03 January 2012

SOS CHEEZY WEDGES

ASSALAMUALAIKUM..............


selamat petang .. pagi tadi hujan renyai-renyai sikit ... bila dah nak dekat tengahari .wani tengok sang mentari muncul dengan riangnya.. ..alhamdulillah  baru terasa panas sikit .. asyik sejuk 2-3 hari ni ....  sekejapnya awal tahun baru .. dah pun hari ni 3 hb.. azam wani tahun ni kalau bab masak-masak ni insyaAllah wani nak belajar mendeko kek.. hihi.. tak pernah reti2 nak deko2 kek .tengok yang orang lain punya kek ..pandainya mereka semua mendeko, rasa jealous pun ada ...  ...tapi wani ni jenis orang yang tak suka sangat makan kalau bab2 frosting... alahai macam mana la tu nak deko kek.. :D... kalau frosting chocolate tak apa lak..  wani kalau setakat mendeko kek.. ala mendeko biasa-biasa je ..asalkan cukup syarat... dah lama pendam dalam hati nak mendeko kek ... insyaAllah janganlah niat terbantut....

asyik bercerita je .. dah meleleh air liur ke bila tengok gambar kat atas tu .. hihi... tercapai jugak hasrat wani nak mencari sos cheezy wedges sendiri... makan dengan potato wedges ... sedapnyaaaaaaa terutama sekali bila makan time panas2... dah boleh kira macam kat kfc dah wani buat ni hihi perasan sorang ... memang sedap lahh.. wani dah bagi test kat adik wani dia cakap dah ada rasa macam cheezy wedges kfc dah ni ... wahh hooray!!!!so. next time tak payah pergi kat kfc nak makan cheezy wedges .. dah boleh buat sendiri dah... :D....wani ambil resepi ni dari dapur kak liza...terima kasih kak liza nasib baik tertengok resepi ni kat rumah kak liza..  tapi sukatan untuk bahan2 tu agak banyak ..... bila wani fikir nak kurangkan separuh dari bahan tu masih agak banyak ..takut tak habis sos tu .. so, wani decide nak guna 3 keping keju ..wani guna cheese dale jugak... wani dah olah sikit resepi ni ... yang kat bawah ni adalah resepi asal.... nanti scroll down kat bawah ya .. itupun selepas wani olah bila dah buat masih ada yang  berbaki ... rasa2 terpulang jika ahli keluarga lebih suka sos tu letak banyak2 kat potato wedges tu ...

SOS CHEEZY WEDGES
SOURCE:  INTAI DAPUR 

Bhn2:

2 ½ sudu mentega
2 ½ sudu tepung gandum (kalau nak lagi pekat lebihkan tepung)
1 liter susu segar
4 sudu kecil garam (secukup rasa..kalau tak mau masin kenalah sukat dan rasa)
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
12 keping cheddar cheese (saya guna jenama cheesedale)
Sedikit pewarna kuning telur untuk cantikkan lagi warna chezzy

Cara-cara
Cairkan butter, masukkan tepung gandum, kacau jgn bagi berketul, masukkan susu, masukkan serbuk cili, serbuk lada putih dan masukkan cheddar cheese… masak hingga kepekatan yang dikehendaki. Letak pewarna kuning telur untuk naikkan seri cheezy. Mula2 nampak je cair..tapi bila dah sejuk sket dia jadi kental.



SOS CHEEZY WEDGES ( OLAHAN RESEPI  : WANI   )

BAHAN-BAHAN
1 1/2 marjerin @mentega 
1 sudu besar tepung gandum 
250ml susu segar ( wani guna susu tepung  biasa je )
garam ( secukup rasa ) 
1/2 sudu teh serbuk cili ( kalau nak lebihkan sikit tak apa tapi kena pandai2 rasa takut terlebih pedas )
1/2 sudu teh serbuk lada putih ( yang ni pun sama juga )
3 keping keju ( wani guna cheese dale ) 
sedikit pewarna kuning telur untuk cantikkan lagi warna cheesy 

CARA-CARA
Cairkan butter@marjerin, masukkan tepung gandum, kacau jgn bagi berketul, masukkan susu, masukkan serbuk cili, serbuk lada putih dan masukkan cheddar cheese… masak hingga kepekatan yang dikehendaki. Letak pewarna kuning telur untuk naikkan seri cheezy. Mula2 nampak je cair..tapi bila dah sejuk sket dia jadi kental.

NOTA WANI:
mula-mula cairkan butter guna api dapur lepas tu masukkan tepung , kacau cepat2 tak nak bagi berketul ... bila dah sebati tutup api , masukkan susu, garam , serbuk lada putih, serbuk cili, keju dan masakkan secara kaedah double boiler ... wani masak semua bahan -bahan ni dengan guna kaedah double boiler .. iaitu dengan cara .. rebus air dalam periuk lain ... dan periuk yang digunakan untuk membuat sos ni letak ke atas periuk satu lagi ... tak nak bagi ia jadi hangit .. kalau tak ia cepat hangit kalau letak atas api tu .... kacau-kacau sampai la dia jadi pekat sikit.. memang mula2 nampak cair .. nanti bila sejuk ia akan jadi pekat sikit..... kalau terasa nak tambah garam tu boleh la tambah masa tengah buat double boiler tu ... ya .. ok siap !!!!!


Komen
19 Komen

19 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam Wani..ini dapat kat anak akak tak sampai 2 minit lincin

quinnie said...

wani..bestnya..kita dah lama salin resepi tapi tak pernah cuba lagi..geramnya tengok..:)

tun_telani said...

tun pun dh salin resepi ni dgn semangatnya aritu. tp stok cheese pulak xde, so x terbuat2 lagi..

Mieza said...

masyaAllah wani..sedapnya nampak cheesy wedges ni..sebijik mcm kfc punya..skg tak pyh la order kat kfc lagi..dah tau mcm mana nak wat cheesy sos tu..dap!

myda_ahmad said...

kalau gi kfc mmg x pernah tak order cheezy wedges....satu kemestian coz sosnya yg enak bangat tu!.....rupa2nya buat sendiri pun boleh yerk?...ingatkan sos yg dh tersedia ada kt dlm botol2 di pasaran tu.....

Liza said...

salam wani...thnx yer sbb sudi try sos cheezy wedges ni...mmg sedap kan, berbaloi2....akak rasa pasni kfc gerenti tutup kedai...hihhihihi

Wani said...

kak paty : kalau makanan yg bercheezy . memang pasti digemari semua hihi..

Q: tak apa mesti kena buat someday ya .. nanti rugi la pulak kalo tak buat

Tun: alahai .. nanti kena ada stok cheese banyak2 dulu .. memang kena buat ya .. sedapp

kak mieza: hihi kan ..sebiji macam kfc apatah lagi nak merasa .. dah x ingat kat kfc dah

myda: x tau lak ada jual sos yg dah siap ya .. kalau buat sendiri lagi puas hati kot ,,, air tangan kita kan :))

kak liza: sama2 kak liza ,, terima kasih kak liza sudi share ni .. sekrang dah tau dah nak wat sendiri... :))

jiera said...

salam wani, sy dh try bwat. alhamdulillah family kate sedap. tp ble sejuk dia trlalu likat. knpe ye? or mmg mcm tu?

Wani said...

salam jiera .. terima kasih sudi cuba ya..:)) kalau panas2 lagi best makan sebab dia masih cair .. macam kat kfc la ... tapi kalau dah sejuk .. sos tu jadi likat sikiit ..itu sebab saya piping kan atas kentang tu masa panas2 ... senang sikit nak makan tak la kena cicah2 ..

shamel rieza said...

salam wani nk tanye,klu kte buat cheezy wedges ni dia boleh tahan brape hari ye?

shamel rieza said...

salam wani nk tanye,klu kte buat cheezy wedges ni dia boleh tahan brape hari ye?

Wani said...

salam maaff ya lambat reply ... saya pun tak tahu jugak berapa lama tahan tapi seelok2nya habiskan terus la

Hajar Hafeza Jawati said...

https://m.facebook.com/richcouplebiz83
Maaf sis mencelah.... sedap! Jemput ke page sya...Tq

sabariah said...

sedapnye

Unknown said...

salam kak..sy mohon copy resepi..nak cuba :)

Fendi Rocka said...

mohon share yg dah siap kat saya

Salimah Darni Gulo said...

Nak cube

Salimah Darni Gulo said...

Nak cube

Mas said...

sedapnya!!! my favourite!

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign