Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Wednesday, November 9, 2011

UDANG GORENG MADU

ASSALAMUALAIKUM........


nasib baik la pagi tu wani ada nak baking kek karamel .. sebab masa time petang tu aunty wani yang dok kat Kubang Kerian call.. abah wani .. dia cakap nak jalan-jalan kat rumah petang nanti dengan family dia dapat la jumpa dengan sepupu "baru" yang comel .. Amsyar dan Balqis..itupun nasib baik dah makan satu slice pagi tu hihi.. lepas tu simpan letak dalam peti... tak tau pulak ada tetamu akan bertandang petang tu.. nasib baik la ada kek karamel tu  .. buat menu petang la nampaknya... ikutkan wani ni ..suka je buat kek tapi tak berapa nak makan .. buat tu sebab nak suruh orang lain makan.. ada ke orang macam wani ni :D.. rasa lucu pun ada.dah la ibu dan abah bukan boleh makan manis-manis selalu..dan kalau boleh tangan ni asyik gatal je nak buat dessert .. kek, biskut, muffin .. bagai...


oklah dah banyak bercakap-cakap.. mari kita tengok resepi .. lama betul simpan udang ni dalam freezer..last-last terfikir nak mencuba resepi UDANG GORENG MADU.resipi ni ambil dari rumah kak mieza.. tergoda bila tengok udang goreng madu tu  .. bahan-bahan pun simple dan mudah je .. kacau-kacau , goreng-goreng, tuang itu tuang ini .... tupp.. tupp.. dah masak..emmm sedap makan dengan nasi hangat ... membangkitkan selera...... senangkan ... jom cuba !!!

UDANG GORENG MADU

Recipe: Chef Sabri @ Wanita Hari Ini TV3
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:
400 gm udang - buang kulit
2 biji bawang besar - cincang
3-4 biji bawang putih - cincang
2 sb cili kering kisar
2-3 sb madu
1/2 cawan udang kering - cincang
2-3 sb sos plum - mieza tambah
3 tangkai daun kari
3 sb mentega

Cara-cara:

1. Panaskan mentega dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga perang.

2. Masukkan udang kering dan cili kisar dan tumis lagi hingga udang kering masak.

3. Masukkan udang, madu, dan sos plum. Kacau hingga udang masak. Rasakan garam gula.

4. Angkat dan hidangkan. Senangkan.


5 comments:

  1. Wani cayang..terima kasih sudi cuba resepi ni..akak terjumpa resepi ni masa jalan2 kat youtube..terus berkenan nak cuba..dan sedap kan gabungann udang fresh dan udang kering tu..mkn dgn nasi panas mmg sedap..TQ lg sekali dear..nanti wani cuba resepi yang pula ye..:)

    ReplyDelete
  2. Salam Wani
    Rahel dah sampai ni...siap bawak pinggan berisi butter prawn...leh tukar tak? hihi..

    ReplyDelete
  3. kak mieza: memang sedap la udang ni .. tengok resepi pun senang je ;;lagi2 ada udang kering tu .. terima kasih kak mieza sebab resepi tu sedap... boleh la jadi koleksi resepi udang hihi.. :))

    ReplyDelete
  4. norlie: hehe sedap2 memang sedap :))

    kak rahel ..salam.. alamak .. dah habis ni.. macam mana nak bertukar pinggan ni hihi.. wah buat butter prawn yer ... emm sedapnyaaaaa..

    ReplyDelete