Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Saturday, October 29, 2011

AYAM BLACKPEPPER BERMAYONIS

ASSALAMUALAIKUM......



Ayam bakar lagiikkk... kali ini resipi lain pulak iaitu ayam bakar black pepper bermayonis ... mempelbagaikan lagi resipi ayam bakar ni.. kali ini guna pulak drumstick ....asyik-asyik drumstick je hihi.. apa yang wani dapat simpulkan aroma dan rasa blackpepper dan mayonis tu penting dalam resepi ni ... wani tak sempat nak perap lama ... dalam 1 jam setengah je.so rasa dia sedang-sedang je lah...  kalau perap lama lagi sedap ni.. biasanya kalau wani nak bakar ayam tengah hari esok .. memang wani akan perap malam .... tapi yang ni tak sempat la ... pagi tu keluarkan ayam dari peti ...   terus mesin bahan-bahan yang nak diperap.... resipi nya ringkas je ,,senang nak dibuat .. kalau ayam bakar macam ni memang wani sedap ratah ataupun makan bersama dengan nasi hangat ... ditambah lagi ada sambal belacan ...wallah memang masuk hihi

AYAM BAKAR BLACK PEPPER BERMAYONIS

 BAHAN-BAHAN
  • 1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
  • 1 sudu kecil blackpaper
  • 2 cm halia ( agak-agak je)
  • 2 biji bawang putih
  • 1/4 biji bawang besar
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mayonis
  • sedikit lada sulah
CARA-CARA
  1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
  2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

NOTA:

wani bakar dalam suhu 200 C hampir satu jam jugak dan sentiasa balik-balikkan nak bagi masak. lratakan  minyak kat ayam sikit tak nak bagi dia kering.

Thursday, October 27, 2011

TAMARIND CHICKEN CURRY

ASSALAMUALAIKUM.......


salam semua ... berdebar wani tengok semalam hari terakhir pemilihan untuk ke top 24...  akhirnya sudah terjawab ....untuk last pressure test semalam mereka diuji oleh Chef Riz untuk membuat kek tiramisu sama sebiji macam dia buat ...nampak resepi kek kan macam senang  .. tapi itu kek tiramisu tu dah la nak buat under pressure .. tahu-tahulah kan bila kita masak under pressure ni tak pun lain nak dibuat lain jadinya .. bukan boleh relax2 perasaan nervous, kelam kabut lagi   ..ada seorang peserta semalam tak tunjuk pun kek tiramisu tu dekat judges sebab kek dia jadi splash memang tak jadi langsung kek dia ..masa nak angkat kek tu dari acuan ... bila dia letak jadi macam air .. emm mungkin tak kena masa whisk tu kan banyak main telur nak putar mascarpone la, dan macam-macam lah.... kasihan wani tengok kat dia .. dia menangis depan judges ,, nasib baik Chef Priya peluk dia nak bagi tenang sikit.. kalau lah kita .. benda tak jadi kan .. apa kita rasa ..mesti rasa frustrated kan. .... malam ni ada masterclass dekat starworld .. tengok ya jangan tak tengok ...

terima kasih di atas komen-komen resepi VADEE itu ya  :)) .. tak sempat wani nak membalas .. kalau ada masa cubalah ... nanti wani nak cuba resepi versi vadee yang lain hihi ....ok.... apa Chef wani masak hari ini.hihi.. ini dia TAMARIND CHICKEN CURRY...ini kebetulan masa buka kat AFC channel wani tertengok Chef wan sedang masak dalam show dia dalam BEST WAN...lepas tu bila wani tengok ramuan yang digunakan semuanya bahan yang wani suka ada nenas, belacan, daun kesum lagi, serai .. asam jawa, Limau purut.dan ada lagi beberapa bahan ..  tak pernah wani tengok semua bahan tersebut  bila digabungkan boleh jadi satu resepi yang sedap...  wani suka rasa masam manis resepi ini ...  nama tajuk resepi dah ada ASSAM kan... ditambah lagi dengan ketulan-ketulan nenas .. masuk sungguh ... memang sedap .. wani boleh bagi 2 thumbs -up .. kalau siapa nak buat tu wani recommend kan resepi ni .. tapi tak tahulah takut tak masuk selera kalian semua huhu...ooo dalam gambar ni ayam dia tak berapa nampak sangat sebab kuah terbanyak hihi... malam tu siap cicah dengan pulut kuning .. macam ala-ala rendang ,, tapi  rasa tak sama ... tapi sedapppppppppp...




TAMARIND CHICKEN CURRY …

Ingredients

4 tbsp / 2 fl oz cooking oil
8 pieces of Chicken, each about 7.5 x 5 cm (3 x 2) inch
500ml / 16 fl oz / 2 cups coconut cream (santan pekat)
4 tbsp / 2 fl oz
Tamarind juice (assam juice) - mix tamarind pulp with hot water, strain
1 lemongrass (serai), bruised
500g / 1 pounded pineapple - peeled, cored and cut into small chunks
2 handfuls of laksa leaves or Vietnamese mint (daun kesum)
Salt to taste
Sugar to taste

Spice Paste Ingredients: to be finely grounded
10 shallots (red onion), peeled
4 garlic cloves, peeled
2 lemongrass (serai), sliced
2 cm / 1 inch turmeric (kunyit), knobbed, peeled
2 cm / 1 inch ginger, peeled and sliced
4 Kaffir lime leaves (Makrut, daun limau purut), central stems removed
2 tsp roasted shrimp paste (belacan)
5 tbsp / 2 1/2 fl oz, ready-made chili paste (cili Boh)
Handful laksa leaves or Vietnamese Mint (Daun Kesum)
1 tbsp / 1/2 oz coriander powder (serbuk ketumbar)
1 cup water

Method

Heat oil in a deep pan or pot. Sauté the blended Spice Paste over medium heat for 15 minutes, or until fragrant and oil starts surfacing.

Add in chicken and pineapple and render for another few minutes.

Add in laksa leaves and lemongrass, and stir well. Cook and stir regularly for 5 minutes.

Add tamarind juice and coconut cream and kaffir lime leaves.

Add water to prevent the chicken pieces from sticking to the pan or pot, if necessary, and cook till tender.

Sugar and salt to taste. Serve.

Wednesday, October 26, 2011

VADEE ( KACANG DAAL)

ASSALAMUALAIKUM..................


HAPPY DEEPAVALI   .. kepada semua penganut agama hindu di Malaysia dan selamat bercuti kepada semua .. bertuahnya di bumi Malaysia ..terdiri daripada pelbagai bangsa.. dan budaya .. dan kita sendiri pun teruja ingin mengetahui  kebudayaan mereka masing-masing lebih-lebih lagi pasal makanan kan.. hihi.... bagi kita nampak pelik la sebab tak pernah tengok .. bagi dia tak nampak pelik dah sebab itu makanan yang sentiasa dimasak selalu.... masakan india yang wani pernah rasa masa dekat kafe di Arked Cengal masa di U dulu... bermacam-macam jenis masakan india .. kalau lalu je kat tepi kedai tu ..menyengat hidung ni berbau kari ... macam menarik-narik suruh pergi dekat sana hihi ... tapi kari dia tak boleh lawan yang kita masak hihi.. kaw-kaw tu kari... memang Arked Cengal ada 2 restoran sebelah menyebelah ...satu untuk  makanan india dan sebelah lagi restoran teman sejati yang diniagakan oleh seorang Cina Muslim...  kalau wani pergi, memang pergi terjah masakan cina terlebih dahulu hihi...  dah ambil makanan tak ingat apa dah ...
 ^^..

kuih yang ini pun .. kuih ke nak panggil .. huhu.. macam ala nak cucur pun ada hihi.. VADEE ni adalah salah satu daripada makanan india ..macam boleh kita panggil snack la...makan untuk minum-minum petang ke..  resepi ni wani ternampak dekat HIDANGAN SEDAP di facebook... yang diberikan oleh PUAN JAZEYTA MAHAT  yang nun jauh di Singapura..... macam sibuk berbisnes kak ita ni sekarang .. dah ambil order spiral curry puff tu dah la banyak .. tak apalah tu rezeki .. selamat maju jaya dalam berbisnes... ya kak ita ....semoga rezeki mencurah-curah. bila kak ita post pasal resepi ni  terus wani berkenan sebab resepinya yang mudah.  hanya gaul-gaul .. dan goreng...tapi sebab wani tak pernah makan vadee ni .tu dok fikir macam ni kah rasanya vadee tu tapi layan je la ... hihi.... mak cakap rasa lemak-lemak kacang....dia teringat yang kawan Johor dia pernah buat kuih macam ni..tapi berbentuk leper tapi tak guna kacang kuda .. .. resepi untuk 1 adunan ni banyak sangat . wani dah bagi 2 tapi nampak still banyak lagi ..sebab kacang kuda tu bila direndam memang dia kembang sekembang2nya .. jadi banyak... rasa kalau nak buat untuk medium family ...  resepi ni kena bahagi 4? boleh ..hihi

bila wani search dekat internet .. rupanya pelbagai jenis kaedah untuk menghasilkan kuih vadee ni .. tapi resepi ni paling simple tak banyak kerenah je ..just gaul-gaul dan goreng .. ada sesetengah resepi vadee, ia kukus terlebih dahulu sebelum digoreng .. rasa lagi bagus kot sebab dah masak terus masa kukus ..goreng tu hanya nak bagi crispy dekat bahagian luar je...  dan macam- macam bahan lagi yang diletak .untuk menambahkan lagi kesedapan resepi tersebut .... wani cuba yang ni je ..nanti boleh cuba untuk lain kali ... bagi versi vadee yang lain...

ni la adunan selepas digaul.

