22 March 2012

IKAN SIAKAP SWEET SOUR BENDAHARA

ASSALAMUALAIKUM.....


resepi asal guna ikan bawal.. eh asyik bertukar ikan je wani kan hihi....nasib baik tuan punya badan ni tak bertukar :D....  kebetulan hari tu beli ikan siakap 2 ekor .. yang ni punya menu pun dah lapuk jugak .. yang ni macam ala-ala resepi masam manis jugak.. tapi agak ringkas sikit berbanding ada yang pernah wani buat ikan siakap masam manis sebelum ni... bahan-bahan yang diguna tu untuk 2 ekor ikan bawal.. jadi kena pandai adjust bahan yang digunakan jika nak guna ikan siakap tu .. ya ... wani ambil dari RASA ONLINE ... banyak betul resepi kat sana rambang mata tengok ... HAPPY COOKING !!


IKAN SIAKAP SWEET SOUR BENDAHARA
SOURCE: RASA

Bahan-bahan:
2 ekor ikan bawal (besar) - dibersihkan dan digoreng garing setelah diperap dengan garam. ( wani ganti ikan siakap )

Bahan sos:
5 sudu makan minyak masak
5 biji bawang besar
2.5cm halia
10 biji cili kering
3 ulas bawang putih
100gm kismis
5 sudu makan sos plum
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan dipotong dadu:
1 biji bawang besar
1 biji tomato
1 biji lada benggala (merah, hijau kuning)
1 biji lobak merah

Cara memasak:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar hingga berbau wangi.
2. Selepas itu masukkan cili kering yang dikisar. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan sos plum, sos tiram, sos tomato, sos cili, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
3. Selepas itu masukkan kismis dan bahan-bahan yang telah dipotong dadu. Gaul sebati dan masak hingga pekat.
4. Tuangkan sos ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
5. Sedia dihidangkan.


* kalau guna ikan bawal, pilih ikan bawal hitam untuk rasa yang lebih sedap.
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign