Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Tuesday, February 21, 2012

DONUT UBI KENTANG

ASSALAMUALAIKUM........


salam sayang.. salam rindu buat semua .. macam dah lama pulak tak update ni padahal baru je 2 hari hihi.. nak gi blogwalking pun tak sempat .. cuaca lak panas sekarang ni .. berpinar-pinar ni mata .. oklah jom layan donut yang wani buat ni nasib baik menjadi ,,donut yang baru beberapa hari dah buat ni ...  punya la wani tunggu nak suruh adunan tu jadi  naik 2 kali ganda ... lambat sangat .. buat pagi .. petang tu baru wani goreng .. nape la ya ..tapi lagi lama perap lagi bagus ...  aih dah lama wani tak bermain dengan yis ni...wani buat 2 cawan tepung gandum dan dapat 10 biji donut .dah banyak dah tu bagi wani ..siap freeze lagi .. hihi ..tak larat nak makan dah ..  apapun donut ni sedap!!! sungguh gebu donut ini ... donut ni tak salut dengan gula pun .. cukuplah dengan manis kat dalam tu ... dah ok .... sebab abah dan mak nak makan ... wani ambil resepi ni dari rumah kak ayu ... ramai dah yang cuba buat donut ni ... ya ok .. jom semak resepi ...



DONUT UBI KENTANG
SOURCE: kak ayu
Sources:-From Izah@izahdaut.blogspot
Bahan-bahan ( 3 0rang makan )

2 Biji Ubi kentang (direbus dan dilenyek)
4 Cawan Tepung Gandum (diayak 2 kali)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu teh yis segera
sedikit garam
1 cawan air
2 sudu besar planta-(Ayu gunakan butter)
1/2 cawan gula pasir


Cara-cara
Rebus ubi kentang sehingga lembut. Kemudian lenyek sehingga halus.
Ayak tepung gandum sebanyak 2 kali.
Gaulkan Tepung gandum, Planta, Gula, Garam, Susu tepung, Susu Pekat manis dan Yis bersama air dan juga kentang lenyek tadi
Uli sehingga tepung menjadi doh
Biarkan doh tersebut seketika sehingga doh tersebut naik. Perapkan lebih kurang 2 jam. Lagi lama lagi bagus.
setelah doh tadi naik, ambil acuan donut dan tekapkan pada tepung tadi.....
Goreng sampai nampak kekuning-kuningan......taburkan gula icing (gula yang telah dikisar halus)-(Ayu gunakan gula kastor)
hiaskan diatas pinggan....... selamat mencuba





5 comments:

  1. tadi puding roti..skang donat kentang pulak..nk test buatla

    ReplyDelete
  2. Gebunya donut kentang tu,sedapnya cicah ngan sos coklat..

    ReplyDelete
  3. memang dpt byk satu adunan...kita sampai separuh tu buat pizza..hehehhe

    ReplyDelete
  4. assalam wani
    wah donut kentang dah sampai disini pula ya..heheh
    akak memang tak pandai buat donut..its either me yang slack atau recipe tu yang tak menjadi..tapi for this recipe memnag bestkan wani..terimaksih kerana mencuba recipe yang telah diperkenalkan oleh izahdaut ni ya..

    ReplyDelete
  5. lin: hihi dah sampai seru nak buat donut ni... cuba buatlah insyaAllah menjadi lah tu :)

    rahel: hihi rahel sudah buat kan ... a'aah gebu sungguh donut ni .. ohh nanti next time kena buat sos coklat

    Q: kan? nasib baiklah nak cuba buat separuh je dulu.. takot sebenarnya takot x jadi donut tu ..

    kak ayu: hihi .. memang virus dari dapur kak ayu dah sampai sini. tercuba gak nak buat alhamdulillah menjadi ...nampak donut yg akak buat elok je texturenya tu .. montok2 lagi ...x nampak pon yg slack .. sama2 kak ayu

    ReplyDelete