Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Wednesday, March 21, 2012

IKAN SIAKAP AROMA BERSANTAN

ASSALAMUAALAIKUM..........


 Actually kan, resepi ni dah lama print .. tapi kalau tengok kat kertas ni .. kejap cakap nantilah dulu nak buat benda lain dulu.... sebab wani macam confused nak masak sebab resepi ni untuk sos dia tu ada letak santan ... tapi kan tak sangka cubaan berani tu datang nak mencuba ... ya Allah sedap sungguh resepi ni  ... mak wani cakap sekali tengok sos dia tu macam ala percik ayam pun ada .... bila kita dah balancedkan rasa masam manis dia tu memang sedap ... Cuma wani ganti limau kasturi dengan asam limau nipis tu.. letak banyak jugak nak suruh dia ada rasa masam manis sikit kuah  plus  resepi ni nak tumis ada guna serai ... itu yang beraroma sangat tu  hihi .. tak rugi ya mencubanya.... cuma bila nak gaul dengan kuah dia tu nampak dah sedang elok je salut kat ikan ... tak meleleh sangat . wani kacau kuah tu sampai dia pekat dan naik minyak .. lepas tu baru masukkan ikan dalam kuali gaul-gaul rata nak bagi dia salut sekata... nampak yang kak wattie buat ada berkuah sikit ..sebenarnya wani lebih suka pekat macam ni dari berkuah tu hihi ..   tapi tak apa janji sedap ...kalau nak bagi pedas tu better ikut resepi ni la letak cili merah tu campur sikit dengan cili padi .. baru lah kick..!




IKAN SIAKAP AROMA BERSANTAN
SOURCE: KAK WATTIE

 Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal hitam yang besar - dibersihkan - sy tukar ikan siakap
12 tangkai cili merah - sy letak 7 cili merah dan 5 cili padi
8 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dimayang kasar
1 cawan minyak masak
2 cawan santan pekat
2 batang serai - dititik
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil gula
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 tangkai cili merah - dibelah dua
1 tangkai cili hijau - dibelah dua
1 biji jus limau kasturi - yg ni saya tambah

Bahan-bahan tabur:
3 sudu besar bawang goreng - yg ni saya goreng 2 biji jer utk hiasan
1 pokok daun bawang - dihiris - yg ni takder stok
1 pokok daun sup – dihiris

Cara menyediakan:
1. Ikan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ia masak.
2. Angkat ikan dan ketepikan seketika.
3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai hingga wangi.
4. Masukkan semua sos diikuti gula, garam dan santan. Kacau hingga mendidih dan pecah minyak.
5. Masukkan bawang potong, cili merah, cili hijau serta ikan. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sebentar.
6. Apabila sudah masak, hidangkan dalam pinggan leper.
7. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.




1 comment:

  1. Salam Wani,
    Alamak dah terlepas bas ni, mesti dah selesai semuanya, ikan ni mmg best kan Wani. Tkasih kerana sudi mencuba

    ReplyDelete