Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Saturday, December 31, 2011

MOCHI SAKURA DAN SELAMAT TAHUN BARU 2012

ASSALAMUALAIKUM...............


ini dia  entry last resepi untuk melabuhkan tirai bagi tahun 2011... nanti nak buka langsir baru untuk tahun 2012 pulak ... ^^....semoga dengan kedatangan tahun 2012 ini ,,, lebih membawa keberkatan.. lebih membawa rezeki  dalam kehidupan wani dan keluarga .. bukan sahaja wani, tapi untuk kawan-kawan blogger yang lain juga dan jangan lupa terus kan dengan food blogging anda ya!!!!! .... sebelum tu kalau tengok gambar kat atas ni .. untuk menghasilkan resepi ni ,,wani dah mengembara jauh ke Jepun sekejap untuk menghasilkan sejenis kuih yang bernama "mochi" yang berasal dari negara matahari terbit ni... tapi wani mengembara melalui google je sebab nak tahu apa itu maksud "mochi" sebenarnya ...:D. kalau nak tahu mochi tu adalah japanese rice cake yang diperbuat daripada tepung beras pulut ... macam kita guna tepung beras pulut tu je .. tapi dia panggil mochi bila dibentukkan dalam bentuk yang dikehendaki.. kalau nak tahu lanjut baca SINI  apa itu mochi .. kalau bagi wani la .... boleh dikatakan anak-beranak kuih onde-onde tu la ..sebab lebih kurang sama cuma mochi ni digolek atas bijan ada, kalau nak guna kacang tanah kisar pun boleh .. dan ada juga letak bean paste kat dalam ... tapi onde-onde kita letak nisan kat dalam .. itu yang unik hihi..


kalau cuba google, pelbagai variasi mochi sekarang .. macam-macam filling pun ada dah letak ... dan colorful lagi... wani memang suka kalau apa-apa bahan yang menggunakan tepung pulut .. lebih-lebih lagi bila buat macam ni ... golek-golek .. emm sedap....kenyal2 walaupun agak sticky asyik melekat je kat celah gigi :D.... tapi orang jepun lagi authentic punya bila buat mochi ni siap guna alat traditional yang pukul guna kayu tu ..seorang tukang pukul mochi tu dan seorang lagi tukang letak air bagi melembapkan mochi tu .. .. lagi susah kan. tapi kita guna yang tepung pulut yang paket siap tu je hihi... oklah terpanjang betul bercerita pasal mochi .... memang mudah je buat mochi .. simple ,easy recipe to prepare and to everyone who wanna make and enjoy mochi any time ... .. wani buat ni pagi ,, sampai ke malam boleh makan dah jadi macam snack ... sedap... bila salut dengan kacang kisar tu .. bila makan rasa lemak-lemak kacang .... bila gigit tu ... waduh tak boleh nak cerita hihi.... sebenarnya resepi ni wani tertengok masa cabaran MCM.. Amita yang jadi leader team tu buat dessert mochi ni ...nama resepi ni MOCHI SAKURA. sukatan untuk resepi ni agak banyak ..wani pun tak sukat sangat .. kalau rasa nak buat separuh buatlah kalau nak lagi kurang dari tu boleh kurang .. tapi yang penting masa nak adun tepung pulut tu dengan air tu je ...tak boleh nak cair sangat atau keras sangat...



MOCHI SAKURA 
Bahan-bahan:
  • 1kg Tepung Pulut
  • 250ml Air
  • 2 Cawan Kacang
  • 1 Cawan Gula

Cara-cara penyediaan:
  • Tepung pulut diayak dan digaul dengan air hingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras.
  • Kacang di goreng garing dan dibiarkan sejuk seketika.
  • Kemudian kisar halus gula dan kacang. Gaul sekali. Letakkan di dalam mangkuk besar. Ketepikan.
  • Adunan tadi dibentukkan bulat-bulat sebesar syiling 20 sen dan kemudian rebus di dalam air mendidih sehingga ia masak.
  • ***Tips bebola mocha akan timbul bila ia masak.
  • Tapis bebola mochi dan kemudian gelekkan dengan campuran kacang dan gula tadi. Pastikan rata dan sedia untuk dihidang.




Friday, December 30, 2011

KERABU PUCUK PAKU VERSI 2

ASSALAMUALAIKUM.................


mungkin ini untuk  entri terakhir untuk 31/12/2011 atau tidak ..hihi.. hari ni dah pun hari terakhir .. hari penutup tirai bagi tahun 2011.. masih ada sehari lagi untuk kita berganjak ke tahun baru 2012... bila wani imbas balik... .sejak 2- 3 hari ni .. masih berpusing-pusing lagi  dalam kotak fikiran ni .. kenangan-kenangan yang lepas bagi sepanjang tahun 2011 ini... betul la orang kata kenangan itu manis .... lebih -lebih lagi bila nak masuk tahun baru akan terpadam nanti 2011 ..akan muncul la pulak tahun 2012 ... nanti jangan tertukar nak taip 2011 pulak... kebanyakan masa permulaan nak masuk tahun baru ni disebabkan kita masih terbiasa menulis 2011... rasa masih agak kekok mula-mula ni ..kan....itu perkara biasa la kan .. tapi  yang paling ketara dalam hidup kita bila masuk tahun baru ni ..... usia kita menginjak lagi setahun.... rasa sekejap je ..itu yang paling takut ... apa yang paling takut tu .. sebab wani dok fikir sejauh manakah amalanku dalam kehidupan ini .. baik kah .. buruk kah.. masing-masing manusia mempunyai kelemahan diri dan itulah yang patut diperbaiki .... dan insyaAllah semoga Allah memberikan kita barakah yang lebih baik ke arah membina kehidupan yang lebih baik dalam hari-hari yang seterusnya ,,,,

alahai memanjang malam-malam yang sejuk ni..seharian hujan  ..oklah wani nak share kan resepi kerabu pucuk paku versi yang kedua wani buat .. SEDAP  sangat !!!!!! tapi wani ada letak sedikit kerang yang telah direbus dan wani tak masukkan taugeh sebab tak ada stok .. tapi sedap tau sebab kerabu ni tak letak santan ..  ..Bahan-bahan pun simple dan senang je nak buat ...  patut cuba dan makan ..makan gitu je lagiiiii sedap... wani ambil ni dari rumah Chef Hanieliza. terima kasih kak liza kerana sudi berkongsi :))


KERABU PUCUK PAKU  VERSI 2

Bahan
2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula

Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa

Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.

NOTA:
Taugeh tidak perlu direbus/celur supaya mendapatkan kerangupan sayur itu.

Thursday, December 29, 2011

FUSILLI DAGING BAKAR

ASSALAMUALAIKUM.....


dah beberapa hari tak update blog ... rasa macam dah lama dapur maya tak berasap... sejak 2-3 hari ni wani kurang sihat sikit.. dah la nak hujung tahun dalam 2 hari lagi nak masuk tahun baru.. sepanjang tahun ni wani tak pernah demam ..cuma abah baru je pulih dari batuk nya tu dan demam -demam .. lepas tu mak pulak yang batuk-batuk .. terjangkit dekat ibu pulak... ya Allah cepat lah sembuhkan penyakit kedua ibu bapaku ini.. biarlah mereka sihat seperti hari-hari yang lalu aminnnn..... ..

resepi ini macam dah biasa orang buat kan .... macam-macam resepi makaroni tapi resepi ni dah lama jadi koleksi peribadi  .. entah kat mana wani ambil ni tak ingat hihi..sorry ya tuan punya resepi ...minta halal ya ..:)) ambil... tak copy  dari link mana .. tapi memang dah lama dah resepi ni ... wani siap print lagi... resipi ni wani nak cuba sebab ada kelainan sikit dia buat lapis by lapis .... ..selalunya wani gaul campur je dengan daging yang dah dimasak lepas tu masuk bekas lepas tu masuk oven .... yang ni pun wani buat kelainan dari cara bakar ... bakar dalam muffin pan... hihi.... bukan apa untuk senang nak makan pun ada ni ..tak payahlah nak potong -potong dalam loyang tu .. nampak buat dalam muffin ni nampak comel je ...untuk bahan-bahan tu banyak wani omit kan .. sebab tak ada stok ..wani guna fusilli instead of macaroni ..sebab dah lama sangat beli pasta tu tak buat apa benda pun .. alih2 jadi la fusilli daging bakar.. yang bakar guna muffin pan tu pun wani ambil inspired dari blog koleksi 1001 resepi ,,,

banyak yang wani omit bahan-bahan tak masuk macam kacang peas dan cendawan butang tu ..mozarella cheese pun tak tabur kat atas tu ..sebab tak ada stok. air suam lupa nak letak hihi  tapi ok je ..jom layan je resepi ni.



FUSILLI DAGING BAKAR

Bahan – bahan:

500 gm macaroni  - wani guna 300 gm fusilli
4 biji telur - wani guna 3 biji telur
4 sudu makan tepung gandum - wani guna 2 sudu besar tepung
2 sudu makan minyak sapi
½ cawan air suam
2 biji bawang besar dipotong dadu
300 gm daging cincang
100 gm kacang peas dan cendawan butang
Keju cheddar 

Cara – cara :
  1. rebuskan macaroni. Cairkan minyak sapi dan tumiskan bawang kemudian masukkan rempah serbuk, daging cincang  dan garam secukupnya. Kemudian masukkan kacang peas, cendawan butang yang telah dihiris dan angkat.
  2. gaulkan bahan-bahan macaroni, tepung, telur, garam serta air suam hingga sebati.
  3. masukkan adunan macaroni ½ acuan ke dalam mangkuk dan taburkan daging dan keju parut. Kemudian selang –selikan hingga seterusnya.
  4. akhir sekali bakar.

Cara wani:
- wani letak buat lapisan tu ke dalam muffin pan.. ambil sedikit fusilli yang telah digaul bersama bahan-bahan tadi ke dalam  non stick muffin pan dan lapiskan pula dengan lapisan daging lepas tu letak sedikit fusilli balik kat atas tu … picitkan sos tomato kat atasnya atau sos cili pun boleh dan kemudian bakar dalam suhu 170 C selama 35 minit api atas bawah.. lepas tu wani nak bagi garing sikit kat atas guna api atas saja dalam 6 minit… … wani buat macam tu untuk senang nak makan .. hihi.… budak-budak pun senang nak makan kan

Nota: bab rempah serbuk tu dia tak sebutkan untuk sukatan tapi wani guna serbuk kari dalam 2 sudu besar.




Saturday, December 24, 2011

TANG YUAN @ Tāng Yuán

ASSALAMUALAIKUM SEMUA .......


hari demi hari yang sentiasa sejuk dan berangin .. kalau kat luar negara terutamanya negara 4 musim.. tentu sekarang ni dah ada yang turun salji .... di Malaysia pun tidak ketinggalan juga tapi bukan salji la yang turun tapi angin yang kuat ... ala-ala sepoi-sepoi bahasa pun ada ...hihi.. kalau salji yang turun di Malaysia .. alamatnya .. itu adalah kejadian yang pelik la. lagipun tinggal beberapa hari lagi sebelum menjelmanya tahun baru 2012.. rasa masih sayang lagi 2011 ni .. tak nak lepas lagi  .. lepas ke tak nak lepas ke .. masa tetap berjalan ...detik demi detik ... hari demi hari ... usia kita makin menginjak tahun demi tahun .... alahai .. kehidupan mesti diteruskan jua ... ...semoga sentiasa dilindungi Allah...

semalam,  wani ada buat tang yuan... dah lama nak buat ni, baru berkesempatan nak buat ... memang wani suka dessert macam ni ... kalau sebelum ni wani ada beli yang ready made .. tapi dek kerana dah begitu lama dok jadi frozen dalam peti.... tang yuan tu dah bertukar jadi air batu hihi.. bila rebus tu dah hilang rasa ,,, saja masa tu nak try yang ready made macam mana .. kali ini wani buat sendiri ..fresh lagi sebab buat sendiri kan.. air tangan kita ... wah.... sedapnya kalau hirup dan makan  masa panas-panas tu lagi best ....  semua orang tahu tang yuan ni adalah dessert untuk makanan cina.. tapi tahu tak macam mana asal usulnya ni ..setahu wani tang yuan ni dimakan bila perayaan Dong Zhi disambut ... maksud Dong Zhi itu sendiri membawa erti "ketibaan musim sejuk"..tahun ini Dong Zhi jatuh pada 22 Disember lepas .. masa tu hari khamis ..Tang yuan ni buat bila-bila masa pun tak pe hihi... memang wani dah terlintas nak buat ... bila pergi kat mall... wani teringat nak beli china red dates.. untuk dimasukkan dalam tang yuan ... kalau orang cina ,,, makan tang yuan masa perayaan Dong zhi .. untuk mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga ... kan lebih baik macam tu .. .masa wani baru je lepas buat ,, masa panas-panas tu terus wani panggil adik wani makan duduk semeja ...mengadap tang yuan sambil borak-borak .... dah nampak ikatan kekeluargaan  bertambah erat la sikit kan hihi ..  .. masa tu mak dan abah tak ada ... makan dengan adik je lah.. kalau tidak memang dah menghidang terus ... kalau sejuk-sejuk takut bebola tu membengkak ...

macam-macam cara wani tengok orang buat tangyuan ..ada orang buat dengan air gula nisan  tu.. ada yang buat savory tang yuan pun ada ... haaahh tak pernah wani rasa ... tang yuan makan dengan tom yam ... rasa macam mana tu ..hihi.. kali ini wani terjumpa resepi dari kak wan... sebab ada letak kurma merah dan kacang ... memang sedap tau .. lebih-lebih lagi ada kacang tu jadi bila makan ada rasa lembut lepas tu bila kunyah kacang ada rasa crispy pulak .. sedap la bila tambah kacang ... kalau nak makan memang kena letak kacang ni ... terima kasih kak wan atas resepi ni ... sangat sedap lebih-lebih lagi time cuaca sejuk2 cam ni ... tang yuan !!!! Hěn hǎo chī! wah Delicious!..maksudnya sedapppp..  belajar cakap mandarin pulak ... hihi...


TANG YUAN
SOURCE: RESEPICITARASAWAN@BLOGSPOT
BAHAN-BAHAN
150 gm tepung pulut
1 sudu kecil garam
125 mlm air
1 sudu kecil air kapur sirih cair
pewarna merah dan hijau

KUAH
600 ml air
2 hiris halia
1 batang serai diketuk
10 biji kurma merah ( red dates )
80 gm gula pasir
1 helai daun pandan simpul
kacang tanah yang disangai secukupnya untuk taburan (optional)


CARA-CARA
1. gaul tepung pulut, air kapur, air dan garam hingga menjadi doh yang lembut. bahagikan kepada 3 warna iaitu merah, hijau dan warna asal. gentel doh menjadi bebola kecil.

2. didihkan air yang banyak, masukkan bebola doh yang digentel tadi dan masak hingga terapung. tos dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk.

3. kuah halia: didihkan semua bahan kuah

4. untuk menghidang: toskan bebola doh dan masukkan ke dalam mangkuk bersama kuah halia. tabur dengan kacang tanah goreng.




















Thursday, December 22, 2011

E&O SEARCH FOR AFC'S NEXT CELEBRITY CHEF .. JATUH KEPADA .......DINO

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ............


semalam wani memang dah terlintas nak tengok finale E&O afc's next celebrity chef ni .. tapi ingatkan program tu bermula pukul 10 malam la..sebab tengok iklan yang lepas macam mula pukul 10 malam mungkin wani terlepas pandang ... bila wani tukar je channel ehh tengok -tengok dah mula dah rupanya pukul 9 malam dah start ... program tu bermula awal, sebab sebelum tu nak tengok masterchef malaysia. sebab ada proses penyingkiran .. kalau nak tahu siapa pemenang untuk E&O AFC'S NEXT CELEBRITY CHEF .. for the season 1 in 2011.. inilah dia pemenangnya .. DINO....  Dino ni sebenarnya wani suka tengok dia senyum.. comel je ...haha....seyuman yang menawan... keperibadian dia yang suka berjenaka... ohh nak kata semuanya dalam satu pakej lengkap yang layak bergelar seorang celebrity chef.... kalau tengok dari cabaran sebelum ni pun ,,, hasil masakan Dino banyak dipuji .. walaupun ada satu tahap ... hasil masakan Dino juga dikritik juga  .. lebih -lebih lagi Chef Bruce tu siapa la yang tak kenal  kann.. kalau bab kutuk2,, tu tapi kalau tengok dia kutuk tahap teruk pun ..untuk kebaikan semua peserta jugak....

tapi semalam, bila Dino diumumkan sebagai juara ada surprise untuknya ..keluarga Dino datang ... memang wani tahu dia asal filipina .. tapi tengok-tengok .. ayah dia mat saleh rupanya .. patutlah rupa dia ada ala-ala mat saleh pun ada hihi  ... wani dah agak Dino akan menang ... nantikan kemunculan Dino dalam cooking show dia tersendiri di AFC.. channel ... dialah yang cakap macam tu .. lepas tu senyumm :D... tahniah kepada Dino... tapilah kan wani rasa kalau pertandingan macam ni yang melibatkan 5 negara tak sesuai pulak kalau orang islam yang masuk ... walaupun wani tahu ada seorang peserta bernama Nazura  yang asal Malaysia seorang surirumah...  .. tapi bila  episod cabaran yang keempat rasanya .. dia dah tersingkir .. hihi bagi wani eloklah .. tak sesuai rasanya ..tengok  semalam masa celebrate victory Dino .. ada la dengan arak semua tu .. alamak dah terlebih tulis ^^..wani nak share siapa yang  menang AFC's next celebrity chef je ... tapi apa yang wani tulis tu nak bagi pendapat je ....   oklah dah lewat pagi .. dah ngantukkk... selamat malam .. :))

Wednesday, December 21, 2011

MARBLED BANANA MILK CAKE

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ......



terima kasih kepada kawan-kawan semua yang telah bagi komen kat entry .. bukan wani tak nak komen kat post comment tu .. tapi dek kerana line internet nya so slow ... .. habis-habis biar wani selesai postkan satu entry tu  dah rasa nak melompat - lompat dah ni .. sebab happy dapat post hihi.. kalau nak pergi kat post comment lagi tu lagi lambat la loading punya komen .. baik wani pergi melawat rumah kawan-kawan yang lain, walaupun line slow ,wani usahakan jugak nak terjah-terjah blog kawan-kawan lain ya .. tak la membazir masa kat situ kan...


oklah kek ini kali kedua wani buat setelah kali pertama tu tak berapa nak jadi .. sebab wani guna pisang yang agak besar ..sedangkan wani tahu dalam resepi guna dalam 4 biji .. tapi pisang kan macam-macam saiz.. saiz pisang yang wani guna ni agak besar .. pisang apa dah .. tak kenal nama.. hihi .. pisang kat belakang rumah je ... tapi wani guna jugak 4 biji ..sepatutnya wani kurangkan sikit la.. sebab macam adunan pisang yang diletak tu tak sempat nak bergaul rata dengan adunan telur .. sebab terlalu banyak adunan pisang.. haa macam tu lah .. nampak bila masak macam tekstur tak cantik ..nampak  pisang terlebih pun ada, lagipun wani bukan jenis yang suka makan kek pisang sebenarnya hihi  ..disebabkan ,,, setandan pisang yang besar tu banyak sangat nak buat apa la ... dah bagi dekat saudara-mara pun .. banyak lagi .... dah buat cekodok pisang tu rasa dah pusingan berapa kali dah ;p ..asyik-asyik jemput pisang je .. akhirnya wani ambil insiatif lain nak buat kek ajela.. dah ada rezeki pisang ,, kenapa tak mencuba nak buat kan .... buat untuk family pun jadilah..kali ini buat guna 3 biji pisang yang sederhana...  kali pertama buat tu kek agak manis ... so, abah wani tak berapa suka nak makan ... kali kedua buat wani memang guna separuh gula tu ... bagi wani macam tawar sedang2.. elok la untuk orang2 yang tak suka manis .... abah wani kata sedap ... dia suka makan ... tak manis macam ni.. bagi wani kalau nak hidang kat tetamu ni ... pasti tetamu terkejut ... mesti dia cakap wani terlupa nak letak gula.... hihi...


kali ini wani bakar guna api bawah ... atas saranan kawan fb.... kalau tak nak bagi kek merekah dan tak hangus kat atas ... wani tak pernah cuba sebenarnya ..sebab wani takut kek tu akan hangus kat bawah ya la kan sebab api bawah kan sentiasa menyala....tapi kali ini wani cuba dan wani tak onkan fan ... kalau sebelum ni .. wani bakar guna api atas bawah... kebanyakan kek akan jadi cepat  merekah sebelum sampai masanya.tapi yang ni oklah walaupun bagi wani nampak sikit hangus kat bawah tu tapi tetap sedap .... lain kali wani patut onkan fan kot ... .. kek pisang wani macam nampak keperangan tengok kat rumah kak mieza buat nampak cam putih marble gitu ... ke sebab terlajak simpan pisang yang dilecek ni hihi... wani cedok resepi dari rumah kak mieza ... sebab senang dan mudah dan tak guna butter pun  ... ..jom..jom.. cuba ...:)) terima kasih kak mieza...

MARBLED BANANA MILK CAKE
Source: Iza Akmar @ Singgahsana Kitchen & Mas @ Duniaku
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur
* sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko
Caranya:

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan, kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.

2. Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati, selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.

3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu.
(Cara mieza - mieza bahagi adunan kepada 2 bahagian dan satu bahagiannya mieza campurkan dengan 1/2 cawan serbuk koko yang telah diayak dan mieza tuang secara selang seli ke dalam loyang)

4. Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai.
Nota:

Saya gunakan loyang 8.5in x 8.5in (mieza pun guna loyang saiz yang sama) dan dibakar pada suhu 170 darjah celcius menggunakan api bawah with fan selama kira-kira 30-35 minit. Tempoh membakar bergantung kepada saiz loyang yang digunakan & juga jenis oven masing-masing.


Monday, December 19, 2011

AYAM MASAM MANIS SOUR PLUM

ASSALAMUALAIKUM SEMUA .....



hari tu ada pekena kuih che mek molek ..dah lama tak pekena .. kuih ni .. buat pun sebab ada lebihan ubi keledek manis elok-elok je satu ketul dah lama tak terusik .. lepas banyak kali buat asyik goreng ubi je .. lepas tu tambah lagi yang Mak Su wani bagi  ubi keledek manis yang warna merah tu .. ole-ole dari Cameron Highland .. dia ada rombongan sekolah pergi ke  Cameron Highland .. bawak budak-budak asrama.. dia ada bagi dekat ibu , masa ibu bertandang kat rumah mak su  2 hari lepas.. alahai Mak su, ubi keledek pun beli kat cameron.. dah kecut dah ubinya huhu  .. tu bercadang nak buat che mek molek lah ... lepas goreng, makan time panas -panas .. air gula cair pun panas2 .. fuhh sedap time tu.. dulu dah buat ada tempekkan kat sini ....

ini kali kedua  wani buat ayam masam manis sour plum ni... kali pertama tu wani buat  terlebih kuah sangat .. so tak berapa nak sedaplah ..sebab tepung tu jadi bengkak dek kuah banyak .. kali ini dah sedang-sedang elok..salut ayam je... emm sedapnya lagi lagi kalau ratah saja. tapi yang kuah tu wani je yang nak kuah tu bersalut kat ayam je .. tak tahulah kalau citarasa orang lain .. macam mana .. terpulang...banyak betul wani omit bahan yang tak masuk hihi .. kalau bab sayur tu wani hanya masukkan capsicum dan nenas dan bawang besar  je .. sayur lain tak masuk .. itulah sebab semua kuning je .. tak colorful langsung. tapi kalau yang suka sayur banyak2 tu letak  je la ya ... resepi ni dari kak wan .. tapi wani rajinkan diri nak taip resepi ni kat blog ..senang nak buat rujukan nanti ...ikutkan hati malas ;p... entah kenapa kat blog kak wan tu .. tak boleh nak copy paste kan resepi ...terima kasih ya kak wan ..sedap resepi ni ... :))

AYAM MASAM MANIS SOUR PLUM
SOURCE: RESIPICITARASAWAN@BLOGSPOT

BAHAN-BAHAN
4 hirisan dada ayam tanpa kulit dipotong 1" kiub
1 sudu besar kicap cair
1 biji telur - pukul ringan
tepung jagung secukupnya
minyak untuk menggoreng

1. gaulkan ayam dengan kicap cair, salut dengan tepung ,kemudian celup dalam telur dan salut lagi dengan tepung hingga rata.
2. kemudian goereng hingga keperangan. angkat, tos dan letakkan ke dalam pinggan.

BAHAN-BAHAN DIPOTONG
1 biji bawang besar
1 biji capsicum
1 keping nenas
1 biji timun
1 biji tomato
1/2 batang carrot

BAHAN -BAHAN SOS
4 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar cuka makan
1 cawan air  + 1 sudu besar tepung jagung ( larutkan )
garam dan gula secukupnya


CARA - CARA
1. panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar, carrot dan capsicum. masak sebentar kemudian angkat dan ketepikan.
2. campurkan semua sos, sedikit air, garam dan gula di dalam kuali. biarkan hingga mendidih.
3. tuangkan larutan tepung jagung dan kacau sehingga kuah hampir pekat. masukkan sayur yang digoreng, nenas, timun dan tomato. masak sebentar.
4. angkat dan tuangkan ke atas ayam.
























Sunday, December 18, 2011

SAYUR GORENG JAWA

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ......


 kat sini cuaca ,masih berangin ada kalanya kuat ..sekejap hujan sekejap tak....macam tanda-tanda nak banjir ada ni... yalah cuaca tak menentu kan .. ....ini pun dah pertengahan bulan Disember .... hemm sekejap sungguh masa dan detik berlalu ... oklah jom ya kita tengok resepi hari ni ..... kebetulan wani pergi jalan-jalan rumah kak ita,,,,, banyak betul kak ita ada pelbagai resepi sayur ... yang dikongsi dengan kita semua ... ,, jadi wani ambillah resepi kat sana bawak balik rumah nak try kat rumah pulak hihi  .. nama resepi SAYUR GORENG JAWA.... tapi bila tengok bahan -bahan ada campuran macam-macam ... especially ada tempe .. kalau tempe tu ada kaitan dengan jawa ekk.. ?? walaupun surname keluarga wani ni ada bunyi jawa... tapi wani bukan orang jawa ya hihi ... meme orang asli kelate ... seingat masa wani stay kat Johor 2/12 tahun .. kat cafe2 sana selalu masak yang macam tempe manis tu ... sedap lah wei  bagi wani siap tapau bawak balik kat kolej lagi hihi... macam-macam resepi tempe kat sana ... oklah berbalik resepi ini ... adik wani bila buka saji dia cakap macam kenal je sayur macam ni .. sebab biasanya wani masak sayur cincau-cincau je tak adalah sayur letak soohoon bagai ni hihi...  ... oohhh lepas tu dia cakap pernah tengok kat kedai orang jawa. kat selangor . tapi tak pernah rasa la pulak tengok je .. alahai ingat nak tanya macam tu ke rasa macam yang wani masak tu hihi ...itulah ceritera nya ... terima kasih buat kak ita kerana sudi berkongsi .... resepi ini dan wani boleh mempelbagaikan resepi sayur lak... kosong je blog tak ada resepi sayur ....


SAYUR GORENG JAWA
  • 4 keping tempe - dipotong dadu dan digoreng
  • 3 keping tauhu - dipotong dadu dan digoreng
  • 10 gm suhun - direndam
  • Kacang panjang - dihiris serong
  • 10 ekor udang - dibuang kulit
  • 1keping tauhu kering - direndam dan dipotong
  • 4 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 batang cili - dihiris
  • 1 inc halia - dihiris halus
  • garam secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga garing dan harum. Setelah itu masukkan udang, kacang panjang, suhun, tauhu kering, tauhu, tempe, cili dan gaul rata. kemudian masukkan kicap manis bersama garam. Kacau sampai masak dan hidangkan bersama nasi panas....



Friday, December 16, 2011

AYAM TANDOORI

ASSALAMUALAIKUM.....


Alahai sejak semalam lagi dok draft resepi ni .. tapi tengah taip.. mata la pulak mengantuk plus line internet tak berapa la clear disebab kan hujan tak berhenti- henti 2 hari ni ,,,kesukaran bagi wani nak guna internet ni.. slow sangat ... tu la jadi mood nak update merudum .. lepas tu,bila line ok ... macam mood lagiiiii malas balik ... hihi.. sudah kerja lah......tapi tak boleh la ,, kena tolak ke tepi jugak mood malas tu ,  kena rajin-rajinkan diri jugak nak update.. jari - jemari tangan ni nak kena gagahkan balik jugak nak taip kat keyboard...  oklah , marilah jom kita layan ayam tandoori, wani ambil dari blog kak ayu ..tapi yang kak ayu buat versi goreng .. yang wani buat ni bakar dalam oven ..  wani akui wani tak pernah makan ayam tandoori kat kedai .... kali pertama wani makan masa dekat rumah mak su wani ..itupun yang dia beli dalam rempah dalam peket .. ambil ayam just perap je ... ..tapi yang wani makan tu ayam tandoori yang goreng punya .....memang bahan perapan tu lain dari yang lain kan ... itulah yang sedapnya .. sedap tau patut cuba .. kalau nak lebih sedap .. peraplah semalaman ya .. nanti  bahan perapan tu terasa masuk ke dalam tulang hihi ... lain kali wani nak garingkan sedikit .. gambar ambil ikut snap je .. jom layan resepi ni .... ohh satu lagi kak ayu guna chicken wings ,,wani guna ketulan- ketulan ayam je .. semua rempah-rempah tu agak-agak je ... wani guna 1/2 sudu besar untuk setiap rempah-rempah tu ....


AYAM TANDOORI
Sources:-From Sayasukamakan
Sources:-From Zaliedana@Ummieisya
Sources:-From Ayu @curlybabesatisfaction

Bahan2:-
+ 2 ekor ayam – belah 4-(Ayu gunakan 3kg chicken wings)


Rempah ratusnya:-(Ayu  gunakan semua sudu besar except garamlah)
+ 3 biji bawang besar
+ 13 ulas bawang putih
+ 2 inci halia
+ 2 sudu teh garam +serbuk perasa-(Ayu tambah)
+ 1 sudu serbuk kunyit
+ 1 sudu serbuk cili
+ 1 sudu serbuk lada sulah
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk jintan putih
+ 1 sudu serbuk ketumbar
+ 1 sudu serbuk kulit kayu manis
+ 3 biji buah pelaga
+ 1 cawan susu cair
+ 2 biji buah lemon
+ 2 ikat daun ketumbar
+ 2 ikat daun pudina
+ 2 sudu marjerin
+ 2 sudu sos tiram
+ pewarna merah

Cara2:-
Langkah pertama sekali untuk membuat ayam tandoori ini, kita buat tairu. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.(Ayu gunakan plain yogurt aje)
Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Jangan lupa perahkan 1 biji buah lemon ke dalam pengisar.
Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.
Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.
Ok, sekarang masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Beg plastik kedap udara boleh dibeli di pasaraya berdekatan. Jikalau takde, pakai aje bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. Untuk pengetahuan semua, saya perap ayam ini selama 5 jam sahaja.Bakar 170C selama 1 jam.
(Ayu tak bakar sebab nak cepat so goreng aje..heheh)

*Cara aku,aku kisar guna blender kering bawang2,daun pudina,halia bagai,pastu kat mangkuk yg lain aku satu kan semua rempah2 yg jnis serbuk n bhn2 lain,pastu msukkan juga yogurt,gaul2 sebati,baru campur ngan bhn kisar,pastu aku baru lumur atas ayam,Aku bakar 170 c .-(Ini cara Zaliedana)

Wednesday, December 14, 2011

TAUHU KUKUS VERSI 2

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ..............

haa ni wani nak beringat siapa-siapa nak pergi shopping barang-barang dapur tu .. check- check la dulu ya dalam kabinet, celah kabinet ke .. dalam peti semua tu ya .. mana lah tahu masih ada lagi bahan-bahan yang kita tak guna lagi tapi doookk simpan atau pun tersorok mana-mana .. lepas tu dah lupa barang yang kita beli masih ada lagi tapi dah beli yang lain ..haa ini satu lagi fenomena biasa yang dilalui oleh sesiapa sahaja bila bab nak beli barang dapur ni .. wani pun macam tu la jugak :D.. kadang-kadang terlupa benda dah ada tapi beli yang lain ... lebih teruk lagi ada barang sampai yang terexpired pun ada .. haha habis lah gelak kawan-kawan wani semua ... ni .. wani kalau nak beli barang memang wani buat check list siap tulis dalam kertas wani prefer tulis atas kertas .. kalu nak banding tulis dalam handphone ... hihi..

so beringat-ingat lah ya ... kawan -kawan semua ... jangan jadi macam wani ni ... hari tu cuba lah nak check tengok kat spaghetti yang wani beli .. bila wani check tengok-tengok dah ada benda macam kumbang tu.. yang suka makan beras tu .. haa serangga macam tu lah .. sayang lah pulak dah tak boleh nak guna ..huhu sebab ada serangga tu jenis bertelur .. tu la siapa suruh simpan lama-lama .. bahan-bahan macam makaroni ,spaghetti ,,fusilli  atau jenis sagu atau jenis kekacang  .. semua bahan ni bukan nya boleh simpan lama... serangga tu cepat serang . lepas dah serik jadi macam tu .. semua jenis bahan macam tu wani simpan dalam peti untuk lebih selamat dan tahan lama.. oklah dah panjang lebar cakap pasal tu :D.. ohh hari ni wani nak share resepi yang simple je ... ini kali kedua wani buat selepas versi pertama .. masih lagi tauhu kukus tapi ini versi kedua ... suka sangat wani dengan resepi simple macam ni ... yang versi pertama tu tak adalah tumis bagai .. yang versi kedua ni ada tumis sikit,,,,dan ada letak udang kering  tapi sedap.. dalam gambar tu dah tak nampak rupa tauhu dek penuh dengan daun bawang bagai.. hihi .. gambar pun kurang cun .. tak apalah ..janji sedap makan .. terima kasih sudi berkongsi resepi ini... wani ambil dari rumah tun .. katanya resepi ni dari rumah  kak ummi ...terima kasih untuk kedua-duanya,,,, :))

TAUHU KUKUS

Resepi: Chef Harun, Majalah SAJI
Sumber: kak Ummi

Bahan:-
  • 2 keping tauhu lembut
  • 1 sudu besar udang kering - dibasuh dan cincang
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 sudu besar sos tiram (*akak letak 2 sudu besar) - tun letak 1 sudu besar je
  • 1 sudu teh minyak bijan  - tun xde nih
  • 1 sudu teh kicap cair - akak tambah lebih sikit
  • 5 sudu besar minyak masak- tun letak sikit je minyak
  • Bawang goreng secukupnya
  • cili merah dicincang halus
  • sedikit daun bawang yang dicincang halus - tun xde, ganti ngan daun sup
  • 1 sudu besar kicap manis- tun tambah
Cara Menyediakan:-
  1. Letakkan tauhu di atas pinggan tahan panas/caserol dan kukus selama 7 minit.
  2. Keluarkan tauhu dan buang airnya. (*akak just erengkan bekas dan tuang air perlahan-lahan). Sapukan dengan sos tiram dan sejukkan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan udang kering hingga kekuningan.
  4. Angkat dan tuangkan di atas tauhu tadi perlahan-lahan.
  5. Bancuhkan sekali minyak bijan, kicap cair dan 1 sudu besar minyak lebihan tumisan tadi. Tabur daun bawang, cili dan bawang goreng. Hidangkan.









Sunday, December 11, 2011

BISKUT OAT

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ......

dah 2 hari hujan renyai-renyai sepanjang hari ...demam hujan datang balik... sejuk menggigil.... tak tahu bila kemungkinan mentari akan keluar menunjukkan sinarnya  ... masih menyorok -nyorok lagi dengan awan kelabu ... harap-harap cepat-cepat la mentari keluar .. kalau cuaca lembap-lembap macam ni .. nak buat kerja pun semua lembap hihihi.... orang tengok biskut .. mesti cakap aiks ni bukan musim hari raya masih buat biskut lagi ... ini gara-gara abah wani yang suka sangat kalau bahan masakan yang ada oat.. oat kan bagus untuk kesihatan .. seingat wani dulu .. habis segala resepi wani godek nak menghasilkan masakan guna oat ni .. sampai sekali buat cekodok guna oat ;p... bila dia dah puas nak makan oat yang biasa dia buat just plain oat je  ... mulalah dia mencari resepi-resepi berkaitan dengan oat ni .. lepas tu bagi kertas yang dah print tu kat wani .. nak suruh wani buat apa yang resepi dia suka ... bila wani belek-belek helaian kertas tu .. jumpa la yang wani berkenan dihati nak buat biskut oat ni .. rupanya dia ambil dekat myresepi..


biskut yang belum dibakar

biskut oat ni wani berkenan nak buat sebab dia guna minyak sapi .. tu berkenan sangat nak buat tu .. ingatkan biskut arab je nak guna minyak sapi ...tapi yang ni tambah oat je .. lagi sedap..  nak makan biskut taklah nanti nak raya nak buat kan .. kalau terasa nak makan terus je buat :D. senang cerita dan puas makan ... biskut ni wani buat taklah banyak sangat dapat adala dapat 2 balang kecil.. mungkin sebab guna mould love-shaped ni besar so dapat sikit la..dalam resepi tu ada sukatan minyak sapi tapi wani tak sukat pun.. wani ikut uli je dengan tepung sampai dia dah sebati elok dengan tepung dan boleh diterap ok stop letak minyak sapi .. kang terlebih nanti ..nanti doh terlembik pulak... abah wani kata sedap .. sebab biskut ni cair di mulut ...Cuma kat sini wani tak sapu kuning telur dan  tak letak oat flake tu ,, ini kes malas hihi...  jom semak resepi nya .. resepi ni dari rrozie myresepi..tapi bila wani check kat myresepi tak jumpa pulak...susah pulak nak letak link ...  tapi apapun terima kasih sudi share resepi ni .. =).. eh dah jumpa pulak dah link ...


BISKUT OAT
SOURCE: rrozie17@myresepi.com

BAHAN-BAHAN ( 50-60 BIJI )
200 gm oat kisar halus
100 gm gula halus 
200 gm tepung gandum
200 gm minyak sapi ( dicairkan ) *wani tak cairkan tapi wani ambil terus dan gaul dengan adunan tepung
secubit garam
kuning telur ( disapu atas biskut )
kepingan oat sebagai hiasan ( optional )


CARA- CARA

1. gaul sebati semua bahan kering
2. masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit hingga boleh diuli menjadi doh ...awas .. tidak perlu dihabiskan kesemua minyak sapi sekiranya doh sudah lembut dan boleh dicanai.
3. terap dan sapukan kuning telur di atas biskut tadi, taburkan kepingan oat jika suka.
4. bakar dengan api 180 C selama 20-25 minit atau hingga masak.






