Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Sunday, February 19, 2012

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

ASSALAMUALAIKUM........



rasanya ini kek kedua wani buat untuk tahun baru ni hihi ... yang pertama tu oreo slice cheese cake .. tapi itu kira ke bukan macam dalam kategori kek pun ...susah tau wani nak mengekek kat rumah ni ada orang anti gula... huhu.. tapi disebabkan tekak ni dah lama betul tak rasa kek-kek lebih -lebih lagi ramai orang dok tayang kek coklat .. buat hati ni terus tergoda nak buat ... ..disebabkan sudah terdesak sangat ,,tengok-tengok telur satu pun tak ada ,,, terlintas la dalam kepala ni nak buat SMECC ni .. yang begitu famous ..semua orang dah buat dan dijamin memang super moist lah.. wani pun dah banyak kali buat sebenarnya ..tempek kat sini pun dah ada ... cuma buat dalam loyang yang besar-besar.. masa nak buat kek ni .. tengah fikir rasa tak nak buat dalam loyang je .. nak bagi sekali ngap makan ..hihi  so terkeluarlah idea nak bakar dalam muffin pan.. senang sikit tak payah nak potong-potong dah .. erkk wani tak caya wani buat kek ni dalam masa 30 minit dah siap nak bakar dah ..godek-godek je kan ... bukannya ada bahan yang pukul sampai kembang pun ...  tapi bahan-bahan yang nak diayak tu wani dah sukat terlebih dahulu la .. dalam satu bekas ... tunggu masa yang sesuai nak buat kek .. terus je ayak .. tak payah nak timbang2 time tu pulak ... 


kek ni buat kawan-kawan yang belum cuba , erkk rasa dah ramai orang mencubanya ni .. kek ni dah jadi 10 ratings dalam kategori eggless cake dah ni hihi ... MEMANG WAJIB cuba ,, sebab memang SUPER MOIST sangat.. bagi wani rasa dah tak nak cari yang lain dah kalau terdesak tak ada telur tapi rasa nak makan kek .. pakai resepi ni je ... wani dapat 10 biji dengan guna muffin pan ni .. lepas tu terasa nak deco-deco kat atas tu .. lagipun nak habiskan stok cooking choc dengan ceri yang ada. coklat urai pun banyak lagi !!! ... banyak betul stok -stok yang nak diperhabiskan ni .. bila masa la rajin tu nak datang !!!! .tapi apapun  sedapnyaaaa dah lama tekak ni tak rasa kek coklat .... wani ambil kat dari dapur kecah .. tapi bila wani pergi kat blog dia entah kenapa blog dia terus direct pergi ke web amazon.com ... tapi apapun wani sertakan link kat sini ya ... terima kasih sudi berkongsi ....

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
SOURCE: DARI DAPUR KECAH

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang ( wani guna 1/2 cawan je sebab letak choc topping )
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


* saya tidak masukkan chocolate emulco
* gula saya kurangkan. 2/4 gula perang dan 1/4 gula pasir
Dan kek ini saya mandikan dengan chocolate ganache.


1 comment:

  1. Salam..cup cake ni betul2 nampak moist...Nak cuba buat jugalah..kopipes resipi dulu yaaaa....

    ReplyDelete