Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Wednesday, November 30, 2011

BUTTER CHEESE CAKE

ASSALAMUALAIKUM..............

BU       ini dia cheese butter cake yang telah dihasilkan ...wani bercadang nak buat kek ni sebab nak habiskan stok cream cheese dalam fridge tu.. lagipun dah lama tak buat kek .. buat pun kebetulan jugak aunty wani 2 orang nak datang jalan-jalan kat rumah  esok pagi tu .. so buatlah kek daripada tak ada apa-apa nak dihidangkan.. lagipun nak jamu mereka dengan nasi dagang .. hihi nasi dagang lagi .. a'aah mak wani kempunan nak makan lagi sekali sebab dia tak puas makan masa buat dan bawa balik kampung hari tu... ai banyaknya makanan hari tu ... lepas tu aunty datang bawak lagi siap sayur -mayur dan buah-buah  bagai... banyaknya sayur takut tak terbuat nanti dok kecut dalam peti pun buat apa .. kat rumah ni bukannya ada orang... 
             
  
           ooo bercakap pasal kek ni .. ooohhh memang sedap .. lembut je.. tapi wani tak guna butter wani guna marjerin... tak apalah kan ok je rasa lembutttt je ... butter tak ada stok ... dia macam ala-ala cheese cake pun ada ala kek butter pun ada.... resepi ni wani ambil dekat rumah kak nor ... sedapnya nampak kak nor tayang kek dan comel je dalam rose mould tu .. ... lepas tu ternampak pulak dekat rumah kak mieza wani pun ikut macam kak nor letak belang pink tapi ini dah jadi macam terlebih marble pulak hihi... kek nampak rendah sebab wani guna loyang springform pan yang bersaiz besar tu .. dah lama tak buat kek ... last buat kek karamel.... 2 kali pulak tu...jadi ke tak ni ... tak tahannya wani cucuk 2- 3 kali dengan lidi sebab macam tak percaya betu ke ni 30 minit bakar. sebab macam singkat sangat,, ...hihi..ok layan je resepi ni .. terima kasih kak nor for sharing .... :))

 

TER      BUTTER CHEESE CAKE
SOU     SOURCE 1:  KAK NOR @ SECUBIT GARAM

su         SOURCE 2 : Jun@Yummylicous
sum

A:-
225gm tepung
1 1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

B:-
200gm butter
175gm cream cheese
1/2 sudu teh lemon zest ( wani ganti dengan parutan kulit limau nipis )
175gm gula
5 biji kuning telur

C:-
5 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon ( Wani ganti dengan 1 sudu teh cream of tartar )


Pukul butter dan cream cheese hingga kembang. masukkan gula, pukul lagi.
Masukkan kuning telur dan kulit lemon, pukul lagi.
Masukkan bahan A dan gaul rata.
Dalam mangkuk lain, pukul bahan C hingga kental.
Kemudian masukkan kedalam campuran butter tadi dan kacau rata.
Masukkan kedalam loyang dan bakar pada 180'c selama 30min


Nota: wani bakar dalam suhu 150 C dalam masa 30 minit lebih sikit ... ingatkan takut tak masak lagi tapi memang cukup - cukup 30 minit bakar ...  maknanya betul la ikut resepi tu tapi suhu je berlainan .. sebab oven wani  panas ...

Sunday, November 27, 2011

CORNFLAKES MADU PEDAS RANGUP


ASSALAMUALAIKUM.........
Diharap wani tak terlewat ingin mengucapkan selamat menyambut maal hijrah untuk tahun 1433 hijrah kepada semua umat islam di seluruh dunia .... mudah-mudahan pada tahun baru islam ini akan dipermudahkan segalanya oleh Allah dalam melalui kehidupan yang diredhai-Nya di dunia dan di akhirat ... amin,,, semoga dipermudahkan segalanya urusan kita ... dengan izin Allah.....alhamdulillah hari ni cuaca cerah panas sepanjang hari ... .. tak hujan dah .. walaupun langit nampak mendung dan nampak seakan-akan nak hujan pun ada ... . tak apalah biar kering sikit tanah - tanah dan lopak- lopak yang penuh dengan air hujan tu...  senyap sunyi je rumah maya.... oklah wani pun tak ke mana-mana..berbalik kepada wani nak cerita sikit pasal muffin yang buat hari itu .. kalau nak tengok sila pergi   SINI    ..muffin ni sedap dimakan  sehari selepas buat ... tekstur dia makin moist .hihi.. macam kek coklat la kan .. makin lama makin moist ..terasa rugi pulak makan awal-awal.... baik simpan sekejap biar tekstur nya lembap sikit baru sedap makan biar muffin tu kena kelembapan udara sikit   .. sebab lepas mula-mula kita bakar ... tekstur muffin agak kering ... tak gitu .. sila lah cuba sendiri ...

wani buat conrflakes madu pedas rangup ni buat snack sambil -sambil tengok masterchef malaysia .. hihi ..sedap sangat ... macam ala kerepek ubi sira la.. cuma yang ni guna cornflakes ...wani letak peanut yang dipanggang terlebih dahulu ... sebenarnya dah lama resepi ni nak dicuba... peanut pun dah lama beli tapi asyik la tangguh- tangguh ... haaahh sekarang baru boleh buat ... wani guna satu kotak cornflakes yang besar tu ... marjerin tu pulak tak timbang- timbang pun agak -agak je .. hihi.. yang penting masa lepas kita gaulkan cornflakes tu masih rasa tak minyak and manis tambah la marjerin dan madu tu ,,,lepas tu wani bakar dalam 10 minit je suhu 140 C... ya ok.. senang kan selamat mencuba ... terima kasih buat dayang jack yang sudi berkongsi ....:)))


CORNFLAKES MADU PEDAS RANGUP
SOURCE:DAYANG JACK

Bahan-bahan :
  • 1 bungkus cornflake
  • 1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)
  • 6 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • sedikit cili giling/cili kisar
  • madu secukupnya
  • sedikit garam
  • 100 g mentega +/-
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.
  3. Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata. 
  4. Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.
  5. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C. 
  6. Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang. 
  7. Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama. Selamat mencuba!

Friday, November 25, 2011

COKLAT CHIPS MUFFIN ( HANIELIZA RECIPE )

ASSALAMUALAIKUM................



seingat wani tiap kali wani masuk kedai bakery, tak terlintas langsung nak beli muffin, sebab bila masuk je kedai bakery terus terpandang makanan yang lebih sedap lagi hihi muffin yang ada depan mata tu dah tolak ke tepi :p... .. walaupun masa tu memang wani tak pernah merasa macam mana rasa muffin.. kat rumah ni pun tak pernah terlintas sendiri nak buat muffin... bila dah tengok orang tu tayang muffin orang ni pun tayang muffin so apa lagi .. ambil keberanian nak mencuba bagaimana ?...sebelum tu macam -macam dah wani dengar petua orang bagi nak buat muffin yang elok teksturnya ,,, ni nampak senang je bila baca kan .. macam nak buat cekodok je muffin tak payah ,lebih-lebih pukul pun....  ... sebenarnya step dia simple pun tak sesusah mana... bila dah wani buat first time ni betul la memang mudah....teksturnya dia kasar bila dah masak tak macam cupcake yang ada fine texture.... ..,,bila baru first time mencuba ni kan .. macam-macam la kan .. kalau dah nasib baik terus ..alhamdulillah .. kalau dah nasib tak jadi.. nak buat macam mana kan .. kita kenalah belajar dari kesilapan kalau tak, tak tahu lah kat mana silapnya .... bak kata Chef Wan ,, baking is not only cooking ,,,,but  baking,  we also should know the chemistry.... apa la  chemistry pulak nya .. macam yang gambar kat bawah wani buat ni lahh ... dah tahu resepi letak baking powder & bicarbonate soda .. ada ke patut wani letak nak hampir penuh bekas muffin tu sepatutnya letak la  half,, sebab dia nak naik lagi  .. haha  .. dok tengah bakar dah meleleh keluar macam lava gunung berapi...mak wani tengok dan cakap ish.. ish.. ish....  siap bakar jadila macam gambar kat bawah ... luckily ,, la muffin pan tu non stick .. kalau tak melekat kat pan la jawabnya ....biasalah kan kita ni bak macam ahli kimia lah tapi bereksperimen kat dapur hihi..  tapi apapun muffin wani menjadi biarlah nampak dah terlebih kembung sampai kat bawah kira menjadi lah ya  .. hihi ...next time ,, kena practice lagi la ... senang je sebenarnya ,, cuma nak scoopkan kat dalam bekas muffin tu ..


