Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA 1432 HIJRAH

ASSALAMUALAIKUM................

SUMBER IHSAN GOOGLE   

.alhamdulillah tak kurang dari 1 jam lagi dah nak subuh....wani terjaga sebab dah tidur awal dan memang kepenatan hari ini,, nak prepared nak buat juadah pagi raya ni dan macam- macam lagi .. masa iftar semalam tu agak kelam kabut  sikit sebab semua adik beradik berkumpul dan banyak kerja yang nak perlu dibuat.   hari ini kita akan menyambut hari raya aidilfitri setelah sebulan berpuasa ..sekejapnya ramadan berlalu dan kini syawal pula menjelma.. tapi apapun syawal itu merupakan kemenangan kepada semuat umat islam ... setelah sebulan berpuasa . pada kesempatan ini, wani dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang mengenali diri ini tak kisahlah dari alam maya ke tak alam maya ke .. yang penting kita sama-sama manusia saling untuk bermaaf-maafan pada bulan syawal yang mulia ini..ampun maaf salah dan silap jika ada terkasar bahasa sepanjang berblog ....  kepada pengunjung - pengunjung yang sudi singgah ke blog wani ,selamat hari raya wani ucapkan , kepada silent reader tu terima kasih dan selamat hari raya juga.....

Saturday, August 27, 2011

TART NENAS NYONYA... VERSI KECIK SIKIT

ASSALAMUALAIKUM...............

salam ramadan yang ke 27 .... semalam wani dah tunjuk kan wani buat tart nenas nyonya.. hari ni pun wani masih buat tart ni hehe kalau tart nenas ni kena buat banyak .seawal pagi dah pun masuk dapur sebab mengetart ni lambat ..patutla orang jual mahal tart nenas ni .. padanla dengan susah lelah penat nak mengetart kan... . hari ni dah cukup 2 balang besar .. haaaa baru puas makan..  puas ke ? maknanya wani dah habis kan 1.2 kg tepung gandum ..Hari ni pun buat adunan nasib baik la smooth je masa nak menolak adunan ni guna acuan dia tak la jenuh macam semalam... tapi wani masih tambah-tambah marjerin tu nya .. kalau tak mcm mana nak terap... sebab dia tak boleh nak uli langsung . wahhh banyak ke tu bukan buat berniaga pun tapi buat untuk makan seisi keluarga.lebih-lebih lagi ada hantu tart nenas kat rumah ni .. tak boleh jadi ni ... kena buat lebih la nanti tukan jong buat tart ni tak sempat nak makannya ... hari ni nak tunjuk gambar sebab wani buat roll tu kecil sikit dari biasa .. sebab yang semalam tu besar gedabak sikit hehe... tengok yang kecik-kecik kejadiannya ni nampak cute pulak .... yang semalam tu abah wani cakap ... nampak besar roll nya tu .. so hari ni buat la kecik-kecik hehe.... resepi masih sama .rujuk SINI .



                                     Kecik kan sikit rollnya tu kan ...

                                               alhamdulillah dah siap ... sukanya  ^^





Friday, August 26, 2011

TART NENAS NYONYA

ASSALAMUALAIKUM...............



Salam ramadan yag ke 27 semua ... debaran aidilfitri semakin terasa ni . kaum hawa pun dah makin sibuk kat dapur la ya. nak dekat raya ni ..bagi yang nak pulang ke kampung ..selamat pulang ke kampung ... berhati- hati di jalan raya.  hemm sunyi nya malam ni. hari ni pun petang tadi hujan renya- renyai je, semalam dah pun hujan. pagi tadi pun langit mendung je  tak terbit matahari dilindungi sayap oleh malaikat , angin sepoi - sepoi bahasa..daun -daun pokok pun melambai-lambai lembut ...  sejuk je persekitaran .. mak wani dah ramal semalam nya malam lailatul qadar. wani kepenatan yang amat hari ni sebab seharian dok kat dapur nak menyiapkan tart nenas kegemaran family  dah la buat seorang diri.. ini pun terjaga sebab dah tidur awal tadi huhu...penat sampai lenguh sendi-sendi ni.  ingat petang tadi nak masukkan entry ni tapi line macam siput je berjalan. lagipun masa tight sangat petang tadi dah la line buat hal ... adik wani seorang je baru sampai pagi semalam pukul 10 pagi naik flight. yang 2 orang lagi belum sampai lagi ...


 berbalik kepada resepi ini, bila tengok kak ita buat biskut ni dan kak ita cakap biskut ni rangup dan cair je dimulut ... wani dah cop nak cuba resepi dari kak jee ni ...hasilnya memang sedap ,, rapuh dan cair je di mulut kalau boleh nak sekali telan tak boleh nak bite sikit-sikit nanti berderai la jawabnya hehe.. tapi adunan ni bila wani dah campur-campur semua masih berderai lagi adunan tu tak boleh nak terap so wani tambahkan lagi marjerin tu sampai la ia boleh diuli... entah la tapi tak apa boleh tambahkan marjerin tu ya .. wani guna marjerin je.. hehe..kak ita dan kak jee buat versi terap dengan acuan .. wani malas nak menerap so buatlah versi roll tart... itupun jenuh nak menghabiskan adunan tu sebab wani buat 2 kali adunan... jem nenas wani buat sendiri sebab wani tak suka guna yang ready made tu ... tak berapa sedap ...maknanya semua tart nenas ni home made la punya pasal... inti nenas pun masih banyak lagi yang berbaki ni ..esok pun nak buat lagi ... alahai tak habis-habis dengan tart nenas .. sampaikan nak masak pun tak sempat .. ibu wani yang masak. tart nenas ni memang kegemaran family .. jangan -jangan biskut ni yang habis satu balang dulu kan hehe...

oklah ya wani copy paste resepi kat sini.. kak jee minta izin share ya ... resepi ni wani ambil dari blog kak ita tapi resepi ni dari kak jee. biskut ni sedap  dan rangup dan cair je di mulut..kepada sesiapa yang sudi nak cuba tu ,,resepi ni amatlah direcommendkan ya ..









TART NENAS NYONYA
 
Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji

300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja

jem nenas

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.
Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
Kalau nak ikut cara kak jee yg lebih mudah boleh tgk kat SINI
Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.





Thursday, August 25, 2011

BISKUT SARANG SEMUT

ASSALAMUALAIKUM................

Salam ramadan yang ke 25 ... masa tulis enrty ni hujan renyai- renyai guruh pun ada berdentum sikit adakah malam ni malam lailatuqadar .. terpulang kepada masing-masing untuk menilainya dan lihatlah alam... alhamdulillah masih lagi dalam suasana ramadan .. minggu ni minggu terakhir persekolahan dan rata -rata ramai dah seisi keluarga  planning ingin pulang ke kampung halaman masing- masing  untuk sama-sama berbuka puasa bersama family tersayang dan juga akan menyambut hari raya aidilfitri yang akan menjelang beberapa hari lagi. kalau pasal raya ni budak-budak la paling seronok .. semoga selamat pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan insan-insan yang tersayang yang sudah lama menunggu kepulangan ahli keluarga masing -masing. banyakkan berdoa dalam perjalanan pulang supaya perjalanan kita selamat .. menjelang nya festive season ni lebih-lebih lagi hari raya aidilfitri selalu ada runsing je .. sebab jalan akan jam .. masing -masing nak pulang ke kampung halaman.. diharapkan perkara-perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku... .

adik wani yang berada di KL akan naik flight pagi esok ... yang seorang lagi naik bas tapi sebelah malam.. yang bongsu pulak lewat sangat nya balik 29 hb sebelah pagi .. jawabnya sampai petang la..... nak buat macam mana tiket beli awal tapi kaunter jual tiket paling lambat balik ... wani 2- 3 hari ni sibuk buat biskut hehe ..almaklumlah nak raya ni makin dekat makin sibuk kat dapur ... tambah-tambah lagi bila semua adik -beradik nak balik kampung ni lagi la bertambah sibuk. dah la tart nanas untuk hantu  tart nenas tak buat lagi .. alahai request dari adik wani la ,,,dia memang hantu tart nenas ... tahun lepas buat ..tak sempat nak raya dah ngap separuh balang ... haaa nanti beraya tak ada biskut raya ..sebab dah ngap awal sangat .. kali ni wani buat lewat-lewat sikit hehe.... hari ni pun 2 jenis biskut dah buat .. lenguh dah sendi -sendi lutut, kaki tak kira apa pun .. sebab nak kejar buat tart nenas di hari lain ...

oklah hari ni nak share biskut sarang semut yang memang cookies yang wajib di hari raya.. rangup je dan rapuh  .. tapi yang wani buat ni versi sarang semut besar gedabak .. XD... bila dok fikir nak parut guna yang halus tu ,,,aih lambatnya punya kerja dah la nak buat kerja lain lagi .... jawabnya seharian la dok kat dapur kalau guna parut yang halus tu... wani ambil keputusan guna acuan nak buat putu mayang tu tapi lubang yang besar ... huhu tak apalah janji dah test makan pun dah sedap dan rapuh je.....nanti next raya kalau lah rajin sikit boleh la guna parut yang halus sikit hehe.... resepi ni wani simpan dalam koleksi resepi tak ingat dah ambil mana.. sebab wani print dan simpan dalam folder khas myresepi hehe..... tapi tak apalah wani akan share .siapa-siapa yang terbaca itu resepi dia ..sila-sila lah beri komen ya .dan sudilah maaf diri ini sebab terambil tak ingat nak catit dari mana sumbernya ...  


BISKUT SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN
250 gm butter atau marjerin
100gm gula halus
350 gm tepung gandum ...}
100 gm tepung jagung;...}di ayak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

HIASAN
sedikit coklat rice
paper cup kecil secukupnya

CARA- CARA
1. Pukul kembang butter dengan gula
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Parutkan adunan ke dalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam paper cup
5. Taburkan coklat rice
6. Bakar dalam oven dengan suhu 180'C sampai masak (anggaran 15 minit )
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tips: untuk dapatkan biskut sarang semut yang sedap boleh ikut tips di bawah:

         1. Kurangkan tepung gandum kepada 300 gm
         2. tambah 50 gm susu tepung

NOTA: BAKAR IKUT SUHU OVEN MASING -MASING YA .. MACAM WANI BISKUT NI WANI BAKAR DENGAN SUHU 130'C DALAM MASA 20 MINIT .. OVEN WANI JENIS TERLALU PANAS SEBAB ITU LAH SUHU TU RENDAH. ELOK TAHU PERANGAI OVEN MASING-MASING  












Tuesday, August 23, 2011

KERABU MANGGA

ASSALAMUALAIKUM........

Salam yang ke 23 ramadhan semua ..wahhh dah makin sibuk mengukis2 ..ya ... macam2 tengok jenis biskut dok buat tayangan amal.. ya.. hari ni wani ada buat cookies tapi malas nak tayang lagi ... nak tayang menu yang tertunggak ..rata-rata orang dah lama buat ataupun tak pernah buat hehe... .makin nak dekat raya ni makin malas la pulak nak update blog hehe... excited nak raya ni XD...  malas nak berbicara panjang ..sejak 2 hari lepas ni asyik letih je. ..lenguh rasa sendi- sendi ni.. huhu... yang ni menu iftar masa ke 16 ramadan layan je la ya .... kebetulan ada mangga siam ni kena ambil tak sempat masak pun .. sebab tak boleh nak simpan lama kat pokok dek dimakan tupai .. dah la pokoknya tu jenis susah nak berbuah .. kalau berbuah pun tak lebat dalam 4 biji je .... dah 2 biji dimakan tupai tapi tak makan habis nya si tupai buah ni makan separuh lepas tu lempar kat tanah .. alahai ... abah terus ambil yang lebih tu kat pokok .. haa apa lagi menu yang best kerabu mangga la jawabnya. resepi ni tak letak santan... senang je .. tumbuk bahan - bahan dan just gaul-gaul ..itu je...makan meratah pun sedap meh tengok resepinya



KERABU MANGGA  

BAHAN-BAHAN

1ekor ikan selayang dibakar dan diambil isinya
4 ulas bawang merah
sejemput lada hitam ( sikit je tak banyak sangat )
3 sudu besar kerisik ( ditumbuk)
garam
gula

CARA- CARA
- bawang merah dan lada hitam ditumbuk dan masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sampai lumat ..lepas tu boleh la masukkan kerisik tumbuk lagi .. nak bagi rata
- bahan yang telah ditumbuk tadi masukkan ke dalam mangga yang telah diparut dan gaul rata bersama dengan garam dan gula. dah siap boleh makan. selamat mencuba !!













Thursday, August 18, 2011

AYAM BAKAR

ASSALAMUALAIKUM.....

Salam 18 ramadan buat semua ... eh hari ni dah ke 18 ramadan .. tak lama lagi nak masuk 10 hari ramadan dah.. macam mana ya semua persiapan nak sambut raya.. mesti sibuk-sibuk buat cookies .. lauk pauk nak prepare untuk open house nanti ni mesti dah dok fikir-fikir nak cari menu yang sesuai untuk open house raya nanti kan... sekejapnya puasa ni macam tak rasa apa pun rasa baru je puasa semalam.... lama dah wani tak update entry kat sini.. eh ..eh ... lama ke ... sebenarnya semalam wani pergi shopping ..shopping raya :)).... semalam kan cuti nuzul Al Quran .. ya Allah too packed nya with people kat mall.. berjalan pun dah macam ulat bulu... XD.... kebetulan semalam pergi keluar dengan ibu ,,,teman ibu nak pergi bayar zakat dan terus direct kami pergi ke shopping mall.. mula-mula tu kurang lagi lepas tu .... penuh orang kat mall.... ..ramai orang keluar cuti am kan ..bila lagi nak keluar masa ni lahh nak keluar ...ramai ibubapa keluar bawa anak- anak nak beli baju raya ...  seronok tengok  nampak budak-budak pilih baju raya dengan gelagat masing- masing .... sampaikan tempat section bahagian baju budak-budak tu penuh orang .. aiyooo... 

lepas siap beli barang-barang kat tingkat atas tu ,, wani turun la bawah nak pergi kat tempat makanan pulak .. ya Allah bila nak bayar punyalah ramai orang such a long queue .... beratur panjang ..lenguh dah sendi-sendi lutut ni  kasihan ibu... tapi maklumlah nak raya kan musim ni  ... orang sibuk dok shopping ... entah dari mana keluar orang-orang ni semua ... ..nasib baik la lagu raya tak putus -putus masa tengah beratur .. lagi semangat nak beratur ni XD....sampai  rumah pun dah nak pukul 2:30 petang ... adoi penatnya... oklah mari tengok menu iftar 2 hari lepas wani buat ayam bakar ..... ayam bakar simple je tapi sedap ... ambil kat fotopages ... biasanya dulu-dulu wani search resepi kat fotopages dan simpan resepi tu .. yang ni salah satunya ,,,, thank you tuan punya resepi .. boleh buat koleksi ayam bakar pulak ... mari tengok resepinya ... gambar ni terlebih gelap pulak ...nampak ke huhu  ...tapi wani buat bukan seekor tu la guna leg quarters dan chicken breast je ...ayam ni kalau perap lama lagi sedap ..  letak hirisan kentang sikit ... luimurkan minyak kat ayam tu kalau tak nak bagi dia kering kat dalam ,,, isi dia lembut je .. tak kering ... resipi ni wani buat ayam bakar je kuah dan coleslaw tu tak buat ...


AYAM BAKAR

bahan A:
1 ekor ayam [1.5 kg berat]

Bahan B [Mesin Halus]
3 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah [jika suka]

Bahan C
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk

sayuran hiasan:
salad..timun..tomato
kentang [hiriskan setbal 1/2 cm]

Cara
1. Ayam dibersihkan dan toskan kering.
2. Perapkan semua bahan bersama ayam selama beberapa jam.
3. Masukkan ayam yg telah direpakan dan kentang hiris dalam loyang dan bakar pada suhu 200'C selama 30 minit.
4. Terbalikkan kedudukan ayam dan bakar lagi selama 30 mint.
5. Alihkan ayam dalam pinggan yg telah disediakan salad.
6. Susun kentang dan tomatao keliling ayam.
7. Siramkan kuah ayam badan ayam dan hidangkan bersama sos cendawan lada hitam dan coleslaw.







Monday, August 15, 2011

KUIH BUTIR NANGKA

ASSALAMUALAIKUM.....

alhamdulillah hari ni dah cukup kita 15 hari berpuasa kan .. memang dah separuh bulan nak sambut raya ... hari rabu ni pun cuti nuzul Al- Quran.. dah ada rancangan ke semua?  nak .. pergi shopping raya ke .. nak buat cookies raya ke ... maklumlah dah separuh bulan puasa ni masa ni la nak memcookies kan.. ok lah wani nak share kuih tradisi yang dibuat pada menu iftar ramadan ke 12 baru-baru ni...kuih ni memang popular kat negeri kelate.. rata-rata semua dah pernah cuba ni .. kuih ni kalau panas-panas sedap dingap.... tapi bila dah sejuk , kuih ni nampak bengkak sikit ..masa tu dah kurang sedap sikit... biasanya dulu-dulu ibu wani yang buat... kalau ikut resepi ibu.. untuk kuah tu letak tepung beras sikit kacau rata bersama santan gula, berserta garam sebelum letak atas dapur ... sebab apa letak tepung beras tu nak bagi kuah tu pekat sikit. kacau la selalu santan tu sampai dia nampak pekat....



adunan nak menggentel butir nangka ni bergantung kepada besar keciknya biji-biji tu ya ..... wani tak letak air kapur.. butir nangka ni nampak pale sikit sebab tak letak pewarna.. kalau nak bagi terang letak la pewarna . air daun pandan tu letak juga .. tapi jangan terlebih air pandan pulak nanti jadi "leta"...terlalu banyak air pandan sampai bau pun macam rumput hehe..


KUIH BUTIR NANGKA KELATE
SOURCE:  YANA (MYRESEPI)
  • 4 cawan tepung beras pulut
  • air
  • sedikit kapur makan
  • secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan
  • (bahan utk kuah)
  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula
  • 1 sudu makan halba
  • garam
  • daun pandan

Cara-cara

  1. masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau....
  2. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  3. buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
  4. panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... bila masak ia akan timbul...
  5. apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
  6. untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
  7. bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.....
  8. lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.














Saturday, August 13, 2011

SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM

ASSALAMUALAIKUM ...................

macam mana ya puasa kawan-kawan semua.. hari ni dah pun masuk hari yang ke14 kita berpuasa.. sekejapnya nya masa hari demi hari ..tak lama lagi dah nak masuk 10 hari ramadhan..masa ni masing-masing dah bersedia untuk menantikan kedatangan malam lailatul qadar kan..semalam kan masa iftar ibu terpandang bulan, cantik bulan tu rupanya dah bulan purnama ya hari ini genap la 14 hari ..... tak lama lagi bulan tu nak jadi bulan sabit nak dekat raya dah  hehe ...  .. sebenarnya wani spending time sikit masa sikit nak update blog ... untuk menu iftar hari ke-13 ni menu utama berbuka puasa adalah SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM ..bila wani dah jumpa resepi ni wani dah agak mesti sedap resepi ni sebab letak daun limau purut, belacan lagi bunga kantan lagi , rempah kari ikan lagi dan macam-mcam lah .. memang wani cakap full of aromas la masakan asia.... dah lama simpan baru nak buat nasib baiklah sedap ada selera nak buat berbuka puasa ... kalau meratah saja ni lagi sedappp... kalau nampak dalam picture  tu nampak burnt sikit ...tapi rencah dia tu kalau burnt pun sedap lagi ...sebenarnya wani bakar agak lama sikit sebab nak suruh air ikan tu kering sikit ,,, wani tak suka kalau ikan tu nampak berair....

selepas dibakar ,,wahh memang harum tau wangi semerbak .. nampak hangit kan.. tapi hangit dia tu sedap hehe. wani bakar lama sikit
resepi ni wani ambil dekat dapurku sayang@ blogspot .. terima kasih ya sebab sudi berkongsi.. abah dan ibu wani berselera nya makan masa berbuka semalam .... mereka kata sedap sebab bau rempah-rempah harum kan...  abah cakap dah tak ada rasa bau ikan pun .... wani lagi la happy tengok mereka makan penuh selera... alhamdulillah :)).. mari tengok resepi nya ya .. wani copy paste kat sini...memang sedap tau .. tak rugi mencubanya ...cubalah ya. untuk resepi ni semua bahan tu wani tambah .. dan bila masak rencah dia ni nampak banyak.. so ,,wani lumurkan semua kat ikan tu ... lepas tu abah tanya banyak ke tak rencah dia ni .. kalau sikit-sikit, rencah tu tak sempat nak masuk dalam ikan ... rencah banyak la lagi sedapp.. pandailah abah wani ni .. jadi hasilnya memang sedap lahh  hehe

sebelum dibakar... penuh je daun limau purut dan daun kunyit tu, tapi selepas dibakar dah hilang dah tinggal aroma je :D


SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM
SOURCE: DAPURKU SAYANG

bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING 



    Thursday, August 11, 2011

    PAJERI TERUNG (VERSI 1) - MENU IFTAR 10TH RAMADHAN

    ASSALAMUALAIKUM................

    alhamdulillah ya untuk hari ini dah cukup kita 11 hari berpuasa ,,, sekejap rasanya ,,, hari demi hari dah masuk puasa yang ke-12.. tak lama lagi dah mula la sibuk-sibuk prepared for Eid,, la kan .. semoga kita semua diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan ibadah berpuasa kita ya,.... menu iftar ke-9 wani tak sempat nak snap picture nya sebab dah gelap.. tapi semalam abah jadi tukang masak special hehe... bukan senang nak tengok abah wani sibuk-sibuk di dapur .. time ramadhan ni la ...dia dok sibuk didapur nak menyediakan juadah berbuka....mestilah nak resepi yang boleh membangkitkan selera makan kan. menu untuk berbuka kan .tapi tak sepanjang ramadan la .. kadang-kadang wani yang sediakan juadah berbuka ... ..apa ibu wani? ibu wani rehat-rehat je .. buat yang simple2 .. wani je yang masak susah2 ;P perasan sorang....... sebelum ni pun memang abah dia suka memasak.. anak sulung la katakan.. minat memasak tu diperturun dari arwah nenek... alhamdulillah nasib baik la abah suka masak dan wani pun suka masak juga hehe.... semalam abah masak IKAN PARI BAKAR PORTUGIS....


     oklah untuk menu iftar ke -10 hari tu, kebetulan ada terung 3 biji dan ibu pula request nak masak pajeri terung... tekak wani sebenarnya tak makan sangat terung ,, bila buat pajeri macam ni bertambah pulak makan terung hehe.. ibu pula dah sambar 3 ketul sekali makan,,, dia takut sebenarnya nak makan banyak2 ,,sebab makan terung2 ni akan jadi angin dalam perut ,, tapi makan jugak... tak apalah ibu sekali sekala makan. tapi wani tak letak udang kering  ya sebab ibu tak boleh makan ..rasanya kalau letak udang kering ni lagi la sedappppp....sebenarnya pelbagai variasi masakan berasaskan pajeri terung ni .. macam-macam orang buat ... tapi wani nak cuba satu-satu .. yang mana lebih sedapnya .. yang wani masak ni pun dah sedap.. tapi tak apa boleh cuba yang versi lain pulak... resepi ni asalnya untuk pajeri nenas tapi wani gantikan nenas tu dengan terung je .. semua bahan yang lain adalah sama. terung tu wani potong belah 2. ada setengah orang potong 4 tapi tak putus sehingga kat hujung tangkai tu .. terpulang kepada citarasa masing- masing. penggunaan santan ni bergantung kita nak setakat mana kuah tu.. kalau nak kuah lebih boleh tambah lagi tapi wani suka kuah dia pekat biar bersalut dekat terung tu... kerisik tu wani letak sikit je ...  kes malas nak hidang terus direct ambil picture dari periuk hehe.. comot jer ..


    PAJERI NENAS HANIELIZA
    SOURCE:DARI DAPUR WANITA

     

    Bahan A 
    1 biji nenas, potong kecil ( wani guna 3 biji terung )
    3 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa
    4 sudu besar minyak
    2 sudu besar gula merah/putih2 sudu besar kerisik
    Garam secukup rasa

    Bahan B – bahan tumbuk
    1 inci halia
    5 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih
    1 sudu besar udang kering

    Bahan C 1 inci
    kulit kayu manis
    6 sudu besar rempah kari ikan, bancuh dengan air ( untuk terung ni wani guna 2 sudu besar rempah kari ikan )

    Cara Menyediakannya
    1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
    2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
    3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.

    Nota: Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.





    Monday, August 8, 2011

    SIAKAP DENGAN SOS HARUM PEDAS -MENU IFTAR 8TH RAMADHAN

    ASSALAMUALAIKUM.....

    Hari ni spending time sikit masa sikit untuk update blog ... sejak berpuasa ni masa semput je .. banyak kerja nak dibuatnya..hari ni dah pun puasa yang ke -9 ..selamat berpuasa ya semua ... ok2 go straight to the topic ..untuk menu iftar semalam, wani masak SIAKAP DENGAN SOS HARUM PEDAS... . kalau bab-bab siakap dengan resepi resepi macam ni .. ni memang favorite keluarga wani .. sebab bau dia tu penting, aroma of asian cooking lagi sebab letak bunga kantan, daun limau purut,daun pandan lagi  kan.. masakan asia la tu ... tapi wani buat kuah terlebih bila tuang tu dah tak nampak ikan ... ikan dah berselimut dengan sos tu hehe...makan lagi dengan nasi panas-panas masa berbuka ...waduhhh... sos dia tu boleh cicah-cicah lagi .. licin makan...  tapi wani jamin sure sedap punya sebab dia ada rasa masam sebab bunga kantan tu ... bau limau purut lagi ,, cuma wani tak letak sos ikan la... bab- bab sos ikan ni .. abah wani susah sikit takut tak halal .. tengok-tengok kat mall pun tak terjumpa yang halal punya .. tapi dah sure sedap sebab masak dengan penuh kasih sayang kan..... hehe..kalau bab-bab masak masa bulan puasa ni wani susah sikit sebab tak boleh merasa kan ,, lepas tu dok terbayang la macam mana masakanku dah cukup asam garam ke dah cukup manis ke huhu ... tapi alhamdulillah oklah tu bila dah makan dah sesuai dengan tunas rasa ...  ok let's we see what's the recipe... masak tau ...

    SIAKAP DENGAN SOS HARUM PEDAS
    SOURCE:  NOORSHA BLOGSPOT


    Bahan² A
    1 ekor ikan siakap
    sedikit serbuk kunyit
     
    Bahan² B
    1/2 biji bawang besar - dicincang halus
    3 ulas bawang putih - dicincang halus
    1 inci halia - dicincang halus
    5 batang cili padi hijau - dicincang halus
    5 batang cili padi merah - dicincang halus
    1 batang  cili merah - dicincang halus
    1 biji tomato - didadu kecil²
    1 batang bunga kantan - didadu kecil²
    5 helai daun limau purut - dihiris halus
    1 helai daun pandan - disimpul

    Bahan² C
    2 sudu besar sos tomato
    2 sudu besar sos cili
    2 sudu besar kicap manis
    3 - 4 sudu besar sos ikan
    1 - 2 cawan air
    1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air = larutkan
     
    Cara²
    1. kerat ikan siakap kepada beberapa bahagian, lumurkan dengan serbuk kunyit. Goreng hingga garing. boleh juga dikukus, dibakar @ dipanggang. Terpulang pada citarasa ya.... Selepas masak, ketepikan sebentar.
    2. ketepikan minyak hasil menggoreng ikan tersebut, tinggalkan sedikit untuk menumis. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dicincang halus kedalam kuali. Tumis hingga wangi dan kekuning²an...
    3. Masukkan pula daun pandan yang disimpul, cili padi dan cili merah yang dicincang halus bersama tomato. Kacau menggunakan belakang sudip, biarkan tomato tersebut hancur.
    4. Masukkan bunga kantan, dan daun limau purut, kacau rata hingga naik bau.
    5. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis dan sos ikan. Masukkan air dan kacau.
    6. Rasa terlebih dahulu, jika kurang masin tambahkan sos ikan.
    7. Masukkan larutan tepung jagung & air tadi dan kacau laju² sos tersebut hingga likat.
    7. Siram kuah diatas ikan dan Sedia dihidang. Selamat Mencuba :)






    IKAN DAN AYAM PERCIK KELATE - MENU IFTAR 6TH RAMADHAN

    ASSALAMUALAIKUM SEMUA.........


    wahhh menu iftar masing-masing mengancam, wani je lambat terupload gambar .. ok hari ni wani nak share menu iftar wani bersama keluarga wani simple je dan ala kampung sikit ..waaa lambatnya nak publish untuk menu iftar yang keenam je ni .. tak sempat la masa semput huhu..  masa iftar hari keenam ni menu yang dihidang ialah ikan dan ayam percik kelate, acar masak, kerabu daun, dessert bubur kacang merah dan air sirap selasih je.. rata-rata ramai orang dah buat atau masak ikan atau ayam percik kelate ni kan.. tapi tak apalah wani akan share kat sini juga ... bukan senang nak buat ayam percik ni .. ini pun kebetulan sebab bulan puasa .. kalau tak memang kempunan la nak makan ayam percik ni... kebetulan hari tu nak buat 2 jenis percik ni iaitu ikan dan ayam ,,untuk ikan tu wani guna ikan cermin.. best jugak ikan cermin buat percik tapi tak kisah ikan apa pun janji percik ....kalau gambar tak clear tu maaf la h ya biasalah dah lewat petang ni nak snap gambar mood jadi kurang

    semasa buat menu ni .wani baru balik shopping groceries kat mall dan terus get ready nak buat preparation untuk percik ni .. kebetulan wani balik shopping tu mak dah sibuk nak masak acar masak kegemarannya... nanti wani kongsikan jugak ya... memandangkan sejak berpuasa ni tekak ni asyik nak pekena denga rasa masam masin.. mesti kena ada .. kalau tak wani memang tak lalu makan la... nasib baik budu dah ada stok ni ..... hehe siapa suka budu angkat tangan .. ..rasa masam tu pembuka selera lebih-lebih bila kita dah seharian berpuasa .. entahlah .. takut wani seorang je atau ada juga orang lain macam wani ...

    oklah nak buat percik ayam atau percik ikan tu senang je cuma marinate dengan halia, bawang putih dan garam yang telah ditumbuk lumat. rasa resepi ni paling ringkas la .. tak payah - payah pun ...cuma dari segi penyediaan nak membakar je guna arang hehe... untuk kuah pun simple je,,, simple je bagi orang yang dah biasa buat kan ... tapi tak apa wani akan kongsikan kat sini. wani terjumpa dekat myresepi .. pasal percik ni lebih kurang macam ni la resepinya .. tapi yang wani punya buat sikit je penduduk tak ramai.. kalau penduduk ramai tu boleh la ambil resepi ni ya ... ok check out what's the recipe

    AYAM DAN IKAN PERCIK KELATE
    SOURCE: PUTRA YANTY (myresepi)






    Bahan-bahan ( Satu Keluarga )
    • Seekor Ayam
    • 1 liter santan
    • 4 ulas bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 3 Batang serai
    • 1 cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh jgk)
    • 1 sudu beras (direndam sekejap, dan ditumbuk hingga lumat)( wani ganti dengan tepung jagung )
    • 1 keping asam keping
    • 3 tangkai cili kering
    • Garam dan gula

    Cara-cara

    1. Tumbuk 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih bersama garam yang secukupnya. Perapkan bahan tersebut bersama dengan ayam (saiz ayam tu bergantung pada individu).
    2. Kemudian kukus ayam tersebut sehingga 3 suku masak. Kalau dah terlebih masak pun tak per jugak.
    3. Sementara menunggu ayam tu masak, blendkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili kering tadi bersama.
    4. Masukkan kesemua bahan yang diblend, beras yang ditumbuk, santan, serai yang diketuk, asam keping, garam dan gula kedalam periuk. (Beras akan menyebabkan santan tu menjadi pekat dan berkeladak sedikit)
    5. Masak kesemua bahan2 tersebut. Semasa memasak bahan tersebut, perlu diingatkan supaya sentiasa mengacau sehingga mendidih dan sehingga naik minyak. Bila rasanya dah ok, bolehla tutupkan api.(Kalau guna santan kotak, memang takkan nak minyak walaupun kuah tu kering)
    6. Ayam yang siap dikukus tadi boleh la dibakar.. sehingga keperang-perangan. Bila dah perang, cucurkan kuah santan tadi keatas ayam tersebut dan bakar lagi. Kalau agak2 susah nak guna cara ni, bakar guna oven pun bleh jugak.
    7. Dah pun siap dan boleh la dimakan dengan nasi putih.
    HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING 
      NOTE: RESEPI NI AYAM TU WANI TAK KUKUS SEBAB LEPAS PERAP TERUS BAKAR ATAS ARANG,, SEDAPPP...

      Wednesday, August 3, 2011

      SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN BUAT IBU DAN ABAH

      ASSALAMUALAIKUM SEMUA .....



      Alhamdulillah .. termasuk la hari ini kita dah berpuasa empat hari ..syukur Allah bagi kita kesihatan yang memanjang je sepanjang bulan puasa ni. semoga hari -hari yang seterusnya adalah yang terbaik buat kita untuk kita berbuat amal ibadah kepada-Nya.. wah!!!! buka blog semua cooking bloggers ni dok tayang menu iftar masing-masing. menu - menu yang menarik pula tu.. telan air liur je .... wani je dok diam time berpuasa ni .. blog wani pun turut berpuasa la juga hehe.. masak tu masak tapi tak ada mood nak ambil gambar alahai ..

      ohh semalam ibu ada bagi tahu wani yang dia cakap dia baru teringat semalam adalah hari yang paling istimewa dalam hidup dia... hampir dia terlupa ..3/ 8 .. tarikh  keramat tu ,,,,  wani pun terlupa jugak pasal semalam sibuk-sibuk petang tu kat dapur nak buat juadah nak berbuka puasa.. dia bagi tahu ... bagi pasangan yang berkahwin siapa yang tak lupa ya tarikh yang paling penting dalam hidup bersama teman sejati dalam melayani bahtera rumahtangga. hari demi hari, minggu demi minggu ,lepas tu bulan demi bulan sampailah tahun demi tahun .. alhamdulillah sampai sekarang, bahtera perkahwinan mereka masih utuh , tidak pernah bergolak...dan sentiasa dirahmati Allah... ibu wani cakap rasa-rasanya orang perempuan yang paling banyak ingat tarikh istimewa ni .. kalau tanya abah dah sah tak ingat .. .dah huhu.. wani tahu sebab apa sebab kaum perempuan ni dia penuh dengan rasa kasih sayang berbanding dengan lelaki .. betul tak betul tak ...terharu dengar kisah cerita ibu... banyak berkorban dalam menempuh alam rumah tangga ni bukan senang ... banyak pengorbanan dilakukan...

      buat ibu dan abah, selamat hari ulangtahun perkahwinan,  wani tak ada benda -benda istimewa nak baginya ..sebagai seorang anak yang soleh , wani cuma hanya mampu berdoa ke hadrat ilahi semoga abah dan ibu sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah di dunia dan akhirat..  dan semoga niat ibu dan abah nak pergi menunaikan ibadat umrah tercapai tahun depan ya .. mereka dah pasang niat pun tahun ni nak pergi tahun depan .. kita sebagai anak mestilah sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka... amin