yang menjadi sasaran pencuri tu .. yang wani hairannya .. sempat ya pencuri tu pikul tangga tinggi nak naik tiang lagi ... tak reti bahaya .. sampai wayar untuk line internet pun dia potong ...

wani doakan agar penjenayah macam ni .. biarlah mereka nak sorok dalam lubang cacing pun.. tapi balasan setimpal dari Allah di akhirat nanti siaplah ... lagi teruk... ke mana nak lari ??bukan sekadar mencuri tapi menyusahkan orang jugak !!!   sebelum tu dah perasan dah sebab satu kampung ni jadi gempar ..sebab mereka cakap  line telefon dah tak ada  dah.. tapi bila wani check ..aik line internet ada lagi ... maknanya pencuri tu tak potong lagi ..selang seminggu kemudian .. baru dia potong kesemuanya ...bila dah jadi macam ni ,, bila dah 2 kali jadi macam ni wani fikir memang kampung ni tak boleh nak pakai line telefon dah  ..sebab asyik kena curi je ..sebab dekat kampung Melur memang kabel phone kat sana asyik kena curi je sampai pihakt TM dah hantar notis, mereka tak dapat nak baiki balik dah apa yang dah kena curi tu ,, tak padan dengan apa yang nak dibaiki ....sampai macam tu sekali kan .. dek orang yang bernama PENCURI ..!!!!!! lain kali kena fikir aternatif lain dah .. dah tak nak dah pakai stryeamyx,,,, so kena pakai broadband je la ...

panjang lebar wani menaip  ,,, huhu,, maklumlah luahan hati ... oklah ini resepi yang dah lama terperap... ..sedap bagi tekak wani .. macam-macam cara orang buat nasi ayam penyet ni... tapi wani mencuba yang ini dulu ..sambal dia sedap ...BEST!! wani buat sambal yang letak ikan bilis goreng tu best cicah dengan ulam..  ..cuma wani buat ayam tu terlebih penyet hihi ... dan batter untuk ayam tu wani rasa .. kena jadi rangup sikit lagi ,...  Terima kasih Zaliana




NASI AYAM PENYET PALEMBANG
SOURCE: ZALIANA

Sumber: Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)

Bahan A (untuk merebus ayam)
1 ekor ayam (belah empat)
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2 liter air
Garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
2. Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
3. Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
4. Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.

TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.

Bahan B (untuk goreng ayam)
2 biji telur
175 gram tepung beras
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka. Cuci toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh serbuk lada
Garam dan air secukupnya

Cara-caranya
1. Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
2. Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
3. Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
4. Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.

Nota: Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agar ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.


Bahan C (Untuk nasi dan sup)
1 kilo beras (cuci dan toskan) ( wani guna 2 cawan )
150 gram mentega  ( 2 sudu besar )
1 cawan minyak masak ( 2 sudu besar minyak jagung )
½ cawan minyak bijan ( tak letak )
6 – 8 helai daun pandan ( 1 - 2  helai je )
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk) ( 2-3 ulas )
Garam secukup rasa
Air rebusan (stok) ayam secukupnya

Cara-caranya
1. Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.
2. Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Bahan D (untuk sambal dan ulam)
3 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis goreng
100 gram belacan
Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)

Cara-caranya
1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bili sgoreng hingga lumat.
2. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.

Nota: Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan. Anda boleh menggunakan 5 batang lada merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)
½ botol sos tiram
½ botol air
Segenggam gula pasir
Sedikit minyak bijan

Cara-caranya
1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.




5 comments:

  1. wani..tak tau ngape kita tak suka sgt nasi ayam penyet...huhuhu..baru2 ni buat jugak..kekeke....

    siannya...dasyat tul pencuri ek...depa ni nak carik duit dgn cara mudah tapi kalau mati kejung kat tiang letrik tu nak taubat pun tak sempat...hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. HIHI x bese makan la kot ... hihi ... orang banyak buat jahat ni susah nak mati awal tuhan bagi kumpul dosa dulu kalo diorang x nak taubat ...

      Delete
  2. Aduhai..lapar la pulak tengok nasi ayam penyet dari palembang ni...jauh juga mari ek..hehe..

    ReplyDelete