terima kasih buat kak zu yang sudi berkongsi resepi muffin ni . .. sedap... rich with chocolate ... sebab banyak letak coklat .. tapi kat batter tu wani ada campur coklat urai ..  saja nak habiskan stok ...hihi lepas tu atas tu topping la dgn choc chips ... so, rasa marvellous ....wani buat ni half adunan... kalau la tak scoop banyak-banyak macam tu dah dapat dalam 12 biji muffin kot .. yang ni buat dapat  9 biji besar-besar hihi...



COKLAT CHIPS MUFFIN ( HANIELIZA RECIPE )
SOURCE:  DAPUR KAKZU

BAHAN BAHAN

1 CAWAN BUTTER ( CAIRKAN )
2 CAWAN SUSU SEGAR
2 BIJI TELUR
1 TSP ESEN VANILLA

3 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/2 CAWAN COCO POWDER
2 TSP BAKING POWDER
1/2 TSP SODA BIKABONATE
2 CAWAN GULA PERANG
100 GM COKLAT MASAKAN

1/2 CAWAN COKLAT CHIPS ..NAK LETAK LEBIH PUN BOLEY, TAK DOSE EIIH NAK LETAK BANYAK2..hehhee

CARE CARE

1. CAIRKAN BUTTER
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN DAN SUSU CARE DOUBLE BOILER
3. KOCOKKAN TELOR ( KACAU JAP JE, GUNE PEMUKUL TANGAN JE ) DAN MASUKKAN GULA.
4. MASUKKAN BUTTER CAIR
5. MASUKKAN SUSU BERCAMPOR COKLAT TADI BERSELANG SELI NGAN TEPUNG YANG BECAMPUR COCO POWDER, B.POWDER DAN SODA BIKARBONATE. ( KASIK AYAK DULU )
6. MASUKKAN COKLAT CHIPS
7. MASUKKAN DALAM ACUAN YNG DISUKAI ( kkzu gune cup size 8 )
8.BAKAR PADE SUHU 180 SELAME 20 MINIT

**NOTES DARI KKZU****
RASE DAN STRUKTUR MUFFIN BERBEZE DARI CUPCAKES.MUFFIN AGAK KASAR , CUPCAKES PULAK LEBIH HALUS.
UNTUK MENDAPAT KAN MUFFIN MEREKAH GUNEKAN BAKING POWDER ' DOUBLE ACTION ' DAN BAKAR MUFFIN PADE SUHU 200.

 NOTA: 

 - untuk peringatan wani sendiri ,, wani bakar dengan suhu 140 C, dalam 30 minit ... ok lah tu dah elok masak ...mungkin kalau scoopkan sikit dalam bekas muffin tu elok-elok je 20 minit masak..   wani reduce kan suhu sebab guna  non- stick muffin pan tu cepat serap haba ....


Wednesday, November 23, 2011

KUEY TEOW SUP LANGKAWI

ASSALAMUALAIKUM.......

 

kat sini dah mula hujan turun tak berhenti -henti direct sampai ke malam .. wani dah terdengar dalam berita pun ada beberapa tempat kawasan rendah di Kelantan dah pun dinaiki air. sejuk menggigil .. sampai wani rasa nak sentuh air paip ni pun tak nak sebab terlampau sejuk ... oklah, masih lagi nak bercakap pasal hari raya korban hari tu ,, aunty wani ada bagi sedikit tulang lembu ... dah lama wani mengidam nak makan KUEY TEOW  sup macam ni dengan sup tulang lembu ,,, dan inilah hasilnya sedap sup ni lain dari yang wani selalu masak hihi.. membangkitkan selera . resepi ni wani ambil dekat rumah quinne ..terima kasih quinne ..resepi asal bihun sup tapi wani gantikan dengan kuey teow.. resepi ni sukatan dia begitu banyak,jadi pandai-pandai la adjust ikut kesesuaian. abaikan hirisan daging yang wani potong besar-besar ,,;p..dan resepi ni memang masuk kalau ada sambal kicap tu ditambah lagi dengan bawang goreng dan daun sup....hari ni tak banyak bercakap dan bertulis-tulis ... badan dah mengigil sejuk...




 

BIHUN SUP LANGKAWI

SOURCE:  QASIHQUQUINNE

 

Resepi asal: kak Jui
Resepi: kaknorlie

Bahan2
10 kg Daging (potong ketulan besar berat sekilo seketul pun boleh)
2 kg tulang

BAHAN YANG PERLU DIBERSIH SECUKUP BERSIH: * bahan ini x perlu dibuang kulit @ dipotong.
10 batang serai *
1 ketul lengkuas (besar) *
2 ketul halia (besar) *
 3 labu bawang putih *
10 biji bawang merah *
secekak daun leek *
sepohon batang calery *
beberapa helai daun pandan - simpulkan *

2-3 senduk besar gula @ secukup rasa
pak aji
2 kotak besar kiub ayam
RM 1.00 lada hitam timbang - blend halus
garam
segengam kulit kayu manis
segengam bunga lawang
buah pelaga
air secukupnya (periuk besar daging mesti tenggelam)

masukkan daging di dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. masakkan di atas api.
bila sudah mendidih masukkan ke semua bahan yang telah di bersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. biarkanlah ia masak 2-3 jam supaya daging ketulan besar dapat empuk dengan sempurna. (air boleh di tambah jika surut).
setelah daging empuk keluarkan ke semua bahan yang di rebus bersama daging tadi. hanya tinggalkan ketulan daging yang besar.
teruskan merebus.dan masukkan kiub ayam, gula, pak aji, garam, lada hitam. bolehlah di rasa kuah sup ini. sebatikan rasanya seimbang.
bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam periuk besar tadi.
sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup.

** untuk pengetahuan: kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah 3 sekawan tadi.
BIHUN:
1 1/2 kampit bihun yang besar -rendam + serbuk kunyit.
bila bihun sudah agak lembut bolehlah di celur sekejab @ dikukuskan.


HIASAN / TABUR:

Daging ketulan besar yang telah di rebus empuk - dipotong kiub kecil kecil
daun sup -       } dihiris halus
daun bawang -}
1 kampit besar bawang goreng
1kg lobak masin - dicincang halus halus


SOS KICAP:

3 botol kicap
1-2 kg cili api
5-6 ulas bawang putih
limau untuk dijadikan jus
* sedikit bawang goreng - jika suka
sedikit minyak

panaskan minyak. goreng cili api dan kacaukan hingga cili sebati, layu dan angkat. sejukkan sekejab.
bawang di layur pada api sekejab @ kalau x nak gorengkan dan angkat.
tuang kicap dalam blender masukkan cili goreng dan blend hingga sebati bersama bawang putih.
jika suka bolehlah diblend sekali dengan sedikit bawang goreng hingga sebati.
tuangkan di dalam mangkuk masukkan jus limau, garam dan gaulkan sehingga secukup rasa.

(nota: saya masak 1 kg daging cincang utk buat sup ni....pandai2 la adjust sendiri bahan2 tu ye sebab resepi ni utkl masak seperiuk besar....disebabkan saya masak utk diri sendiri..saya kupas je kulit bawang tu tapi tak potong..saya biarkan sebiji2....kalau ikut resepi tak yah kupas kulitnya...saya ni nak cepat..kalau nak buat cara cam tu kena rendam dulu bahan2 tu baru dijamin bersih...)

 

 

Saturday, November 19, 2011

NASI DAGANG KELANTAN

ASSALAMUALAIKUM.......


memang dah terasa lama tak buat nasi dagang kelantan ni ..selalu masa wani budak-budak mak wani la yang selalu buat ... disebabkan penyediaan yang agak rumit sikit menyebabkan hidangan ni jarang dibuat hihi.. selalunya terasa nak makan beli je dekat kedai .. especially masa time breakfast ... pagi-pagi keluar pergi beli nasi ... kalau dulu abah wani tanya nak nasi apa .. wani cakaplah nak nasi dagang . ini kebetulan ni nak buat hidangan ni ..sebab abah wani tersilap ambil ikan tongkol orang lain... nak beli ikan patin tapi tukang yang tolong kerat-kerat bahagian ikan tu dia terberi ikan tongkol orang lain  .. abah wani pulak tak terlintas nak check betul ke ikan patin kat dalam tu .. sampai rumah baru check .. alamak... ikan tongkol la .. 2 ekor pulak yang besar-besar lagi .... kasihan pulak kat orang yang dah tempah ikan tongkol ni .. mungkin dia dah nak cadang resepi nasi dagang kot .. balik tu sambil-sambil cuci ikan dah terlintas nak buat nasi dagang .. lepas tu wani cadangkan dekat mak nak buat nasi dagang la dengan ikan tongkol ni ...



nak buat nasi dagang ni kena la ada gandingan dengan gulai ikan tongkol ..kalau ditambah lagi dengan bahan sampingan lain iaitu gulai udang.. lagila sedap... yang wani buat ni gulai ikan tongkol je dan bahan sampingan lain acar mentah dan juga telur .. lama betul planning nak buat nasi dagang ... wani ada terjumpa banyak resepi pasal nasi dagang dan gulai ikan tongkol ni ..  ada separuh wani ambil, ada separuh lagi wani ambil apa yang mak bagi tahu ... nasi dagang kelantan ni dia istimewa sikit sebab guna beras special. resepi yang wani rujuk sila tengok SINI dan SINI . terima kasih kerana sudi berkongsi ..  lepas tu mak wani la sibuk-sibuk nak beli beras nasi dagang ...dan pada masa yang sama kebetulan orang yang jual beras nasi dagang tu pernah buat nasi dagang ni untuk dijual ..  .. banyak petua yang dia beri masa penyediaan nak buat nasi dagang ni ..oklah dah banyak bercakap-cakap .. marilah pulak nak jamu mata sambil tengok- tengok resepi ya .. wani buat hidangan ni banyak  guna 1.5 kg beras nasi dagang dan ikan tongkol memang besar ... kebetulan esok pagi tu nak balik kampung,jadi bawa balik hidangan ni sikit dekat saudara mara dekat kampung.petang tu wani dah mula buat gulai ikan tongkol ni ikut petua yang Kak Mah bagi nak bagi rasa lagi sedap untuk keesokan harinya... kan kalau yang jenis bergulai ni kalau simpan lama lagi sedap kan.. hihi malam tu pulak  dah mula tugas dekat dapur .wani kalau nak buat seorang diri  memang tak terlarat ... sebab tu la ada mak.. part gulai, wani buat yang part nasi, mak dan wani buat sama-sama  ...macam tu lah kan saling bantu membantu =) .. kalau ikut cara wani , mula-mula sekali mesti kena sediakan ikan rebus tongkol yang telah direbus dengan awal....

BAHAN-BAHAN UNTUK IKAN TONGKOL REBUS



2 ekor ikan tongkol bersaiz besar
15 keping asam gelugor
garam - wani letak 5 sudu besar  tapi kalau nak letak tu adjust-adjust la ikut saiz ikan tu ya
air
lengkuas ( dihiris )

CARA-CARA
rebus ikan bersama bahan-bahan diatas  ( kalau ikut cara wani, wani selang-seli letak ikan lepas tu garam lepas tu asam keping lepas tu hirisan lengkuas  nak bagi rasa  tu sekata .. bila ikan tu disusun dalam periuk...dan direbus sampai la kering air ikan tu..

NOTA:
Wani guna periuk tanah nak rebus ikan ni lagi sedap dan lagi satu jangan terkejut ya .. ikan tongkol rebus ni wani simpan sampai seminggu lamanya sebelum nak buat gulai ikan ... hihi memang bertambah kemasaman ikan ni.. sedap.. dah macam kat kedai ..  .. dan isi ikan pun tak lah hancur .. kalau nak simpan lama-lama ni baik guna periuk tanah lagi selamat berbanding periuk besi tu .. sebab periuk jenis besi ia akan bertindak balas dengan garam  .. periuk tu boleh tembus. so, tak selamat.


GULAI IKAN TONGKOL


BAHAN-BAHAN
2 biji bawang merah besar*
1 biji bawang besar*
21 tangkai lada kering*
11/2 lengkuas*
11/2 kunyit*
kari ikan 2/12 sudu besar
3 keping asam keping
nisan 11/2 keping
garam ikut kesesuaian
cili hijau 4 biji
santan - wani ikut letak tak sukat .. wani agak-agak dengan jumlah ikan tongkol rebus tu

CARA-CARA
1. Kisarkan bahan yang bertanda * hingga halus.
2. sebelum diletakkan di atas dapur, terlebih dahulu, santan dimasukkan di dalam periuk bersama-sama bahan yang telah diblender beserta kari ikan .. kacau sebati dan baru letakkan di atas dapur ..
3. kacau santan bersama-sama bahan tadi  sehingga ia mendidih guna api yang sederhana besar. apabila sudah mendidih, biarkan  mendidih lama sikit.
4. masukkan asam keping dan garam ikut kesesuaian. jangan letak banyak sangat garam sebab nanti masa nak letak ikan tongkol rebus, air garam dalam ikan rebus tu akan  turun.. jadi, berhati-hati masa letak garam untuk turn pertama. biarkan mendidih.
5. barulah masukkan ikan tongkol rebus bersama-sama dengan nisan, cili hijau dan biarkan mendidih sekali lagi lama sikit dan pastikan masa nak letak garam untuk kali kedua seimbangkan rasa kuah tu sebab bila dibiarkan mendidih lama sikit .. air garam dekat ikan tu akan turun lagi ..so berhati- hati...
6. biarkan mendidih sehingga dekat atas permukaan atas tu nampak macam pecah minyak ... dan pekat sedikit... setelah nampak pecah minyak ,tutup api .siap untuk dihidangkan.
7. gulai ikan tongkol ni tak boleh nak cair sangat .. sedang-sedang elok pekat je sebab nak makan dengan nasi kan..


NOTA:

gulai ikan tongkol ni wani buat petang tu untuk esok pagi makan.. barulah bertambah kesedapan gulai ni..


NASI DAGANG


BAHAN-BAHAN

1.5 kg beras nasi dagang
8 biji bawang merah dihiris
11/2 inci halia dihiris panjang-panjang
1 sudu besar rata halba
santan pekat 2 cawan dimasak bersama sedikit garam
santan cair 21/2 cawan

CARA-CARA
1.beras direndam semalaman kira-kira 8 jam.
2. letakkan beras dalam pengukus dan buatkan lubang dekat tengah supaya wap mudah masuk .kukus kali pertama beras nasi dagang ( wani kukus kira-kira dalam 15 minit )
3. kukus kali kedua, masukkan santan cair gaul sikit demi sikit bersama-sama dengan hirisan bawang merah dan halia ... dalam proses itu, masukkan halba sekali sikit demi sikit.gaul sebati dan kukus balik. kukus dalam 15 minit
4. akhir sekali, gaulkan nasi dagang yang telah dikukus tadi dengan pati santan yang telah dimasak dan kukus balik.. kukus sekejap je dan balik-balikkan . bila nampak nasi sudah masak dan warna dia dah pucat  atau pun dah tak nampak putih beras tu dah kira masak la.

NOTA:

 - nak masak nasi dagang ni tak boleh nak leka sangat bab -bab kukus tu,  takut nasi tu dah jadi pecah sebab dimasak terlalu lama. jadi nampak dah tak cantik dan juga tak sedap
- sebaik-baiknya , semasa nak angkat kukusan kali pertama tu ada petua nya .. pastikan beras tu bila kita picitkan diantara dua jari kita .. beras tu dah mudah putus, walaupun beras masih belum masak sepenuhnya .. dah boleh angkat gaulkan bersama santan cair, bawang merah, dan halia tu dan kukus balik untuk kali kedua. dan begitulah seterusnya .. jangan leka sangat ..
- wani nak cakap ikut timing pun tak boleh sangat ... sebab ia bergantung kepada jumlah beras yang nak dikukus.
- nak letak beras ke dalam pengukus buatkan lubang ditengah-tengah supaya wap mudah masuk..


BAHAN SAMPINGAN LAIN,ACAR MENTAH



JADILAH NASI DAGANG........




Thursday, November 17, 2011

KUAH ROJAK BUAH

ASSALAMUALAIKUM.....


alhamdulillah hari ni baru mentari keluar setelah 3 hari hujan dan mendung berturut-turut .. sampai wani sejuk menggigil .. 2-3 hari lepas tu ... .cuti persekolahan ni baru sahaja bermula ... hari khamis lepas,  keputusan UPSR dah keluar .. tahniah wani nak ucapkan buat kedua-dua sepupu perempuan wani ni, adik Ain dan adik Nisa.... kerana berjaya memperolehi 5A's ...tahniah sekali lagi ..alhamdulillah buat adik Ain ... itu berkat ummi ( mak saudara wani ) yang sentiasa mendoakan adik Ain sehingga berjaya dan dapat keputusan yang  cemerlang .. berkat doa ummi yang berada di Mekah .. mak uda wani baru pulang dari Mekah pada hari isnin lepas .. sampai pukul 6 pagi dekat airport Terengganu .. nasib baik la ada anak bujang dia seorang yang boleh datang ambil kan ummi dia tu.. sebab time working hours kan..semua orang nak pergi kerja ... .. wani baru sahaja kembali dari kampung menziarahi mak uda .. ..  banyak betul cerita,  mak uda nak bagi tahu .. pengalaman di tanah suci...pengalaman yang paling berharga buat mak uda ..  sambil-sambil tu  ada juga ole-ole dari Mekah ..alhamdullilah ..  ....sebelum tu jumpa  adik Nisa ucap  tahniah ... tak putus-putus Mak Cu wani hantar ke tuisyen nak suruh adik Nisa belajar dengan gigih lagi ya.. sekarang dah membuahkan hasilnya .. tapi perjalananmu masih panjang ya.. semoga sentiasa berjaya untuk masa-masa akan datang menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat ... amin.......



alamak mesti orang tertanya-tanya ni ternampak buah jambu hihi .. haaa itu dia jambu fresh dari ladang petik dari taman syurga.. ;p tak payah beli kat kedai .. kalau kat kedai tak terjamin sedap ke tidak ... bila dah kata fresh ni ..bila makan buah ni dah jadi macam rangup... crispy gitu... sebab  dia tak masak sangat ..dah matang boleh la diambilnya ... dan dimakannya ... terlintas nak buat rojak ni bila ibu wani dia cakap itu dari resepi kawan dia... bahan-bahan dia pun muadah .. rasa tak payah sukat pun ikut letak-letak, kacau - kacau dan jadilah akhirnya rojak wani buat macam tu je hihi ..  .. sedap tau ... pekat-pekat eh dah nampak macam rojak mak bee pun ada .. hihi rojak yang famous tu ... wani buat sendiri dah jadi terlebih dari rojak mak bee pulak ;p...



 KUAH ROJAK BUAH

4 SUDU BESAR GULA HALUS
11/4 CAWAN KICAP MANIS
1 ½ KACANG TANAH KISAR
GARAM SECUKUP RASA
12 BIJI CILI PADI
11/4 NISAN
3 SUDU BESAR BIJAN PANGGANG
BELACAN 1 SUDU BESAR  ( wani letak agak-agak je tak sukat pun ) 

CARA – CARA

  1. TUMBUK CILI API DAN GARAM SEHINGGA LUMAT LEPAS TU MASUKKAN BELACAN TUMBUK LAGI HINGGA LUMAT DAN MASUKKAN NISAN TUMBUK LAGI HINGGA LUMAT.

  1. MASUKKAN BAHAN YANG TELAH  DITUMBUK LUMAT KE DALAM BEKAS LAIN DAN CAMPURKAN GULA HALUS, KICAP MANIS, KACANG TANAH KISAR DAN BIJAN PANGGANG.

  1. GAUL RATA DAN BOLEH LA DIHIDANGKAN.


NOTA:
-         KALAU IKUT CARA WANI .. WANI TUMBUK JE NISAN TU SEBAB ,MALAS NAK KIKIS.. LAMBAT SO NAK CEPAT TUMBUK JE DALAM LESUNG TERUS …
-    KUAH ROJAK YANG WANI HASILKAN NI MEMANG PEKAT ..SEBAB WANI SUKA  ^^
-   MANA -MANA BAHAN TU BOLEHLA ADJUST MENGIKUT KESESUAIAN YA .. 






Monday, November 14, 2011

DAGING MASAK HITAM

ASSALAMUALAIKUM........


wani, bila kalau dah tak tahu idea nak masak apa.. tahu apa wani buat ... wani pergi kemas rumah ,, mop lantai. lipat baju dan sebagainya ..:D... itu bila dah fikir lama apalah nak masak ni .. tengok -tengok dah pukul 10 lebih dah ..last-last menu -menu yang simple la jawabnya ,,,,, ada sesiapa tengok MASTERCHEF MALAYSIA semalam.. nak buat review sikit pasal episod semalam.... untuk semalam 3 orang telah berentap untuk proses penyingkiran ..salah seorang dari mereka akan disingkirkan,,,, dan tahu tak apa resepi semalam ... semalam cabaran  UJIAN SAJIAN PANTAS .. telah menguji 3 orang para peserta untuk membuat signature dish dari seorang chef jemputan  iaitu Chef Siti Mastura ,, diimport khas dari Singapura... cantik dan anggun betul chef semalam.. ibu wani cakap macam bintang filem ...:D.. kalau nak berlakon drama ni pun laku ni ..hihi... nama sajian semalam pun dah nampak pelik iaitu PASTRI PUFF, PASTRI PAI EPAL, CHICKEN BASQUISE FILLINGS & FEUILLETTES. Pelik betul nama sajian ini .. nak buat pun nampak macam susah ... ..memang pastri yang sama tapi 3 variasi yang berbeza..sebab pasal letak filling tu berbeza..  masa pulak satu jam setengah.. ohhhh bayangkanlah... memang under pressure betul.. berpeluh-peluh para peserta semalam.... hinggakan wani sekali pun dah macam under pressure tengok mereka semua masak.. tapi sayangnya ... Terrence disingkirkan dari dapur MASTERCHEF MALAYSIA.. kalau wani tengok banyak sebab kenapa Terrence disingkirkan ,, kita tak tahu kan sebab kita bukan di tempat mereka semua.. mungkin dah sebab nervous ,,, panik .. had masa yang diberi ... itu pun merupakan faktor jugak.. semalam Terrence banyak buat kesilapan terutamanya dari segi kebersihan ... tak terjaga ... sudu jatuh ,, garpu jatuh la atas lantai .. tapi dia boleh buat dunnoooo je .sampai kan chef jo datang dan bagi tahu dia .. " awak ni garpu jatuh dan awak buat tak tahu je" .. wani faham mungkin sebab dihambat masa. memasak dalam keadaan macam tu .. benda yang remeh pun kita buat tak tahu kan ... tapi benda yang remeh macam tu lah yang menjadi bahayanya.... 

oklah,alang -alang dah cakap pasal masterchef...  kali ini wani nak share satu resipi dari OUTDOOR CHALLENGE MASTERCHEF MALAYSIA .. untuk minggu pertama... tak habis-habis masterchef,,, :P sampai ambil resepi pun dari red team.. yang telah melakukan cabaran sajian luar di salah satu kampung .. tak ingat dah kampung mana... tapi kampung tu ada gotong- royong dan cabarannya .. 2 kumpulan berentap untuk menghasilkan hidangan lengkap .. kalau macam kita .. hidangan macam nak buat dekat majlis kenduri kahwin tu .. semua lengkap dari gulai hinggalah ke dessert, dan minuman.... ni pun wani kebetulan pergi tengok kat laman web masterchef .. terpandanglah resepi yang telah dimasak oleh red team... iaitu DAGING MASAK HITAM. bahan-bahan pun mudah dan simple je .. cuma kat resepi dia tu tak letak pun kuantiti bahan-bahan yang digunakan .so wani letak kuantiti bahan bahan tersebut mengikut kesesuaian lah ... dan hasilnya sedap .. tambah tambah lagi bila daging tu disimpan sampai keesokan hari ke kalau ada baki lagi la  .... daging tu memang dah sebati dengan kuah dia tu ... satu lagi dia jadi pekat sebab letak kerisik tu ...



DAGING MASAK HITAM

Bahan-bahan:
·         Daging  (500 gm)
·         Bawang Putih* ( 3 ulas )
·         Bawang Merah* (  wani guna 1 labu bawang merah besar )
·         Bawang Besar* (  1/2 bawang besar )
·         Halia* ( 2 inci )
·         Cili Kering* ( 15 tangkai )
·         Air ( tak letak sebab wani guna air asam jawa terus )
·         Kicap ( 1 cawan )
·         Oyster Sos ( 2 sudu besar )
·         Kulit Kayu Manis ( 1 batang )
·         Bunga Lawang  ( 2 kuntum )
·         Cengkih ( 3 kuntum )
·         Buah Pelaga ( 2 biji )
·         Ghee ( 2 sudu besar )
·         Minyak ( secukupnya )
·         Santan ( penggunaan santan ni wani letak ikut aras daging .. tak sukat pun )
·         Kerisik ( 3 sudu besar ditumbuk )
·         Asam jawa ( 3/4 cawan, nak bagi masam lagi tambah kan lagi asam jawa tu )

Cara- cara memasak

  • Tumis bahan kisar dengan Ghee hingga garing dan masukkan rempah dan tumis hingga masak.
  • Masukkan kicap dan daging dan kacau hingga sebati.
  • Gaul hingga rata dan masukkan sedikit air.
  • Reneh hingga empuk dan masukkan santan dan kerisik dan air asam jawa.
  • Masukkan perasa, garam, gula  secukup rasa.
  • Kacau-kacau dan tunggu hingga masak.
NOTA :
- Bahan- bahan yang bertanda* dikisar halus .
- nak tumiskan bahan tumis wani guna GHEE campur minyak biasa sikit..
- kalau wani nak masukkan garam tu .. lepas masukkan kicap dan daging .. letak lah garam ...
- wani skipkan pasal air dan terus letak air asam jawa.... 

Saturday, November 12, 2011

IKAN MANDI ABU MASAM MANIS

ASSALAMUALAIKUM..........


Dalam 2- 3 hari sebelum ni cuaca cerah elok je .. hari ni start petang tadi hujan renyai-renyai .. harap-harap tak la berpanjangan sangat....tentu bila baca je entry ni nampak pelik ..sebab wani tulis ikan mandi abu .. pernah dengar ke .. wani pun first time dengar nama ikan mandi abu... hihi.. entahla kenapa diberi nama macam tu.. tapi harganya kurang sikit dari ikan siakap... seekor. ikan ni nampak macam lebih kurang ikan siakap.. cuma yang bezanya ,, dia ada tompok tompok kuning dekat kepala ikan tu .. itulah yang bezanya.. tapi rasanya lebih kurang sama dengan ikan siakap .. tapi ibu wani cakap tak sama.. haha .. entahlah lidah masing masing ... kan... entry ni sekadar nak tunjuk ikan je hihi hari ni seisi berkenalan dengan ikan la kan.. :D kalau bab -bab ikan ni .. tak kiralah apa jenis ikan yang wani suka .. wani buatlah menu masam manis.. ikan ni sebenarnya tak tahu nak masak macam mana.. alang - alang abah dah cakap buatlah masam manis .. takkan nak goreng kunyit saja kan ... tak ada umphhhhh pulak..nak buat yang macam ada kuah ada santan tu  ,, dia tak berapa suka,,  so buatlah menu masam manis ....  macam tu lah jadinya .. kat sini pun dah ada postkan resepi tu .. kalau nak tengok lagi resepi tu silalah klik SINI .



biasanya kalau ada bunga kantan yang ibu wani tanam ni dah keluar kuntuman dia tu  dan dah cukup matang nak dipetik.. memang wani guna yang tu lah .. dah tak payah nak beli kat kedai hihi...boleh la buat menu ikan  masam manis . bungan kantan yang ditanam adalah spesis kecil .. bukannya spesis besar .. kalau yang spesis besar tu .. ooo itu memang  sesuai tanah kat dalam hutan tu ... tinggi menggalah pokok bunga kantan tu.. mengalahkan ketinggian manusia .. tapi pokok bunga kantan spesis ni dia cepat "merajuk".. tak boleh nak tebang pokok dia main main je . sebab dia merajuk tak nak berbunga :D.. patutlah bunga warna pink pun hihi malu-malu...  ada perasaan jugak kan pokok pokok ni.. biasanya kalau ibu wani potong selepas ambil bunga tu ..  biarkan saja batang kat bawah kering sendiri ,, tak boleh nak cantas- cantas buang .. memang nampak semak kalau tak cantas .. tapi bersabar je lah sebab nak suruh dia keluar bunga lain pulak....

inilah ikannya ,, tengoklah tompok tompok kuning dekat kepala dia tu .. .. mungkin nama mandi abu ..sebab warna dia macam abu kot ;p.. entahla ...

Thursday, November 10, 2011

LAGI...LAGI... KEK KARAMEL

ASSALAMUALAIKUM.......


inilah dia kek karamel yang dibuat masa tetamu bertandang hari tu .. kiranya ini kali kedua lah.. tapi buat yang versi lain sikit.. yang lainnya belang-belang warna tu je ... kali ni nak nampak pinky sikit... hihi... berdebar jugak nak buat time kedua ni takut tak menjadi .. tapi alhamdulillah menjadi gebu je ...aunty wani pelik tengok kek ni sebab tak pernah lihat dia tanya kek apa ni .. wani jawab la kek gabungan dengan karamel kat atas  tu..mereka semua cakap sedap ..sebab tekstur kek tu lembut ...   tapi masa nak proses terbalikkan kek tu yang suspens sikit. sebab ambil masa lama... bila terbalikkan loyang kek tu nampak macam susah je nak keluar ..goyang-goyang lagi... baru keluar elok ..air karamel turun terus-terus lap..



walaupun dah guna 11/2 sudu besar ...macam air karamel tu masih banyak lagi .... bila potong-potong panas -panas ni tekstur kek amatlah gebu.. macam span.. hihi..suka makan time panas-panas suam tu ...wani teruja buat kek ni walaupun permulaan yang susah sikit, banyak step step dia tu nak buat itu nak buat ini ...  ... tapi hasilnya berbaloi-baloi... macam marathon kitchen dok kat dapur sebab semuanya nak kena cepat .. nak panaskan air la .. nak pasang oven lagi ... hihi.. tapi untuk telur wani guna gred C... pergi kat kedai telur gred B tak ada.. last-last ambil jugak yang gred C... nampak adunan putih telur tu macam sikit .. sebab bila dah letak dalam loyang buat belang belang tu .. tak penuh pun loyang bulat tu ..kalau buat yang sebelum ni penuh satu loyang .. mungkin sebab guna telur gred B.


1. sebelum bakar ni belang belang pink putih.
2. selepas pembakaran 40 minit pertama.. ingatkan dah ok  sebab dah naik meninggi.
3. selang dalam 5 minit lepas  tu .. kek dah pun mula merekah kat atas tu ... kalau merekah tak apa.. jangan tak masak sudah kat dalam tu hihi ..
4. bila dah masak dah sejuk dan renggang dari loyang tu  .permukaan kek kat atas tu dah kecut .. jadi tak nampak dah garisan merekah tu .. macam dah tutup balik ...

kalau nak resepi ni wani tempekkan lagi kat sini ..atau pun kalau nak tengok yang dah wani buat sebelum ni sila klik SINI resepi ni wani ambil dari rumah kak ita.. cara yang KAK ITA tunjukkan tu wani mudah faham .

KEK KARAMEL STEP BY STEP CARA KAK ITA

Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras
Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.
Meringue
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.
Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.


Wednesday, November 9, 2011

UDANG GORENG MADU

ASSALAMUALAIKUM........


nasib baik la pagi tu wani ada nak baking kek karamel .. sebab masa time petang tu aunty wani yang dok kat Kubang Kerian call.. abah wani .. dia cakap nak jalan-jalan kat rumah petang nanti dengan family dia dapat la jumpa dengan sepupu "baru" yang comel .. Amsyar dan Balqis..itupun nasib baik dah makan satu slice pagi tu hihi.. lepas tu simpan letak dalam peti... tak tau pulak ada tetamu akan bertandang petang tu.. nasib baik la ada kek karamel tu  .. buat menu petang la nampaknya... ikutkan wani ni ..suka je buat kek tapi tak berapa nak makan .. buat tu sebab nak suruh orang lain makan.. ada ke orang macam wani ni :D.. rasa lucu pun ada.dah la ibu dan abah bukan boleh makan manis-manis selalu..dan kalau boleh tangan ni asyik gatal je nak buat dessert .. kek, biskut, muffin .. bagai...


oklah dah banyak bercakap-cakap.. mari kita tengok resepi .. lama betul simpan udang ni dalam freezer..last-last terfikir nak mencuba resepi UDANG GORENG MADU.resipi ni ambil dari rumah kak mieza.. tergoda bila tengok udang goreng madu tu  .. bahan-bahan pun simple dan mudah je .. kacau-kacau , goreng-goreng, tuang itu tuang ini .... tupp.. tupp.. dah masak..emmm sedap makan dengan nasi hangat ... membangkitkan selera...... senangkan ... jom cuba !!!

UDANG GORENG MADU

Recipe: Chef Sabri @ Wanita Hari Ini TV3
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:
400 gm udang - buang kulit
2 biji bawang besar - cincang
3-4 biji bawang putih - cincang
2 sb cili kering kisar
2-3 sb madu
1/2 cawan udang kering - cincang
2-3 sb sos plum - mieza tambah
3 tangkai daun kari
3 sb mentega

Cara-cara:

1. Panaskan mentega dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga perang.

2. Masukkan udang kering dan cili kisar dan tumis lagi hingga udang kering masak.

3. Masukkan udang, madu, dan sos plum. Kacau hingga udang masak. Rasakan garam gula.

4. Angkat dan hidangkan. Senangkan.


Monday, November 7, 2011

NASI AYAM MADU

ASSALAMUALAIKUM.......


salam semua .. hujan renyai-renyai hari ini ditambah lagi dengan angin sepoi-sepoi bahasa .. semalam, sepanjang wani dan family nak balik ke rumah .. hujan turun dengan lebat .. ingatkan nak tunggu hujan reda sikit baru nak bertolak .. bila tengok jam dah pukul 6 petang. hemm tak boleh nak tunggu-tunggu dah nanti gelap pulak nak sampai ke rumah,... semalam wani sempat pergi rumah ibu saudara wani di Kubang Kerian dan juga dekat Lati .rumah adik ibu,, bergotong -royong sakan  nak sediakan makanan tengahari ..semuanya berasaskan daging hihihi... daging goreng kicap, daging singgang dan sup tulang .. dah namanya hari raya korban kan ... . tapi wani pun dah tak lalu makan dah ..sebab letih ... makan sikit-sikit je...sampai rumah kepala dah pun mula pening-pening .... awal wani tidur semalam sebab pening... selepas tengok MASTERCHEF MALAYSIA ... simpan dapur sekejap.. terus tidur ...


hari ni pun masih cuti aidiladha .. 4 hari umat islam beraya .. ...ibu wani pulang ke kampung .. dan wani tak dapat pulang .. hari ni mak long pulak yang buat majlis makan-makan sikit kat rumah dia.... oklah ya hari ni wani nak share resepi  NASI AYAM MADU... dah lama buat ni .. baru nak letak entry .... resepi ni wani ambil dekat rumah kak ita .. dah ramai dah orang mencuba.. nya dan testimoni mereka semua kata sedap... wani pun dah lama tak pekena nasi ayam.... dan hasilnya memang masuk selera .. abah wani kata sedap.. dia cakap tak muak hihi.. tapi wani tak tumis dengan mentega tu ..wani tumis dengan minyak jagung je .. so tak berapa kuning la nasinya tu ya.. kat sini tak letak pun gambar kicap .. tapi kicap dia sedap.... lepas tu wani baru perasan yang resepi ni tak ada resepi untuk sos cili dia tu ... hemm tak apalah .. makannnn je pun sedap jugak hihi .. ayam madu tu wani bakar .. malaslah nak goreng-goreng ..kalau masuk oven sekaligus letak hihi



AYAM MADU


SUP



NASI AYAM MADU



SUP AYAM

1/2 ekor ayam di potong dan dicuci bersih
air secukupnya
1/4 bawang besar atau 3 ulas bawang merah - di hiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inc halia - dititik
2 kiub ayam
1 sup bunjut atau kalau tak de boleh guna rempah tumis 4 sekawan
2 sudu mentega

Panaskan mentega, Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. Masukkan halia dan air, biarhingga air didih. Masukkan kiub ayam dan sup bunjut. kacau rata kemudian masukkan ayam dan tambahkan garam secukup rasa. Masak hingga ayam masak dan empuk.

Bila dah masak, Keluarkan ayam dan ambil 2 1/2 cawan sup asingkan untuk menanak nasik.
Sup yg telah siap tadi bolehlah di taburkan daun sup daun bawang dan bawang goreng untuk di makan bersama nasi.

AYAM MADU

Ayam yg telah di rebus tadi.
2 sudu besar Kicap pekat
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam - ita tambah
1/2 sudu serbuk lada putih - ita tak letak sebab dah bubuh sos lada hitam

Gaulkan semua bahan dan lumurkan atau ratakan pada ayam tadi. Perap sekejap.

NASI AYAM

2 cawan beras - suci bersih dan toskan
sehelai daun pandan

Masukkan beras kedalam periuk nasi, letakkan daun pandan yg telah di simpul.
Tuangkan 2 1/2 cawan air sup tadi atau secukup untuk menanak nasi. Masak nasi seperti biasa.


BAHAN HIASAN

daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad
timun
Tomato


SOS KICAP

2 ulas bawang putih - dihiris
kicap manis atau kicap masin secukupnya
sedikit sup ayam
garam atau gula. (jika kicap masin buh gula aje. kalau kicap manis boh garam sikit)
cili api di hiris - ikut kepedasan kalau suka pedas boh lah lebih2

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, pas tu masukkan kicap dan sedikit air sup masak hingga didih. Pas tu masukkan cili dan garam atau gula. Siap di nikmati bersama Nasi Ayam Madu tadi.





Saturday, November 5, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

ASSALAMUALAIKUM......

CREDIT DARI MR GOOGLE


salam semua ... hari ni semua rumah-rumah alam maya ni .. sunyi je sibuk nak menghidangkan juadah untuk pagi esok ke ?dah lewat malam ni baru nak updatekan entry ihi hi ,,,  wani pun tak kurang sibuknya..esok ni pun nak balik kampung ibu ..  nak jumpa dengan ibu saudara- ibu saudara yang tersayang ..  hemm oklah pada kesempatan ini, wani dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ..kepada seluruh umat islam di Malaysia dan juga seluruh dunia.. tak lupa juga buat pembaca-pembaca DARI DUNIA DAPURKU... salam aidiladha wani ucapkan ... ambillah kesempatan cuti yang mulia ini untuk berada lebih dekat dengan keluarga tersayang ya.. :))

Friday, November 4, 2011

BLUEBERRY CHEESE TART


ASSALAMUALAIKUM.......



ingat dulu, wani beli blueberry cheese tart ni kat kedai bakery .. sebab teringin sangat nak makan .... nak rasa macam mana la rasa cheese tart ni ,, tentu yummylicious..... dek kerana cheese nya dan blueberrynya .. mak ai harga satu RM 2.00,, besar yang macam kat atas tu la ...untuk saiz tart yang besar.. beli pun tak genap ..lepas tu asyik terbayangkan keenakan, kerangupan cheese tart ni sampai la dalam mimpi ..hihi.. kali ini dah berazam akan kubuat sendiri cheese tart ni .. tak kira rintangan apa sekalipun ..akan kutempuhi jua :D..so inilah hasilnya .. walaupun ini  first attempt buat cheese tart ni ... nak kata mengecewakan tu.. nampak boleh tahan jugak.. sebab nampak yang shell orang lain punya cantik elok je kejadiannya. mungkin nak buang lebihan doh kat tepi tu tak berapa pandai ... hihi.. tapi bila makan .. hanya ALLAH saja yang tahu .... tak berkelip- kelip mata ..ni .. mulut asyik kunyah je .. SEDAPPPPPPP...haaa baru puas hati buat sendiri .. nanti nak kena buat lagi dan lagi dan lagi ... kalau makan cheese tart ni memang tak puas ... ini pertama kali buat ni masa nak bakar  inti keju tu .. hmmmm ada retak sikit sebab dia naik membukit ... tapi nak tunggu masak krim tu kena lah keju tu masak tandanya ia dah kering kat permukaan atas tu. untuk corak tu kena practice lagi hihihi .. entah corak apa dah kejadiannya ... :D.. tangan ni tak lentik-lentik ....wani guna acuan tart yang besar haa puas hati .. tak main kecik-kecik ni hihi... lepas simpan dalam peti sejuk ..lepas tu makan .. lagiiiii sedappppp .cheese dan blueberry  nya ituuuuu.... kalau bab cheese2 ni family wani suka makan... ^^

wani perhatikan pelbagai resepi nak buat cheese tart ni ... terutamanya yang bab nak buat shell ni .. ada tambahan bahan lain pun ada .. yang ini wani cuma ambil dari blog kak ita.sebab dah lama simpan tunggu masa available je bila nak buat ni .. tapi bila wani tengok dekat rumah RAHEL MASAK APA?..  sungguh elok cantik kejadian cheese tart nya  ^^ ..lagi satu apa fungsi simpan doh ni dalam peti sejuk nak bagi rangup ke?   OKlah wani nak kongsikan kat sini apa yang wani buat .. walaupun tak berapa comel .. gambar-gambar semua ni nak letak dekat sini ... kalau nak tahu apa yang berlaku seperti mana gambar-gambar di bawah ini .. silalah rajin membaca resepi yang diletakkan dekat bawah sekali tu ..yang nombor 4 tu sebenarnya adunan yang dah bergaul dengan tepung. yang nombor 5 tu lepas keluarkan dari peti sejuk... dan yang nombor 10 tu selepas dibakar.... resepi ni wani ambil dari rumah kak ita.. thanks kak ita atas tunjuk ajar itu. :))




CHEESE TART

BAHAN-BAHAN

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak..
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.


250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.

  1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama..


NOTA:
- wani dapat untuk 1 adunan ni saiz tart yang besar dalam 12 biji. itupun sebab kali pertama bakar  tu.. tertebal ... sikit shell nya tu .. .. kalau tolak yang tebal -tebal tu mungkin dapat dalam 14-16 biji kot..
- wani bakar ikut suhu oven wani dalam suhu 140 C selama 20-25 minit . untuk pembakaran kali kedua untuk filling keju tu dalam 15 minit jugak sebab wani buat suhu rendah.


Thursday, November 3, 2011

NASI KETUMBAR

ASSALAMUALAIKUM.......


semalam elok je cuaca dari pagi hingga ke petang .. cuaca panas tak hujan langsung .. hari ni mendung sekali -sekala hujan ..lepas tu panas balik... hemmm.. masa hari hujan hari tu ... wani ada sediakan menu nasi ketumbar ni .. tapi kat sini nak tunjuk menu nasi ketumbar saja la ya .. hari tu ada juga buat gandingan dengan nasi ni ... iaitu ayam merah masak berempah... inipun bila pergi rumah kak nor ... dan ternampak dia buat gandingan nasi ketumbar dengan ayam masak merah berempah ni .. so wani ikut je nak rasa macam mana hihi.. kebetulan nak buat nasi ketumbar sebab  stok daun ketumbar ni masih banyak dalam peti ....ini pun ambil separuh je .. pun masih ada lagi .. so nak tanya la jadi ke tu nasi ketumbar .. tengok yang kak nor buat hijau sikit-sikit je .. tapi yang wani buat ni macam terlebih hijau ... ... hihi... walau apapun resepi ni SEDAP.. kalau boleh nak makan saja je nasi .. pun masuk jugak... memang kalau nasi macam ni .. masuk dengan ayam masak merah .. tambah lagi dengan acar mentah ...adik wani masa tu cuti semester balik dari KL bertambah makan 2 kali .. wani suruh makan banyak-banyak ... :D..

masa ni ingatkan nak letak la gandingan satu ketul ke  ayam masak berempah tu ... sebab malas sangat ..dah la cuaca hujan aci la ya gambar nasi saja.. hihi ok ya terima kasih kak nor :)) .. wani copy paste kat sini ya ..

 
NASI KETUMBAR


resipi : Q'ein @ Myresipi
sumber : Ayu S'pore & K.Nor

Bahan:
500g beras
3 s/b mentega/minyak sapi
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam

Cara-cara
Basuh beras dan toskan
Cairkan mentega bersama sedikit minyak
Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau.
Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

*daun ketumbar yg diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dlm nasi..


Tuesday, November 1, 2011

KEK KARAMEL... AKHIRNYA................

ASSALAMUALAIKUM...........


sejuknyaaaa.. dah 3 hari hujan berturut-turut ni .. kaki ,, tangan,  badan habis sejuk .... sampai nak masak pun dah tak ada mood .. nak mengambil gambar lagii la .. mood tak dak...cuaca hujan gelap macam ni .... gambar tak berapa nak jadi ...  wani nak kongsikan kek karamel yang dah berjaya dibakar.. ..dah lama buat ni tapi gambar-gambar semua masih dok peram dalam laptop... sekarang baru nak buat entry.. kek ni,  sebab dah berjaya buat kan .. so happy la hihi.. dah ramai dah orang buat menjadi ..ini pun kali kedua baru menjadi sebab kali yang pertama tak jadi sebab wani ambil resepi siapa dah tak ingat silap bab step pukul meringue tu.. dalam resepi dia cakap pukul meringue dulu lepas tu ketepikan baru pukul yang kuning telur tu kan. bila wani bandingkan yang kak ita (masam manis) buat punya, bab pukul meringue tu kena last step... sebab meringue mana boleh simpan lama-lama dia kena terus guna nanti turun "air" ...bagi  wani kalau resepi ada buat meringue memang wani ambil  the last step ...bila kita dah siap pukul adunan kuning telur dengan minyak, gula semua  tu so nak tinggal lama adunan tu tak apa .. sebab tak ada kait dengan putih telur ..  ada orang buat sebaliknya ke .. tapi jadi...? dah nampak tu dah nampak tu gambar tu  gebusshhh kan.. sukaaanya.... :p..baru wani tahu sebelum ni tengok orang dok tayang gambar kek karamel masing-masing dengan pelbagai kreativiti mereka buat .... sambil cakap kek karamel bila makan  macam aiskrim .... wani dok fikir dalam hati betul ke macam aiskrim... lepas tu bila dah berjaya buat ni ..eh..eh betullah macam aiskrim.. gebu je kek ni.

semangat berkobar-kobar nak buat balik sebab tengok kak ita yang tak jemu-jemu mencuba kek karamel ni akhirnya menjadi .. bukan sekali 2 tak jadi... 7 kali tu... yang wani buat  dulu sekali fail dah terus malas buat dah ... ini kali kedua ni baru menjadi hihi alhamdulillah ..ni pun dari panduan KAK ITA untuk picture bergambar, KAK UMMI ( HOME SWEET HOME ) pasal kek karamel ni seelok-eloknya kena letak atas wire rack tak nak kek tu terkena air karamel, dan tips dari  E-NA LOVELY KITCHEN pasal seelok-eloknya  gula pasir 11/2 sudu besar je untuk tak nak bagi air karamel tu banyak dan meleleh dekat kek semasa proses terbalikkan kek .. semuanya wani  baca, tengok dan perhatikan keterangan bergambar tu.. barulah nampak sikit kejadiannya step by step tu macam mana..terima kasih kepada mereka semua yang membuatkan wani bersemangat nak buat balik...  yang ini pun wani nak buatkan step by step jugak .. nak buat rujukan untuk masa akan datang dan juga pembaca yang lain......

cuma karamel nya tu agak nipis sikit.. bagi wani dah elok dah sebab wani kurang sikit bab-bab karamel ni.. kalau sesiapa nak tebalkan karamel tu boleh la buat double adunan untuk karamel tu ya.. 

SEMASA PROSES PENYEDIAAN KEK KARAMEL

gula pasir yang telah dicairkan..

campuran kuning telur, gula kastor, air dan minyak masak yang telah dipukul sehingga putih gebu. wani pukul dengan handwhisk untuk part ni

adunan yang telah bercampur dengan tepung gandum

ini campuran karamel. bahan karamel boleh dibuat awal. dan letak dalam loyang gula hangus tadi

meringue yang telah dipukul sehingga bertanduk.. bila angkat mangkuk ,meringue tak jatuh. pastikan sebelum nak pukul putih telur tu tiada sebarang kuning telur dan juga minyak. 

adunan meringue yang telah dicampur dengan adunan tepung tadi

bahagikan adunan tadi kepada 2 atau 3 jenis warna yang disukai.wani buat 2 jenis warna

buat belang-belang macam ni iaitu 1 senduk letak tengah -tengah. lepas tu ambil sesenduk warna lain letak atas warna yang pertama tadi. buatlah berulangkali sehingga habis. 

SEMASA DI DALAM OVEN

saja nak letak gambar bagaimana kek ni naik tinggi membukit dalam oven

baru letak dalam oven.loyang kek diletak  dalam loyang yang telah diisi dengan air panas ya. bakar dengan api bawah sahaja dengan suhu 150 C. wani guna suhu 150 C.

selepas 30 minit pertama dah naik membukit dah..

SELEPAS KELUARKAN DARI OVEN

kek karamel yang dah masak dibakar ..ada crack sikit tapi bukan itu yang kita nak tengok ya

setelah sejuk kek akan renggang sendiri dari tepi loyang berhati-hati sikit masa nak keluarkan dari loyang agar karamel tu tak cacat biar cantik elok ya keluar..

SELEPAS DIKELUARKAN DARI LOYANG




SETELAH DIPOTONG



wani letak atas wire rack sebab takut nanti air karamel tu meleleh keluar .. ini pun atas cadangan nasihat kak ummi .. sebab bila dah telangkupkan kek tu atas wire rack .. ada air karamel jatuh dari atas .. nasib baik letak atas  wire rack kalau tak.... kek karamel wani " terminum" air karamel la  hihi ....


KEK KARAMEL
SOURCE:  AZLITA AZIZ@ MASAM MANIS BLOGSPOT



KEK KARAMEL STEP BY STEP CARA KAK ITA

Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.


Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.

Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.


NOTA:

- peringatan untuk wani sendiri, bakar pada suhu 150 C api bawah sahaja selama 1 jam dan tambah 10 minit lagi, turunkan suhu kepada 140 C.
- panaskan oven terlebih dahulu, wani guna api bawah dan atas, then masa nak bakar baru pasang api bawah.
- kekalkan kek di dalam oven selepas masak, nanti nampak ada wap dalam oven, baru bukakan sedikit pintu oven nak bagi wap keluar.
- buat meringue pukul hampir 15 minit juga.
- guna 11/2 sudu besar gula pasir nak buat karamel. kalau terlebih gula nanti banyak air karamel yang keluar.