KERABU PUCUK PAKU

ASSALAMUALAIKUM semua .......


sebelum nak mulakan apa - apa coretan pasal resepi yang nak dikongsi .. wani nak tanya dulu ada sesiapa yang lain tak boleh nak komen kat blog wani ke ... wani dapat tahu yang salah seorang rakan blogger wani iaitu kak wattie ,, dia cakap dia tak boleh nak komen kat blog wani ni haaaa.. kenapa la pulak .. ai wani takut somebody hacked this blog .. runsing wani dibuatnya ... kak wattie ,, wani pun tak tahu macam mana boleh jadi macam ni ... runsing wani sebab sebelum ni wani ada pernah dengar seorang blogger masakan ..terpaksa create blog lain sebab blog dia yang dulu tak boleh nak masuk dah ... kasihan pulak .. blog yang dulu terbiar macam tu aje ... banyak juga  koleksi resepi-resepi kat sana ... ya la kan ... dah lama kita himpun resepi-resepi kat blog kita,  kalau tiba-tiba buat hal la pulak macam tu ..rasa usaha tu dah sia-sia pulak huhu...

oklah, ini pun kes gambar yang terperap dalam folder,,, lepas pandang-pandang satu-satu ternampak resepi ni belum pos lagi kat blog ... kerabu pucuk paku yang biasa wani buat ... wani, kalau dapat pucuk paku .. memang jawapan dia buat kerabu la .. memang dah lama sangat tak makan kerabu .. ini pun pucuk paku yang orang bagi .. rezeki hari tu ..kerabu ni elok makan terus sebab dia letak santan kan .. tak boleh nak simpan lama-lama.. kalau nak simpan boleh , simpan sekejap je dalam peti ... .. jom ya semak resepinya .... ini resepi wani sendiri, biasa-biasa ibu buat macam ni lah letak santan.. kalau tambah lagi budu .. lagi kick hihi.. orang kelate tak lari dengan budu doh !!!!! :D



KERABU PUCUK PAKU
SOURCE: WANISUKARNO@GALERIDUNIAKU

BAHAN-BAHAN
1 ikat pucuk paku ..
2 ekor ikan lolong dibakar ( nak guna ikan lain pun tak apa.. wani guna 2 ekor je , sebenarnya lagi banyak isi ikan ni lagi sedap tapi tengok kepada sukatan bahan tu ya )
4 ulas bawang merah
6 biji lada hitam kalau nak lebihkan pun tak apa..
3 sudu besar kerisik ditumbuk halus
garam dan gula secukup rasa
santan secukupnya

CARA- CARA
1. pucuk paku dihiris serong-serong buang batang nya yang keras ,dicelur hingga lembut dan ditoskan.
2. ikan diambil isinya dan ditumbuk halus .. ketepikan.
3. bawang merah ditumbuk bersama - sama dengan lada hitam .. ketepikan. .
4. kerisik ditumbuk halus ..ketepikan ..
5. sediakan mangkuk besar letak pucuk paku yang telah ditoskan tadi dan masukkan isi ikan , bawang merah yang telah ditumbuk bersama lada hitam dan juga kerisik .. gaul-gaul hingga sebati ..
6. masukkan garam dan gula .. secukup rasa...gaul rata dan  lepas tu boleh masukkan santan .. santan tak guna banyak sangat .. nak bagi kerabu tu lembap sikit.. sebab susah wani nak bagi sukatan ...ya tengok dalam gambar kat atas ,,
7. gaulkan sehingga sebati dan HIDANGKAN !

Thursday, December 8, 2011

AYAM PHAT PHET

ASSALAMUALAIKUM.............

 wani penat hari ini .. layan je gambar ni je .resepi ni ayam phat phet .. masa mula-mula ternampak dekat blog kak wattie .nampak macam kak wattie buat sedap .. bahan-bahannya simple dan senang nak dibuat lagipun letak daun limau purut. hasilnya, bagi wani macam rendang pun ada..tapi resepi ni tak letak santan so selamat la hihihi.....cubalah ya ....cuma kena pandai-pandai adjust air sebab nak pastikan ayam ni masak ... 


AYAM PHAT PHET
Resepi dari Widad MYR.

Ayam Phat Phet
Bahan-bahan ( 2 orang makan )

Bahan A (Blend)
5 biji cili padi
2 hiris halia
kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Bahan B
3 keping ayam mentah dipotong dadu
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara
1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.

2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.

3. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...

Tuesday, December 6, 2011

LALA GORENG SERAI

ASSALAMUALAIKUM............


 dah lama wani teringin nak makan lala..nasib baik masih ingat rupa lala ... .. masa on the way abah wani pulang dari kursus kat Bukit Kluang Resort Terengganu.. ada berhenti sekejap dekat Tok Bali rasanya yang banyak jual ikan dan hidupan laut lain  segar - segar tu  ...sampai aje kat rumah , dia dah hulurkan lala tu kat wani.. dia ingat nak suruh wani masakkan terus lala tu . tak payah nak simpan-simpan .. sebab takut lala ni mati.. lagipun dia cakap tak sedap kalau nak simpan esok .. masa tu dah la pukul 2:30 petang lebih... lunch dah masak .. nak masak buat apa lagi  huhu... wani cakap kat dia baik simpan dalam peti buat menu untuk esok lah .. dah la time tu dah petang ... tak kuasa nak duduk kat dapur lagi ... nak bersihkan diri pulak .. dah sepanjang hari dah duduk bereksperimen kat dapur  hihi.


 bila ada lala ni , mulalah wani dok fikir nak buat apa la dengan lala, tak tahu nak fikir dah jawabnya kena panggil Mr. google la ... search punya search jumpa lah resepi LALA GORENG SERAI.. tapi nampaknya tuan empunya blog yang buat resepi ni pun ambil sumber dari blog Encik Mat Gebu..thanks for sharing this recipe ya ... kalau masakan jenis yang ada cengkerang keras macam ni ... resepi macam ni lah yang sesuai... barulah aroma tu memikat selera.... jom tengok resepi ya .. bagi wani memang sedap .. tapi kalau masakan jenis macam ni .. wani suka meratah aje lala ni hihi... bukannya boleh makan dengan nasi pun.. gambar pun macam dah tak nampak mana la isinya .. macam penuh dengan kulit je :D..




LALA GORENG SERAI
SOURCE 1:  shshada@blogspot
SOURCE 2: Encik Mat Gebu

Bahan-bahannya :
1 kg "lala" segar (kalau dapat yg masih hidup) cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
1 camca besar sos tiram
3 tangkai cili kering, hiris serong dan rendam
Sedikit garam
2 camca besar minyak untuk menumis
Hirisan daun bawang secukupnya untuk hiasan

Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kering dan goreng hingga wangi. Masukkan bawang hiris, bawang putih, halia dan serai. Kacau rata.
  2. Tambah sos tiram, gaul rata dan masukkan lala. Gaul hingga rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan). Tutup kuali dan masak 5 minit dengan api kuat. Kacau rata dan tambah sedikit garam jika perlu.
  3. Angkat dan taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan panas2 bersama nasi hangat dan sambal belacan....Sedapppp waaa cakap sama luuuuu!!!!!!


Saturday, December 3, 2011

CHEESE TART IS BACK .. AGAIN AND AGAIN ........

ASSALAMUALAIKUM......


 internet lembap betul.... susah wani nak mengonline , nak mengupdatekan entry lagi ,, nak tengok blog kawan-kawan semua pun susah..  termenung je depan laptop ni .. aduhhh dugaan betul...

CHEESE TARTTTTT LAGIIIIIIIII !!!!!!!.. ini kali kedua wani buat selepas kali pertama buat tu tak berapa nak jadi .. so, macam nilah hasilnya .. amacam cantik tak... macam biasa je wani tengok ..cuma yang bezanya kat corak tu warnakan warna pink .. itu je... lagipun tak puas makan yang hari tu .. entah nape la hari itu ada terbeli cream cheese lagi .. fikir- fikir nak buat apa .. jawabnya cheese tart lagi .. walaupun masih banyak lagi resepi yang boleh dibuat dengan cream cheese .... sajalah wani bila tak puas makan .. itulah yang nak dibuat lagi .. lagi  dan lagi  .. blueberry filling pun beli juga... :D.wani rasa agak puas hati ..bila nampak cheese tart ni yang comel ...hihi... pada pandangan mata wani la ya .. ni bab-bab design kat atas tu tangan masih keras lagi sikit kot ...buat cheese tart ni terheret sampai kan tengah hari tu mak wani yang masak lunch ... tak apalah mak kan ... abah dah puji sedap sambal ikan kering yang mak buat tu ;p..simple je.. sambal ikan kering tu dah menggamit selera abah ... wani buat terus semuanya lepas buat crust terus prepared nak buat cream cheese tu ... nak letak filling semua tu sebab malas dah nak simpan balik .. kalau nak jimat masa sikit .. sepatutnya buat crust dulu esok ke boleh la nak letak filling tu semua .. kali ini mak masak lunch ,,sambil-sambil buat cheese tart , sambil borak-borak dengan mak..:)



kali ini buat boleh dapat 20 biji crust tu acuan tart yang besar .. dah buat tak tertebal dah ...masih resepi doh dari kak ita dan untuk cream cheese filling tu wani ambil dari mamafami sebab resepi dia tu ada letak butter.. wani sebenarnya confused apa beza letak butter dan tak letak butter macam yang kak ita buat... tu .. tapi layan je lebih kurang ...dan cream cheese filling tu cukup-cukup untuk 20 biji crust tu lepas tolak yang lebihan untuk buat design tu ...ohh pasal yang doh tu wani simpan sekejap dalam 30 minit je..

sebelum dan selepas dibakar


CHEESE TART
BAHAN-BAHAN

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan -bahan untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.


For the Filling 
source:  mamafami@blogspot

250g Philadelpia Cream Cheese
60g butter ( I used 50 gm )
60g icing sugar ( I used 50 gm )
1 egg

Method

Cream all the ingredients for the filling till smooth.

To assemble :
1. Spoon a bit of Blueberry Filling into the prepared shells.
2. Top it with enough filling.
3. Sketch a little design on top of the filling. (For the sketches, mix a bit of cream cheese with a bit of blueberry coloring). But I used chocolate emulco.
4. Bake in a preheated oven at 160 C for just 5 minutes,
5. Remove from heat and ready to serve.

NOTA 1: yang sebelum ni wani buat agak tertebal sikit crust tu.. kali ini kali kedua buat wani dapat 20 biji tart .. wah! banyak macam dah 2 kali ganda guna saiz tart yang besar.kalau pandai adjust dapat 20 biji tart tu . itu guna resepi doh dari kak ita. untuk filling pulak wani ambil dari resepi mamafami sebab dia ada guna butter, so, wani nak cuba apa beza guna butter dan tak guna butter tu.filling ni wani dapat cukup-cukup untuk 20 biji tart lepas tolak lebihan yang nak buat corak - corak tu.

NOTA 2:suhu untuk bakar crust wani buat dalam 140 C dalam 20 minit dan suhu untuk bakar cream cheese filling tu 140 C dalam 15 minit ikut oven masing-masing ya.

Friday, December 2, 2011

AYAM SOS SIAM

ASSALAMUALAIKUM……


Hari ni dah 2 / 12/ 2011. sekejapnya detik masa berlalu.. macam tak percaya dah penghujung tahun 2011 rupanya… terasa masih berada  awal tahun 2011 je.. hari ni pun langit mendung nak kata panas tak panas ..Cuma masa sebelah pagi tu hujan renyai-renyai sikit.. 

Ok berbalik kepada resepi, resepi ni dah lama terperap dalam folder dan baru nak buat entry … dah ramai dah wani nampak orang tayang resepi ni ..ini menunjukkan resepi ni sangat sedaplah,….. sebab dah ramai orang mencuba… bagi wani bila dalam masakan tu ada daun kunyit ke , daun limau purut ke .. itu memang kesukaan wani lah… jadi hasilnya memang sedaplah …!!!!..kepada yang belum cuba tu .. diharapkan mencuba ya .. memang tak rugi punya… yang wani buat ni teragak kering sikit sebab cukup-cukup dah salut ayam kuah tu semua …. Hihi..layan je  tapi tak apalah dah sedap…. Bau dia tu penting,,, resepi ni wani ambil dekat blog kak Diana ya .. terima kasih sudi share resepi ini.. :))


AYAM SOS SIAM

Bahan² (anggaran )
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
15 tangkai cili padi thai *
4 ulas bawang putih * ( bahan * ditumbuk halus )
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus ( kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la ) _ Diana bubuh dua²nya sekali
Sedikit gula ( optional )
Minyak masak secukupnya
Sedikit garam dan serbuk kunyit


Cara Memasak
1.                  Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
2.                  Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
3.                  Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
4.                  Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. ( akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek )
5.                  Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!