dibulat-bulatkan jadi bulat pipit sebelum digoreng

VADEE ( KACANG DHALL )

Resepi dari keratan akhbar ( DARI KAK JAZEYTA MAHAT )
 Bahan :
600 gm dhall kacang kuda (rendam selama 5 jam)
100 gm kacang dhall biasa (rendam lima 5 jam)
* Kedua2 kekacang ini dicuci bersih dan di kisar/tumbuk dng kasar2
5 biji bwg besar :didadu
6 batang lada hijau (dihiris)
sedikit daun kari ( wani hiris - hiris halus )
1 camca jintan
1 camca kunyit serbuk
1 camca garam
6 ulas bwng putih :di tumbuk lumat
2 inci halia :ditumbuk lumat
 Minyak :untuk menggoreng

Cara:
Campurkan kesemua bahan diatas.
Adun hingga rata kesemuannya.
Ambil sedikit adunan dengan tangan.
Bentukkan ia menjadi bulat pipit.
kemudian digoreng tenggelam dengan minyak yg banyak....


Tuesday, October 25, 2011

HOT & SPICY MAYONNAISEE PRAWN FRY

ASSALAMUALAIKUM...................


tayang menu udang .... resepi ni dah lama terperap lepas tu baru fikir nak cuba ..sebenarnya bila wani tengok bahan -bahan semua untuk resepi ni memang dah agak sure sedap..... dalam resepi ni guna 1 kg udang ... yang masak ni tak lah guna banyak tu... 1 kg banyak tu ..so adjust-adjust la bahan-bahan tu ya .. masuk itu masuk ini.. hihi.. . memang sedap tau sebab rasa masam manis .. dan bau serai tu yang naik aroma... nampak kat gambar ni blur sikit tapi kalau pergi dekat blog love2cook tu wah betapa cantiknya gambar dia macam tulah udang tu ... sila lah klik-klik kat sana.  .. resepi macam kat bawah... terima kasih kerana berkongsi ... :)) cubalah tau ya .. just  simple ingredients  tapi yummy.!!!!!!!!!!!!



HOT & SPICY MAYONNAISEE PRAWN FRY
SOURCE:  LOVE2COOK

Ingredients :~

(A)
  • 1 kg large prawn ~ skinned & veined, leave the tail intact
  • 1 egg ~ beaten
  • 1 tbsp oyster sauce
  • 2 tbsp cornstarch
  • 1 tsp salt
(B)
  • 2 cm ginger ~ chopped
  • 5 lemongrass stalks ~ sliced lengthwise
  • 10 - 15 nos bird's eye chilli ~ chopped ( reduce or add as you wish )
  • 3 - 4 tbsp chilli sauce / Thai chilli sauce
  • 1 tsp sweet soy sauce
  • 1/2 cup water
  • salt
  • 1 1/2 tbsp mayonnaise
  • cooking oil
Method :~
  1. In a bowl, mix together ingredients (A) and let to marinate for 15 minutes.
  2. Fry the marinated prawn in oil until golden. Drain on a separate plate.
  3. Reduce oil, stir fry ginger and lemongrass until fragrant. Add bird's eye chilli and mix.
  4. Add chilli sauce and sweet soy sauce, stir. Add water and salt, let the gravy boil. 
  5. Mix in the fried prawns. 
  6. Quickly add mayonnaise and mix thoroughly. Ready to serve. ;)



Sunday, October 23, 2011

GARLIC FISH

ASSALAMUALAIKUM.............


Salam semua .. ni wani nak war-warkan yang MASTERCHEF MALAYSIA yang  sudah bermula semalam dengan menampilkan 40 peserta yang terhebat MASTERCHEF...mereka semua berentap dalam menguasai ilmu kulinari yang terbaik..  tapi semalam 4 orang dah eliminated ... dan malam ni pun 3 orang dah terkeluar ..... nak buat macam mana kan mereka dah buat yang terbaik .. tapi juri akan memilih peserta yang terbaik untuk ke top 24. semalam, pertama kali ditayangkan adalah episod ujian kemahiran di mana peserta telah memotong bawang . nampak biasa kan .. kita pun boleh potong hihi.. tapi nak potong pun ada caranya bukan main potong je .. tengok Chef Yahya buat demo,, kesat peluh dulu macam nak terpotong tangan je... adoi.... potong bawang jangan kasar - kasar dan potongan bawang mesti lah halus. susah tu ... peserta pun asyik "menangis" je. malam ni pun masih ujian kemahiran iaitu asing putih telur dan kuning telur ..tanpa sebarang kuning telur atau kulit telur ada dalam bekas mangkuk putih telur tu.. bukan senang tu dah la nak pecah kan telur dalam suhu bilik..kuning telur tu lembik kan . kalau wani nak asing telur ni .. wani memang guna telur yang disejukkan dalam peti terlebih dahulu... kalau buat macam ni rasa fail la kot hihi.. tapi ada di antara peserta dah nak hampir penuh satu mangkuk dah .. tiba-tiba datang Chef Johari kata buat yang lain ... putih telur yang ada dalam mangkuk tu dibuang terus  ke dalam tong sampah .. kalau tengok dah jadi pembaziran dah .. sampai mak wani tegur aih kenapa la dibuangnya telur tu ... Allah tak suka pembaziran ni ..kenapalah pihak astro tak ambil simpan ke telur putih tu ,,, . itulah yang dicakapnya huhu.. nak buat macam mana mak..... situasi dalam pertandingan.    10 peserta yang tak berjaya asing putih telur dan kuning  telur akan melalui ujian nak buat  meringue pulak .. bukan main-main guna mixer .. kena guna handwhisk ... wani pun tak pernah pukul putih telur guna handwhisk hihi guna mixer ada la . susah betul cara mereka nak pukul putih telur tu macam kekok pun ada.. sampai Chef Yahya buat demo cara nak pukul putih telur dengan betul .. kedudukan tangan masa nak pegang handwhisk dan pukul... ada cara  tertentu..untuk malam ni peserta yang tak berjaya akan melalui 2 cabaran.. pukul putih telur dan pressure test.. kalau yang semalam satu cabaran je. makin mencabar pulak tengok MASTERCHEF MALAYSIA. sampai tengok tadi memang tak berkelip-kelip pun mata sebab asyik tengok masa cabaran pressure test oleh Chef Zubir... memang penuh keasyikan ...


Panjangnya bebelan di atas tulah kalau dah pekena demam MASTERCHEF melanda  ni hihi .. in pun bukan calang - calang masterchef ... MASTERCHEF MALAYSIA tu.MASTERCHEF di tanah air sendiri  ..oklah dah la penat dah wani menaip nak share resepi pulak .. ya ini dia GARLIC FISH ...... wani ternampak masa kak nor buat hari tu .. disebabkan  resepi dia sebut GARLIC wani memang terus ambil copy and paste .. sebab wani suka bau- bauan bawang putih ...  nampak dalam gambar tu dah terlebih pun ada sebab wani  tambah daripada yang asal...wani guna ikan bawal .. ikan bawal lagikk.. asyik-asyk ikan bawal je sure sedap menjilat jari..  ...  tapi ikan memang wani tak celup tepung sebab family tak berapa suka... so goreng macam itulah....terima kasih kak nor dan juga dari rumah MasDuniaku kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ni ....  thanks for sharing :))


GARLIC FISH
SOURCE 2: MasDuniaku

Bahan :
1 ekor ikan talapia
garam secukup rasa
sedikit lada putih
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng ikan
Cara memasak :

Talapia dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman keli tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5 minit dan cuci kembali dan toskan.
Lumurkan talapia dengan garam dan serbuk lada putih hingga rata .
Satukan tepung gandum dan tepung jagung dan salutkan talapia dengan campuran tepung tadi.
Goreng talapia hingga garing dan masak.
Angkat dan toskan.
Letak dalam pinggan hidangan.

Bahan Sos :
1/4 cawan sos tiram Maggi
3 sudu besar sos plum
sedikit kiub ikan bilis
1 sudu kecil madu - tak letak pun tak pe
4 ulas bawang putih - cincang halus
cili padi - ikut pedas dicincang halus
1/2 biji bawang besar - potong bulat2
1 tangkai daun bawang - potong2
sedikit gula dan garam jika perlu
sedikit air panas
Cara memasak :

Tumis bawang putih dengan api perlahan hingga wangi dan masukkan bawang besar, cili padi, kacau sebati.
Masukkan sos tiram dan sos plum, kacau lagi, kemudian masukkan sedikit air panas , madu, sedikit gula dan kiub ikan bilis, kacau lagi.
Rasakan dan jika ok masukkan daun bawang, kacau sebentar dan tuang sos atas talapia tadi.
Sedia dihidang...



Saturday, October 22, 2011

KURMA AYAM KARISMA

ASSALAMUALAIKUM........


salam hujung minggu .... sejak beberapa hari yang lalu ni dah mula start hujan renya-renyai .. mendung je langit....  cahaya matahari tak keluar.... kalau dah beberapa hari ni asyik hujan renyai-renyai,,, suhu pun mulalah bertambah sejuk.. dan badan pun mulalah nak ambil selimut je grrrrr ..sejukkkkk... macam mana ya kat tempat kawan -kawan semua .. maklumlah dah nak hujung bulan 10 ni biasalah musim tengkujuh nak bermula...okkk skip for the recipe.....  ya ini dia ayam kurma karisma !!!!! resepi yang dibuat untuk kali kedua .. masa kali pertama buat tak pernah dengar ayam ni digoreng terlebih dahulu .. macam step nak buat kuzi pun ada cuma ini resepi kurma itu je berbezanya... satu lagi sebab ada tumis daun pandan sekali .. memang harum baunya... resepi ni memang sedap ...



lepas tu bila lama terfikir nak buat untuk kali kedua .. mana la resepi yang disimpan dah hilang rupanya....nasib baik search balik kat myresepi.. terjumpa lah resepi ni dari DatinLulu. terima kasih ya datin sebab sudi berkongsi wani copy paste kat sini pulak....senang nak buat rujukan  :)).. yang bab-bab sayur tu wani letak ubi kentang je .. yang sayur lain tak letak .... hihi .. tak apalah kan terpulang kepada citarasa masing-masing ....












KURMA AYAM KARISMA

Bahan-bahan ( 6 - 8 org/ikut permintaan juga )
  • 1 ekor ayam - potong/ cuci bersih/toskan
  • ayam di gaul dengan garam kunyit - goreng 3/4 masak
  • 4 paket kecil - serbuk kurma
  • *1 labu bawang besar
  • *8 ulas bawang merah
  • *5 ulas bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1 inci lengkuas
  • *2 btng serai
  • *4 biji buah keras
  • bhn * dikisar halus
  • 3 @ 4 biji kentang - potong 4@6
  • 1 btng karot - dipotong menyerong sedikit tebal
  • 1 liter santan sedikit cair
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 @ 2 biji tomato - belah 4
  • 2 labu bawag besar - dbelah 4
  • rempah 4 sekawan:
  • 1 @ 2 btng kulit kayu manis
  • 2@3 kuntum bunga lawang
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 butir cengkih
  • 4 @ 5 helai daun pandan - dicarik kasar & simpul
  • 6 - 8 biji cili padi - potong 2 menyerong
  • 1@2 keping - asam gelugor
  • 3 cawan air panas
  • garam secukup rasa 

Cara-cara

  1. Panaskn 100ml @ 1 senduk minyak, tumiskn bahan kisar brsama rempah 4 sekawan & daun pndan hingga naik bau & sedikit garing.
  2. Masukkn rempah kurma (x prlu bncuh dgn air) & cepat2 kecilkn api. Gaul mesra kejap & masukkn 3 cawan air panas, biar seketika hingga pecah minyak - dikuti sos tomato
  3. Masukkn ayam, karot & kentang dikuti santan, cili padi & asam gelugor
  4. Agak2 sayuran kentang & karot sedikit lmbut, suairasa garamnye. akhir skali masukkn tomato & bwng besar...kecilkn api, 2 @ 3 minit aje...tutup api
  5. Selamat mncuba & menikmati hasilnye..
  6. *kurma ni lbih sedap jika dnikmati keesokn arinya, sbb rempah2 akan lbih terasa & serap dlm isi ayam tu (tpi sntiasa panaskn dgn api kecil)
  7. *sesuai jaga utk daging lembu/kmbing - tpi pastikn daging 3/4 msk@lmbut, bru masukkn kentang/karot 
NOTA:
untuk tumis tu, wani masukkan bahan tumis bersama dengan rempah kurma sekaligus. masak sehingga naik minyak.




Thursday, October 20, 2011

BILA KETUA DAPUR MULA BERSUARA... KARI AYAM DAN ROTI JALA

ASSALAMUALAIKUM.......


minggu lepas lagi buat roti jalan ni .... tekak dah lama nak mengidam makan roti jala..tangan pun dah lama tak menjala so kena practise-practise takut hilang skill nanti..;p tapi asyik tertangguh je bila la nak buat ..  hari tu  bila dah tekad nak menjala memang tak boleh nak undur balik .. kali ini tekak nak merasa makan dengan kuah kari ayam pulak.dah banyak kali dah buat kuzi ayam, kali ini nak merasa yang jenis kari-kari ni..  sebelum hari bermulanya  nak buat projek roti jala ni wani ada ternampak dekat blog kak RAHEL dan lepas tu  dah buat dah roti jala.. tiba -tiba online petang tu ternampak pulak dekat rumah UCU . macam sama je angin datang nak menjala hihi..sebelum ni kalau masak kari memang letak lada kering tu bagi rasa pedas..

bila tengok resepi yang KAK INA ni tak letak lada so wani nak cari la kelainan sikit macam mana tak letak lada rasa macam mana .. sebab tak pernah  masak  kari tak letak lada. hihi...bila ketua dapur mula bersuara aka ibu wani la.. dia kata rasa pelik tak letak lada mungkin tak serasi dengan tekak dia.. sebelum ni memang dia tak pernah komen apa yang wani masak ..sedap belaka kat tekak dia .. tapi yang ni dia komen pulak  :D...wani pun memang tak pernah makan kari macam ni ..sebab bila dah rasa , taste semua tu memang tekak wani dah kata sedap.. Tapi kepada sesiapa yang nak cuba ,,, tak kisah.. cubalah... tak nak cuba pun tak apa... yang resepi roti jala tu wani ambil resepi dari kak nor yang simple ...senang nak buat nak sukat pun senang .. tak payah susah-susah.. yang pentingnya kena menjala elok-elok ,kemas-kemas dan cantik-cantik ...terima kasih kepada semua yang berkongsi :))



KARI AYAM
SOURCE: KAK INAKL.COM


Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam-potong 16
  • 6 ulas bawang merah-tumbuk/kisar
  • 4 ulas bawang putih-tumbuk/kisar
  • 1/2 biji bawang merah-tumbuk/kisar
  • 1 1/2 inci halia (halia ni lagi lebih lagi bagus..buang angin/hilangkan bau ayam)tumbuk/kisar
  • 5 sudu besar rempah kari daging (akak guna babas)
  • 2 biji ubi kentang -dibelah 4
  • 1 kiub ayam
  • 400gm santan pekat
  • 300ml air-terpulang pada kepekatan yang di kehendaki
  • garam secukupnya
  • sedikit air asam jawa
Bahan untuk menumis
  • 2 tangkai daun kari,
  • 1 biji bawang besar-dihiris panjang
  • 1 biji bawang putih - dihiris
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 bunga lawang, 4 bunga cengkih, 3 biji buah pelaga dan 1 btg kayu manis
  • minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis sampai layu dah naik bau.
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan tumis lagi sehingga layu. Kemudian masukkan rempah daging dan kacau sekejap lalu masukkan 1/2 cawan air dan perlahankan api.
3. Biarkan pes kari masak sehingga terbit minyak sambil dikacau selalu lalu masukkan sedikit garam.
4. Bila kari dah masak baru masukkan ayam dan ubi kentang dan biarkan air ayam (air yang keluar dari ayam) kering.
5. Masukkan santan pekat bersama air dan biarkan sehingga mendidih.
6. Biarkan sampai kentang empuk dan burung puyuh lembut dengan api sederhana.
7. Rasa garam dan masukkan sedikit air asam dan padamkan api.
8. Boleh makan bersama nasi biasa,nasi minyak ataupun roti.


ROTI JALA


BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning

CARA-CARA
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

Wednesday, October 19, 2011

TAUFOO JEPUN LEMBUT KUKUS

ASSALAMUALAIKUM...
Hari tu ada terbeli tofu lembut sebab teringin sangat nak makan cara yang KAK JEE buat iaitu hanya kukus je lepas tu letak daun bawang, daun sup, bawang goreng, kicap semua tu.. wani rasa macam sedap..kalau letak shitake mushroom lagi masuk ni tapi tak letak tak teringat nak beli.. sampai rumah baru teringat ..lepas dah siap kukus tu..cepat-cepat tabur itu tabur ini nak makan terus masa panas-panas ni sedap.. sebenarnya ternampak dekat blog NANI... lepas tu bila pergi jalan-jalan dekat blog kak jee .. teringat yang resepi taufoo lembut ni .. lepas tu terus ambil.. thanks kak jee.. dan nani ..sebab buat teringat-ingat dalam fikiran pasal resepi ni .. resepi ni memang ringkas .. boleh buat untuk diet ...lain kali nak buat lagi kena ingat nak beli shitake mushroom tu... hihi.. kalau tambah lagi daun bawang daun sup ke tambah lagi dengan kicap.. memang sedap ..walaupun simple... wani copy paste kat sini ye ... :)..


macam-macam taufoo lembut ni di pasaran .. wani ambil yang ini.. yang penting ada logo halal hihi..


TAUFOO JEPUN LEMBUT KUKUS / STEAMED SOFT TAUFOO


BAHANNYA:

1 peket taufoo
cendawan shitake (optional)
2 sudu besar kicap manis (Kjee guna cap kipas udang)
2 sudu besar fish sos
bawang goreng
daun bawang
cili merah

CARA:

1. Panaskan kukusan
2. Keluarkan taufoo perlahan2 dan susun atas pinggan.
3. Hiris cendawan dan susun sekeliling taufoo.
4. Bila air sudah mengelegak, kukus taufoo selama 7 minit.
5. Keluarkan dari kukusan, tuangkan kicap keatas taufoo.
6. Kemudian hiaskan dengan bawang goreng, daun bawang dan hirisan cili merah.




Tuesday, October 18, 2011

DARI DUNIA TAMAN SYURGAKU

ASSALAMUALAIKUM.......

hari ni mari kita  bersantai-santai la pulak ya .. santai -santai sambil tengok taman syurga dari rumah wani hihi... ai rasa dah bosan je asyik dok tayang gambar masakan je .. hari ni nak berubah selera lak ... nak tayang gambar-gambar dari taman sekeliling rumah ... wani nak kata tak suka berkebun bukan lah jugak .. wani suka tapi masa tak berkesempatan ... ibu dan abah wani yang suka berkebun ... lagi..lagi la ibu tu yang tak habis -habis ada je tanaman yang nak ditanamnya... wani turun dari rumah tengok hasil tanamannya je lepas tu tolong petik je  haha.... gambar ni pulak dah lama ambil sampaikan ibu sendiri cakap bila tanaman mak ni nak masuk blog .. ..suka la tu dia kalau wani dah buat entry khas tanaman ibu masuk blog... ibu wani ni  ikut hobi arwah mak dia dulu.....suka betul berkebun...  suka pulak semai macam-macam benih ..lengkuas la, lada la , ubi kayu la, kunyit la .. lepas tu satu sikapnya yang wani suka, ibu ni suka bagi dekat kawan-kawan dia anak semaian yang dia tanam tu... suka benar dia kalau kawan-kawan dia dah cakap benih lada yang ibu bagi dah berbuah lebat ... lengkuas yang ditanam kawan-kawan dia menjadi la ..asyik betul dia bercerita kalau pasal tu,,,  dia cakap tak apalah ni niat bersedekah.... kadang-kadang ada setengah kawan dia tu asyik beli je ..padahal kalau nak tanam tak susah mana pun ... yang penting jaga elok-elok sampai lah tanaman tu besar... sebenarnya berkebun ni seronok jugak ,, kita dapat menikmati hasil tanaman kita sendiri. kan?

 oklah jom-jom tengok gambar apa yang ada kat taman syurga rumah wani neh... hihi. buah - buah ni semua kalau terlewat ambil pun tak boleh jugak nanti ada tetamu yang tak diundang datang mengambil buah tu semua... hihi.. cuba lah fikir siapakah tetamu itu.. kadangkala buah ciku tu ambil masa dah nak hampir masak .. sebab kena peram sendiri sampai masak ..



halia merah selalunya ambil halia ni rebus buat herba..

durian !!!! mesti orang terkejut ... musim durian lagi ke hihi.. tapi bukan senang boleh makan pun sebab ada "tetamu" yang makan terlebih dahulu ...

semua ni anak benih pokok lada.. anak benih ulam raja pun ada

pokok mulberi Malaysia... susah betul pokok ni nak keluarkan buah .. pohon dia, dahan tu mesti kena cantas nak bagi keluar buah yang baru



keladi pinang ... dah tak sabar nak makan ubi keladi ni

buah ciku

daun kesum .. baru dapat benih ...

cili ungu

pokok jambu nilah yang banyak berjasa... asyik buah je sepanjang tahun .. murahnya rezeki-Mu...

buah ajaib .. herba yang mujarab... abah wani pantang dia dengar pasal pokok herba ,, pasti dia akan tanam .. jadi inilah salah satu tanaman herba ..

ya inilah dia dah tuai hasilnya .. dapatlah buah jambu yang besar-besar ;p




pokok tomato yang sedang berbunga

lada siam ...
itulah dia sebahagian gambar dari taman syurga.. semoga mencetuskan semangat kepada yang lain untuk berkebun ...hihi.. harap-harap wani pun ada semangat nak berkebun ...

Monday, October 17, 2011

REALITY SHOW MASTERCHEF MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM......

credit picture to masterchef malaysia@facebook


Rasa - rasa semua dah tahu  program siaran MASTERCHEF MALAYSIA yang akan ditayangkan bermula  pada hari sabtu ini 22 Oktober  hingga hari rabu pada pukul 9.00 malam.banyak hari tu pula siarannya..harap-harap tidak miss la..  bagi penggemar dunia masakan di luar sana atau pun sesiapa sahaja yang selalu mengikuti program MASTERCHEF US, MASTERCHEF AUSTRALIA..Sekarang MASTERCHEF kini berada di Malaysia.. tak sabar rasanya nak menonton nak melihat wajah-wajah amateur cooks yang terpilih dalam masterchef  ...mereka semua yang bertanding dalam MASTERCHEF MALAYSIA ni bukan seorang chef ya.. orang-orang biasa macam kita je  .. tapi mempunyai bakat yang terpendam dalam kemahiran masak -memasak ni. nampaknya siaran ni akan mencetuskan saingan yang sengit dalam dunia masakan Malaysia.... mungkin peserta - peserta  mempunyai kepakaran dalam bahagian yang tertentu .. yang orang lain tak ada ,, dia ada ...dan begitulah sebaliknya .. wani selalu juga mengikuti update terkini dari MASTERCHEF MALAYSIA@FACEBOOK... dan sekarang fan page masterchef malaysia tunjuk video INI... hihi siapa tu .. wajah- wajah peserta masterchef ,sepanjang pencarian masa bulan 4 atau 5 baru-baru ini tak silap wani la .. barisan juri untuk program ni pun hebat-hebat belaka .. tapi chef wan tak ada la .. ada anak dia sebagai juri iaitu Chef Riz.. siapa nak tahu baca lanjut kat SINI ...

dah lama dah nak tahu bila la masterchef nak tayang kat tv ni ... bila wani tengok dekat blog KAK INA .. baru wani dapat tahu tarikh dan masa program reality masterchef malaysia ini yang akan ditayangkan di astro 104 nanti .. hihi ketinggalan info la wani ni... kalau nak tahu kak ina ni pun salah seorang peserta blogger masterchef yang telah berlangsung baru-baru ini... tapi tak dapat  nak sampai ke tahap semi final la.. tak apa kak ina .. nanti next year masuk lagi ya ... kekalahan tak bermakna kita akan kalah selama-lamanya ... kekalahan memberi kita untuk terus bangkit berjuang. :))..kak ina selalu mengingatkan pasal program masterchef .. tiap kali dia post entry mesti dia mengingatkan kawan-kawan pasal masterchef malaysia ni ...
OKlah dah tulis panjang .. jangan lupa ya .. tengok peserta-peserta berentap dalam MASTERCHEF MALAYSIA !!!!!!!!!!!  ...

Saksikan MasterChef Malaysia setiap Sabtu-Rabu,9.00pm. Kelas Master setiap Jumaat,9.00pm di Astro Ria (Channel 104)

- Official Site URL – http://www.astro.com.my/portal/Master-Chef/

- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia

- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY

SPICY YOGURT GRILLED CHICKEN

ASSALAMUALAIKUM.................


salam sejahtera semua  dan selamat pagi  ... lemau nya internet.. dari tadi tak boleh nak  browsing ..web lain termenung je depan lappy ni..sebenarnya sejak petang tadi internet lemau .. ni pagi-pagi ni ok sikit hihi.. .sebelum internet jadi lemau balik nak cepat-cepat kongsi resepi ini ..SPICY YOGURT GRILLED CHICKEN ..atau ayam panggang yogurt berempah... resepi ni wani ambil dekat SINI . Pelbagai masakan thailand dia kongsikan bersama... ..emm nanti boleh cuba satu-satu.. tapi tak semua jugalah ada juga masakan yang western, chinese cuisine.. dari timur tengah pun ada.. resepi ni hari tu buat makan bersama nasi. beli unflavored yogurt tu sebab kes nak buat resepi ni la ..tak pernah perap ayam guna yogurt hihi .. kalau makan ratah saja lagi sedap...wani guna 5 ketul  chicken drumstick ..ayam ni wani perap semalam bagi menghasilkan rasa yang lebih sedap. kalau perap lama lagi sedap kan. ok wani kongsikan resepinya disini..penyediaan bahan pun senang cuma yang pentingnya kena ada yogurt la .... thanks for sharing...


SPICY YOGURT GRILLED CHICKEN

Ingredients: 4 servings
8-10 chicken legs or thighs
1 cup natural unflavored yogurt
4 cloves garlic
4 shallots
2 tbsp chopped ginger
1 green chili
1/2 tsp turmeric powder
3/4 tsp chili powder
1/4 tsp cumin powder
1/2 tsp coriander powder
3/4 tsp salt

Preparation
  1. Grind garlic, shallots, ginger and green chili in the grinder until smooth paste.
  2. Mix in the paste with yogurt, turmeric powder, chili powder, cumin powder, coriander powder and salt in the large mixing bowl.
  3. Add the chicken and mix well with your hands. Make sure every piece of chicken is coated with the marinade. Marinate the chicken over night or at least 2 hours.
  4. Preheat the oven at 200 Degree C (380 Degree if not marinate overnight). Arrange the chicken in greased baking tray and bake for 15-20 minutes or until the chicken is lightly brown and cooked thoroughly.
  5. Serve hot with some salad or rice.


AYAM PANGGANG YOGURT BEREMPAH

BAHAN-BAHAN
8- 10 paha ayam
1 cawan yogurt asli
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 sudu besar halia yang telah dicincang ( wani guna 1 inci halia untuk 5 ketul paha ayam )
1 biji lada hijau
1/2 sudu teh serbuk kunyit
3/4 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
3/4 sudu teh garam

CARA-CARA
1.kisar halus bawang putih, bawang merah, dan lada hijau dalam blender sehingga halus.
2. campurkan bahan yang telah dimesin tadi dengan yogurt, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk jintan putih,serbuk ketumbar dan garam dalam satu bekas yang besar.
3. masukkan ayam dan gaul rata dengan tangan. pastikan setiap ketulan ayam itu disalut dengan bahan perapan tadi. perap ayam tersebut semalaman ataupun paling tidak 2 jam.
4. panaskan oven 200C. susunkan ayam tersebut dalam loyang dan bakar selama 15-20 minit atau hingga ayam tersebut keperangan dan masak sepenuhnya.
5. hidangkan panas bersama nasi ataupun salad.

NOTA:
- cara wani, wani campurkan semua bahan tu dan blender halus. yang step no 2 terus masuk ke step nombor 1 .jimat masa hihi
- wani guna suhu 200 C dan bakar selama 1 jam sehingga masak..balik-balikkan 30 minit semasa tempoh bakar tu..  sebelum bakar, letak minyak sikit kat ayam tak nak bagi kering semasa proses bakar tu,