Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Friday, September 30, 2011

SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP

ASSALAMUALAIKUM.................


sudah lama mengidam nak makan sotong goreng ,,, cuma tak berkesempatan nak cari resepi sotong goreng yang terbaik di dunia hihi... sotong dah lama terperap dalam peti ...ingat dulu masa student U, kalau dah puas makan kat cafe kolej masing- masing ,, memang akan pergi...  merempit dengan kawan pergi menjelajah ke cafe kolej-kolej lain. aih wani tak merempit ya .. kawan wani yang merempit .. wani tumpang membonceng je hihi... dah la jauh punya cafe nak cari  memang world class sotong goreng tepung terdapat kat Kolej 9. nama je kolej 9 dulu tapi sekarang dah tukar nama.... . selalunya beratur panjang gara-gara nak ambil sotong goreng tepung ni hihi.. lebih-lebih lagi kalau yang baru selepas digoreng .. boleh la pilih yang mana sotong besar-besar .. hihi ketawa jahat... kalau yang dah lama digoreng tu, sotong memang berminyak sangat .. mungkin sebab goreng dalam kuantiti banyak lepas tu letak berlonggok-longgok macam tu .. mana la tak berminyak kan .. sebab itulah sedap ambil time panas - panas... ..boleh pilih-pilih hihi.....

teringat memori dulu .. jauh betul kafe kolej ni macam nak lintas benua .. ;p... tapi apapun janji dapat makan apa yang diidamkan.. sanggup beratur panjang-panjang pun tak apa.. :D.. oklah  sekarang pun bermacam-macam versi sotong goreng tepung macam ni .. tapi untuk permulaan kalinya lah wani terjumpa resepi ni dekat SWEETLILYKITCHEN.. terasa ingin mencuba kerana dia cakap rangup .. memang crispy time panas-panas tu..dan rasa macam gebu-gebu sikit .... enak dicicah dengan sos ... so, nak sediakan ini .. tengok-tengoklah stok sos cili la tu ya... sebab nak makan gitu je tak rasa apa.. walaupun dah letak garam ..tapi takkan nak letak banyak-banyak .tapi no worries .. memang tasty . terima kasih sebab sudi berkongsi ,, wani copy paste kat sini pulak.. besar gedabak punya sotong sebab potong besar-besar....



SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP
SOURCE:  SWEETLILYKITCHEN

Bahan-bahan:
Sotong - bersihkan kemudian Tos airnya sampai kering
1 cawan tepung **
2 sudu besar tepung jagung**
1/2 tsp baking soda**
sedikit garam**
2 biji bawang putih. ketuk dan cincang halus**
1 biji telur + lada Sulah - di pukul

Cara membuatnya:
- satukan bahan yang bertanda **
- Golek-golekkan sotong dalam tepung. kemudian celup dalam telur.
- Kemudian angkat dan golek2kan semula kedalam tepung tadi hingga menyaluti seluruh bahagian sotong.
- Goreng dalam minyak banyak. angkat bila kekuningan.
- jangan goreng terlalu lama. ini akan mengakibatkan sotong menjadi liat.

Thursday, September 29, 2011

AYAM BAKAR PANDAN

ASSALAMUALAIKUM.................


Sekarang ni mungkin ibu wani dalam perjalanan ke Terengganu bersama Mak cu,adik ibu... ibu pergi dengan mak cu ,suami mak cu dan anak dia 2 orang.nanti  akan berjumpa dengan saudara mara yang lain dekat homestay di Terengganu. sebelum memulakan perjalanan untuk menghantar ibu saudara wani mak uda yang akan bertolak ke Mekah pagi esok di airport sana. alhamdulillah ,tahun ni 3 orang ibu saudara wani akan pergi ke Mekah ... mak uda, adik ibu. mama, adik abah dan makcik iaitu kakak ibu wani... mudah-mudahan perjalanan mereka selamat untuk ke sana. dan semoga mereka semua mendapat haji mabrur.. bukan senang nak pergi Mekah... tunggu punya tunggu turn tahun demi tahun nak pergi ke Mekah .. dan tahun ni rezeki milik mereka semua.. syukur pada Mu... mama pulak akan bertolak hari rabu depan .. entah bila time flight nya..


AYAM BAKAR PANDAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!.. sebenarnya dah lama print out resepi ni .. cuma tunggu masa bila la nak buat .. nampak kelainan sikit sebab wrap dengan daun pandan.. tak pernah wani buat lagi.. resepi ni wani ambil dekat  HIDANGAN SEDAP  di facebook ..  salah seorang member hidangan sedap yang post namanya Mahani Hussain. Terima kasih sebab sudi berkongsi resepi ni .. wani copy paste kat sini pulak .. nanti boleh buat rujukan di masa akan datang dan juga kepada sesiapa yang ingin mencuba resepi ini. nasib baik la daun pandan ada belakang rumah .. boleh la nak ambil banyak-banyak pun.. hihi.. mak wani keluar je dari kereta ... dia cakap dah terbau benda bakar ,macam daun pandan.. aiyaaa mak.. dok kat tempat parking kereta pun dah terbau dari dapur .. adoi penangan daun pandan kan.. wangiiiiii jeeee.... tapi dah fikir senang ke nak balut ayam ni .. wani guna 6 ketul ayam saiz besar .. balut punya balut jadilah macam dalam gambar tu .. amacam rasa dah nampak skill boleh menganyam ketupat nasi pulak ke .... ketupat nasi pun wani  tak reti nak menganyam huhu ... aha ni menganyam ala belit-belit sikit hihi .. nama dia ketupat ayam ... ;p.. letak dalam loyang pun guna loyang kecik.. tak nak nanti daun pandan tu terlerai.. sekali wani tengok macam satar pun ada...

baru siap masak.......


sebenarnya resepi ni ..dia tak cakap pun berapa sukatan untuk bahan tu semua.. wani pun main agak-agak je asalkan dah sebut bahan tak apalah .. jangan tak sebut sudahhh.. nanti terkapai-kapai bahan apa yang tak ada.dan dia cakap kat sini bakar dalam kuali tapi wani bakar dalam oven la.


AYAM BAKAR PANDAN
SOURCE: MAHANI HUSSAIN@HIDANGAN SEDAP 
bahan - bahan
dada ayam potong tebal sikit  ( guna 6 ketul ayam bersaiz besar )  
bahan perap: 
Bawang merah ( 2 ulas bawang merah bersaiz besar )
Bawang putih   ( 3 ulas bawang putih )
serai                  ( 2 batang serai )
sos tiram           ( ikut tuang je hihi tapi x banyak sangat anggaran dalam 2/12 sudu besar )
sos ikan           ( x letak )
serbuk kunyit  ( 1 sudu teh serbuk kunyit )
lada sulah         ( 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar ) 
garam dan sedikit gula.
cara -cara 
semua bahan dikisar lumat dan digaul dgn ayam tadi, perap 2-3 jam.
bungkus dlm daun pandan macam buat ketupat tu...blh lah dibakar dlm kuali saja.
NOTA: BAKAR DALAM SUHU 200 C HINGGA MASAK.... SEPARUH MASA TU BALIK-BALIKKAN AYAM ..SUPAYA MASAK SEKATA.
 




Tuesday, September 27, 2011

KURMA DAGING

ASSALAMUALAIKUM...........


tahukah anda semua 'kurma' ini berasal dari mana. mesti ramai yang tak tahu ataupun yang dah tahu.masakan "kurma" sebenarnya berasal dari negara india. malah masakan ini banyak menggunakan rempah ratus kebanyakannya berasal dari india.. masakan melayu memang banyak pengaruh daripada negara india kan. sikit-sikit letak rempah ratus .. wangiiiiiii je.. kebanyakan masakan india ni dia banyak menggunakan "braising technique"iaitu menumis reneh iaitu memasak bahan yang bercampur sedikit air dengan api perlahan.. sebab itulah nak masak kurma ni asyik nak mereneh je .. lambat sikit ....sebabnya nak suruh semua bahan-bahan yang telah dikisar semua tu sebati dalam daging... adoi panjang betul permulaan nak buat entry kurma daging .. macamlah orang lain tak pernah masak kurma daging ... hihihi.. itu saja permulaan ,,wani sebenarnya tak tahu asal kurma ini dari mana .. rupanya dari india... ;p...

kurma daging ni memang antara favorite wani dan family .. dah banyak kali buat ...masuk kalau makan dengan nasi putih, acar mentah, dan ikan kering lagiii... wahhh masuk sungguh .. eh ada orang tak minat dengan ikan kering ke ... wani kalau jenis gulai- gulai macam ni tak kisahlah kerutuk daging ke, kerutuk ayam ke , kurma ayam atau daging ke. .... menu ikan kering mesti ada hihi.... bila search-search kat internet wani perhatikan macam-macam cara resepi mereka semua ... ada yang letak belacan, ada yang letak lengkuas itu resepi dari Terengganu ..... kurma daging terengganu  ada rempah khas .. betul ke tak tu KAK NOR .. kalau la kak nor terbaca entry ni ...:)  itulah wani cakap pelik... tapi wani rasa itu terpulang kepada resepi yang telah mereka cuba .. mungkin itu resepi dari keluarga mereka.. atau dari mana-mana sajalah .. dan semestinya rasa masakan tersebut mempunyai keunikan tersendiri... kita mana tahu kan...

oklah hari ini wani nak kongsi resepi kurma daging ikut cara wani masak.. kalau dah satu family dah kata sedap .. oklah tu .. tak salah kita nak berkongsi kan. kalau nak masak jenis masakan kurma macam ni baik gunakan daging musir .. lembut sikit bila masak dan bila nak makan .. aih kalau daging berurat aka daging import ni susah sikit nak empuk tu takut liat pulak nanti .. tercabut gigi :D... dan satu lagi biasanya kalau orang dah pro masak ni .. dia tak main sukat-sukat pun resepi ni pakai main campak je... itu bagi yang dah pro masak.. terutamanya penggunaan bab santan... kalau dulu, wani sukat-sukat jugak bila dah pro ni main ikut letak je agak dah ok dengan anggaran daging / ayam yang dimasak tu kira oklah .. ehh .perasan macam pro sangat ..huhu taklah jugak sekarang ni bila dah lali masak...  tak sukat-sukat santan tu...dah ikut kepakaran tangan ni je masak...  tapi kat sini wani letak juga sukatan untuk santan dan bahan- bahan lain... untuk daging kurma ni, wani suka kuah dia pekat dan menyaluti daging sikit dan bukannya cair sangat. jom tengok resepinya:


KURMA DAGING
SOURCE: DARI DUNIA DAPURKU



BAHAN A
1/2 KG LEBIH DAGING - 620 GM DIPOTONG SEDERHANA SAIZ
3 BIJI UBI KENTANG  ( DIBELAH 4 )
3/4 CAWAN AIR ASAM JAWA (NAK BAGI MASAM LETAK BANYAK SIKIT ASAM JAWA )
4 ULAS BAWANG MERAH ( WANI GUNA BAWANG MERAH YG BESAR TU TAPI BUKAN BESAR SANGAT LA SEDERHANA BESAR JE )
3 ULAS BAWANG PUTIH 
1 INCI HALIA
1 3/4 SUDU BESAR REMPAH KURMA ( DICAMPUR DENGAN SEDIKIT AIR )

BAHAN B 
1 BATANG KULIT KAYU MANIS
2 KUNTUM BUNGA CENGKIH
2 BIJI BUAH PELAGA
2 KUNTUM BUNGA LAWANG

BAHAN C
NISAN/ GULA MELAKA - 1/2 KERET
11/4 CAWAN SANTAN
GARAM SECUKUP RASA

CARA-CARA
1. BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH DAN HALIA DIKISAR HALUS. PANASKAN MINYAK DI DALAM PERIUK DAN MASUKKAN BAHAN B TUMIS HINGGA NAIK WANGI DAN SETERUSNYA MASUKKAN BAHAN-BAHAN KISAR BESERTA DENGAN REMPAH KURMA YANG TELAH DICAMPUR DENGAN SEDIKIT AIR. TUMIS SEHINGGA NAIK MINYAK ATAU NAMPAK BERSINAR TUMISAN TU.
2. APABILA BAHAN TUMIS SUDAH BERSINAR , TERUS MASUKKAN DAGING DAN GAUL SEBATI. TUTUP PERIUK DAN RENEHKAN SELAMA 5- 7 MINIT. DALAM TEMPOH TERSEBUT, KACAU SEKALI SEKALA. MASA NI LAH AIR DAGING TU TURUN. MASUKKAN JUGA GARAM SECUKUP RASA.
3. SELEPAS TEMPOH RENEH TERSEBUT, MASUKKAN AIR ASAM JAWA DAN UBI KENTANG. TUTUP SEKALI LAGI DAN RENEH LAGI DENGAN API SEDERHANA BESAR. MASA NI NAK TUNGGU PROSES DAGING EMPUK. RENEH LA DALAM 7- 10  MINIT.BUKA SEKALI SEKALA UNTUK KACAU..  SAMBIL TU BOLEH LETAK NISAN KE DALAM PERIUK.
4. BILA KUAH TU NAMPAK AGAK PEKAT SIKIT DAN DAGING PUN DAH  EMPUK, MASA NI KALAU TAK MASIN LAGI BOLEHLA TAMBAH KAN GARAM SEDIKIT ...BOLEHLA MASUKKAN SANTAN DAN KACAU SEKALI SEKALA DAN RENEH SEKALI LAGI UNTUK KUAH KURMA BETUL-BETUL PEKAT JIKA INGIN PEKATLAH.
5. SIAP MASAK DAN HIDANGKANLAH !!!!!!
            

NOTA:

1. part penting  nak tumis semua bahan kisar tu pastikan tumis betul-betul masak dan naik minyak dan bersinar lagi  kerana jika bahan tumisan tak dimasak dengan sempurna.. masakan tersebut boleh jadi cepat basi terutamanya masakan bergulai macam ni .. ini ibu wani yang selalu pesan hihi wani sentiasa ingat
2. penggunaan santan- kalau tengok kat resepi tu wani letak cuma 11/4 cawan santan je ... itu bergantung lah kalau nak kuah banyak sikit tambah la santan tu ... yang wani masak ni kuah memang akan jadi pekat .. sebab nak pekat. bila baru saja masak,, masih nampak banyak lagi kuah tu bila dia dah sejuk nampak surut sikit kuah tu. dan menyaluti daging. :)

Monday, September 26, 2011

KISAH DI SEBALIK TABIR SATE AYAM DAN NASI IMPIT.....

ASSALAMUALAIKUM...


uiksss kalau orang tengok entry ni mesti orang ingat THE MAKING OF....... hihi.. ada the making of lak ya ... di sebalik tabir pulak tu ..jangan di sebalik benda lain sudah la XD.... oklah ini sate ayam  dan nasi impit yang dibuat masa nak sambut hari raya puasa sunat enam hari tu.. buatlah juadah sikit je tak banyak .. tak ingat pulak nak snap  gambar kuah kacang resepi turun temurun.... kalau bab kuah kacang ni ibu wani yang pandai masak sebiji-biji ikut petua arwah nenek wani ... memang lain dengan cara orang lain masak .. serupa tapi tak sama rasanya ya. ...  wani tumpang sekaki melihat, memerhati, memandang, menolong, membantu ;p

apabila bercerita pasal nasi impit ni, teringatlah masa peristiwa nak buat nasi impit malam raya baru-baru ini, memang kalau bab nasi impit ni kalau malas nak tanak nasi buat impit, memang beli yang segera punya biasanya beli yang ketupat segera yang ADABI punya.memang dah beli pun banyak paket jugak. tapi dek kerana abah wani ni dia nak makan jugak yang nasi impit secara tradisi  tu lagi la sedap .. lapik lagi dengan daun pisang, waduh keluar dengan aroma daun pisang tu lagi sedap la  ya .. haa memang yang tu lagi best, impit pun memang jadi lagi  impit ... nak banding yang ketupat segera tu.. kalau nak buat nasi impit ni kena la guna beras siam ikut la cap apa asalkan beras siam .. ataupun orang panggil beras usang la.. baru menjadi elok cantik nasi impit tu.. rasa-rasa memang dah lama tak buat nasi impit tradisi macam ni.. tiba-tiba nak buat la pulak .. dah la malam raya lak tu  main ingat tak ingat ya buat nasi impit ni .. memang ada pantang larang pun nanti tak menjadi nasi impit tu..

 malam tu wani terbangun pukul 2:30 pagi sebab tidur awal .nak pergi check-check kat bahagian dapur sekejap, tengok-tengok abah wani masih duduk menekan-nekan nasi impit dalam loyang tu haaaa berteman dengan adik seorang..banyak loyang jugak buat sebab nak makan dengan rendang ayam kan.. turn ibu wani dah siap masak pun rendang ayam tu ya .. maka sekarang tu turn abah pulak yang masak nak buat nasi impit.. dah  dia nak makan sangat nasi impit macam tu hihihi..dah beli yang segera tapi abah tak nak yang macam tu. pada keesokannya, di pagi raya .. cubalah nak potong nasi impit tu .. yaaaa rupanya lembik sikit tak keras macam ketul ketul ais tu  .. nak makan pun asyik melekat kat sudu hihihi.... rupanya nasi impit tu bila di tanak dia tak boleh kacau-kacau selalu .. biar je menggelegak kat atas dapur tu sampai kering air nasi tu .. tak payah nak usik-usik... kacau kacau macam bubur nasi.. dah nak dekat kering tu baru kacau-kacau balik dari atas ke bawah.... yang kes malam raya tu abah, asyik dok kacau je yang dalam periuk tu .. sebenarnya tak boleh nanti nasi tu dah jadi hancur dek karana dikacau selalu ..lepas kering je nasi tu maknanya dah masak boleh la pindahkan masuk dalam loyang atau apa -apa bekas dan tindih je dengan apa-apa benda berat kat atas tu..

satu lagi, sukatan untuk nak tanak nasi tu penting  iaitu untuk 1 cawan ( guna sukatan gelas beras )dengan 4 cawan air ( sukatan gelas beras ). maknanya 1:4 ...haaa lain kali kena ingat.. alhamdulillah ..sejak tak menjadi first time hari tu .. abah dok asyik cuba je buat nasi impit sampai la betul-betul menjadi .. :D.. haaa kan banyak kerenah kan nak buat nasi impit ini.... tapi usaha tangga kejayaan,, abah dah berjaya :D...cerita pasal nasi impit pun nak jadikan cerita ...nak buat kenang -kenangan ..  tadi cakap pasal di sebalik tabir sate ayam ... hihi sate tu macam biasa je .. tak ada banyak kerenah sangat .. cucuk-cucuk, panggang dan makan ;p...




Sunday, September 25, 2011

BAKED MACARONI

ASSALAMUALAIKUM........

semoga kalian semua dirahmati Allah.... sekejapnya masa berlalu dah penghujung syawal kita sekarang ... rasa nak turn balik pergi kepada 1 Syawal balik.. boleh tak hehe.. oklah semalam ada sembahyang hajat kat kampung ibu tapi wani tak dapat balik la sebab kurang sihat sikit .. sakit.....huhu... bila fikir soal sakit ni rasa nikmat kehidupan tu dah hilang buat sementara waktu..  ibu saudara wani, mak uda akan bertolak ke Mekah khamis minggu depan,,, sebab itulah ada sembahyang hajat. entah sempat ke wani nak jumpa dengan mak uda. dah la bertolak dari airport Terengganu,, bukan airport Kelantan. hari khamis minggu depan tu dah nak gerak pukul 2 petang ke homestay kat mana dah di Terengganu.. lepas tu esok paginya tu  kena tolak awal-awal ke airport .

berbalik kepada resipi yang nak wani tunjukkan hari ini, dah banyak kali buat makaroni bakar ni.emm boleh bilang dengan jari ke .. emm tak boleh kot hehe...  walaupun sekarang terdapat pelbagai versi makaroni bakar, tapi masa fisrt time wani buat makaroni bakar guna resipi ni lah. makaroni bakar pulak rasanya dah tak kisah nak letak apapun sekarang .. main campak-campak bahan macam tu pun ada hehe.. janji main ingredients dia macaroni la... tapi yang penting jugak ada cheese mozzarella baru lah ngap dengan makaroni bakar tu kan. resepi ni pun macam dah diolah oleh tuan punya resepi kalau ikut resepi baked macaroni inggeris ni mana la letak dengan meat curry nya  .. ini semua dek kerana nak ikut tekak melayu, plus, kita ni masakan kenalah berempah ratus bagai... maka terciptalah resipi ini.. resipi ni main cipta-cipta ek .. dah ikut sedap tekak maka dah jadi cop mohornya resepi ni .. eh.. betul tak tuan punya resepi.tapi resepi ni memang super yummy lah ....

resepi ni dah jadi my collection .. sorry ya entah betul nama tuan punya resepi ni tapi nama dia HAFIZA HASHIM.tu pun nasib baik dah tertaip ...  .. dah lama sangat wani keep dalam my secret recipes.. siap print lagi .. maka halal kanlah resepi ni ya .. wani copy paste kat sini pulak .senang nak buat rujukan balik....thanks a lot ....gambar yang dipotong nya tak sempat nak snap.resepi ni tak letak cheese mozarella pun.



MAKARONI BAKAR
SUMBER : HAFIZA HASHIM

BAHAN- BAHAN
1/2 peket makaroni brand Buittoni ( wani pakai je brand apa pun ) wani guna 250 gm je tak banyak pun takut tak habis nak makan...
1/2 periuk air ( ml banyak mana i tak tahu, tapi lebih kurang 2 kali ganda makaroni ) wani letak je air banyak agak2 la dengan sukatan makaroni nak direbus tu ya ..
5 - 8 biji telur ayam ( kalau saiz telur ayam tu besar, kurangkan bilangan telur ) wani guna 4 biji telur gred A
1-2 labu bawang besar ( kalau suka bawang, guna 2 atau lebih )
1- 2 tangkai daun sup dan daun bawang ( kalau suka boleh tambah )
1-4 biji campuran cili merah dan hijau (kalau suka pedas, boleh tambah lagi atau boleh ganti dengan cili api)
2 - 4 sudu besar santan pekat  ( wani tak letak pun )
1/2 - 1 bungkus kecil rempah kari
2 - 3 ulas bawangm erah ( kecil ) dan putih
1/2 inci halia ( kalau suka, kalau tak suka or tak ada, tak perlu )
1 cawan air
1 paket daging atau ayam cincang.

CARA - CARA
1. Didihkan air ( yang dua kali makaroni tuh), tambah sedikit garam dan minyak masak ( agak-agak 1 sudu makan ), rebus m akaroni sampai agak lembik. ( kalau tak lembik, tak melekat nanti ). bila dah lembik, tutup api, toskan.
2. sementara tunggu makaroni lembik, hiris bawang merah kecil dan putih serta halia, tumis.
3. masukkan rempah kari dan 1 cawan air, rebus sikit ( kalau ayam). kalau daging, campurkan daging cincang dan rempah dan air sekaligus, rebus sampai naik minyak.
4. bawang besar didadu. masukkan dalam masakan tadi. masukkan garam secukup rasa. tutup api.
5. potong daun bawang dan daun sup 1/4 inci, hiris cili-cili membulat, campurkan dengan bahan lain dalam kuali.
6. pukul telur dengan santan pekat, tambahkan sedikit garam kalau yang dalam kuali kurang rasa, kalau yang dalam kuali dah masin, tak perlu tambah garam, tuangkan kedalam bahan dalam kuali.
7. masukkan makaroni tadi dan gaul rata. rasa garam lagi sekali, kalau masih tawar, boleh dibetulkan rasanya waktu ini. kalau masin sangat tak boleh nak tolong dah.
8. bila semua dah perfect, tuang dalam loyang pembakar, dan bakar dalam oven api sederhana panas. selalunya masak antara 45 minit hingga 1 jam. kalau atas dah hitam nak terbakar, perlahankan api dan keluarkan dahulu, balut dengan kertas foil, bakar semula.

NOTA:
1. untuk step keempat tu, wani tak tutup api pun, wani letak terus daun bawang dan cili-cili semua tu
2. kalau ikut cara diatas tak apa juga. tapi wani masukkan telur yang telah dipukul selepas makaroni digaul rata dengan bahan daging cincang tu baru dimasukkan telur lepas tu gaul-gaul rata and then baru masuk dalam loyang.
3. wani bakar suhu guna 180C selama 1 jam 15 minit . itupun masa 25 minit terakhir wani tutup kan dengan foil kat permukaan atas tu takut hangit.. hasilnya .. wani rasa walaupun dah sejam 15 minit. nak tambah lagi masa nak bakar untuk api bawah saja nak bagi garing sikit.










Wednesday, September 21, 2011

IKAN BAWAL 3 RASA

ASSALAMUALAIKUM.......

bila online...  buka facebook  dulu ... lepas tu buka blog .. bila tengok facebook berwajah baru ,, kepala ni jadi pening sekejap..... adoi....adoi.... dalam masa terdekat ni asyik berubah je facebook .. sebenarnya suka ke tak ni facebook selalu je ada update terbaru pasal feature dia tu ..... setengah orang mesti nampak wah dah berubah wajah pulak facebook ..setengah orang lain pulak mesti adoi asyik berubah je facebook bila la nak berhenti .. haha..... nak buat macam mana follow je la hamba-hambanya ini ;p....dan selamat meneroka facebook berwajah baru pulak :D.....

oklah berbicara pula pasal masakan, biasanya resepi ni wani selalu masak untuk ikan siakap.. dahla nama resepi yang diberi pun siakap 3 rasa. dah banyak kali dah buat asyik guna ikan siakap je .. tapi kali ini wani guna ikan bawal pulak... asyik ikan bawal je ni kan .. dah hantu ikan bawal ke ;p .. entahlah bagi wani rasa ikan bawal ni sedap pulak bila dimasak macam ni. resipi ni  wani ambil masa dekat myresepi fanpage dekat facebook ... dah tak ingat dah siapa bagi .... huhu sorry ya .. tapi resipi dari hamba Allah ni sedap .. memang menjilat jari... makan... terima kasih la ya sudi kongsi resepi .. wani copy paste kat sini pulak ya ....Resipi ni pun dah banyak kali wani buat kalau tekak ni asyik nak rasa masakan masam manis...nampak agak kering sikit sebab letak sikit air .. kali ni buat tak letak banyak air pulak.. ...kalau nak berkuah banyak tu sikit letak la lebih air tu ya. sos-sos tu tambah la ya.


IKAN BAWAL 3 RASA

BAHAN - BAHAN
1 ekor ikan bawal - saiz besar / sederhana

Bahan cincang halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4-5 biji cili padi

Bahan- bahan sos:
2 camca besar cili kisar ( x letak pun )
1 camca besar sos tomato
 2 camca besar sos plum - tak ada stok, ganti dengan sos ikan
2 camca besar gula pasir ( agak2 la ya nak letak  )
2 camca besar sos cili
1 camca besar jus limau nipis
1 camca teh kicap manis

Cara Memasak:
Ada dua cara:
1. KUKUS : - Sediakan kukusan. lumurkan ikan dengan garam dan biarkan 10 minit. letak ikan dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. kukus hingga ikan masak. sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. tumiskan bahan-bahan cincang sekejap dan masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata. bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, kicap manis, jus limau nipis, air kukusan ikan ( sikit je) dan garam jika perlu.
masak kuah pekat sedikit dan tuangkan ke a tas ikan tadi. dah boleh ngap.

2. kalau nak buat versi goreng:- lumurkan garam dan serbuk kunyit pada ikan dan goreng sehingga masak / garing. kuah tu boleh buat macam kat atas tu dan curah je. 









Tuesday, September 20, 2011

SUP AYAM

ASSALAMUALAIKUM.............

