Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Saturday, April 30, 2011

PENANG ASSAM LAKSA

ASSALAMUALAIKUM


Selamat berhujung minggu ya semua. Ok,sebelum memulakan apa resipi hari ini, semalam pada 29 April 2011 hari yang bersejarah bagi seluruh dunia apabila majlis perkahwinan Diraja England diantara Putera William dan Catherine Middleton berlangsung dengan meriahnya. Memang meriah sungguh!!. Semalam live the royal wedding ceremony on TLC channel. Wani siap tunggu pukul 5:00 petang nak tengok kat channel TLC.Live pulak dari pukul  5 petang sampai ke 9 malam. Lamanya tu. Jenuh nak tengoknya.kesimpulannya, Cantik dan elegan Kate, she’s so sweet with her soulmate dengan gaun pengantin perkahwinannya tu. Rakyat tunggu sepanjang jalan sehingga ke gereja, sepanjang dalam perjalanan Kate ke gereja. Semoga mereka berbahagia. ok dah.. dah.. stop.

Hari ini special sikit menu sebab menu ni memang dah jadi favorite wani. Dah banyak kali buat dan baru tau apa ramuan yang menyedapkan lagi rasa kuah tu.dah banyak kali buat sampai laksa dari negeri sendiri pun kurang nak makan hehe.  Memang best lah. Hari ini menu Laksa Penang. Emm dah jadi laksa kegemaran my top favorite berbanding laksa – laksa dari negeri yang lain sebab yang ni kuah dia masam – masam sikit. I LIKE !!!!. bahan – bahan untuk kuah pun dah ada, semalam mak dah petik 2 kuntum bunga kantan kat belakang rumah dan pagi ni abah dah beli 2 ikat daun kesum yang fresh – fresh. Wani suka bau-bauan herba – herba atau ulam- ulaman asia ni.. baru lah rasa authentic. So hari ini mulalah projek buat Laksa Penang , walaupun Wani bukan orang Penang hehe. Sepanjang masak Laksa Penang ni pun mak asyik bercerita yang dia pernah makan laksa dari Terengganu yang kuahnya santan mentah. Wani pun tak tahu sebab tak pernah makan. Ramuan nak buat kuah laksa ni setiap negeri lain – lain. Betul ke orang Terengganu hehe. Ramuan ni semua main agak – agak je, tapi Wani akan letakkan resepi kat sini dari myresepi. Lebih kurang lah ya. Ada yang tak cukup bahan tu sorylah ya. Laksa tu pula hanya guna instant laksa. Tapi resepi yang diletakkan disini cuma wani tak masukkan halia, bawang putih dan cili giling.Wani cuma tambah serai yang dititik. lagi bau wangi kuah tu ya .

Laksa Penang Liza ( sumber myresepi )

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • 3-4 paket laksa beras cap Zong Shan
  • *Bahan kuah laksa*
  • 1 kg ikan kembung
  • 3-4 ulas asam keping
  • 1/2 labu bawang besar
  • 7-10 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 3-4 cm halia
  • 10-12 sudu makan cili giling
  • 7-10 biji cili padi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 cm belacan
  • segenggam daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • garam secukup rasa
  • *Bahan ulam laksa*
  • 4-5 biji telur rebus - dibelah dua
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 5-6 biji cili padi - dihiris
  • 1/2 biji nanas - dihiris
  • 1 batang timun - dihiris memanjang
  • 5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
  • 4-5 helai daun salad - dihiris
  • sedikit daun pudina
  • *Bahan opsyenal*
  • petis udang

Cara-cara

  1. *Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus sampai 'al-dente'...Laksa ditoskan dan diketepikan...
  2. *Kuah laksa* Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi...
  3. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar...Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan turut dikisar...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga...
  4. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia...Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...Kemudian, panaskan periuk...
  5. Masukkan cili giling dan belacan...Lalu masukkan air asam jawa...
  6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan...
  7. Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih...Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya...Bubuhkan garam secukup rasa...Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya :P 
 yang ni semua ramuan yang perlu digunakan untuk buat kuah laksa penang. cuma yang tak ada kat sini belacan.

 sesudah blenderkan lada kering, bawang merah dan cili padi tu masukkan ke dalam periuk,ikan rebus yang telah diblendkan bersama air rebusan ikan tu sekali, belacan, air asam jawa dan asam keping serta serai yang telah dititik. garam pun boleh masukkan terus. sukatan air yang nak ditambah pun agak -agak la dengan ikan rebus yang telah diblend. jangan cair sangat kuah tu. nanti tak sedap.


 kacau kuah tu sampai naik bau. kacau dan terus kacau 


 bila dia dah naik bau dan dah biar menggelegak lama sikit tu dah rasa garamnya, masukkan gula dalam satu sudu besar dan masukkan la daun kesum dan bunga kantan yang telah dibelah 4.


 kacau punya kacau dan biarkan dia mendidih lama sikit ya sampai la masak.


 penyediaan untuk laksa segera pula buatlah macam biasa. rebus sehingga masak dan toskan.



HASILNYA :


SELAMAT MENCUBA !!!!!

Friday, April 29, 2011

GULAI LEMAK KUNING IKAN REBUS


ASSALAMUALAIKUM


Hari ini hari kedua postkan new entry kat blog. Pagi tadi bila duduk kat dapur bersama mak, mak pun tersebut la dah lama dia tak makan gulai lemak ikan rebus. Mak teringat yang arwah nenek wani selalu buat gulai lemak ni, nama lagi masakan kampong kan.kalau masakan kampong ni bahan- bahannya pun dah tak lari kunyit dan lengkuas mesti ada dalam resepi macam ni.Lepas tu wani terfikir balik, ya la mak dah lama kan tak masak gulai lemak ni. Rasa- rasa dah nak dekat setahun lebih tak masak. Kesnya sebab guna santan la. Abah wani ni bukan suka sangat kalau bab – bab masakan guna santan.maklumlah nak jaga kesihatan.ingat dulu kalau mak selalu masak yang guna santan –santan ni dia marah. Tapi untuk kali ini, wani buatkanlah untuk mak yang dah lama sangat teringin nak makan, siap kata dah lama tak bau masak lemak macam ni. Kasihan mak. Maklumlah tengah-tengah kacau kuah tu, semerbak dapur bau ok lah mari kita terjah ke dapur wani ya ^^


BAHAN – BAHAN

3 sm kunyit hidup*
2sm lengkuas ( paling senang pun kerat je dalam 3-4 hiris )*
Ikan yang telah direbus ( yang ni ikan dah direbus lama dah dalam seminggu sebab nak suruh dia rasa masam – masam sikit kat ikan tu . tak kisahlah nak letak berapa.
2 keping asam gelugur ( ambil kat ikan yang telah direbus )
3 cawan santan ( biar cair sikit kalau tak nak pekat )
3 tangkai lada kering yang telah direndam dalam air panas*
Bawang merah besar ( wani ambil satu labu tu nak habis 1 labu bukan setengah)*
1 tangkai lada besar hijau dibelah panjang tapi jangan terputus
Separuh timun batang yang telah dipotong serong. 


CARA – CARA
  1. blenderkan kesemua bahan yang bertanda *
  2. sediakan periuk, masukkan santan dan letakkan bahan yang telah diblender tadi
  3. letakkan garam secukup rasa, kalau x rasa masin lagi boleh tambah tapi berhati-hati sebab ikan rebus nanti dah masam dan masin dan letakkan juga asam keping.
  4. letak atas dapur dan mestilah dikacau selalu sampai la santan tu menggelegak, biar lama sikit dan baunya pun dah semerbak, kalau rasa nak tambahkan garam boleh tambah lagi buat masa ini.
  5. kemudian boleh la letak ikan rebus ikut suka nak, wani letak  dalam 6-7 ekor ke dalam periuk, kecilkan api dan dibiarkan mendidih lama sikit sebelum masukkan timun batang dan lada besar hijau
  6. biarkan kuah tu menggelegak lama sikit boleh tutup api dan siap untuk dihidang. SELAMAT MENCUBA!!!


 HASILNYA:



 ok nilah hasilnya,, tapi kuah tu agak merah sikit sebab terletak lada kering lebih sikit. sepatutnya kuah tu berwarna kuning , tapi tak apa rasa dah menyelerakan. :))


ROTI ARAB

ASSALAMUALAIKUM


sebelum wani memulakan apa - apa penulisan dekat blog ini. Sebelum ni dah ada blog nya disebabkan tak aktif sangat dah lama sangat password pun tak ingat entah ke mana hehe. so create la blog yang baru, harap - harap berkekalan la ya. Timbulnya nya minat nak berblog ni disebabkan tengok kawan- kawan kat myresepi postkan resepi- resepi yang dah mereka cuba buat kat blog. nampak kemas, cantik, tersusun rapi mengikut kategori resepi. Lagipun boleh la kita simpan resepi-resepi yang dah kita cuba buat kan.Tak rugi punya. Lagipun minat wani dalam membaking dan memcooking ni dah meluap - luap. wani suka sangat pasal masak- masak ni. Boleh mencuba masakan - masakan baru. oklah dah panjang ni bercerita, jom tengok apa yang wani nak perkenalkan bagi first entry kat blog ni iaitu ROTI ARAB. wah !!! ROTI ARAB yang mula- mula jadi pengenalan fisrt blog ni.Resepi ini diambil kat myresepi.Abah wani pun puji meleret siap kata boleh jual lagi. Roti Arab ni wani goreng masa waktu pagi sampai ke malam pun masih lembut lagi. Kredit to myresepi. this recipe is very delicious. the texture inside is so soft even though they looked brownish but not burnt ya. I LIKE ! LIKE!!!!

Roti Arab / Arabic bread

Bahan-bahan ( 16 biji )

  • BAHAN A :
  • 1 peket (11gm) yis mauripan
  • 1 Sb gula
  • 1/4 cawan air
  • BAHAN B :
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula
  • 2 sb marjerin @ mentega
  • 200 ml susu cair
  • minyak utk menggoreng
  • Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli. 
  • 1. penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan   sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.

2.Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.

  1. kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.  Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
    tutup dengan kain lembap dan perap selama 1 jam
    ini hasilnya yang dah diperap.. jadi double size.


     selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.jadilah macam gambar diatas ya. 

     yang ni bila dah dicanai. jangan terlalu nipis sangat ya. 

    bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.kat sini tak ada gambar yang digorengnya tak sempat nak snap sebab kedua-dua tangan guna.lagipun roti ni cepat kembung takut terhangit nanti hehe...


    HASILNYA: 


     
    Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.SELAMAT MENCUBA..!