Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Thursday, June 30, 2011

TELUR BUNGKUS

ASSALAMUALAIKUM…………….

Entahla semalam masa petang tu wani mula pening-pening kepala. Ingat mula-mula tu light headache je .. tak sangka berpanjangan sampai ke malam huhu… I took a nap malam tu dan bila dah terjaga tu semalam hujan yang amat lebat sampai kilat sabung-menyabung. Cuaca masa lewat petang tu nampak ok je tapi ada la rimas sikit macam nak hujan je. Bila cakap pasal sakit kepala ni kadang-kadang sakit kepala datang .. stress ke .. kalau stress kat dapur mungkin juga kot hehe.. sebab tengok pinggan –mangkuknya berlonggok-longgok kat sink … gelas minuman situ sini sana.. nak kata ada adik-adik kecil ..dah tak ada adik kecil dah ..semuanya dah baligh2 semuanya dah boleh fikir sendiri …. siapa yang tak stress kita juga yang kemasnya.. bagi wani .. dapur mestilah kena kemas dan bersih .. wani tak boleh tengok bersepah-sepah  tempat nak buat kerja kan .. lagi la SAKIT KEPALA jawabnya…..

Esok dah pun start weekends .. HARI JUMAAT ..hari segala penghulu hari.. esok juga la I’ll be busy ..bukan apa esok abah menjemput adik ipar barunya kat rumah ada majlis makan-makan sikit kat rumah jemput la dia datang nak kenal-kenal dengan family wani. Hemm nampak esok akan bershopping dengan abah la… abah wani dah mention nak masak mee hoon goreng , ayam BBQ, satay dan dessert nya cocktail . kami sama-sama masak.. haha.. maklumlah minat sama …. Not so many dishes la ..because we invited him at night,, so,, tak boleh la nak makan banyak-banyak ya..malam kan tak boleh makan heavy foods.  lagipun it’s been a long time I haven’t met my aunty after her wedding day recently… apparently ,, tomorrow night I’ll meet her.. mesti banyak la nak berchit-chat dengan aunty.

Ok hari itu wani ada masak telur bungkus.. resepinya simple dan senang je .. wani dah banyak kali masak telur bungkus ni … hasilnya memang yummy.. kalau makan time panas-panas best …kalau tak tahu masak apa boleh la cuba resepi telur ni.tapi yang wani buat ni gantikan dengan ayam cincang .. tak ubah rasa pun cuma rasa ayam la   wani ambil resepi ni dekat myresepi website .. thanks for sharing I copy and paste here..

TELUR BUNGKUS
PREPARED BY : WANI
SOURCE: MYRESEPI WEBSITE 

 alahai gambar tak cantik.. tak apalah resepi dah sedap bukan nak tengok ya tapi kita nak cuba resepinya hehe

Bahan-bahan ( 2 Orang )

  • Daging cincang - anggaran segenggam tgn dewasa
  • Mix veggie - ikut suka nak byk mana
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu.Ayu guna 1/2 je sbb bawangnya besar
  • 1 biji bawang putih - dicincang kasar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato - boleh krgkan sape yg tak suka masam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap 
  • 2 biji telur - dipukul sedikit
  • Garam & gula - secukup rasa
  • Lada sulah - secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Perap daging cincang bersama-sama dgn garam,gula & lada sulah dlm 10-15minit.Kemudian goreng daging t'sebut.
  2. Setelah air daging hampir2 kering,masukkan bawang besar & bawang putih.Kacau biar serata.klu nak tumis bawang besar & bawang putih dulu seblm masukkan daging pun boleh gak.t'pulang pd masing2 la.
  3. Bila bawang besar mulai layu,masukkan kesemua sos & kicap.Kacau sampai sebati.
  4. Kemudian masukkan mix veggie.Ayu tak guna mix veggie.Ayu gantikan dgn kacang panjang,lobak merah & tomato yg dipotong dadu.Kacau biar serata & agak2 sayurnya dah mula layu,boleh le padam apinya.
  5. Dalam kuali lain,panaskan sedikit minyak & tuangkan telur yg dipukul.Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh meliputi daging tadi.
  6. Letak daging cincang yg tlh dimasak ditengah2 kuali.Lipat telur t'sebut & letak piring.T'langkupkan kuali & telur bungkus sedia dihidang.SIAP!!! 
HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING 

Tuesday, June 28, 2011

NASI GORENG KAMPUNG

ASSALAMUALAIKUM......

Ada sesiapa tengok rancangan EKSPEDISI CHEF WAN semalam tak.. hahaha .wani tak habis - habis gelak.. Chef Wan ni kalau dia start bercakap pot...pet,,, pot.. pet... jawabnya tak berhenti la sampai ke malam hehe.... wani suka tengok gelagat dia tu .. so funny suka menyakat orang ... memang Datuk Chef Wan ni idola wani sejak wani kecil ..jauh betul perjalanan Chef Wan sampai ke Paris ....wahhhhh ... siapa yang tak nak ke sana .. wani pun nak pergi ... tapi persoalannya bila la nak pergi ke tempat romantiko macam tu XD.

ok.. stop..stop .. hari tu wani ada masak NASI GORENG KAMPUNG . terasa dah begitu lama tak makan nasi goreng kampung ni. tapi kan rata-rata wani check kat resepi nasi ni kat myresepi.. rata-rata bahan-bahannya tak masukkan belacan.. bukan ke nasi goreng kampung ni letak belacan kan nak lagi menyengat .. betul kan  dan ada bermacam-macam versi pulak tu ... tapi yang wani buat ni tak cukup bahan  buat apa yang ada bahan kat dapur .. apa apapun layan jer nasi goreng ni bila dah lapar kan, perut dah berbunyi orang dah tak rasa nasi goreng ni cukup bahan ke tak hehe... let's we see what's the recipe. copy and paste from the myresepi website .. thanks for sharing ..... memang marvellous ...



NASI GORENG KAMPUNG
PREPARED BY: WANI 
SOURCE: MYRESEPI 



Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 pinggan nasi putih, 
  • 10 ekor ikan bilis,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 4 ulas bawang merah 
  • 5 batang cili padi(bagi yang gemar pedas),
  • 1 inci belacan,
  • 1 biji telur,
  • serbuk lada hitam,
  • secubit garam(secukup rasa), 
  • 2 batang sayur kangkung, 
  • 4 ekor udang(dibersihkan dan dibuang kulitnya) nak gantikan dengan hirisan ayam pun ok je

Cara-cara

1.Tumbukkan bawang putih, bawang merah, cili padi,belacan dan garam(tidak perlu begitu halus)
2.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis yang telah dibasuh sehingga garing.
3.Masukkan bahan yang telah ditumbuk hinnga naik bau.
4.Masukkan udang dan sotong,goreng hingga masak.
5.Masukkan telur,kacau seketika lalu masukkan nasi yang telah dihancurkan.
6.Masukkan sayur kangkung,kemudian serbuk lada hitam secukup rasa.


 HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING

Sunday, June 26, 2011

KUIH CUCUR @ MEXICAN HAT @ KUIH CUCUR TOPI




ASSALAMUALAIKUM…….

HAPPY SUNDAY everyone here….. alhamdulillah ..hujung minggu mungkin banyak program2 yang menarik bersama family kan… mungkin juga ada majlis perkahwinan, family gathering ke dan sebagainya lah . wani semalam memang free tak payah masak hehe, kebetulan semalam ada Program Juara Rakyat dekat Sekolah Kebangsaan Peringat , Tan Sri Anuar Musa datang bagi ucapan. Adalah aktiviti-aktiviti menarik disana. Balik tu wani dah amat penat mak pula cakap dia ada majlis akikah rumah kawannya, abah pun ada jemputan perkahwinan di Kubang Kerian, bekas jiran lama ajak makan kenduri kahwin anaknya.  Adik wani yang seorang ni yang sedang bercuti, pergi makan kenduri rumah kawannya,, kakak kawannya kahwin , so, no cooking la yesterday.. ohhhh I was so relieved. Semalam pun panas pelik je. Rupanya hujan turun semalam… alhamdulillah..


Due to no cooking yesterday, today I wanna share special recipe. Amboi special resepi. Actually just my homemade kuih je .. it’s called kuih cucur or Mexican hat or kuih penaram. This is my favorite kuih ever, my dad always bought it during my childhood memories .. wani amat la suka kuih ni. Ingat dulu kalau abah pergi pasar pagi ke mesti dia akan belikan, tetapi ada juga kuih yang dibeli tu agak keras. Nape ya? Before, I have been looking for this recipe for a long time, but alhamdulillah I found this recipe from myresepi website. Thanks a lot to the owner of this recipe .. till now I made this kuih 3 times.. hehe and thanks god for the first trial I made this kuih, menjadi la kuihnya…. I was so happy that time … mesti la suka kalau apa yang kita masak menjadi kan. Siapa la yang tak suka. Ingat dulu pun wani takut2 je nak buat sebab rata-rata ramai kawan2 kat myresepi cakap tak menjadi la.. walaupun bahan2 nya senang je tak banyak. Tapi rupa2nya, kita kena tahu tip2 terlebih dahulu bila nak buat kuih ni ya ,,,, REMEMBER THAT.



For the tips, it’s so easy. Make sure, kesemua campuran tepung tu must be stirred well. Kacau elok2, kalau ada hand whisk lagi bagus kita kacau2 macam nak buat cekodok until no lumps, biar semua ketulan2 tepung tu tak ada dan biar kita kacau adunan tu sampai la dia likat dan nampak buih2nya tu … and then the bubbles tu masa kita tengah kacau tu dia dah mula nak keluar .. kacau,,, kacau,,,, kacau ,, lagi lama ya hehe.. so, now I knew the function of hand whisk. I love my hand whisk… kalau dulu sebelum ni kacau dengan sudu je .. dia lambat sikit …lagipun adunan tu makin lama makin berat bila dikacau dengan sudu. And the second tip, make sure the batter must be rested overnight. Ok yang wani punya ni wani mula buat adunan ni masa pukul 7 mlm dan wani goreng pada keesokannnya. Kan wani dah cakap kalau mana2 kuih kalau nak lagi gebu lagi lembut ,, perap lagi lama,,, lagi lama lagi sedap kuih tu.. believe it or not .. believe it ya .. hehe. Nanti tengok gambar ,, memang lembut berongga2 pulak tu …. Ok let’s we share this recipe


 KUIH CUCUR @ MEXICAN HAT @ CUCUR TOPI
Prepared by : wani
Resource: myresepi website

Bahan-bahan ( 10 biji )

* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan tepung beras
* 1/2 cawan gula pasir ( wani hanya guna gula pasir satu cawan je x guna gula merah  ,, itu pun dah sedang elok manisnya )
* 1 cawan gula merah
* sedikit garam
* air (lbh krg 2 cawan)

Cara-cara

1. campurkan gula pasir dan gula merah bersama >< 2 cawan air.masak hingga mendidih.biarkan sejuk/suam.
2. tuangkan air gula tadi kedalam adunan tepung gandum dan tepung beras.tambahkan garam.Gaul ikut likat dan ditimbuk-timbuk hingga berbuih.
3. peram adunan td semalaman.
4. ambil sesenduk adunan dan digoreng dgn minyak yg secukupnya.



NOTA : kalau nak menghasilkan bibirnya yang seksi tu hehe, goreng dia agak lama sikit bila dah nampak golden kat tepinya tu, terus balikkan ya ... 

HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING




Thursday, June 23, 2011

KENTANG ORAK-ARIK

ASSALAMUALAIKUM………

Selamat petang dan happy Thursday!!!!!!!!!!!!! Everyone .. semoga sihat hendaknya… heemmm sejak kebelakangan ni asyik hujan je.. semalam pun hujan ….sejak kejadian gerhana bulan 16 Jun lalu asyik hujan je lewat petang.. alhamdulillah,, sekurang-kurangnya bumi kita dibasahi air hujan .. hujan kan rahmat Allah…. Oooo lupa semalam wani ada buat cookies tapi tak menjadi cookies nya sob…. Sob… ..sob…. sedih bukan kepalang hati ni bagaikan dah tertusuk duri yang amat tajam .. bila lihat hasil cookies tak menjadi .. itu la siapa suruh buat banyak2 hehe marah untuk diri sendiri … tak bulan puasa lagi dah menggatal tangan nak buat cookies banyak pulak tu 2 x adunan wani buat .. hasilnya tak menjadi .. entah orang tu silap bagi resepi ke huhu sebab resepi tu nampak pelik sikit… ke wani yang pelik membuatnya .. entahlah… . Wani memang pantang kalau tengok resepi biskut2 ni maklumlah puasa pun dah nak dekat ..tapi bukan semua cookies wani pandai buat .. just several cookies je hehe hahhh tengok dah bocorkan kat orang  ….. tapi yang paling wani suka tart nenas la…tart nenas memang favorite family…

Dah…dah.. sibuk asyik cakap pasal cookies… hari ni nak perkenalkan resepi KENTANG ORAK-ARIK, wani pun tak tahu kenapa dipanggil nama macam ni …looks weirdo la.. tapi tuan punya resepi ni cakap ia memang pengganti nasi, kebanyakan nya masa bulan puasa ..buat .. bahan-bahannya pun nampak mudah … so, it’s very easy to cook la just used the stuff from the kitchen only ,,, takla barang2 susah nak dicari pun.. rasanya pun ok dah boleh makan  saja nak ganti nasi …bau lada hitam lagi…udang kering tu wani ganti dengan udang geragau dan  serbuk lada putih tu wani ganti dengan serbuk lada hitam dah oknya buat je apa yang ada bahan kat dapur.  siapa2 yang ingin mencuba bolehla mencuba nya ya……..resepi ni wani ambil dekat web myresepi…..

KENTANG ORAK-ARIK
PREPARED BY : WANI
RESOURCE:MYRESEPI


Bahan-bahan ( utk 2 org makan )

  • 4 biji kentang
  • 2 biji telur besar
  • 2 btg daun sop
  • 2 btg daun bawang
  • 1/2-1 sdt serbuk lada putih
  • secukup bawang goreng
  • 2 sdm udang kering  
  • 3 biji bawang putih

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan, dibelah dua , buboh sedikit garam dan direbus hingga empuk kemudian dikupas kulit nye dan dipotong kecil...ketepikan.
  2. kocok telur bersama garam , lada putih serbuk dan daun sop / bawang..ketepikan.
  3. tumbuk lumat udang kering dan bawang putih...panaskan minyak masak ,klau nk tambah 1 sdm minyak sapi pun boleh..tumis bahan tumbuk hingga garing.
  4. masukkan kentang dan gaul rata kemudian masukkan telur dan bawang goreng..kacau lagi hingga telur masak.
  5. bila dah mesra semua nye boleh la diangkat dan hidangkan... :) 

 HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING 

Tuesday, June 21, 2011

BASIC PANCAKE

ASSALAMUALAIKUM……..

Ya hari ini nak perkenalkan basic pancake pulak yang wani buat … tapi orang lain dah lama buat wani nya buat asyik tak menjadi ..so, after a long research dari reading, observation  sampai la di saat2 membuatnya pancake ni .. maka barulah wani faham macam mana nak buat pancake ni nak nampak gebus dan elok je atas surface pancake tu .. walaupun yang wani buat sometimes ok and not ok… hehe.. PANCAKE  ni first time mula2 wani nak cuba dah jadi macam lempeng tak jadi macam pancake pun haha ….. after trying more and more and more finally I got it !!!!!!.. walaupun tak macam yang blogger2 masakan lain buat nampak gebusss je pancake mereka…

Tapi yang wani buat ni basic dulu, sekarang wani terbaca2 kat blog, so various of pancakes sekarang dah masukkan macam dalam adunan nak bagi lebih sedap.. wani pun dah belajar banyak tip itu pun atas pemerhatian wani sendiri lah .. kalau dari pandangan orang lain tak tahulah.. kalau ada boleh share together. ….wani rehatkan adunan pancake tu banyak jam jugak untuk semalam pancake ni wani kacau adunan pukul 11 pagi  lepas siap rehatkan adunan … bila malam baru la wani berpancake.. and the result… this pancake is so soft got so many hollow inside ..ada banyak rongga2 kat dalam ..lembut je bila dimakan . jadi from my observation lagi lama adunan pancake ini direhatkan lagi banyak rongga tu nak suruh lembut la… patut la ada resepi lain suruh rehatkan adunan pancake tu. Ada tujuannya tu…. Yang wani buat ni sebanyak 2 adunan dari resepi asal.. sampaikan hari ni pun boleh buat pancake ni. please keep the batter in the fridge la ya yang lebih tu  ..… banyak sangat dah dapat nya…. Jadi kepada siapa2 nak bagi lembut lagi pancake tu .. rehatkan adunan lagi lama…. Alhamdulillah sekarang i knew the tips.. biasalah kan beginner.mari tengok resepinya … this is just BASIC PANCAKE YA..  wani search kat google resepi ni … pancake ni makan macam tu pun dah sedap…

BASIC PANCAKE 
prepared by : wani 
resource: google 

 
Ingredients
  • 1 cup all-purpose flour
  • 1 tablespoon white sugar
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1 cup milk (  I substituted with 4 tablespoons of milk powder with 2 cups of warm water because I doubled this recipe)
  • 1 egg
  • 2 tablespoons vegetable oil

Directions

  1. Preheat a lightly oiled griddle over medium-high heat.
  2. Combine flour, sugar, baking powder, baking soda and salt. Make a well in the center. In a separate bowl, beat together egg, milk and oil. Pour milk mixture into flour mixture. Beat until smooth.
  3. Pour or scoop the batter onto the hot griddle, using approximately 1/4 cup for each pancake. Brown on both sides and serve hot. 
nota : untuk telur wani guna 1 biji telur je bagi 2 x adunan.. wani tak suka letak telur banyak hehe... tapi dah lembut dan gebus je. happy trying and happy cooking !!!!!!!!

Monday, June 20, 2011

AYAM BLACK PEPPER

ASSALAMUALAIKUM……….

Salam hari isnin semua Masih lagi hari isnin kan . Ok hari ni malas nak bercakap panjang, cuaca pun macam panas mendung je pagi tu dan petang tadi hujan turun yang amat lebat .. alhamdulillah rahmat dari Allah. Sejak kebelakangan ni hujan je.. mak dan abah wani berpuasa hari ini. Hari ni wani nak tunjukkan resepi AYAM MASAK BLACKPEPPER. Resepi ni ambil dekat web myresepi. Rata2 mesti semua orang nak resepi ayam blackpepper ni dan versi memasak masakan macam ni pun banyak jenis.Sebelum ni wani pun dah banyak kali masak sebab sedap sangat resepi ni guna banyak rempah ratus dan absolutely wani suka kalau pasal rempah ratus ni…. Satu dapur bau wangi rempah…. Siapa2 yang suka sangat masakan berempah ni..ini memang satu resepi yang boleh dicuba.. tapi resepi ni wani ada tambah sikit sos black pepper nak bagi kuah dia pekat dan menyalut ayam tu…dalam resepi tak bagi tahu.. saja pandai2 tambah resepi orang … tapi apapun masakan ni dah memang sedap lagi ………abah wani puji meleret dia ingatkan resepi sendiri hehehe

AYAM BLACK PEPPER
PREPARED BY : WANI
RESOURCE: MYRESEPI WEBSITE


 Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • sedikit garam & kunyit untk mengoreng ayam
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 biji Bawang besar (dipotong bulat)
  • 3 s/b cili giling (kalo x nak pedas blh kurangkan)
  • 1 tangkai cili merah & hijau (dibelah tengah)
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • jintan manis & jintan putih (dikisar)
  • 1 s/b lada hitam - dikisar (kalo nak letak lebih, lg power)
  • kicap manis & masin (ikut citarasa masing2)
  • 2 s/b sos tiram
  • minyak untk menumis
  • garam & serbuk perasa (ajinomoto)
  • air (ikut citarasa masing-masing)

CARA - CARA 
  1. lumurkan ayam dgn garam & kunyit, kemudian digoreng( x goreng terlalu garing). angkat ayam & ketepikan
  2. tumiskan bahan-bahan yg ditumbuk
  3. masukkan kulit kayu manis,bunga lawang ,jintan manis & jintan putih, diikuti lada hitam, tumis sehingga wangi
  4. kemudian masukkan cili giling, tumis sebentar.
  5. kemudian masukkan kicap manis & masin, dikacau sebentar. diikuti sos tiram
  6. masukkan air (kalo suka kuah bnyk boleh masukkan lebih), biarkan kuah mendidih
  7. kemudian masukkan garam & serbuk perasa. diikuti ayam yg telah digoreng, biar sebentar sehingga ayam mesra dgn kuah tadi dan pekat
  8. akhir sekali masukkan cili merah & hijau, diikuti bawang besar dipotong bulat. 
HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING 


Saturday, June 18, 2011

MASAKAN KAMPUNG - SAYUR LEMAK PUCUK UBI

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...


entry ni buat petang tadi tapi baru nak publish malam soryy....salam petang sabtu dan selamat hari sabtu dan selamat berhujung minggu.... lama betul wani tak berblog, lama ke hehe.. a'ah sibuk sikit- sikit lagipun takde masakan yg sedap2 yang dimasak.. hehe. hari ni pun nampak mendung je. 4 hari lepas sebelum berlakunya gerhana bulan tu siapa tahu ke tak ambil tahu ...petang tu hujan turun teramat lah lebatnya, angin memang kuat sangat petang  tu pokok2 bergoyang bagaikan nak tersungkur ke bumi ,,, ya Allah takut wani tengok ... sampaikan sarang burung yang bersarang kat pokok belakang bilik wani ni pun jatuh tapi nasib baik jatuh atas para kayu untuk pokok anggur tu kalau la jatuh kat atas tanah lagi la kuat hentaman dia .. itupun wani perasan the next morning  apabila tengok pasangan burung tu terbang sana terbang sini mengelilingi sarang dia tu nak masuk kat pintu sarang dia tertutup... kasihan pulak pasangan burung tu.. bila wani tengok check2 kat dalam adala anak dia 4 ekor semuanya tapi 2 ekor dah mati tinggal 2 ekor je yang hidup..itupun wani tak perasan wani ingatkan ada 3 ekor semuanya .. abah check balik oooo 2 ekor dah mati  sebenarnya kasihan anak burung tu dah mati .. wani tolong bukakan pintu sarang dia tu... letak atas para kayu tu balik, nasib baik la emak burung tu masuk balik menjenguk anaknya... baguskan pasangan burung ni ..anak2 sama2 jaga .. tak macam manusia.. buang sana buang sini... wani tengok cara pasangan burung tu jaga anak pun kita dah boleh terfikir .. haiwan yang Allah jadikan pun sayangkan anak2nya ..... lepas tu bagi tau abah dan abah lekatkan elok2 dekat para kayu tu tak nak bagi jatuh balik...mak wani cakap orang tua dulu2 la cakap.. kalau ada burung yang bersarang pada rumah atau pokok janganlah diusik2 atau nak halau burung tu keluar .. itu petanda akan ada rezeki ... wallahuallam tak tahulah wani nak percaya atau tidak tapi kalau fikir secara logik takkanlah nak dihalau burung tu buat sarang biarlah dia buat sarang kat situ .. kalau tidak kejam namanya kita nak halau2 burung tu kan.. pasal gerhana bulan malam tu memang wani berjaga malam tu nak tengok2 bulan macam mana tapi tak nampak bulannya hehehe.....

oklah dah2 bercerita panjang lak ... ni wani nak tunjukkan satu masakan kampung.. SAYUR LEMAK PUCUK UBI ni memang my mum's favorite... maklumlah la mak wani ni orang kampung tulen .. semua tahu masakan kampung dan she adores kampung cooking. Bagi wani, pucuk ubi ni sedap dimakan macam tu je tak makan dengan nasi pun tak apa. sesiapa yang gemar masakan kampung tu bolehla cuba yang ini.

SAYUR LEMAK PUCUK UBI
PREPARED BY :WANI
SUMBER: MY OWN RECIPE




BAHAN-BAHAN

pucuk ubi ( 2 cekak pun dah kira ok. )
*5 ulas bawang merah
*10 biji lada burung@ cili padi ( kalau nak pedas tambah la lagi )
*3 cm kunyit
*belacan sebesar 10 sen ( wani buat agak2 je letak tapi tak la banyak sangat )
santan  3 cawan
ikan bilis ( segenggam pun dah kira cukup )

CARA - CARA
1. pucuk ubi dibasuh dan diramas2 dan dicarik2 sehingga lembut jangan kuat sangat nak carik tu ya bersama  dengan air garam untuk hilangkan getah pada daun2 dia tu. perahkan dan toskan. 
2. bahan - bahan yang bertanda * ditumbuk bersama dengan sedikit garam
3.masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan kacau rata.
4. masakkan santan tadi bersama-sama bahan yang ditumbuk di atas dapur sehingga masak (mendidih) dan boleh la masukkan ikan bilis dan pucuk ubi kayu
5.bila dah nampak pucuk ubi tu lembut boleh tutup api dan hidangkan.. HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING :)

Friday, June 10, 2011

SAMBAL MASAK BERSAMA KERANG




ASSALAMUALAIKUM.......

salam hari jumaat semua.. esok akan tiba pula hari sabtu... sekejapnya masa berlalu hari ni dah pun 10 Jun. sebenarnya wani dah lama nak masukkan entry pasal masakan ni tapi tak berkesempatan gara-gara hal kenduri kahwin ibu saudara terpaksalah stop sebentar... been busy masa tu .. tak sempat nak bertenet2.. ok lah nak cakap pasal resepi SAMBAL MASAK BERSAMA KERANG ni. wani dapat dekat my resepi saja search2 nak cari resepi pasal kerang pulak sebab wani memang peminat kerang.. dah lama buat masakan ni  masa adik wani balik dari KL lagi 2 minggu lebih yang lepas. bila tengok kepada nama resepi... wani ingat akan menjadi macam sambal la .. tapi pelik nampak bahan-bahannya macam nak buat sayur lemak pucuk ubi pun ada ni hehe. tapi tak apa pun, layan jer resepi ni. sedap pedas2 lemak gitu....lagi satu wani beli kerang yang telah dibuang isinya.mari kita tengok resepinya ....

SAMBAL MASAK BERSAMA KERANG
SUMBER : MYRESEPI

Bahan-bahan
  • *2 biji bawang besar
  • *15 tangkai cili burung (klu nak lagi pedas tambah lagi cili)
  • *ikan bilis segengam
  • *1/2 sudu belacan
  • *secubit garam & gula
  • santan pekat 1/2 biji
  • 1/2 kilo kerang yang telah direbus
  • bahan2 bertanda * hendaklah ditumbuk. jgn halus sangat baru sedap
Cara-cara
bahan2 bertanda * dimasukkan dalam periuk bersama dengan kerang rebus dan santan. masak sehingga mendidih. siap dimakan

SELAMAT MENCUBA


NOTA: MAKE SURE, KERANG TU BETUL-BETUL BERSIH KALAU BOLEH BERSIHKAN DAN RENDAM LEPAS TU TOSKAN RENDAM LAGI TOS LAGI RENDAM LAGI TOS LAGI BUAT LAH MACAM TU BERULANG KALI UNTUK MENGHILANGKAN PASIR-PASIR HALUS KAT CELAH2 KERANG TU NANTI TERMAKAN PASIR PULAK.WANI BUAT DALAM 3 KALI 

Tuesday, June 7, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT "CU"

ASSALAMUALAIKUM.......


alhamdullillah, segalanya telah berakhir semalam pada 6 Jun 2010 setelah penat berhempas pulas untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar dari akad nikah sampailah kepada menghantar pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. mesti ada orang tertanya - tanya siapa "CU"? hehe .. nama tu adalah panggilan wani kepada ibu saudara wani iaitu adik bongsu abah. tahniah kepada beliau dan SELAMAT PENGANTIN BARU. sudah lama tidak bercerita-cerita dekat blog maksud wani bercuti la sebab banyak hal yang nak diuruskan sepanjang berlangsungnya majlis ini. wani pun dah terlalu penat kerana dalam seminggu asyik berulang-alik dari Peringat ke Kubang Kerian. phew mata ni pun dah lesu. ramai sanak saudara pulang ke kampung sama-sama bekerja untuk buat kenduri kahwin ni lagipun ia dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama keluarga. yang jauh pun balik yang dekat pun balik, berkumpul sama-sama


hari pertama, selesai sahaja akad nikah ibu saudara wani petang tu, terus ke dapur banyak kerja nak buat, nak kupas bawang la nak buat itu nak buat ini. sampai sana, wani dah nampak bekas- bekas jiran wani yang sama2 datang menolong. dah lama tak berjumpa dengan mereka semua. semuanya dah tua2 makcik2 jiran wani.jiran2 wani masa wani budak2 dulu dah tak kenal dah  wani ni ... dah besar kan .. memang tak cam sangat la muka hehe. bekas tok guru wani masa wani belajar mengaji Al-Quran pun ada datang menolong. memang tinggal kenangan Kubang Kerian ni.my childhood memory... huhu




oklah wani sebenarnya ingin berkongsi satu gambar kek perkahwinan masa majlis perkahwinan ibu saudara wani hari tu. kek tiga tingkat yang telah ditempah oleh ibu saudara wani seorang lagi. bagi wani nampak cantik sangat sebab dia letak aising kan, colorful lagi. tapi harga kek tiga tingkat tu RM 208.. wow mahalnya, kalau nak yang ada fondant tu harga dia dah mencecah RM 500.. lagiiiiiiiii laaaa mahal ... oooo rupanya mahal ya kek ada fondant tu. keknya biasa je .. macam kek sponge chocolate layer with buttercream. oklah ini sahajalah entry untuk hari ini.. tak sempat lagi nak tulis entry  masak yang special ... nanti next time la ya hehe.. byeeeeeeeeeee