Hari ni hujan turun dengan lebat mencurah-curah sambil berangin.kalau hujan-hujan macam ni hirup sup yang panas-panas pun sedap.. hihi.. bercakap pasal sup ni dah lama wani tak buat sup ayam.. kebetulan nak buat ni sebab ada lebihan tulang ayam yang sudah diambil isinya untuk buat sate ayam baru-baru ini. adalah dalam 2 ekor. dah lama simpan dalam peti baru terlintas kalau buat sup ayam ni pun sedap.. kalau nak guna isi ayam tu boleh tak salah campur je .. tapi kalau sup tulang ayam ni nampak lain ...sedap lah pulak nak banding letak isi ayam .. abah wani dia jenis suka kalau sup-sup bertulang ni .. kalau letak isi tak berapa nak makan..

nak buat sup ayam pun mudah je. macam-macam cara wani tengok orang masak. ada yang simple dan ada yang susah ..eh .. susah ke .. tak susah pun main campak-campak je bahan apa yang ada hihi... sampai macam tu sekali ya tapi bila hirup kuahnya tu sampai menjilat pinggan.. wani pun macam-macam cara dah masak versi sup ayam ni ... kejap letak perencah sup kejap tak letak perencah sup .. saja lah nak cuba-cuba .lepas tu pada suatu hari yang tak dijangka-jangka, ternampak la resepi sup ayam dekat kotak kiub pati ayam maggi... wani tengok lain cara dia buat dah la as simple as 1,2 ,3 je tapi hasilnya memang sedap... masukkan la juga entry sup ayam walaupun resepi dia terlalu amat senang .... takkan la nak share yang susah-susah je.. sup ayam ni simple -simple pun sedap tau.... rata-rata semua orang pun dah ada cara tersendiri nak masak sup ayam ni. tapi tak apalah wani kongsikan yang ini...kepada sesiapa yang nak follow resipi ni boleh la nak ikut betul-betul apa yang tercatat dalam resepi tapi yang ni wani main agak-2 semua hihi... pandai2 la ya kalau nak main agakagak ni ..itu just basic nak tahu macam mana... dan selebihnya ikut kepakaran tangan memasak sendiri ya .. ;p


SUP AYAM 

BAHAN-BAHAN
1 liter air ( wani agak2 letak air )
2 kiub pati ayam maggi ( guna 1 kiub je lepas tu yang selebihnya tambah garam )
2 sudu besar minyak masak
15 gm bawang merah ( dalam 3 biji bawang merah kecil )
5 gm halia ( agak2  dihiris halus -halus )
300 gm dada ayam ( ganti dengan tulang ayam )
100 gm ubi kentang ( letak dalam 3 biji )
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah ( ganti dengan serbuk lada sulah putih )
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar 
garam secukup rasa jika perlu
daun ketumbar atau daun sup, letak chinese celery pun sedap dihiris halus letak dalam sup

CARA- CARA
1. panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, halia dan bawang putih sehingga naik bau dan nampak agak garing sikit.
2. apabila dah naik bau masukkan air dan terus letakkan isi ayam tu atau tulang ayam  dan terus masukkan garam, kiub pati ayam, serbuk lada sulah dan ubi kentang.
3. biarkan sehingga mendidih sehingga lah betul- betul masak isi ayam atau tulang ayam tu dah masak , ubi kentang pun dah empuk  dah perasakan garamnya .. boleh la tutup api... hidang la panas-panas.












Sunday, September 18, 2011

IKAN TEMPRA NYONYA

ASSALAMUALAIKUM.......


hari ni dah berapa syawal ni ehh .. tak ingat .. dah masuk minggu ketiga kan.. open house pun tak putus - putus lagi ni... dah la hari ni masak nya banyak betul .dengan makaroni bakar la , ikan tempra nyonya la .. tup...tup ...abah bawa balik nasi beriani ada open school kat sekolah kot .. bukan open house hehe...dengan lauk daging kurma la , ayam masak merah la dan dalca daging ... walahh makanan semuanya beroily.. takut ku tengok ..... kalau dah tahu macam tu tak payahlah nak menanak nasi buat lunch huhu... haahhh sekarang makanan banyak, siapalah nak makan banyak-banyak ni .... ish perut pun masih kenyang ,,, banyak betul makan nasi adeh.....

 oklah resepi ni dah banyak kali wani buat rasa dalam bulan ramadan baru-baru ini pun dah 3 kali buat ...sepanjang buat 3 kali tu asyik guna ikan bawal je .. yang last sekali tu guna ikan cermin... dah banyak kali buat pun tapi tak sempat-sempat nak letak resepi kat sini .... ya Allah memang sedap resepi ni ..dengan rasa kemasamannya, dari ikan tu berserta kuahnya sekali ..lebih-lebih lagi letak bawang putih goreng dan bawang merah goreng.... .yang kiub pati ayam tu wani letak ... wani buat biar berkuah sikit ..sedap hirup kuahnya tu beserta dengan makan nasi .. masuk sungguh ....  ikan yang  digunakan ialah ikan bawal memang masuk ikan bawal ni dengan resipi ni ,, ikan lain tak pernahlah wani cuba .. ikan ni bila digoreng akan menjadi agak hitam sikit sebab perap guna asam jawa dan garam... resepi ni wani ambil dekat blog kak ita... wani copy paste kat sini pulak ya kak ita... sedap resepi ni .. kalau sesiapa nak mencuba, boleh la mencuba sesuai kalau nak buat makan lunch ... 


IKAN TEMPRA NYONYA

4 ekor  ikan  selar  atau  ikan  kembung - di bersihkan ( wani guna ikan bawal)
Daun bawang
Garam
Gula
Asam jawa
Air secukup kegunaan
Minyak
Perencah pati ayam / Kiub pati ayam - Tak bubuh pun tak apa


Bahan A ( Di goreng garing )
12 ulas bawang merah _ d hiris
12 ulas bawang putih _ d hiris

Bahan B
5 - 8 biji cili padi
3 batang serai - di titik
2 biji cili merah - di potong menyerong


Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng  dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tumiskan bahan B sehingga wangi.
Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
Setelah mendidih bolehlah di masukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng di atas ikan. Taburkan daun bawang juga.


Friday, September 16, 2011

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT - MENU ULANG TAYANG

ASSALAMUALAIKUM......

Alhamdulillah ,, baru semalam wani dah tamat puasa 6 beserta dengan puasa ganti terus .. lewat 2 hari berbanding mak dan abah yang habis dulu.. oohhh dugaaan betul puasa di bulan syawal ni kan.. masa dalam bulan syawal ni banyak rumah buat open house... tapi terasa lain pulak hari ni bangun tak sahur hihi.... sebab selalu bangun nak sahur.. maknanya wani hari ni dah raya la.. raya puasa 6 ... terasa amat gembira jugalah dan bersyukur sangat-sangat kepada Allah ... berjaya jugak habiskan puasa 6 ni... dugaan betul ujian dari Allah ni kan... .. dah planning nanti hari jumaat ni nak buat juadah sikit .. nak jemput  saudara-mara datang rumah .. nak sambut raya la katakan hihi... ohh lupa wani nak share menu ulang tayang iaitu .. ikan dalam sos daun limau purut .. yang ni kali kedua buat .. sebab sedap sangat ..baru berkesempatan untuk masak sekali lagi .. masih guna ikan yang sama iaitu ikan  cermin. nak guna ikan yang lain pun tak kisah .. yang penting ramuan untuk masak ikan ni penting kan.. family pun dah suka ... . kalau nak tengok resepi klik SINI



Nota: dah lama buat draft ni, baru boleh nak publish kan hari ni hihi... sebenarnya hari ni pun wani dan mak abah dah sambut raya puasa 6 ,, jadi buatlah juadah hari raya sikit .. buat chicken satay dan panggil saudara mara datang menjamu selera.gambar ni pun yang lain ya bukan yang dulu tu walaupun pinggan sama he3...
serentak dengan hari malaysia... happy malaysia day .. bangga ku menjadi rakyat malaysia .... terima kasih malaysia ...

Monday, September 12, 2011

AIDILFITRI 2011/ 1432 HIJRAH

ASSALAMUALAIKUM............

Masih lagi dalam bulan syawal. dah masuk minggu ketiga syawal dah.. sekejapnya syawal berlalu... mula-mula masa ramadan menjelma terasa lambat je ramadan berlalu pergi dan hingga sekarang syawal menjelma dan hari demi hari .. syawal berlalu pergi,,, terasa rindu pulak kian menebal dekat ramadan ... macam  tu lah kita kan ...hari demi hari berlalu pergi .. dan hari demi hari itulah banyak kenangan pahit manis, suka duka yang akan kita lalui.. mudah-mudahan hari -hari kita sentiasa mendapat rahmat Allah dan ceria-ceria selalu..ohh ya wani nak bercerita pasal bergambar pulak hari ni semasa suasana hari raya pada 30 Ogos 2011 baru-baru ini... semua orang dah tayang gambar memori manis bersama keluarga tersayang ..suka tengok gambar-gambar semua tu ..semua sanak-saudara berkumpul bersama-sama meraikan syawal yang mulia ini... wani pun tak ketinggalan jugak walaupun gambar yang disnap tu tak seberapa .. tak cukup ahli keluarga bersama pun huhu...

masa tu, macam nak tak nak bergambar je tapi ambil jugak hihi.... pagi tu bergambar tapi posing dalam keadaan cepat-cepat  sebab nak pergi sembahyang raya. posing la sekejap dengan mak dan adik-adik... alahai semputnya masa... selepas pergi sembahyang raya .. terus abah ajak pergi beraya di rumah jiran-jiran yang terdekat. cuaca pagi tu baik.. tak hujan tapi bila dah bersembang lama-lama ni pukul 10 pagi tu dah panas. wani sekeluarga kalau first syawal  tiap - tiap tahun ni memang akan pergi beraya rumah makcik wani ,, iaitu adik abah.semua adik beradik sebelah abah berkumpul rumah makcik wani.. kiranya rumah aunty mama la yang buat open house first syawal ni. nak kena cepat-cepat jugak pergi ke Kubang Kerian sebab dah janji dengan adik -beradik abah nak pergi bersama-sama menziarahi kubur nenda.hari kedua syawal tu barulah pulang ke kampung mak di Rantau Panjang untuk melawat saudara -mara di kampung sebelah mak pulak. tengoklah gambar-gambar yang tak seberapa .. walaupun ambil dalam keadaan cepat2.. hihi

di pagi swayal, bonda tersayang sudah siap dengan kain sembahyang dengan adik bongsu


dah masuk dah duduk posing bersama bonda , pucat betul muka ,,pakai lipstick je ;p

yang ni adik kedua yang kat belakang masuk bergambar pulak


seisi maaf-bermaafan dengan bonda dan abah di pagi syawal yang penuh barakah ini ... sedih dan sayu pun ada masa ni,

yang ni adik ketiga wani,

Adik bongsu, mira pulak ambil turn, gambar time waninya tak ada sebab tak ada orang nak ambil gambar ....sedih betul 


posing kejap bersama Mira kat rumah aunty mama  ( adik abah) buat open house ..semua sanak saudara berkumpul dekat sini

adik ketiga dan adik bongsu ,,, yang adik ketiga wani ni badan dia agak gempal sikit hihi

inilah antaranya menu-menu yang dihidang pada hari raya kat rumah aunty mama, aunty wani memang pandai masak.. uncle papa pun pandai jugak masak.. pasangan yang sungguh ideal .. menu hari raya ialah roti jala bersama kuzi ayam dan juga kebetulan dah sampai rumah aunty ni ,, uncle papa nak prepared nak goreng mee basah...time beraya ni pun mereka masih sibuk kat dapur... banyak betul mereka masak.

wani makan pun dah sikit je sebab dah makan dekat rumah jiran, tak sempat nak snap homemade pizza yang uncle papa buat...

ni berselindung di sebalik payung jap hihi...

comel tak budak ni ... ala-ala mat saleh version gitu hihi.. rambut pun ala -ala keperangan...   tapi susah betul nak dukung budak ni asyik gerak sana sini.. pakai pun dah ala gangster ada rantai-rantai kat seluar  dia hihi..  adoi kid kan.. asyik nak bermain je kerja dia.. ini cucu saudara mak long

ketupat daun palas dari mak long dan mak uda

yang ni ketupat sotong .. yang dibuat masa 3rd syawal. entry pasal resepi ni pun wani dah ada post...nasib baik elok je kejadiannya...  belajar dengan ibu nak buat ketupat sotong ni ..ooo rupanya senang ... thanks my ibu... dah banyak tunjuk ajar wani dapat dari ibu.... dia pun cakap lain kali nak buat ketupat sotong pun dah bolehlah... hihi

yang ni sponge pudding yang wani buat masa 4th syawal makan dengan fruit cocktail.. resepi ni pun wani dah ada postkan kat sini. ..banyak sangat dapat untuk 1 adunan. nanti kena buat 1/2 adunan untuk keluarga yang tak ramai ni... wani jarang buat pudding sebab family tak berapa gemar nak makan.. kalau buat untuk jamuan orang tu boleh la hihi

 biskut raya ^^

inilah semua gambar-gambar yang sempat disnap masa syawal baru-baru ini.. kalau ada tambahan pun nanti akan buat entry lain.. kan masih lagi dalam bulan syawal.. ;)

Friday, September 9, 2011

PUDING BUIH @ SPONGE PUDDING

ASSALAMUALAIKUM.........


being so lazy at the moment .. but i try to put the delay recipes ya.. hehe so layannnn je this bubble pudding ..... i made this pudding for 4th syawal... didn't know  but all of a sudden ,, i wanna try to make this pudding .. even though  i knew my tastebud surely cannot go with this kind of pudding ..because it used some eggs...but  i am really curious how to make this pudding buih because it looked springy... indeed, i rarely eat and make pudding .. i don't know why.. perhaps tastebud ni tak boleh pergi dengan pudding... that's why my entries before .. i never posted any kind of puddings hehe..fortunately .. the other day after i chilled this pudding in the fridge, my brother's friend come home for raya.. ^^ so i could serve this pudding as much as i want......


 tak nak babbling panjang-panjang .. ai nampak tak boleh sebab nak bagi tahu result puding buih ni ..so nampaknya kena babbling panjang-panjang jugaklah ya ... oklah ya puding buih ni bagi wani dah kira ok kalau bagi penggemar sponge pudding ni .. sebab tak rasa apa pun makan , telan ikut anak tekak je ..sebab ia buih. mak wani cakap  macam apa dah tak ingat .. bagi wani masa mula-mula makan tu boleh la masuk anak tekak .. lepas tu dah tak boleh masuk anak tekak dah .. entah la nape ..tapi serius wani cakap puding buih ni sedap... wani ada buat custard sauce untuk makan bersama puding ini. dihidang bersama fruit cocktail... .. rasa kalau tak ada custard sauce ni tak ada selera nak makan kot.. hehe.. resepi ni wani ambil dekat myresepi.com.. ramai dah blogger-blogger masakan kita ni dah cuba buat .. tengok dalam blog kak nor pun ada cuba buat... blog kak ita pun dah cuba ... bagi yang nak buat resepi ni ..sekali adunan tu dapat banyak  sangat ... wani letak dalam loyang 4 segi yang besar tu dah tak cukup kena ambil bekas yang biasa lagi satu ..tengok gambar kat atas sekali besar loyang tu ya... tak ingat berapa inci dah..wani letak pewarna merah jambu dan letak strawberry paste..


untuk resepi ni juga  wani rasa kalau sesiapa nak lebihkan gula untuk masak agar-agar tu tambahkan lagi ya ..sebab bagi wani kurang manis .. wani tak tambah ..just ikut resepi tu je.. hanya wani tambah masa nak buat custard sauce tu guna 11 sudu besar gula ..sebab nak makan dengan puding buih tu kan ..elok la tu dah la puding tu dah rasa tawar sikit-sikit.. masa nak rehatkan agar-agar tu saat -saat penting nak tahu suam-suam kuku tu macam mana.. ,wani takut tak menjadi bila putar dengan putih telur tu nanti .. wani restkan dalam 40 minit jugak baru start putar putih telur tu... alhamdulillah menjadi la puding nya tak adalah .. separuh buih kat atas separuh agar-agar kat bawah.... keseluruhannya jadi puding buih....untuk agar-agar tu wani guna 30 gm je tak adalah guna sampai 35 gm. ok happy trying ya



PUDING BUIH
SOURCE:  myresepi.com
Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )
  • 1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
  • 1.75 liter air
  • 9 sudu besar gula
  • 1 helai daun pandan ~ disimpul
  • 6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
  • 1 tin fruit cocktail ~ optional
  • pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur
  • UTK KUAH
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air (guna tin susu cair)
  • 7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
  • 2 helai daun pandan ~ disimpulkan
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
  1. Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
  2. Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
  3. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
  4. UTK MEMBUAT KUAH:
  5. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
  6. Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
  7. **Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..
  8. Selamat mencuba..


Wednesday, September 7, 2011

AYAM MENTEGA RANGUP

ASSALAMUALAIKUM......

salam semua masih bermood raya lagi ke ... apasal la wani ni malas sangat nak update blog dulu dalam 4 hari lepas kot yang last entry ni .. bersemangat betul mengarang je memanjang ... lepas tu sehari demi sehari semangat merudum..... entah la kenapa ...mood malas masih menguasai diri lagi kot ni ... mari.. mari.. mana datangnya semangat ,, keluarlah kau semangat rajin ;p......wani tengok makin ramai ni dah upload gambar raya.. hehe .. time ada masa lapang ni la kot semuanya nak tunjuk suasana beraya di samping yang tersayang kan.. hehe...wani kalau ada masa nanti nak upload jugak gambar tu .. tapi masa yang tak ada tu ...


oklah masa terbelek-belek album gambar ni terjumpa photo yang belum diupload yang nak disharekan bersama. menu ni wani buat masa last iftar hari tu ..semua adik-beradik dah pulang ke kampung. alang-alang yang ni ada bahan kat fridge so, ambil peluang nak try buat .... tak apalah kan entry terlewat .. janji sama-sama kongsi :))....  wani ambil resepi ni dekat blog kak nor .. thanks kak nor...Wani copy paste kat sini pulak ya... resepi ni sungguh sedap..ada rasa bau kari ...entah la nak kata macam mana sebab tumis guna marjerin ni lagi harum la ....  tapi wani ganti mentega dengan marjerin ...hehe memandai je .. mentega tak dok.. kalau dengan mentega memang lagi sedap ni .... cubalah ya kawan-kawan memang tak rugi mencubanya,,,,,

AYAM MENTEGA RANGUP

Bhn²
2 keping dada ayam _ d hiris
2 tangkai daun kari _ d hiris
4 biji cili padi _ d cincang
60 gm mentega ( Boleh d tambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu yer )
1/2 biji bawang besar _ d cincang
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula

Bhn² Perap
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
2 tsp gula
1 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Cara²
Ayam d gaul bersama bhn² perap dan perap selama 20 minit.
Saluti ayam tadi dengan tepung jagung.. Goreng.. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi.. Tumis sehingga naik baunya.
Kemudian masukkan ayam dan gula.. Gaul sebati.
Angkat dan hidang.





Monday, September 5, 2011

KETUPAT SOTONG - 3RD SYAWAL

ASSALAMUALAIKUM.....



macam lama rasanya tak update blog .. emm nak buat macam mana masih lagi dalam mood raya hehe.. masih lagi dalam suasana raya kan.wani pun tak puas lagi dengar lagu raya ni.. macam mana suasana hari raya masing-masing. mesti menyambut dengan meriah disamping keluarga tersayang. masa ni lah nak berkumpul bersama-sama family nak mengeratkan lagi silaturahim yang mana yang jauh balik yang mana yang dekat pun balik , sama-sama berkumpul ...sambil-sambil tu sama -sama menikmati juadah hari raya yang sememangnya masa hari raya la boleh jumpa hehe...  nanti dah habis cuti ..semuanya akan sibuk bekerja dan juga sibuk dengan urusan masing-masing.... 

oh ya ,, masa sehari esok nak raya, ibu wani dan adik telah pergi shopping jugak last2 minit ni ,, sebab ada barang yang terpaksa kena beli jugak ..kalau tak beli bila lagi la nak beli dah la nak raya ni sambil-sambil tambah-tambah stok dapur  .... wani dah agak kalau beli time2 last minit macam ni .. mestilah jalan jam la , ramai orang la ...ibu dah tolak pukul 8:30 pagi .. last-last balik pukul 1 lebih nak zohor dah .. ibu cakap memang too packed punya orang kat mall.. orang ramai sibuk nak membeli barang ... beratur saja dah nak hampir 1 jam lebih ... lebih-lebih lagi cuti sekolah macam ni ..   


mesti kenduri kahwin banyak ..kebanyakan mereka datang nak beli barang-barang untuk buat kenduri kahwin.... .bila ibu balik cakap dia beli sotong sebab ada request dari adik wani nak makan ketupat sotong.... ooooo patutla ... ibu mana yang dengar anak asyik nak request nak makan mestilah si ibu ni nak buat untuk anak kesayangan kan ... nanti bila dah balik KL kempunan pulak nak makan ... bukan selalu buat ketupat sotong ni ,,,, wani ingat masa wani kecik2 ibu selalu buat .. tapi wani dah tak ingat rasa dah macam mana hehe.... tapi kalau kat kedai ni jual oooo melopong mulut kalau dengar sebab mahal sangat tapi cara nak buat dia senang je ... kalau tak tahu cara buat memang kena beli la .. bila dah tahu cara buat ... oooo memang selalu nak buat la ketupat sotong ni ...


 ketupat sotong ni ibu selalu buat masa zaman dia muda remaja dulu bersama arwah nenek yang menjadi sifu ... arwah nenek sebelah abah pun jadi sifu ibu jugak.. sebab kadang-kadang menurut ibu  tak menjadi jugak ibu buat ,,, ada sotong tu pecah terkeluar pulut kat dalam dia tu .. nampak tak cantik la kan.. tapi sambil-sambil tu ibu tanya abah jugak.. macam mana takut-takut tersilap langkah hehe. kali ini pada bulan syawal yang mulia ini, terlintas ibu nak buat ketupat sotong yang dah lama dia tak buat .. alang-alang dia nak buat ni .. wani mencedok resepi dari ibu.. dan juga menjadi sifu kepada wani untuk tunjuk ajar ... kita ni masak-masak kena la ambil ilmu kan .. kalau tak sampai bila la nak belajar .. kan betul tak..... ibu pun tunjuk apa yang dia belajar dari arwah nenek... dan juga petua-petua yang perlu diikut.... arwah nenek ada cakap kalau sotong tu pecah terkeluar pulut sebab sotong tu dimasukkan ke dalam peti .. tapi pelik jugak .. takkan la tak boleh simpan dalam fridge first sebab nak buat kemudian hari kan... .. tapi kali ini bila wani bersama ibu dekat dapur tengok cara dia masak.. menjadi la ketupat sotong ni .. aiii sukanya dalam hati ..... tidak terkira hehe.. alhamdulillah menjadi..dalam gambar tu saiz sotong ni agak besar jugak sebab nanti bila kita masak sotong ni akan kecut pun dah jadi sederhana kecil .. kalaulah sotong yang kecil lagi ..lepas masak lagi la kecik. kan....nanti tak puas makan la pulak.


mari tengok resepinya dan apa yang wani belajar dari ibu ..ketupat sotong ni rupanya sedap..ketupat sotong ni kalau nak kuahnya tu pun boleh tapi yang ibu wani ni masak sampai pekat kuahnya tu ada sikit-sikit je ala-ala tenggelam sotong sikit je  . ooooo baru perasan ekk sedap ...sebab sebelum ni ada nampak yang dijual tapi tak terlintas nak beli hehe... kali ini ada step by step pula ya.. entahlah terasa nak buat step by step padahal benda simple je  ^^... tak apalah kita kongsi2kan ya..

daun pandan, gula melaka, santan dan garam dimasukkan sekali ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih maknanya hilang buih santan tu ..

lepas tu masukkan sotong dengan perlahan-lahan ke dalam periuk dan biarkan lagi hingga mendidih .. boleh la tutup periuk ni masa sotong dah 1/2 masak sebab nanti nak kena biarkan pulut kat dalam sotong tu betul-betul masak.

yang ni dah half mendidih dah... masak sehingga sotong masak dan bila kuah tu dah betul-betul pekat.

yang ni dah siap masak dah sotong pun dah nampak kecut ...kuah tu pun dah nampak pekat .. boleh la tutup api..


KETUPAT SOTONG 

BAHAN- BAHAN 
 
8 ekor sotong saiz XL
santan 1 biji kelapa sederhana dapatkan 3 cawan santan pekat
2/12 gula melaka ( wani guna gula melaka yang tempatan tu tak guna gula melaka siam )
garam secukup rasa
daun pandan 3 helai
beras pulut 1 cawan direndam 1/2 jam sampai kembang
lidi satay ( potong serong-serong bagi hujungnya tajam )

CARA- CARA 
1. sotong dibersihkan .letak ketepi.
2.  beras pulut yang telah direndam  tadi toskan dan masukkan beras pulut ke dalam sotong nak bagi senang masuk beras pulut tu ..tolakkan dengan chopstick masuk ke dalam perut sotong sampai ke bawah.. ( jangan penuh sangat beras pulut tu sebab kat atas nanti nak sumbatkan kepala sotong sampai separa kat mata sotong tu dah ok dah ). tutup lubang tu dengan kepala sotong
3. dah siap semua ,ambil lidi satay dan cucukkan dari hujung kiri ke hujung kanan.. tak kisahlah hujung mana pun tapi pastikan kemas supaya kepala sotong tu tak bergerak . ok ketepikan.
4. sediakan periuk, masukkan santan, garam secukup rasa, gula melaka dan daun pandan dan masakkan sehingga hilang buih maknanya santan tu dah betul-betul masak.
5. kemudian, bolehla masukkan sotong perlahan- lahan ke dalam periuk dan sambil-sambil tu kacau perlahan-lahan.
6. biarkan mendidih sehinggalah kuah tu agak pekat sikit ( tutup periuk masa sotong 1/2 masak sebab nak bagi pulut tu masak )
7. boleh la tutup api jika kuah tu kelihatan agak pekat dan sotong hanya tenggelam sikit-sikit je dengan kuah tu. 

Saturday, September 3, 2011

ALMOND LONDON COOKIES


ASSALAMUALAIKUM...............


Senyap je bila berblog ni .. mana semua ni masih dalam mood raya ke hehe.. dah masuk 5 syawal kan.. awal lagi tu masih dalam mood raya .. rumah tu buat open house, rumah ni buat open house....beraya sakan la nampak kan ditambah lagi dengan jemputan perkahwinan musim cuti sekolah ni  asyik nak makan je la kan... masih lagi nak share resepi cookies raya yang dibuat sebelum nak raya hehe... cookies ni ingat last buat masa tahun 2007 .. huh lama betul tak buat kan lepas tu tak buat dah .. entah lah tiba-tiba terlintas nak buat pulak sebab lamanya dah tak rasa almond london cookies ni. nak kata susah tak susah pun cookies ni sebab dia tak terap-terap pun hanya gentel-gentel bulat sikit sebesar guli lepas tu masukkan badam kan senang ..tapi nak sudahkan dia tu susah sikit hehe.. sebab kena salut dengan coklat ....


 cookies ni wani buat awal lepas tu 2 hari nak raya baru nak coating coklat ni .... nak coating punya pasal la tu lembab ... wani asyik berdiri je kat tepi dapur sampai kaki terasa lenguh... tapi nak buat macam mana kan ,, nak habiskan satu balang almond london cookies ni ... cookies ni sangat rapuh dan sedap sebab letak emplex iaitu perangup biskut.. rata - rata wani tengok kalau resepi nak buat almond london cookies ni letak emplex ... jadi memang dia rangup ya... sesetengah orang minat dengan almond london cookies ni ada orang tak minat ..macam adik wani dia tak berapa nak makan kalau biskut yang dicoating dengan coklat .tapi bagi wani sangat sedap hehe...oklah mari tengok resepinya wani ambil dekat blog citarasa wan. terima kasih kerana sudi share biskut yang sedap ini.


ALMOND LONDON COOKIES

Bahan – bahan
250gm mentega
150gm gula halus
450 gm tepung gandum
100gm tepung jagung
11/2 teh serbuk penaik
1 sudu teh emplex
1 biji telur gred B
1 sudu the esen vanilla

100 biji badam,dibakar
Cawan kertas secukupnya

Hiasan: coklat masakan, coco butter

Cara- cara:
  1. ayak tepung gandum,  tepung jagung, serbuk penaik dan emplex. Ketepikan.
  2. pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul lagi hingga sebati.
  3. pindahkan adunan mentega tadi ke dalam mangkuk besar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh selama 15 minit.
  4. ambil sedikit doh, bulatkan dan masukkan biji badam. Buatlah bentuk bujur.
  5. susunkan dalam dulang pembakar dan bakar selama lebih kurang 20 minit. sejukkan
  6. cairkan coklat secara double boiler dan masukkan coco butter jika coklat terlalu pekat. Celupkan biskut dan letakkan dalam cawan kertas. Biarkan beku sebelum menyimpannya.