Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Thursday, February 2, 2012

DAGING MASAK MERAH ALA THAI

ASSALAMUALAIKUM............


dah lama sangat wani tak makan daging masak merah ni  tak ingat dah bila last makan hihi ... bila teringat masih ada lagi daging batang pinang kat dalam freezer, terus terlintas nak masak daging masak merah . bila dah lama tak makan ni .. memang sedap lah ..kenangan zaman wani kanak-kanak dulu , abah wani yang selalu masak daging masak merah ni ... abah masak kan,, kami adik beradik ni semua masuk selera makan hihi .. sekarang ni dia dah malas masak dah .. anak perempuan dia ni pulak yang masak... ;p tapi dalam resepi ni tak letak baby corn... tu saja wani letak... ehh sedap tau .. kalau pergi kat restoran biasanya dia letak baby corn ni ... memang best resepi ni boleh dibuat untuk lain kali .... resepi ni wani ambil dekat rumah potret kasih .. terima kasih kerana sudi berkongsi .. :))..cubalah ya senang je ni ..


DAGING MASAK MERAH ALA THAI
SOURCE: POTRET KASIH 

300 g daging
1 sudu makan pes cili
1 labu bawang besar ( saiz besar ) – dipotong2
3 ulas bawang putih ( dipecahkan )
4-6 ulas cili padi  (dititik/diketuk ) – boleh tambah jika suka pedas
2 -3 sudu besar sos cili ( Boleh tambah sos jika mahu kuah lebih )
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan ( sos nampla )
1 biji buah tomato ( di potong 6 )
cili merah/ cili hijau untuk hiasan
daun ketumbar ( di hiris )
sedikit minyak

Cara penyediaan
1. Daging di bersihkan kemudian direbus hingga agak empuk. Angkat dan sejukkan seketika.
2. Hiris daging tadi kemudian ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
4. Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja – jangan garing sangat!).
5. Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.
6. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato daun ketumbar dan  cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang.
7. Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.



14 comments:

  1. berseleranya tengok...
    memang best..

    ReplyDelete
  2. tgk nama dia ingatkana ada liamu purut td.. sbb msk ala thai kan.. hihi.. tp nnti jd paprik pulak kan.. ada sos ikan rupa2nya.. tun kurang sket mkn sos ikan, xbiasa dgn rasa dia kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ...nanti tertukar dengan paprik... ooo patutlah ..

      Delete
  3. Wallaaaa..enaknya...gue lapar ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MEH meh mari makan tapi dah habis dah ni ;p

      Delete
  4. kalau mkn kat kedai tomyam pun, cmni jugak dia masak kan...mmg sedap mkn ngan nasi panas2 ni, tp kan kalau wani bg akak sepiring lagi sedap rasanya....muahahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang cam ni la kot .. eh rasa wani masak lagi sedap haha . perasan diri sendiri.. hihi.. ala ciput sangat sepiring tu kak.. nanti wani bagi sepinggan .. tapi kena datang rumah la nak ambik ;p..

      Delete
  5. kalau dapat lauk ni, tak andang dah lauk lain. cukup tambah ngan telur dadar je sudah. kan. sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. kan.. memang sedap betol pekena dengan nasi panas2 tuh ... telur dadar pun dah masukk dah

      Delete
  6. teringat nasi goreng daging merah kt semenanjung...kalo kat sabah ni asik2 duk hadap kicap aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk. nasi goreng daging merah .. entah.. x pernah dengar atau x pernah makan .hihi .. sabar ya nani kena olah2 la sikit buat resepi guna kicap tu hihi

      Delete
  7. kalau xletak daun ketumbar blh ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x letak x pe tapi kurang kick sikit :)

      Delete