Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Tuesday, February 14, 2012

MINI BREAD PUDDING

ASSALAMUALAIKUM.......


menu yang dah lepas, lemau betul nak update .. tapi ini resepi senang je pun ... biasa puding roti letak telur kan tapi yang ni wani tak letak telur,kalau bab puding roti ni wani tak boleh nak makan sangat yang ada telur tu ,,, tak letak telur pun  asalkan jadi benda yang boleh dimakan sudah :D.. sebab hari tu ternampak 5 keping roti nampak macam tak laku je ni ..ai tak boleh jadi ni .. kena selamatkan roti tu dari berkulat hihi. so wani jadikan mini bread pudding rasa macam malas nak bakar dalam loyang  macam tu .. baik buat kecik2 lagi cute dan comel bila nak makan.... tapi resepi pun main campak-campak .. kalau orang cakap ala nak buat puding roti senang je .. tak payah pikir panjang carik-carikkan roti tu lepas tu masukkan je susu cair and then bakar jadilah puding roti .. hihi .. tapi yang wani buat ni sempoi je ... dah buat baru laku puding roti ni ... wani sendiri dah habiskan 4 ketul.. ;p tapi best serve hot la... kalau sejuk tu dia kureng sikit.... yang wani buat ni lembik dibawah ,rangup kat atas haaa macam tu lah boleh nak diterangkan... wani bakar dalam muffin pan..dalam 30 minit..  dan ikut tuang je susu cair tu kat dalam pan tu... hihi... nak bagi idea dekat yang nak lagi sempoi nak buat puding roti ni ...entahla kalau ada orang buat cara wani ke tak ni :D...

MINI BREAD PUDDING

BAHAN-BAHAN
5 keping roti
marjerin
gula
chocolate chip secukupnya
susu cair secukupnya

CARA-CARA
1. Roti dibuang tepinya tapi jangan dibuang boleh diguna nanti...
2. sapukan roti dengan marjerin lepas tu taburkan sedikit gula
3. kemudian roti dibelah 4, dan wani masukkan setiap 2 belahan tu ke dalam setiap satu acuan tu.. tapi terpulang nak buat macam mana..
4. potong sikit bahagian tepi roti tu dan selitkan kat tepi-tepi sekeliling roti tu .. lepas tu tuang susu cair tu.. ini pun agak- agak je tuang, tak banyak sekadar nak bagi lembapkan roti tu
5. tunggu dalam 30 minit nak bagi dia kembang . dan akhir sekali tabur lah choc chips atau ada bahan-bahan lain terpulang atas citarasa...
6. bakar dalam 30 minit ikut suhu oven .. 

NOTA: masa dalam oven tu memang dia akan kembang naik tapi taklah sekembang kalau adunan roti tu ada telur...




3 comments: