Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Friday, January 27, 2012

KARIPAP ROTI

ASSALAMUALAIKUM.....


 ramai dah orang buat resepi ni ,so memang nampaknya resepi ni dah menjadi popular hits di kalangan blogger masakan .. termasuk lah wani yang dah mencubanya ..... sedap bila dimakan panas-panas .. kalau sejuk-sejuk tu dia kureng sikit .. tapi apapun sedappppp.. jom semak resepi .. sebenarnya wani dah lama ternampak resepi ni ... mula-mula intai dapur kak liza ,,, lepas tu pergi pula kat dapur kak izah ,,,,, wani ambil copy paste kat sana resepinya ... milik asal resepi ialah Puan Ros .. terima kasih ya kak ros .. berkongsi resepi yang ringkas tapi sedap .. ini .. :)).. baik sedia awal filling dia tu .. tak lah kalut-kalut kat dapur masa pagi tu ...

KARIPAP ROTI
SOURCE:  IZAH MUFFIN LOVER

resepi: Puan Ros
sumber: kak Ros kak Liza

Bahan-bahannya

* 12 keping roti
* sebiji telur untuk egg wash


Bahan Inti

* 3 biji kentang didadu
*1/2 biji bawang besar didadu
* 2 1/2 sudu besar rempah kari
*2 biji bawang putih potong halus
* 1 keping chicken stock
* 1 cawan air
* Garam dan gula secukup rasa
* 3 sudu besar minyak
* 1 mangkuk serunding daging (boleh guna isi ayam atau daging sebagai alternative ya)


 Cara menyediakan
1- Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan pula bawang besar dan kacau rata.Masukkan pula rempah kari yang telah dicampur sedikit air.Goreng hingga sedikit garing.
2. Masukkan kentang dan kaca rata.Tuang air dan biarkan bahan mendidih.Masukkan serunding daging(Serunding ni biasanya panjang2 so P.Ros gunting kan menjadi lebih kecil).
3- Masukkan bahan perasa dan tambah apa yang patut mengikut selera masing-masing.Masak dgn api perlahan hingga kentang empuk dan airnya kering.Angkat dan sejukkan.


Cara membuat karipap.
1- Gelek roti hingga nipis dan potong bentuk bulat mengunakan bentuk cawan atau mankuk.
2-Letak sesudu inti dan cantumkan kedua bahagian tepi dan picit sekeliling tepinya.Lepas itu gunakan garpu saiz kecil untuk menekan bahagian tepi karipap.
3- Susun karipap atas dulang dan sapu telur hingga rata (pastikan tidak banyak telur meleleh dibawah karipap sebab takut ia melekat pada dulang .
4. Bakar karipap roti dgn oven yang dipanaskan pada suhu 180C selama lebih kurang 15 minit atau hingga kelihatan perang



6 comments:

  1. salam wani.. mmg senang wat karipap guna roti je. instant karipap la ni kalau dh siap inti awal2 kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'aah tun memang dipanggil instant karipap la jugak mcm ni ..hihi tapi kalo bab filling keno sedia awal2

      Delete
  2. Salam Wani....bukan aje..mee maggi..cepat dimasak...sedap dimakan...karipap ni pun sama ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HIHI .. habis semuanya nak cepat dimasak .. tapi fillling dia tu makan masa lak nak buat hihi

      Delete
  3. wani...bakar lagi bagus..kurang skit minyak....hehehe...kita tak taula bila nak buat..sungguh malas nak masak inti..kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'aah ingatkan bila tengok resepi ni kena goreng rupanya tidak .. baik bakar .. bagus sikit hihi

      Delete