Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Tuesday, January 10, 2012

KERISI GORENG BEREMPAH

ASSALAMUALAIKUM.............


 biasanya kalau ada ikan kerisi kalau bab goreng mesti wani hanya goreng kunyit je dah sedap....hihi...  ikan ni ratah saja sedapkan....boleh ada kelainan sikit dari perap dengan serbuk kunyit tu aha.....kalau makan dengan nasi panas tu wahhh lagi membangkitkan selera.... kali ini bila ternampak kat dapur Dayangjack .. tengok je ikan kerisi berempah ni dah tergoda betul sebab diperap dengan banyak serbuk... apa lagi resepi pun dah lama disimpan.. baru lah hajat tercapai nak buat .... apa yang wani nak cakap .. memang sedap lah ada macam-macam rasa yang penting ada rasa kari ikan ... tak rugi mencubanya .. terima kasih kepada dayang kerana berkongsi resepi ni ... :))

KERISI GORENG BEREMPAH
SOURCE: DAYANGJACK

bahan-bahan :
  • 4 ekor ikan kerisi sederhana (dibersihkan)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu makan cili serbuk
  • garam secukup rasa
  • 1 tangkai daun kari
Cara-cara : Gaulkan bahan-bahan di atas hingga sebati dan perap selama 30 minit. Kemudian gorenglah hingga keemasan atau hingga masak. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama nasi putih.

7 comments:

  1. Wani...sedapnya dicicah dengan sambal belachan...emm sedapnye..

    ReplyDelete
  2. uhuhh sedapnye..ikan ni goreng garing2 kan, suke makan tepi2nye yg rangup tu :)

    ReplyDelete
  3. kita suka ikan kerisi... kalau goreng ikan ni mau makannya berekor2!

    ReplyDelete
  4. nani pon selalu goreng tabur garam kunyit je kalo ikan ni..tak pernah pulak buat pesen2...tp ikan ni memang superb!

    ReplyDelete
  5. wani..ikan kalau goreng cam gini memang longap makannya...cepat habis dlm bahasa biasa...hehehe

    ReplyDelete
  6. rahel: opss terlupa nak buat sambal belacan hihi

    noorsha:memang wani suka garing ..kalo lembap2 tak garing x berapa nak umphh nak makan hihi..

    kak amie;sama minat la kita ..wani kalau boleh nak meratah je kerja.. hihi

    kak paty: memang syok la kalo ikan mcm ni

    nani: a'ahh la kan kalo dah x tau nak perap dengan apa jawabnya garam kunyit je la lol!!!

    Q: ooo orang panggil longap ya first time dengar hihi

    ReplyDelete