KARIPAP TUN DAN INTI SARDIN KAK NOOR

ASSALAMUALAIKUM......


tak terbalas komen untuk entry lepas .. apapun terima kasih .. :).. wani macam nilah kalau kejap sihat ... memang sihat gembira .. kalau dah jatuh sakit .. memang kemurungan la sikit .. ini kali kedua wani buat karipap ni dengan resepi yang sama .. tapi masa buat kali pertama tu tak berapa nak jadi, mungkin agak kali pertama buat ni.. tangan pun agak -agak kekok maklumlah baru nak belajar buat karipap hihi...  memang frustrated sangat masa tu .. ala karipap tak jadi sangat huhu..sebab ada yang tertebal kulit dia tu ...  ini kali kedua ni bila dah cuba roll tu ai adunan karipap ni memang dia kenyal-kenyal eh .. dah la time roll tu kena roll cepat-cepat takut jadi macam dia kecut balik selepas roll ... tapi nasib baiklah bagi wani dah puas hati sikit .. cuma wani guna acuan karipap,, setengah dia jadi tutup elok2 dah tak payah nak main kelim dah  .. ada setengah tu ..kena kelim pulak lepas letak dalam acuan karipap tu ... tangan wani dah la tak berseni sangat.. kejap macam jadi ...kejap macam tak kelim tu ....


lepas tu bila time nak goreng tu .. tuu tengok macam dah jadi permukaan kat planet marikh la pulak  .. ada kawah-kawah.. ada gelembung... ada tak hihi.. nape eh .. tapi tak apa time wajah nya yang kurang cantik .. time nak makan tu la yang sedapnya .. untuk filling tu wani buat yang wani''s style punya guna daging kisar .. tapi tak ada resepi la kat sini ..resepi lebih kurang macam kak noor buat tu ya  tapi kalau sesiapa nak ikut yang inti sardin kak noor ni sila lihat resepi kat bawah ya ...wani guna acuan karipap yang kecik sedikit dapat hampir 39 biji .. banyaknya.. tapi kecik2 la .. jenuh ni tangan dok roll ..lain kali kena beli acuan yang besar sikit...  selepas digoreng yang selebihnya wani freezekan.. wani ambil resepi ni dari dapur kak liza.. dan kak liza cakap ini resepi karipap dari Tun dan juga inti sardin dari Kak noor ...terima kasih untuk kesemuanya .. izinkan .. wani panjangkan resepi kat sini pulak ya untuk rujukan wani masa depan ...



KARIPAP TUN DAN INTI SARDIN KAK NOR
SOURCE:  INTAI DAPUR

RESEPI KARIPAP TUN

Bhn2:

4 cawan tepung
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
Panaskan margerin + minyak dlm periuk. Tutup api.
Tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
Dah sejuk sikit, campur garam dan air.
Uli-uli.. siap! Boleh wat karipap ikut suka inti apa..


Untuk inti sardin ni pulak Liza amik dr umah Kak Noor Ganu tu...tp ada bab2 yg Liza adjuz sikit...timakseh Kak Noor..Liza share kat sini yer..

INTI SARDIN

Bhn2:
1tin sardin (saiz besar) ~ k.nor guna brand Pertima/Agromas - Liza guna brand Ayam
2 ulas bawang putih ~ diketuk & dicincang
2 biji bawang besar ~ dihiris
2 biji ubi kentang ~ dipotong dadu kecil
3 biji cili merah ~ dipotong dadu/kecil2
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam - Liza guna 1 s/b cili mesin
garam & gula secukup rasa
1 sudu besar jus limau nipis/kasturi
sedikit minyak
Sdkt daun sup - hiris ( liza tambah)
Cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili mesin hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang menjadi layu dan kekuningan dan masukkan sos dlm tin sardin.
Kacau seketika dan masukkan ubi kentang.
Sementara itu keluakan isi ikan sardin dan lenyek hingga hancur.
Masukkan sedikit air kedalam tumisan utk memastikan ubi kentang td masak.
Masukkan isi ikan, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga ubi kentang masak dan inti menjadi sedikit kering
Masukkan jus limau nipis, daun sup dan kacau rata dan padamkan api.
Biarkan sejuk dan bolehlah digunakan.

# Tips dr Kak Noor #
*Lebihan inti yg digunakan hendaklah dimasukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm freezer. Ini boleh memudahkan kerja bila nak gunakan di lain waktu.

** Inti sardin ni boleh digunakan sebagai inti karipap, Baked Sandwich, sebagai inti dadar berlauk, cara berlauk, pendekkata mmg boleh digunakan dlm mcm2 kuih lain, terpulang pd kreativiti masing2 ya..
~ terima kaseh utk Tun dan Kak Noor atas kedua2 resepi di atas....~



1 Comments

  1. bulat2 karipap dia,,:) kita tak pernah cuba lagi resepi si tun nih...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post