19 March 2012

BROCCOLI BAWANG PUTIH

ASSALAMUALAIKUM..........



terasa dah lama cuti berblog ..hari-hari rindu dekat blog ... rindu nak blogwalking macam dulu ....sejak kebelakangan ni banyak benda nak kena settle ...line internet pun satu hal ...  alhamdulillah wani sihat ... dan harap kawan- kawan semua pun sihat ya ... bila dah lama tak menaip rasa macam speechless pun ada ... tapi tak apa wani directkan terus kepada resepi ya .. dah berlambak dalam folder ni.... time cuti berblog pun, rajin jugak masak dan nak ambik gambar pun rajin lagi time tu ^___^...broccoli stir- fry ni sedap, simple and easy to prepare ya .. tapi hasilnya sedap .. wani kalau sayur macam ni ..sedap makan saja je lepas makan nasi  ... ada letak bahan tambahan sikit tauhu ...

BROCCOLI BAWANG PUTIH
SOURCE: RESEPI RAIDAH

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.


Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign