Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 1432 HIJRAH

ASSALAMUALAIKUM......................

 Alhamdulillah, hari ni dah bermulanya ramadan pertama buat umat islam seluruh dunia. diharap wani tidak terlewat nak mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat islam kat atas dunia ni .. lebih -lebih lagi buat pengunjung- pengunjung maya ke " DARI DUNIA DAPURKU" ..selamat berpuasa wani ucapkan ya ..semoga segala  ibadah kita sepanjang  bulan ramadan yang penuh barakah ini, bulan yang penuh dengan penyucian jiwa ini dapat diterima oleh Allah disamping kita meningkatkan lagi ketakwaan dan keimanan kita terhadap Allah... ..insyaAllah ...sama-samalah kita ambil banyak kelebihan di bulan yang mulia ini...

semalam pun belum start puasa lagi dah bunyi dah mercun sana sini...ibu cakap 2 malam lepas entah budak mana yang main mercun sampai lontaran tu ke halaman rumah wani.. haaa kan dah terpekik motosikal tu siren motor keluar pukul 12:30 malam.... ..pagi tadi pun wani bersahur dengan makan kuey teow goreng ..request dari abah ...serve hot ..  tapi nasib baik cukup semua perencah ya kalau tak memang tak lalu makan hehe... oklah maybe wani kurang sikit berblog sepanjang bulan ramadan ni ya ,,, faham2 lah ya .. insyaAllah .. if i have leisure time to upload picture and nak story sikit ,, i will update here la .. tengok situation...

before nak tutup ,,, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA 1432 HIJRAH ..............ASSALAMUALAIKUM.....

Friday, July 29, 2011

ACAR TIMUN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ...


Selamat malam semua .. eh.. eh belum apa-apa lagi dah selamat malam.. ya Allah letihnya mata ni mata dah layu baru lepas buat sambal tumis segera ..sambil tu kemas-kemas dapur sambil mata layu ke sana ke mari  .. huhu... sambal tumis yang dah ada sekarang ni dah nak habis dah.. so, sebelum kehabisan terus .. buat terus untuk stok yang baru, nanti bulan puasa ni  kang ada angin malas datang habis lahhh.. siap masak dah boleh simpan dalam peti sejuk nak guna panaskan balik je.. takut terfikir nak masak yang bertumis- tumis ni dah siap ada dah....

 ok ni haaaa wani nak share resepi acar timun yang buat hari tu dengan masak kerutuk daging sekali .. menu hari tu dah macam dekat kenduri kahwin pulak ... kali kedua buat acar timun first time buat terlebih air so tak ngap sangat dengan timun tu hehe  , sebaik-baiknya , masak awal untuk menambahkan rasa masam manis masuk dalam timun tu.... baru lah berbaloi..... resepi ni letak air 1 cawan tapi wani buat setengah cawan je sebab nanti air timun tu turun.. yang cuka tu pun wani tambah sebab 3 sudu tu tak berapa nak masuk lagi dengan timun tu.... apapun kena suai rasa ya masam manis acar timun. tu. wani rendam  hirisan timun dan carrot tu dengan air kapur  dan bukan dengan air garam .. ala macam kat tempat kenduri tu makan acar nya krakkk,, krukkk crunchy gitu...empulur dalam timun tu pun wani buang.. .Review for this recipe dah sedap ada masam manis nya ...Simple je kan bahan tapi sedap makan dengan nasi lebih-lebih lagi ada kerutuk daging tu lagiiii masukkkk ... ok lah.. check out what's the recipe .. thank you ya... wani copy paste kat sini. ok lah selamat malam!!!!!!!!


RESIPI ACAR TIMUN
SOURCE: ACAR TIMUN @MEDANSELERA84


BAHAN-BAHAN
  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar
  • 3 sudu besar cuka{ wani tambah }
  • garam
  • gula
  • 1 cawan air {wani guna 1/2 cawan dan rasanya bergantung tengok keadaan timun}
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1/2 sudu kecil biji sawi 
CARA MEMBUATNYA
  1. Bawang putih  potong 4. Mayang bawang besar
  2. Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih
  4. Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi.
  5. Masukkan air. Biar sampai mendidih
  6. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api
HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING 

Thursday, July 28, 2011

KUEY TEOW KUNGFU

ASSALAMUALAIKUM...............


Selamat hari khamis dan selamat petang .. hari ni cuti kan bagi government workers only hehe... buat apalah cuti-cuti ni kan mesti pergi beli barang dapur ke shopping beli barang maklumlah kedatangan puasa beberapa hari lagi ni.. actually, resepi ni wani dapat dari OHRESEPI.COM..... nama sebenar resepi ialah MEE KUNGFU .. tapi wani substituted with kuey teow so jadilah kuey teow kungfu ... kenapa la nama kuey teow kungfu ya ..macam nak berkungfu pulak .. kalau kat kedai biasanya menu ni dipanggil kuey teow hongkong la kan.. hehe.. kuey teow hongkong ni memang favourite wani.. ingat masa kat universiti selalu order kuey teow hongkong ni buat untuk dinner. dekat kolej tun fatimah.. ohh banyak kenangan dekat kolej tun fatimah tu .. petang-petang keluar dengan kawan pergi beli makanan for dinner . wani memang suka masakan ala cina ni.,.... eh mahalkan ni dalam RM 4 lebih tak silap... itu pun sikit je tukang masak buat.... 

first time wani buat, terlebih garam hehe ..tak ingat stok ayam dah masin ....alahai..... masa tu after cooking terus panggil ibu makan selepas dia selesai solat zohor takut nanti sejuk memang tak sedap .. memang kena serve hot .....barulah best.. ada baki lebih pulak tu .. abah pulak makan petang tu.. kuah kena panaskan balik la ... dia pun kata yummy juga.. hehe... ini kali kedua masak,, memang kena dengan selera... kali ini dah betul-betul suai rasa garam dan lebih baik dari yang first time masak.. biasalah cooking2 ni kena buat experiment first kan... kalau dah jadi hasilnya teramat suka dan happy la kita .. ... macam kat lab la ..tapi uji bahan kimia ,, kita ni menguji makanan yang nak di masak..  jangan meletup dapur sudah la :D..


 review for this recipe,,,, resepi ni tak detail bagi tahu  untuk berapa orang tapi bila wani dah masak ikut bahan-bahan dalam resepi tersebut enough for 2 people only.... for the gravy only ya .. tak  boleh lebih-lebih ...itu dari pandangan wani la .. kalau la nak makan kuah banyak tu.. kena lebih la chicken stock tu ya... dan bancuhan tepung jagung tu .rasanya ikut citarasa ada orang suka kuah banyak ada orang tak suka ..ohh lupa lak tepung jagung tu wani ambil bukan sukatan sudu besar penuh bumbung tu ya .. sedang-sedang je .. nanti kalau terlebih banyak tepung jagung tu,  kuah terlalu pekat .. tak sedap jugak  . memang yummy kuey teow kungfu ni.. dalam picture ni kuah nampak agak hitam sikit sebab wani ganti serbuk lada sulah tu dengan black pepper powder ...tapi apapun dah sedap asalkan terasa lada sulah sudah...... nanti next time boleh try dengan lada sulah putih..bahan-bahan pun simple je ikut yang ada kat dapur macam sayur wani letak rounded fish ball tu, carrot dan bunga kobis je cicah dengan kuah tu wahhhh sedappp....ok ,, check out what's the recipe .. thanks for the recipe .. too yummy ^^


KUEY TEOW KUNG FU


Ramuan

Bahan A
 400 gm kuey teow
5 biji telur [ dipukul]

Bahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam {wani ganti dengan 1 kiub stok ayam untuk  1 1/4 cawan air}
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah { 1/2 sudu besar je takut terlebih pedas pulak }
garam
minyak


Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan. { wani buat untuk 1 portion untuk 1 biji telur  }
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas


HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING 

Tuesday, July 26, 2011

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT

ASSALAMUALAIKUM............


 Pejam celik pejam celik, kita dah pun hampir nak melangkah di bulan Ramadhan yang mulia.dah ada menu-menu special ke nak buat untuk buat berbuka puasa nanti huh.. nanti boleh simpan untuk 30 hari puasa terus.hehe.. wani pun dah jumpa yang sikit-sikt je. abah dok sibuk tanya cari la resepi best2 nak buat berbuka puasanya nanti so senang tak payah la dok sibuk2 lagi cari resepi. malasnya nak bercakap panjang dah malam-malam ni..


 ok hari tu wani ada jalan2 kat dapur kak nor , dan terjumpa lah resepi ni .. dah lama simpan baru nak cuba buat... bila ternampak resepi ni emm dah bercakap dalam hati mesti menepati selera ni sebab letak daun limau purut.. kak nor cakap ni masakan thai. wani guna ikan cermin, tak kisah lah ikan apa2 pun janji selera masuk.. wani boleh bagi 10 bintang ..sedap sangat resepi ni ...wani masak tu kebetulan abah dan mak berpuasa, abah kalau ikan jenis yang ada sos ni dia memang suka, siap malam tu kami anak beranak semua meratah ikan ni hehe.. nak bagi habis terus ..


review untuk resepi ni dia ada rasa masam,manis, pedas macam la yang kak nor cakap tu ya bau-bauan limau purut lagi itu yang membangkitkan selera..kuah pun letak stok ayam lagi..  sedap sangat....  a must try ya .. jangan tunggu lama-lama..hehe. boleh sampai menjilat jari makan .. tak percaya cuba  ^^. tapi wani tak ada sos ikan ya tak letak tapi hasil masih lagi tak mengecewakan.. a'aah tak apa tak cukup bahan pun masih masak dengan penuh kasih sayang ,,, alhamdulillah menjadi jugak masakan kita.. siap puji-puji lagi SEDAP..SEDAP .SEDAP..  yang penting famili makan dengan penuh selera kan .....lagi satu ikan ni wani tak digoreng dengan tepung, mula tu teringat nak goreng salut tepung lepas tu fikir abaikan jer sebab wani takut sos tu diserap oleh tepung kat ikan tu bila kita dah curah kan sos lebih-lebih lagi kalau tinggal lama macam tu nanti ikan tu bengkak.. nasib baik tak digoreng tepung sebab abah baru cakap dia tak berapa berkenan kalau ikan-ikan celup tepung  ....phewwww...... lega hati hehe...Kalau yang suka tu boleh ikut je atas citarasa masing-masing ..ok check out what's the recipe ... ini resepinya ya klik IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT tapi wani copy paste kat sini juga ya. kak nor thanks a lot ....resepi sedap sangat nih ..boleh bagi cop mohor dah hehe

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT



2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

Monday, July 25, 2011

KUIH " SARANG BURUNG"...... SIAPA ORANG PERAK TU MEH TENGOK KUIH NI ....

ASSALAMUALAIKUM.........


HEMM hari ni nak bercerita pasal kuih ni,,,first time wani makan, rasa dia sedap sebab ubi  yang diparut halus ni  dan lepas tu digoreng lepas tu disira dengan air gula melaka..sedap sangat...boleh buat snack bila tengok tv ...  sebelum ni memang tak pernah nampak pun jual kat Kelantan. sebenarnya kuih ni kawan ibu wani yang pulang dari Perak mak mertua dia orang Perak ... so kawan ibu tu bawak lah kuih ni kat sekolah jamu kawan-kawan lain makan.... ibu bawak balik sikit nak suruh wani kenal hehe.... mula - mula wani tengok ingatkan yang nasi kering goreng yang disira gula melaka tu tapi bukan.. ibu bergurau dia cakap kuih " sarang burung" walid hihi... sebab nampak macam sarang burung kan...tapi "sarang burung ni boleh makan... serius wani tak pernah jumpa kuih ni kat kelantan.. orang Perak tu kenal la kuih ni hihi..... hari ni pun ibu bawak balik lagi kuih ni alahai rezeki pulak  ya sebab masih ada lagi baki  kuih ni dalam bekas .. tak habis .. kawan-kawan ibu tak usik pun kuih ni sebab sibuk makan bermacam-macam buah-buahan yang dijamu kat sekolah. kuih ni saja je tunjuk kat sini.. resepi tak tau la macam mana... mintak maaf ya kalau tengok gambar ni ingatkan ada resepi hihi...nampak mcm senang je goreng-goreng lepas tu celup dgn gula melaka...

Saturday, July 23, 2011

TERIMA KASIH .... TERIMA KASIH ..ENTRY KHAS UNTUK SEGMEN IKHLAS BEN ASHAARI

ASSALAMUALAIKUM.........


sejak wani masuk segmen ikhlas BEN ASHAARI ni untuk mencari kenalan kenalan di alam siber ni , tak putus -putus wani menerima kunjungan dari kawan- kawan alam maya ni .. terima ksih semua wani ucapkan kerana sudi singgah-singgah kat blog wani ni yang tak seberapa dan tak cantik macam blog kalian semua .. tak berkelip-kelip mata wani tengok ni hehe  .. terima kasih kerana telah meniggalkan jejak kasih kalian semua di sini terima kasih diatas niat ikhlas suci murni tu ya  dan memberi komen atas pautan link yang wani telah berikan... wani baca komen-komen tu semua ya .. tapi wani dah tak nak comment balik dah sana, wani tahu mungkin kalian dah tak membacanya dah hehe sebab sibuk nak pergi terjah-terjah dekat blog orang lain pulak kan ,,, wani faham ...  wani dah pergi terjah blog kalian semua ya dan dah follow blog kalian semua .. jika berkesempatan dari segi masa lapang sikit bolehlah pergi melawat blog kalian ya ... takut tak sempat nak singgah dekat blog kalian semua tu wani minta maaf banyak2 ya mungkin atas dari segi kekangan masa ..

 yang ni pun wani buat entry khas untuk kalian semua sebagai tanda penghargaan terima kasih ... siapa-siapa yang sedang scrolling down tu ternampak entry ni .... bacalah ya ...wani perhatikan orang berblog untuk tujuan apa, ada orang untuk cerita pasal kehidupan diri sendiri lebih kurang kita buat macam diary lah ya ,, dan ada orang buat blog untuk berbisnes .. ohh sekarang dah macam-macam  bisnes online ,,,, berniaga kain, baju, aksesori, tudung, berniaga kuih, biskut, kek  dan macam-macam lagi lah..dan macam-macam orang berblog ni nak buat servis tu servis ni ...  itu terpulang lah sebab hak masing-masing ... macam buat blog nak berniaga untuk tambah pendapatan sampingan .. tak apalah janji halal. macam wani ni kalau orang tengok muka depan "DARI DUNIA DAPURKU" ... mungkin orang dah tahu emm orang ni mungkin suka masak-masak la kan ... hehe.. berderet-berderet simpan resepi kat sini.. wani akan mencuba dan terus mencuba untuk menyimpan resepi -resepi dekat sini.. so senang nak tengok balik apa yang dah hasil kita buat kan ... nak search resepi pun senang,, lagipun ramai betul cooking bloggers ni ... masing-masing nak tunjukkan kehebatan dalam ilmu kulinari mereka  ..lebih-lebih lagi bila mereka semua ni sharekan ilmu-ilmu mereka  dekat orang lain ,,,macam memberikan ilmu dekat orang lain so kita pass2 lah ... so semua orang boleh belajar dapat ilmu walaupun hanya di alam maya. kan gitu.... Tapi bukan setakat hanya didapur sahaja yang wani share apa-apa yang boleh membawa manfaat kepada kita semua akan wani share ya ... ^^

ohh lupa terima kasih juga buat BEN ASHAARI sekali lagi atas segmen ikhlas ni ... kalau tak kerana beliau, memang wani tak akan terima kunjungan mesra ke blog wani ni ya.. hehe .. TERIMA KASIH.. TERIMA KASIH.... SYUKRAN..SYUKRAN JAZILAN....JAZAKALLAHU KHAYRAN........

CUCUR NASI UDANG GERAGAU

ASSALAMUALAIKUM ................

Patutlah panas semacam je tengahari semalam  lepas zohor pun nampak agak panas ..so stuffy ..terasa pengap .. rupa-rupanya petang tu angin ribut kuat sangat sampai pokok bergoyang-goyang mengikut rentak angin yang begitu rakus nak jatuhkan semua pokok-pokok kat bumi  ...takut wani tengok ... sungguh Allah maha kuasa segalanya jika Dia nak ,,,ohhh malasnya nak menulis banyak-banyak ..ok sambung ,,,,,,  Alhamdulillah, semalam kawan abah wani datang bagi durian hehehe..ohh rezeki semalam Allah bagi ... emmmm  dah lama ni nak makan durian orang lain dah pulun lama makan durian, wani belum makan lagi ,,, too choosy ke wani ni sebab nak pilih durian yang fresh dari ladang ....a'aahhh memang pun sebab isi durian masa tu la sedap makan kan .. yang kawan abah bawa ni pun tangkai dia masih putih lagi maknanya mungkin semalam baru jatuh  hari ni dah hantar rumah wani .. kalau dah lama sangat durian tu ...  tangkai dia pun dah kecut memang tak berapa sedap dimakan.... 


 oklah hari tu ada mencuba resepi dari kak yatie, CUCUR NASI UDANG GERAGAU. seumur hidup ni tak pernah makan cucur yang letak nasi kat dalam ...mula-mula fikir entah macam mana rasanya ... sebab letak nasi .. so wani cuba ..eh eh ... sedap sangat boleh bagi sepuluh bintang ... tapi entahlah betul ke tak sebab kat dalam dia memang lembik tak macam cekodok biasa tu tapi sedap sedap sangat ...ibu wani cakap kalau orang tua tua makan sedap la ni sebab cucur tu lembut nya bila gigit .. orang tua kan tak ada gigi hihihi.... wani buat separuh adunan sebab penduduk tak ramai kat rumah .. kak yatie buat cucur nya nampak cantik bulat2 pulak tu .,,,, a'ahhh tak kisahla dijamin makan cucur ni dan yummy .... oklah ini resepinya klik SINI...OK YA Kawan-kawan selamat mencuba ya  boleh buat untuk menu petang .... tapi yang ni wani goreng cucur ni malam... hihi...saja nak makan malam-malam...wani copy paste kat sini juga ya .....

CUCUR NASI UDANG GERAGAU
SOURCE: YATIEMEMORIES@BLOGSPOT


 Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi sejuk
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 70 gm udang geragau kering (satu bungkus harga RM 1.50)- rendam, cuci dan toskan
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis ( saya elah 2, pastu buang biji dan cincang halus)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Masukkan sekali udang geragau yg telah di cuci dan di toskan tadi. Gaul lagi sehingga sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING 

Friday, July 22, 2011

PAJERI NENAS

ASSALAMUALAIKUM... SEMUA...


hari tu ada abah wani beli 2 biji nenas tak besar sangat sederhana besar je ,,, sambil-sambil dia pergi ke pasar malam...kali ni abah tanya nak makan apa .. wani betul-betul cakap dan sebut 'POPIA GORENG". haha.. bukan apa memang dah lama mengidam nak makan popia goreng tapi tiap kali dia pergi ke pasar malam mesti terbeli "KUEYTIAW GORENG".. dah 2 kali macam tu.. terlepas hajat nak makan popia goreng sebab dia beli kueytiaw goreng .. dekat sangat ke perkataan bunyi kueytiaw dengan popia tuuu  ... boleh dia tersalah dengar ..dan last sekali ibu wani bagi tahu abah yang wani nak popia sebenarnya bukan kueytiaw... alahai abahku.......baru semalam dah lepas hajat nak makannya ..thanks abah ya ...bagi anak perempuan makan kenyang2 .. dapat pahala tuuu... wani pernah terbaca asyik dok baca buku ni je siang dan malam tak jemu membacanya.. kejap-kejap belek lepas tu belek lagi  hehe..saja nak ingatkan diri sendiri akan  begitu besar nikmat syurga diakhirat kelak ... ..Rasululllah pernah bersabda : Barangsiapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan dan dia akan ditempatkan di dalam syurga dengan diberikan bilik-bilik khas, rumah dan istana yang dibuat  dari permata-permata yang tembus dipandang mata seperti kaca. di dalamnya penuh kenikmatan dan kelazatan yang tidak pernah dilihat mata serta didengar telinga. buat yang bergelar suami, ayah, baba, daddy, father, dad  tu dengarlah ya ... banyak ganjarannya tu ... bagi anak-anak dan isteri makan jangan dok kedekut duit hehe....


 cakap-cakap dengan ibu dah lama tak makan pajeri nenas rasanya tahun ni langsung tak buat,, ingat dulu-dulu mak wani selalu masak pajeri nenas ni yang tak letak kari pun ada,, letak air je tapi kalau tumis memang guna rempah 4 sekawan dan kuahnya pun macam sikit2 je bukan macam kuah gulai tu sekadar tenggelam  kepingan nanas  tu ok la ... . kalau pergi dekat bazar ramadhan pun ,memang banyak jenis yang akan dijual versi pajeri nenas ni tak letak santan pun ada , letak santan pun ada,,, tak percaya pergilah tengok kat bazar ramadhan nanti ya ,, tak lama dah nak puasa ni..bila dah teringin sangat nak makan, wani pun terjumpalah  resepi dekat SINI .dah lama simpan baru la sekarang tercapai hajat nak masak ...EMM memang sedap sama tak dengan dalam gambar yang tuan punya blog tu buat .. sebab dah lama tak makan memang yummy luscious  la.... ada rasa masam, manis buah nya tu dengan lagi aroma karinya .. biasanya kalau pajeri nenas tempat -tempat kenduri memang cepat habis ... sebabnya nak tau kenapa sebab orang suka ambil banyak nenas ni .. hehe


bila wani tengok resepi ni dia tak rebus dulu nanas tersebut tapi mak wani buat dia rebus nanas tu nak bagi keluar masamnya.. nanti masam la pulak pajeri tu. tapi bergantung kepada nanas la ,,kalau nanas yang dah masak tu kulit dia dah berwarna kuning maknanya nanas tu dah manis tak perlu nak rebus pulak... yang wani ni guna nanas dah masak so natural sweet kat dalam ya ...THANKS ya ...dah sedap sangat ..

PAJERI NENAS
SOURCE : PAJERI NENAS@LOVELY KITCHEN



PAJERI NENAS
Bahan-bahannya :
  • 3 keping nenas (yang di potong bulat)
  • 5 biji bawang merah - di tumbuk
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk
  • 2 sb serbuk kari - dibancuh dengan air
  • 1/2 sk serbuk cili giling - di bancuh dengan air
  • 1/2 sk gula
  • 150ml santan pekat
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • garam dan perasa
  • sedikit air
Cara membuatnya :
  1. Nenas di potong dua. (menghasilkan 6 keping) wani tambah jadi dalam 10 keping
  2. Tumis bawang dan rempah 4 sekawan.
  3. Masukkan cili giling, kacau sehingga garing.
  4. Kemudian masukkan rempah kari.
  5. Bila sudah garing masukkan santan. Kacau sehingga naik minyak.
  6. Masukkan nenas. Tambah air jika terlalu pekat.
  7. Perasakan garam dan gula.
  8. Masak sehingga nenas lembut, dan tutup api.
  9. Sedap di makan dengan nasi putih, nasi minyak dan nasi tomato.
  10. Selamat mencuba!

TIPS : Pajeri akan lebih sedap di makan selepas 4 jam di masak. Kalau nak makan utk
lunch bolehlah masak pajeri waktu pagi supaya rasa nenas dan kuahnya sebati
bersatu.

HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING 

Thursday, July 21, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER..


SIAPA-SIAPA NAK JOIN ESPECIALLY BLOGGER BARU TU SILALAH KLIK LINK DIBAWAH  YA 

TERIMA KASIH KEPADA BEN ASHAARI KERANA TELAH MENGADAKAN SEGMEN IKHLAS  UNTUK BLOGGER-BLOGGER YANG BARU ,, UNTUK MENAMBAH MENCARI KENALAN DI ALAM MAYA INI... MACAM BLOG WANI NI BARU BEBERAPA BULAN JER BERJALAN. BLOG WANI BARU JER BERMULA PADA 29.4.2011.. MASIH MUDA LAGI LA TU ..KEPADA SIAPA-SIAPA YANG SUDAH SINGGAH TU SUDI2LAH FOLLOW DAN TINGGALKAN JEJAK ANDA DISINI ,TERIMA KASIH ...


SIAPA2 YANG TAK NAMPAK LINK KAT ATAS TU KLIK LINK BAWAH NI :D



Wednesday, July 20, 2011

KERANG GORENG SERAI PEDAS

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ............


Alhamdulillah tak kurang 2 minggu lagi kita akan menyambut kedatangan ramadhan yang mulia , ramadhan yang paling ditunggu oleh semua umat islam.. dah bersedia ke semua ..... takut tak bersedia lagi dari segi rohani, jasmani dan mental hehe...  semalaman wani x buka blog ,,bukak hari ni tengok2 berderet2 orang dok post new entry .. amboi ,, semua nya sedap2 betul masakan yang ditayangkan tu .. kalau puasa2 dok mengadap laptop tengok lagi entry2 masakan lagi meleleh la air liur ni haaa kan .... oklah ... baru ni ibu ada tertanya nak buat apa isi kerang dok simpan dalam peti tu ,,,dia cakap kalau tak guna untuk apa2 dia nak buat sambal kerang untuk nasi lemak.... terus wani cakap jangan mak wani nak buat kerang goreng serai pedas .. hehe kejam tak wani ni larang ibu nak masak2 .. bukan apa memang dah lama isi kerang tu tak terusik pun dalam peti ais tu .. ..sebab memang wani dah cadangkan kalau ada resepi kerang yang best2 wani nak cuba resepi tersebut.. ...sorry ya ibu nanti kita masak sambal kerang lain kali.. ^^. ibu dia tak boleh tengok benda frozen lama2 dalam peti ...dia kata buat menyemak je dalam peti lama2 adoi ya....

lama2 dah cari terjumpa la dekat dapur kak nor @ secubit garam.. tengok punya resepi wahhh nampak best  sebab letak serai .. memang wani suka penggunaan serai sebab ia akan buat masakan tersebut bertambah wangi dengan kewangian serai haaa....kan betul kan.. resepi kat SINI .. tapi wani copy paste kat sini jugak ya.review untuk resepi ni sangat sedap kalau yang suka rasa masam sikit, pedas sikit, manis sikit ..  tapi wani gantikan sos cilli thai tu dengan sos chilli manggi je .. sos chilli thai tak ada dalam stok .....rasanya tetap sama la kot .. tapi yang kak nor punya nampak ala kemerahan gitu. ....ok ya check out what's the recipe....

KERANG GORENG SERAI PEDAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram
 


Bahan :
200gm isi kerang (lebih kurang 2 cawan)
7 biji bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 batang serai ~ dihiris halus
2 sudu besar sos cili thai
5 - 7 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar perahan limau kasturi/nipis
2 helai daun limau purut ~ dicarik2kan
daun ketumbar ~ dihiris
garam dan gula jika perlu
minyak

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan serai dan goreng lagi seketika.
Masukkan sos cili thai, cili padi, sos ikan dan isi kerang.
Perasakan dgn sedikit garam dan gula jika perlu.
Masukkan daun limau dan daun ketumbar (simpankan sedikit daun ketumbar sebagai hiasan atas hidangan nanti)
Kacau dan biarkan masak seketika dan masukkan jus limau.
Kacau hingga sebati dan padamkan api.
Hidangkan dalam pinggan dan tabur dgn hirisan daun ketumbar.

 abaikan daun bawang tu dah tak macam potong kes nak cepat hehe

HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING 

Saturday, July 16, 2011

SAMBAL PUTIK PAUH ( MANGGA MUDA )

ASSALAMUALAIKUM...............

Pagi sabtu semalam pergi shopping dengan ibu ,, a'ah biasalah dah habis barang dapur ,, stok-stok dapur kena la tambah2 la... disebabkan hari sabtu weekends kan ,,, ingat jalan akan jam la ,, aiks pelik lepas keluar shopping pun jalan nampak agak lengang taklah too crowded .tak apalah kan so jalan smooth taklah tersepit sana tersepit sini ... .wani terfikir2 kenapa .. ohh rupa2nya ... ni mesti kes KELANTAN CHENG HO INTERNATIONAL FOOD FESTIVAL yang sedang berlangsung sekarang di kelantan .. alamak wani tak pergi lagi ni bila la nak pergi ,,, nanti dah habis festival terasa yang amat rugi la pulak nanti. nak jadi di kalangan foodies yang nak pergi mengetest makanan hehe....

oklah dah habis  cakap ya ... sambal ni dah 3 hari lepas buat ,, baru nak masuk entry   ,,kalau orang kelantan panggil sambal putik pauh  .. mangga yang digunakan ni mangga yang spesis kecil tu ..rasa dia agak masam. sambal ni special request dari ibu wani ni. sambal ni memang favorite  ibu tiap kali kalau ada putik mangga yang orang bagi .. yang ni pun kebetulan wani buat sebab ada 2 biji putik mangga ni dalam peti, kawan dia bagi.. daripada biar kecut dalam peti tu baik buat sambal boleh la dimakan  ...ibu wani kalau makan sambal ni beserta dengan hirisan timun batang berselera nya dia makan ..nasib baiklah yang wani buat ni dah ikut selera tekak dia hehe.. ya la kan makanan favorite ibu kenalah tahu ,... nanti dia request kita buat untuk dia tak menjadi pulak .. nanti kasihan kat ibu cita2 nak makan sambal favorite pun tak kesampaian..   ,,biasalah kalau sambal putik mangga ni ada rasa masam, pedas sikit sebab letak lada burung atau cili api  tumbuk. untuk sambal ni wani guna lada burung bukan cili api ,, lada burung tu lain ya yang panjang sikit dari cili api ,, cili api tu yang kecik2 lagi la HOT... HOT...kadang2 jenis2 lada atau cili ni ada jugak kita tertukar ...  tapi tak kisah nak guna  cili mana pun .. kalau orang kelantan panggil "lado cengit" haha maknanya nak kata pedas sangat la tuu ...  bahan2 pun simple dan senang nak buat cuma main ingredient tu putik mangga la .resepi ni diambil dari ibu. ok ,, check out what's the recipe ..

SAMBAL PUTIK PAUH ( MANGGA MUDA ) 
MY MUM'S RECIPE 


BAHAN-BAHAN 
3 ekor ikan selayang
4 biji lada burung ( kalau nak lagi pedas tambah lagi ikut citarasa masing-masing )
2 biji mangga
garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA
1.mangga dibuang kulit dan dicincang  halus2  
2. ikan selayang dibakar dan ambil isinya
3. tumbuk lada burung beserta dengan garam sehingga hancur
4. masukkan isi ikan selayang bakar dan tumbuk lagi
5. ambil bahan yang telah ditumbuk dan letak bersama dengan mangga yang dicincang tadi dan gaul rata bersama gula secukup rasa...

HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING

Friday, July 15, 2011

KERABU TOMATO

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...........

masa nak menunaikan solat zohor tadi ,,, asyik tengok burung  tengah buat sarang kat belakang bilik .. intai punya intai tak nampak pun sarangnya mungkin sebab dedaun tu banyak sangat mungkin sarang tu dicelah daun-daun.. sebab ternampak burung tu ulang alik keluar dari celah daun lepas tu masuk balik kat tempat sama... wani kata burung tu tengah buat sarang sebab ternampak burung tu kepit rumput kat muncung mulutnya tu .... sebelum ni pun pokok belakang bilik wani pun dah lama jadi port tempat burung buat sarang ... dah banyak burung2 ni tinggal kesan sarang tu... hehe.. tak apalah kata mak haiwan buat sarang dimana2 kawasan rumah kita itu tandanya rezeki nak datang wallahuallam.. orang tua dulu2 cakap,, maklumlah,,,, tapi apapun kita tengok pun rasa tenang,, dahla baru ni ada kes sarang burung jatuh siap ada anak burung lagi .. harap2 kes2 macam tu tak berlaku la lagi ... kasihan pulak...

ok ok ..... resepi kali ini .. dah banyak kali dah buat resepi ni rasa dah 3 kali kot buat ambil dekat official page Myresepi kat facebook.. tak ingat dah siapa tuan punya resepi  huhu..tapi apapun terimakasih seandainya dia membaca blog ni terima kasih banyak2 sebab sudi berkongsi mintak halal ya.. bila wani terbaca KERABU TOMATO tak pernah terlintas langsung wani orang buat kerabu tomato ... wani dahla kurang makan kalau bab2 tomato nii.. tapi bila dibuat kerabu ni semakin bertambah2 pulak makan ya.. heeee resepi nya simple dan mudah je .. kalau orang yang gemar tomato memang akan suka la kerabu ni WARNA PUN DAH COLORFUL ..haa kan kita kalau pemakanan yang sihat kena cukup lima warna jenis sayur ..sebab setiap warna itu mempunyai peranan yang berbeza dalam badan.. aih dah nak jadi pakar kesihatan pulak ya..   tapi sayur yang digunakan tak cukup lima warna pun  tak apalah..  ... tapi kalau bab2 kerabu ni ..penggunaan air limau nipis tu yang menaikkan rasa dan aroma yang sedap... resepi pun just gaul2 je.. haaaa kan senang cuma nak potong2 bahan2 tu ..biasalah kita nak masak apa2 pun semua nya main potong2 kan.. ok check out what's the recipe...

KERABU TOMATO 
SOURCE:MYRESEPI





BAHAN-BAHAN
2 biji tomato
1 biji lada besar hijau dipotong serong2 halus
3 ulas bawang merah dimayang halus
1 genggam ikan bilis yang telah digoreng
gula secukup rasa
sedikit belacan .. kalau nak tambah pun ikut citarasa masing-masing
air limau nipis secukupnya
1 biji telur dibuat telur dadar ( wani tak letak )

CARA-CARA
1. tomato dibelah empat dibuang empulurnya dan dipotong panjang-panjang
2. dalam satu bekas campurkan semua hirisan tomato, bawang merah, lada besar hijau, ikan bilis , gula, belacan, air limau nipis dan telur dadar jika letak . gaulkan sehingga sebati
3. siap dan bolehla dihidangkan terus.

HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING 

Thursday, July 14, 2011

AYAM KAMPUNG GORENG MASAK MERAH MASAM MANIS

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........



Alhamdulillah, sejak 2 malam lepas hujan lebat mencurah-curah .. syukur sangat-sangat... apa nak mulakan entry blog ni no idea pulak haha... macam ni la kalau dah kekurangan idea hehe....baru-baru ini wani ada masakkan ayam kampung special request dari abah.... ingat nak goreng macam tu je sebab abah wani memang suka goreng je ayam kampung ni ,, tapi dia cakap cuba buat masak merah masam manis... mesti sedap ni... ayam masak merah ni biasanya dihidangkan kalau hari majlis yang besar macam perkahwinan tu ooo.. memang sedaplah ayam masak merah sebab sos salutan dia tu memang dah serap masuk kat dalam .. wani masih ingat lagi semasa kenduri kahwin aunty baru-baru ni, ayam masak merah yang dimasak memang banyak langkahnya barulah keluar title ayam masak merah.. sebab tukang masak ni memang pandai ... sedap pulak tu dia masak.. ..dari langkah perap ayam, rebus ayam lepas tu goreng pulak ayam tu lepas tu barulah masakkan sos dia tu .. haaaa banyak langkah kan ....duhhh penat memang penat .. Tapi yang wani buat ni ringkas ala-ala malas ... tapi sedap... .hehe


abah dah kata sedap maka sedap lah tu tak payah dok sorok2 haaaaa tukang jong makan ada tak apalah ...  ^^... walaupun ayam kampung ni isinya agak liat sikit kalau kita pandai masak biar didih lama sikit .. akan masuklah sos dia tu dalam isi ayam tu barulah rasa masam manis... kan.. hari ni pun masak lagi .. stok ayam kampung banyak dalam peti ais tu .. penduduknya dah la tak ramai... wani cuba la buat versi ayam kampung masak merah sendiri.. kalau guna ayam normal pun tak apa juga.. ibu pun kata dah sedap dah ni memang dah bersalut dengan ayam sos dia tu .. serap sampai kat dalam....Bahan-bahan yang nak dimasak pun simple je tak susah-susah tapi dah sedap rasanya .. makan dengan nasi panas2 wahhh memang terbaik la ni ...tapi sebelum tu resepi ni wani tak bagi detail la ya untuk bahan-bahan kisar tu sebab wani dah buat sambal tumis segera boleh check SINI ,bagi sesiapa yang ingin mencuba sambal tumis segera ni.. kalau resepi2 yang memerlukan tumisan memang wani dah buat siap2 tumisan segera ni simpan dalam peti , so senang nak masak tak lah mangambil masa yang terlalu lama... jimat masa.. kalau tak percaya cubalah...  wani nak masukkan resepinya kat sini ya. 

AYAM KAMPUNG GORENG MASAK MERAH MASAM MANIS
RECIPE: MY OWN RECIPE



BAHAN-BAHAN
600 gm ayam kampung ( anggaran 1/2 kg )
3 sudu besar tumis segera ( penuh bumbung )
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
bawang kuning yang dipotong 1/2 labu
1/4 cawan air
gula secukup rasa
 sedikit minyak untuk menumis.

CARA-CARA
1. ayam kampung dilumurkan dengan garam kunyit dan kemudian digoreng
2. panaskan kuali masukkan  sedikit minyak untuk menumis dan tumiskan tumisan segera sehingga nampak kelihatan bersinar
3. masukkan sos tomato, sos cili dan gula kemudian gaul rata barulah masukkan air dan bawang besar yang telah dipotong.
4. bila dah nampak mendidih terus masukkan ayam kampung yang telah digoreng tadi dan gaul rata,, adjustlah nak kepekatan tahap mana,, kalau wani biarkan lama sikit biar kuah tu betul-betul bersalut dengan ayam.

HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING

Wednesday, July 13, 2011

SELAYANG GORENG SAMBAL TEMPOYAK

ASSALAMUALAIKUM.................


hari ni ada siapa2 masak tempoyak ke ...tempoyak.... tempoyak... siapa kata tempoyak busuk.. tempoyak tak busuk tau.... tapi itulah represents our malaysian food heritage... yang busuk2 ni lah yang special ... walaupun smelly tapi bila dah mixed with all the other ingredients.. maka terhasillah masakan yang mempunyai ciri-ciri keunikan tersendiri. ..if malay cuisine ,ni dah tak lari dari tempoyak ni.. nanti nak jumpa dengan mat saleh tanya .. do you like tempoyak ? alamatnya mat saleh garu kepala la .. tak tahu apa benda tempoyak tu..  haha.... kalau dah bagi bau rasa dah lari kot mat saleh tu sambil kata... ohhh it's too smelly ... and why even from fruits it's too smelly... .. sebab makanan kita tak lari dari fermentation process... kan betul kan ... siapa boleh jawab ... itu peram ini peram ... banyak celoteh la wani ni .. belum jumpa mat saleh dah cakap macam2.. kalau betul2 jumpa nanti .. dia tanya ohh i like this smell...haaa..    apa lagi ohh i'm so proud with  you and i can teach you how to cook tempoyak sambal belacan la :P....

sebenarnya, wani ternampak resepi ni bila  pergi terjah dekat dapur encik mat kita... mula-mula wani fikir entah macam mana rasanya.. walaupun wani memang peminat tempoyak .. tapi masakan tempoyak asyik ikan patin untuk ibu je... hehe wani tak makan freshwater fish.so, because of  being curious ,, wani cubalah resepi ini nak tengok hasilnya.. dan hasilnya memang sedap dari jangkaan wani sendiri. mak dan abah wani pun kata sedap..aroma daun kunyit tu yang buat masakan jadi sedap ditambah lagi dengan tempoyak  tu yang sedap.. alahai tempoyak dah nak habis ni hehe cepat mak musim durian banyak ni kita buat tempoyak la pulak.. ^^  mak cakap kalau ganti dengan ikan talapia ni mesti sedap ni rasa2 tempoyak .. hehe macam2 lah mak ni .. nanti la kita cuba dengan pelbagai jenis ikan pulak ya mak..

apapun thanks a lot to encik mat kita ..terimakasih kerana sudi berkongsi resepi .. wani nak copy paste kat sini pulak ya ... tapi resepi ni wani ganti dengan ikan selayang..boleh klik SINI. Tapi wani kurangkan cili tu ..banyak sangat nanti terover pedas lak... ikut citarasa masing2..

SELAYANG GORENG SAMBAL TEMPOYAK 
SOURCE :MAT GEBU@ DAPUR TANPA SEMPADAN 


BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging) ( Wani ganti dengan ikan selayang )
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING 

Monday, July 11, 2011

BLACKPEPPER SPAGHETTI

ASSALAMUALAIKUMM...



SALAM semua ....mulakan dengan salam sebab itu budaya islam kita kan.. :)) mulakan dengan senyuman sebab itu merupakan satu sedekah :)).. buat apa menu petang semalam.. wani masak simple2 je. tak makan nasi ..tapi masak BLACKPEPPER SPAGHETTI.. kebetulan 1 pack spaghetti masih ada dalam storage box tu aii bila nak masak guna spagheti ni .. last baru ni dah buat spaghetti bolognese ,masih ada one pack lagi. dah lama dok cari resepi-resepi yang guna spaghetti ni. kejap kejap terjah blog ni kejap kejap terjah blog tu dok main terjah2 la ni macam wartawan melodi lak  hehe tapi tuan rumah tak ada la pulak ingat nak pergi ada sesi temuramah heee ... setelah sekian lama dok main terjah2 macam ni.. terjumpa la satu resepi yang guna blackpepper  ni .. wani pantang kalau ada resepi yang guna blackpepper ..sebab that's my favorite .. .. terjumpalah resepi BLACKPEPPER SPAGHETTI ambil dari blog kak nor secubit garam .. thanks kak nor... dapur kak nor tu dah macam macam ada masakan spaghetti pelbagai versi boleh la wani mencuba nanti.. ya :)) 

tapi resepi ni wani derhaka sikit je ganti daging cincang dengan sotong .. haaaa sotong masih banyak lagi dalam peti ais tuuuu..tak apalah ikut apa ada bahan kat dapur.nak makan tu tabur pepper crush kat atas tu emmmm sedap rasa black pepper..just garnish dengan hirisan timun batang ,, chinese celery tu dah tak ada dalam stok .  wani terlebih buat lepas petang semalam makan ada lagi .. tengok pagi tadi .. dah ghaib dah .. mak wani makan rupanya semalam tu ... hehe... kak nor,  wani copy paste kat sini ya ... sedap makan spaghetti  kalau tak lalu nak makan nasi...BLACKPEPPER SPAGHETTI


BLACK PEPPER SPAGHETTI.
bahan2:
1/2 peket spaghetti-- rebus dan toskan
150gm daging cincang
3 batang sosej-- hiris
1/2 cawan mixed veggie
4 ulas bawang putih-- tumbuk
4 ulas bawang merah--tumbuk
sehiris halia--tumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos lada hitam ~ k.nor tambah 1 sk lada hitam yg ditumbuk ( WANI tambah pepper crush 1/2 sudu teh )
kicap manis secukupnye
garam gula secukup nye
minyak utk menumis

cara2nye:
-tumis bahan2 tumbuk
- masukkan daging cincang dan tambah air skit..masak daging sampai empuk.
-tambah mixed veggie. sosej dan segala sos2, kicap
-akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau sebati
-perisakan dgn garam dan gula
-hidangkan..biasanye mokwo suka di hidang dgn daun pudina ..tapi ari tuh x dek lah pullook! (k.nor tak letak sbb tak ada stok)

HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

ASSALAMUALAIKUM................



OOHH,, it's been a long time since the last i baked a cake.. the last cake i baked was SUPER MOIST EGGLESS  CHOCOLATE CAKE.... That time i just wanna try to bake this cake because before i baked eggless cake but it was too dry for me maybe because there were no eggs. fortunately, for the first trial this eggless cake, for me it's very moist EVER.. Masa tu tak fikir dah jadi ke tak jadi ke ,wani nak buat 2 kali adunan for this cake.. sebab kat rumah masa tu penduduk ramai,,, kalau buat 1 kali adunan nanti tak cukup pulak. and wani fikir rasa dah ramai cooking bloggers yang lain buat kek ni ..dah rata2 masa pergi melawat ke dapur by dapur ni .. dah banyak orang buat dan memang tak rugi jika mencubanya.. at the first time, fikir jugak jadi ke tak jadi ni sebab this cake tak letak telur sedangkan telur tu nak melembutkan kek kan.. sekarang dah demam tanpa telur ,,, baru ni pun buat kek batik tanpa telur sekarang choc eggless cake pulak..


first time wani buat dulu, after done baking process tu, lepas tunggu dia sejuk ..bila wani potong dah terserlah kelembapan dia tu ewahh hehe.. memang kalau makan terus pun tak apa dia dah betul2 moist..ingat nak keep dalam fridge tapi tak jadi ..  lembap je kat dalam nampak tekstur kek tu macam letak telur ... macam kena tipah tertipu la ni  ^^... thank you to the owner of this recipe for creating this super moist eggless cake recipe... pandai dia reka.. thanks a lot. and for this cake i think if nak letak choc topping just ignore je lahhh makan gitu pun dah sedap kan gitu kan kalau nak letak pun tak apa...kalau kek tak letak telur ni abah wani minat la ,,,, because he has no interest with eggs .. eh bukan eggs dia tak suka egg yolk tu .. kena tipu abah dia kata lembap sangat macam ada telur kat dalam .. wani dah convince dia mana letak telur cake tu... KEK NI dah jadi pilihan wani la kalau jenis desperate telur tak ada dalam stok hehe.. cubalah tak rugi mencubanya .. ramai dah orang mencuba ...ini second time wani buat .. i think this is the last cake i baked before fasting month next month and maybe nak dekat raya la pulak bake kek lagi  ^_^.wani suka buat kek je tapi tak suka sangat makan keknya hehe.. kat rumah tak ada orang nak tolong makan ...ok check out what's the recipe// i took this recipe when visiting at HERE. thanks kak.. wani copy paste kat sini ya



SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
RESOURCE: DARI DAPUR KECAH BLOGSPOT


 alahai gambar kurang power huhu guna kamera biasa je ni .. tapi wani jamin kek ni memang marvellous .. tak rugi mencubanya.. ya
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang ( wani guna gula halus biasa 1/2 cawan)
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco ( wani tak letak )
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.

Sunday, July 10, 2011

SAMBAL TUMIS SEGERA

ASSALAMUALAIKUM…………..

Pagi – pagi lagi bila buka tingkap, burung dah berkicau-kicauan. Wani suka dengar kicauan burung tu… tenang dan nyaman je ..lagipun udara pagi sejuk dan bila tengok pohon-pohon keliling rumah ni tenang je fikiran .. hijau je dari pandangan mata ..sambil memuji kebesaran Allah. Tanda yang maha Esa ini wujud .. tengok apa yang ada di bumi dan di langit kita sudah tahu setiap apa yang dijadikan itu ada Penciptanya.. kalau dulu seawal 7:00 pagi wani turun dari rumah dah nampak sekumpulan burung mungkin macam spesis bangau terbang di udara. Cantik pulak tu cara burung tu terbang tersusun je. Hehe  Dulu selalu la nampak ..sekarang ni dah tak nampak dah burung tu… kalau petang hampir pukul 7 petang tu burung-burung tu dah mula pulang ke sarang masing-masing. Emm mungkin ada musimnya kot….

Ok kali ini wani nak berkongsi satu resepi iaitu SAMBAL TUMIS SEGERA.resepi ni ibu wani yang cipta hehe so baik wani catat sebelum wani lupa.. sambal tumis segera je .. so senang je nak buat sambal ikan bilis ke, sambal sotong ke dan aneka jenis sambal  lah.. ambil beberapa sudu yang dah siap tumisan ni .. tak payahlah tiap kali nak buat sambal ikan bilis , nak blender itu nak blender ni tambah2 lagi kalau ada kekangan masa… nak masak benda simple je …tapi jadi lambat sebab nak mesin tu nak mesin ini  kan hehe..wani baru je masak ayam pedas masam manis guna tumis segera ni ^^.  so kalau tumisan ni, kita berbalik kepada yang basic… iaitu ada bawang merah kalau nak guna bawang merah yang besar tu ok, wani guna yang itu ya.. bawang putih dan lada kering .. kan senang ..blender banyak2 terus.ok tumisan ni dia tahan lama tau tapi kena simpan dalam peti sejuk la nak guna ambil lepas guna simpan balik la ya.. jangan letak kat suhu bilik. Tapi kena hati-hati bila dah guna tumisan ni,, nak tambah garam tu kena beringat2 la sebab tumisan ni dah ada garam . Wani tak cakap lada kering berapa tangkai sebab lada kering ni dia banyak jenis ada yang besar ada yang kecil, mungkin ada di antara kalian semua terbeli lada kering yang berbeza. Ok let’s we share what’s the recipe..

SAMBAL TUMIS SEGERA
PREPARED BY: WANI 
SOURCE: MY MUM'S RECIPE



Bahan A
lada kering sebanyak RM 1.50

Bahan B
-         6 labu bawang besar merah
-         2 labu bawang putih

Bahan C
 Garam halus 2 sudu besar ( bukan bumbung ya )

Cara- cara.
  1. Cili kering direndam air panas lebih kurang 2 jam atau direbus lagi cepat, angkat dan toskan
  2. kisarkan cili kering menggunakan blender ( boleh letak sedikit minyak dan air bagi memudahkan pergerakan apabila dikisar nanti)
  3. bahan B dikisar semuanya ( jangan masukkan terlalu banyak air di dalam blender nanti takut cair )
  4. satukan bahan A & B yang telah dikisar dan kemudiannya masakkannya di atas kuali
  5. panaskan minyak terlebih dahulu dan masukkan bahan yang dikisar tadi dan kacau. Bila dah separuh masak tu masukkan garam halus
  6. masak sehingga sambal tumis itu kelihatan bersinar
  7. sejukkan dan boleh letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk 

Saturday, July 9, 2011

TOMYAM UDANG

ASSALAMUALAIKUM..............

Kalau cakap pasal tomyam ni,, mesti pelbagai versi cara mereka masak. ... ada letak lengkuas ada yang letak halia ada yang tak letak tapi tak apalah kan itu menunjukkan cara dia orang mempunyai keunikan memasak tersendiri.. mesti rasa dah pun berbeza-beza kan. ..sebenarnya wani naik pelik .haaa sebab apa yang pelik ..sebabnya tak pernah masak tomyam letak lengkuas ataupun halia.. dulu-dulu mak dah ajar masak tomyam macam ni macam tu la jadinya ya..sifu wani dalam bab-bab masak ni mak wani la .. kalau dia ajar macam tu anak perempuan dia masak .. macam tu la wani masaknya.. hehe ...

bila wani tanya mak dia cakap kalau dulu-dulu orang masak tom yam dia tumis dengan bawang putih. tak pernah dengar pula orang letak lengkuas, halia semua tu. bila wani tanya masa arwah nenek dulu pernah masak tak tomyam, mak kata tak pernah masak tomyam ,,sepanjang dia jadi menantu dan tinggal bersama mertua dulu.. ibu kata tomyam kan masakan siam ... tapi arwah nenek wani ni kalau dia masak memang masakan tradisi melayu sungguh ,, kerutuk udang la, kerutuk ayam la ,gulai ikan putih la ..  teringat dekat arwah nenek. arwah nenek memang sifu segala memasak.arwah banyak memberi tunjuk ajar dan petua-petua memasak dan diperturunkan kepada ibu wani.. ibu wani pula perturunkan pula kepada wani.

tapi kali ini nak cuba resepi tomyam udang yang diambil dari SINI.thank you, kalau tidak wani tak terlintas pun nak buat tom yam macam ni.  tapi wani tak ada udang dalam stok ada baki sotong yang lebih buat makan minggu lepas banyak dengan beberapa hirisan ayam. ganti dengan itu je lah ... dan hasilnya sedap la lain sikit dari yang biasa buat tu. abah wani kata sedap sebab seafood tomyam kan dia ada manis tersendiri.. ok wani nak copy paste kan resepi ni kat sini.

TOMYAM UDANG 
SOURCE: DARI DAPUR KECAH @ BLOGSPOT 


Bahan-bahan

20 ekor udang ( wani ganti dengan sotong dan hirisan ayam )
2 batang serai
daun limau purut
sebiji tomato dibelah 4
cili padi
Perencah tomyam adabi
cendawan tiram
1 batang carrot
Jus limau nipis
6 biji cili padi
1 inci lengkuas
Daun ketumbar
Bawang besar dibelah empat
3-4 cawan air
garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Didihkan air bersama serai dan lengkuas.
2. Setelah mendidih, masukkan daun limau purut dikuti tomato dan juga bawang besar.
3. Selepas itu masukkan pula perencah tomyam adabi. Kacau sehingga sebati.
4. Apabila mendidih, masukkan udang, cendawan, cili padi dan juga caroot. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan perahan jus limau nipis.
5. Taburkan daun ketumbar dan bolehlah dihidangkan.

Friday, July 8, 2011

KELANTAN CHENG HO INTERNATIONAL FOOD FESTIVAL 2011

ASSALAMUALAIKUM........

 photo courtesy of official page of KELCHEFF 2011 from facebook

Rasa hari ni nak buat coretan sikit.... sebab begitu teruja ...dan YES again,, KELANTAN CHENG HO is back, Alhamdulillah, but this time it has been categorized and called KELANTAN CHENG HO INTERNATIONAL FOOD FESTIVAL... Kalau tahun lepas kelantan cheng ho expo the largest one at the east coast, dia banyak pasal trade terutamanya dalam bidang industri yang sedang berkembang pesat di beberapa wilayah di China contohnya macam bidang textile, handicraft dan macam-macam lagi.. sempat juga wani pergi melawat ke tapak expo tahun lepas... macam -macam ada .. from zero we didn't know nothing about any kind of trades in china, dapat juga la info dan maklumat yang berguna.

 sekitar KELANTAN CHENG HO EXPO last year photo dari album wani

WELCOME TO MINI CHINA PAVILION at kelantan chengho expo last year( photo dari album wani ) ..teringat di world expo in SHANGHAI, CHINA last year.. lebih kurang macam ni la pavilion kat sana tapi yang dia punya besar la ... world expo kan..tengok kat picture bawah 


haa this is real china pavilion in china, very big one ya ,, lebih kurang sama la buat kat  kelantan cheng ho expo.. photo courtesy of google..

besides that, i have been falling in love with the chinese culture ..hehe pencinta no 1..kita kan in one community .. 1 malaysia la .. kenalah saling respect antara satu sama lain ..  dulu-dulu lagi memang wani dah minat dari chinese cuisine, chinese songs, their language ohh everything about their culture.. last year pun i didn't get a chance to watch multicultural performance from their ethnic at kelantan cheng ho expo.. bukan apa mereka datang dari jauh ke negeri kelantan ,,siapa yang tak teruja kan. ingat dulu masa time universiti,, every year under a club la,,, mesti ada pesta kebudayaan cina yang dihandle oleh student2 cina ni.. ini dapat mengeratkan silaturahim di antara pelajar - pelajar yang sememangnya pelbagai kaum dan bangsa di universiti tu.

and now KELANTAN CHENG HO INTERNATIONAL FOOD FESTIVAL 2011 .. Chef Sabri ada akan datang sini. kalau Pencinta makanan macam wani ni memang dah wajib pergi dah ... i can't wait for this event and cant' wait for food galore there.. tentu ramai foodies yang datang ,, nak mengetest makanan haha..kalau ada yang bagi free of charge lagi bagus kan =P.  KELCHEFF 2011 akan bermula pada 14 hingga 23 Julai nanti and at the same time ada islamic civilization gallery dah pun bermula semalam.. and here so many interesting activities will be held. those who is residing in Kelantan or nearly Kelantan ke. or even outsider  . "marilah kito pakat serbu belako deh KELCHEFF 2011, mace- mace ado" hehe cakap kelantan la pulak ya..

 BROCHURE KELCHEFF 2011


Thursday, July 7, 2011

KEK BATIK ( EGGLESS VERSION)

ASSALAMUALAIKUM..........

kek batik eggless version in the houseeeee....hehe ...those who chocoholic ni memang suka la kalau pasal coklat ni ..dah lama tak buat kek batik ni baru ada masa nak buat.. kek batik ni dah banyak kali wani memang buat, sedap jugalah nak banding yang ada telur tu. sebelum ni memang buat yang ada telur, walaupun anak tekak tak boleh nak rasa ada telur tapi buat jugalah sebab teringin nak makan jugak kek batik ni,tak terlintas pun orang lain dah lama buat kek batik eggless version ni.wani je yang ketinggalan zaman.. sejak dah tahu kek batik eggless version ni memang wani tak buat langsung dah yang letak telur tu.. sometimes, bila keep in the fridge lama-lama wani macam nak makan tak nak makan dah sebab letak telur kan. lagipun wani tak boleh tengok benda simpan lama-lama bahannya yang ada telur hehe tak boleh la...anak tekak tak boleh nak terima..kek batik ni kalau nak bagi lembut sedap dimakan memang wani biarkan sampai 5 jam kat luar,..... bersabar je nak makan, biskut marie tu dia akan lembut coklat tu pun nampak lembap sikit.. sedap makan time tu.. tapi kena simpan dalam bekas tertutup la nanti kalau letak dalam pinggan biar lama-lama macam tu tekstur biskut tu akan kering. ..intai-intai kat blog-blog lain .. sekarang dah macam-macam versi kek batik , letak nestum la .. tak apa nanti dulu ya yang wani buat ni just plain kek batik je .. no addition kat dalam... resepi sebenarnya diambil dalam koleksi resepi yang wani simpan dalam word dah lama dah . tak ingat dah siapa .. sorry banyak-banyak.. tapi resepi dia memang letak telur cuma wani olah sikit tak letak telur .. masih resepi yang sama juga.comot sikit nampak kek batikku ..^^

KEK BATIK ( EGGLESS VERSION) 
SUMBER: KOLEKSI RESEPI 


BAHAN - BAHAN
1 bungkus biskut marie 350 gm  (dipatahkan menjadi dua )
1 tin susu cair
1 cawan gula ( wani kurangkan 1/2 cawan dah sedang elok je ..sebab biksut marie dah manis )
1 cawan serbuk coklat ( wani guna 3/4 cawan je itupun dah nampak hitam keperangan wani guna TUDOR GOLD )
3 sudu besar marjerin

CARA-CARA
1. satukan semua susu cair, gula dan serbuk coklat dan masakkan di dalam periuk hingga sebati semuanya.bila dah mendidih dan nampak sebati bolehlah masukkan marjerin dan terus kacau sehingga betul-betul pekat dan likat,part kat sini memang kena betul-betul tengok ya. dan barulah masukkan kepingan biskut marie.
2. gaul rata sehingga semua biskut diselaputi coklat dan bolehlah letak dalam bekas yang telah dialas dengan plastik atau aluminium foil untuk memudahkan nak keluarkan dan potong nanti.
3. sejukkan dalam peti sejuk semalaman dan bolehlah dipotong-potong


HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING

Wednesday, July 6, 2011

FAMILY GATHERING

ASSALAMUALAIKUM.......

ya Allah.... kenapa ni??? i was so tired .. kemalasan melanda nak mulakan penulisan huhu... ya ya memang sangat letih ... sebab malam jumaat lepas ada family gathering .. macam yang wani mention hari tu. penat memang penat ,, sebab bersengkang mata duduk kat dapur buat itu dan ini lagipun wani seorang je anak perempuan kat rumah ... ... rasa badan ni dah tak cukup tidur.. mata ni macam dah tak boleh nak buka. kalau boleh nak jadi macam mata burung hantu hehe.... bercerita la pasal semalam pagi tu wani dah keluar shopping dengan abah beli barang dapur dan juga barang- barang yang nak dimasak untuk tetamu malam nanti.. ..oh my god .. it's too crowded at the mall .biasala awal bulan orang ramai keluar berbelanja.. gaji masuk kan hehe..

balik tu dah prepared dalam otak ni nak buat caramel pudding.. walaupun badan keletihan, tapi niat di hati tetap nak teruskan nak buat puding ni .. bersemangat betul. nasib baik mak dah masak awal-awal untuk lunch sebab nanti kalut-kalut nak guna dapur.. masa dah sampai rumah tu dah lewat hamir pukul 12:30 tengahari. sebenarnya, dah lama wani tak buat pudding ni .. tapi keberanian tu datang jugak nak buat .. sebab wani takut tak menjadi je sebab last minute decision ... dah la tak try test dulu untuk diri sendiri tapi buat terus nak hidang dekat tetamu.. that's why i was so nervous .. but Alhamdulillah... boleh tahan menjadi la pudingnya walaupun tak cantik mana. tapi i was not satisfied yet .. when looking at the pudding tapi tak apalah janji makan, bukan teruk mana pun. . lewat petang tu ibu wani dah sibuk-sibuk nak goreng mee hoon. so kat sini every person has a task .. ibu goreng mee hoon, abah buat bahan perap ayam .. wani buat pudding hehe..adik bujang tukang bakar ayam malam tu ya ..

baru je sedang nak menghidang makanan-makanan atas meja .. eh.. ehhh dah sampai pun tetamu.. makanan yg nak dihidang pun belum siap sepenuhnya... alahai........... kat sini wani ingin berkongsi resepi caramel pudding yang wani buat. wani ambil resepi ni dekat bungkusan tepung kastard brand NONA. itupun sebab tiba-tiba ternampak resepi tu masa tu my mind was blank. i didn't know what to cook as a dessert..... so i made caramel pudding ...fuhhhh relieved.. ^^. tapi untuk 2 kali adunan tu wani kurangkan gula guna 200gm je. nampak macam banyak gula digunakan dalam resepi ni.tapi sebelum tu nak tayang gambar dulu.. simple2 je wani buat. sikit je gambar tak sempat nak snap gambar lain.. i was so busy .. tak cukup tangan dibuatnya....resipi mee hoon tu tak ada ok tayang gambar je hehe...

yeah inilah dia cantik tak caramel nya tu ke terlebih hangit. yang wani buat ni 2 kali adunan.

my mum's touch ^^...she garnished till i couldn't see inside

PUDING CARAMEL BERKASTARD
SOURCE: DARI BUNGKUSAN TEPUNG KASTARD NONA

BAHAN-BAHAN
untuk caramel:                                                    
200g gula putih 
100 ml air

untuk kastard: 
4 biji telur 
200g susu pekat manis 
120 ml susu segar ( wani ganti dengan susu cair )
10 g tepung kastard nona 
320 ml air 
1/2 sudu teh esen vanila ( mengikut citarasa ) 

CARA-CARA: 
untuk membuat karamel:
masukkan gula dan air ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana hingga gula menjadi pekat dan kuning keperangan. tutup api dan tuang ke dalam loyang pengukus.

untuk membuat kastard:
campurkan semua bahan ( telur, susu pekat manis, susu segar, tepung kastard NONA, air) ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati. tuang kastard ke atas karamel yang telah dimasukkan ke dalam loyang pengukus. kukus selama 30-35 minit sehingga masak. sejukkan selama  30 minit dan terbalikkan berhati - hati ke atas piring.

HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING

Sunday, July 3, 2011

TOFU BERSOS TIRAM CENDAWAN

ASSALAMUALAIKUM..........


Alhamdulillah ,, cuaca hari ni mendung je tak panas..taklah berpeluh-peluh sangat nak buat kerja hari ni. hari ni wani ingin berkongsi satu resepi iaitu TOFU BERSOS TIRAM CENDAWAN. wani jumpa resepi ni dekat myresepi website. masa tu saja terklik resepi ni.sebab tajuk resepi tu dah menarik minat wani sebab wani memang suka dengan apa-apa jenis cendawan.lagipun resepi nya memang simple lagi dengan penggunaan serbuk lada wahhh dah dapat imagine dah rasa dia macam mana bila tengok resepi ni dah mouthwatering dah ni .

. .. . wani ni memang peminat cendawan tegar la haha........ dan satu lagi penggunaan tofu dalam resepi ni. kalau nak tahu wani memang peminat tofu juga hehe.. masih ingat lagi masa menuntut di universiti dulu wani selalu beli tofu telur ni dekat Arked Meranti. banyak betul mereka masak tofu telur ni dengan pelbagai variasi masakan . ada tofu yang dah dicelup tepung jagung dan digoreng ada yang tofu ni jadi sambal pedas la ada yang di masak berkuah la ...macam2 lagi.wani kalau dah teringin nak makan memang selalu beli.  kalau nak tahu masa tu tofu telur yang telah dikerat setengah tu harga dia dah 50 sen. mahal tuu.... kalau sekarang tak tahulah berapa.terasa rindu dekat Arked Meranti .. macam mana la keadaan sekarang ya ..

ok now we check out what's the recipe.. thanks for sharing this recipe... it's so tasty... i like the taste and the aroma but the most important the aroma of oyster mushroom it's the main ingredients here ya i used oyster mushroom .. because it's has been added with white pepper powder but i substituted with black pepper powder ..it's ok la as long as it is pepper powder right ?? ^^.

TOFU BERSOS TIRAM CENDAWAN
SUMBER: MYRESEPI 


Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

  • 3 keping tofu lembut (soft tofu) - dipotong 4
  • Tepung jagung
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Cendawan butang - dipotong
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong mengikut suka (bulat, batang mancis etc)
  • Sedikit serbuk lada putih
  • 1/2 biji bawang besar - dipotong halus
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • Garam + gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis.
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng. Ambil sedikit tepung jagung dan letak didalam bekas. Ambil tofu yang telah dipotong tadi dan salut dengan tepung jagung. Buat satu persatu dan berhati-hati sebab tofu ni sangat lembut. Goreng tofu tadi dan angkat bila sudah kekuningan. Letak dalam bekas.
  2. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang merah + putih hingga wangi.
  3. Masukkan cendawan. Goreng sekejap. Masukkan sos tiram, serbuk lada putih dan lobak merah. Goreng lagi.
  4. Ambil 1/2 sudu kecil tepung jagung. Bancuhkan dengan sedikit air. Masukkan kedalam bahan yang digoreng. Tambah air jika kuah terlampau pekat.
  5. Biarkan kuah mendidih sebentar dan rasa. Tambah garam + gula mengikut citarasa. Tutup api.
  6. Tuang kuah tadi ke atas tofu yang telah siap digoreng dan diletakkan dalam bekas. Untuk tofu rasa rangup, tuang kuah pada tofu hanya apabila anda sedia untuk makan. 

  HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING