Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Wednesday, January 25, 2012

KEK BATIK COKLAT

ASSALAMUALAIKUM...........


wani masih lagi mood cny ni  alahai ... main bukak tak bukak je blog ... kalau tak pun bukak blog saje tengok lepas tu tutup hihi.. malas nak cakap panjang teruskan resipi ini ..kek batik ni wani hidang untuk tetamu masa first day CNY .. kawan lama ibu datang .. lepas tu fikir if the kids datang tak lain makanan mereka suka yang pasti kena ada COKLAT .. so wani buat benda yang senang dan inilah dia kek batik coklat ..  kali pertama wani melapis biskut marie ..sebelum ni main kacau je dalam kuali biskut tu .. lepas tu tekan -tekan dalam loyang  tapi tak nampak lapisan tu sebab main tuang je  biskut tu. bila dah buat macam ni baru nampak cantik lapisan tu...wani dapat empat lapisan untuk satu adunan resepi ni ..dah sedang2 elok nak dingam masuk dalam mulut .. betul tau .. taklah tinggi sangat . disebabkan dah terbiasa yang wani buat jenis kek batik yang dulu-dulu .. bila melapis macam ni bagi wani, wani nak lebihkan lagi serbuk koko tu ... untuk lebih terasa kecoklatannya bila makan  dah sedap cuma part tu je .. sebab ia lebih banyak terasa kemiloan nya hihi... sebab resepi kek batik ni banyak  letak milo ..lain orang lain rasanya ya .. ibu wani kata sedap.. tapi laku jugak kek batik ni dari muffin tu haahh .. :D... maknanya bagi tekak mereka tu sedaplah tu

..

adunan coklat dia memang pekat sangat ya ..sampai wani kena buat double boiler sebab bila nampak pekat sangat wani tak jamin takut kat bawah tu cepat hangit ... jadi bila last step buat double boiler ... proses nak melapis pun senang sikit sebab adunan coklat walaupun agak pekat sambil-sambil kita buat double boiler tu ..dia jadi lembut la sikit ... resepi ni wani ambil dari blog Hasue... terima kasih kerana sudi berkongsi .. :))


KEK BATIK COKLAT
SOURCE :HASUE 

Bahan-bahan
* 200gm milo >boleh jer kalau nak lebihkan sedikit
* 250gm marjerin
* 2-3 sudu besar serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis atau 2/3 tin sederhana krimer pekat manis
* Biskut meri secukupnya
Cara-cara
  1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya) Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  2. Setelah cair masukkan susu,kacau menggunakan handwhisk..masukkan milo dan koko sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehingga sebati
  3. Gaul atau kacau lagi tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
  4. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan
  5. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  6. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  7. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
NOTA:
nak potongan yang cantik,,keluar je dari peti terus potong je kek batik ni ..kalau tinggal lama-lama coklat dia tu nampak nak mencair so susah sikit nak potong la ...




6 comments:

  1. ni kalau buat, bukan anak2 je suka. mak budak pun laju suap ke mulut. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ya lakan ni pun habis mak2 budak jong makannya ..;p

      Delete
  2. memang sedap kek batik coklat resepi dari milla ni....berhantu btol, makan x ingat dunia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo dah ada coklat ke .. memang makan x ingat dunia dah hihi :))

      Delete
  3. coklat die nmpk smooth n licin je..sy wat x smooth.. cane ek?

    ReplyDelete
  4. Kin: sory ya lambat reply ... eh kenapa x smooth ke .. sy buat kacau2 macam tu jugalah memang adunan tu likat pekat .. rata2 ratakan ... kemas2kan kat tepi2 tu nanti dia smooth sendiri la ... tapi yang adunan ni sebab dia pekat sangat ,, jadi sy masakkan secara double boiler masa tengah rata2kan kat biskut tu masih dok tengah double boiler ..

    ReplyDelete