Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Tuesday, February 7, 2012

DAGING REMPAH GARAM MASALA

ASSALAMUALAIKUM...........


a long weekend yang dah berakhir .. cuti yang panjang ni semuanya berkesempatan balik kampung jumpa sanak saudara and now back to normal again ... semuanya semakin sibuk ... begitulah perjalanan hidup bila sibuk ....akan sibuk memanjang .. tapi jangan sesekali lupakan-Nya... oklah  wani nak share resepi yang wani masak beberapa hari lepas .. wani tak pernah guna rempah garam masala sebelum ni .. pernah dengar tapi wani ingatkan macam garam, sebab ada perkataan garam tu  hihi... maklumlah kalau benda tak pernah tengok macam-macam dok bayang dalam kepala.. ;p....kalau sebelum ni dok asyik guna yang dah biasa masak macam rempah kari ikan, kurma, kari daging , rempah kerutuk, itu dah biasa... bila wani bau rempah garam masala ni , nak kata kerutuk tak jugak tapi bau macam kerutuk jugak... sebab warna rempah tu macam kerutuk... bila dah masak pun seakan-akan macam kerutuk .. kalau orang tak biasa,  rasa sah dia akan cakap gulai kerutuk ... hihi..bila rasa taklah macam rasa gulai kerutuk ..eh lupa,  sebelum ni pernah guna buat masala roasted chicken... tapi potong queue dulu tayang yang ni dulu ... wani buat lebih sebab nak cicah dengan roti malam tu ..kuah pun sedang-sedang pekat ..sedap!!..

sumber ihsan DIL SE ..inilah rempah garam masala..
rempah garam masala ada orang buat yang homemade punya .. tapi wani beli yang dah siap ler hihi..tak payah susah-susah nak kisar2 bagai .. terima kasih buat jintan manis kerana sudi berkongsi resepi ini .. wani copy paste kat sini pulak untuk rujukan kawan-kawan semua...


DAGING REMPAH GARAM MASALA
SOURCE: JINTANMANIS
sumber resepi- rosmarlina@jintanmanis.com 

Bahan-bahannya
400 gram daging tanpa tulang
2 sudu kecil rempah garam masala
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar serbuk rempah kari
2 sudu besar serbuk rempah korma
1 cawan santan  pekat
2 biji kentang
1 cawan air
6 tangkai cili kering
1 batang kulit kayu manis+2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat

Caranya

1. Potong daging sederhana, bentuk kiub, kisar halus bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan jintan manis. Panaskan api dan tumis daun kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau.

2. Kemudian ambil, rempah kari, rempah korma dan garam masala, jadikan pes dan curah dalam periuk, kacau sebati, dan biarkan bahan tumisan agak garing, selepas itu masukkan daging.

3.Akhir sekali, masukkan santan,air, kentang serta kicap pekat dan kicap manis. Masak sehingga daging dan kentang empuk.  Biarkan kuah pecah minyak serta menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula . Angkat dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak letak daun kari pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya, sedap juga dimakan bersama nasi minyak atau nasi beriani.
wani ada masukkan sedikit air asam jawa dan gantikan gula dengan gula melaka 


4 comments:

  1. tun xpernah guna garam masala tu. nmpk sedap pekat kuah dia

    ReplyDelete
  2. salam wani...akk pun xpernah guna garam masala ni...mst sedap cicah ngn roti ni....mmmmmmm

    ReplyDelete
  3. betul2 menyelerakan..tak tahan gue tengok lama2..

    ReplyDelete
  4. Salam..emmmm nampak menarik resipi ni..Sue pun selalu dengar pasal garam masala ni, tapi belum pernah cuba lagi.Ada masa nanti nak try juga lah

    ReplyDelete