Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Tuesday, November 1, 2011

KEK KARAMEL... AKHIRNYA................

ASSALAMUALAIKUM...........


sejuknyaaaa.. dah 3 hari hujan berturut-turut ni .. kaki ,, tangan,  badan habis sejuk .... sampai nak masak pun dah tak ada mood .. nak mengambil gambar lagii la .. mood tak dak...cuaca hujan gelap macam ni .... gambar tak berapa nak jadi ...  wani nak kongsikan kek karamel yang dah berjaya dibakar.. ..dah lama buat ni tapi gambar-gambar semua masih dok peram dalam laptop... sekarang baru nak buat entry.. kek ni,  sebab dah berjaya buat kan .. so happy la hihi.. dah ramai dah orang buat menjadi ..ini pun kali kedua baru menjadi sebab kali yang pertama tak jadi sebab wani ambil resepi siapa dah tak ingat silap bab step pukul meringue tu.. dalam resepi dia cakap pukul meringue dulu lepas tu ketepikan baru pukul yang kuning telur tu kan. bila wani bandingkan yang kak ita (masam manis) buat punya, bab pukul meringue tu kena last step... sebab meringue mana boleh simpan lama-lama dia kena terus guna nanti turun "air" ...bagi  wani kalau resepi ada buat meringue memang wani ambil  the last step ...bila kita dah siap pukul adunan kuning telur dengan minyak, gula semua  tu so nak tinggal lama adunan tu tak apa .. sebab tak ada kait dengan putih telur ..  ada orang buat sebaliknya ke .. tapi jadi...? dah nampak tu dah nampak tu gambar tu  gebusshhh kan.. sukaaanya.... :p..baru wani tahu sebelum ni tengok orang dok tayang gambar kek karamel masing-masing dengan pelbagai kreativiti mereka buat .... sambil cakap kek karamel bila makan  macam aiskrim .... wani dok fikir dalam hati betul ke macam aiskrim... lepas tu bila dah berjaya buat ni ..eh..eh betullah macam aiskrim.. gebu je kek ni.

semangat berkobar-kobar nak buat balik sebab tengok kak ita yang tak jemu-jemu mencuba kek karamel ni akhirnya menjadi .. bukan sekali 2 tak jadi... 7 kali tu... yang wani buat  dulu sekali fail dah terus malas buat dah ... ini kali kedua ni baru menjadi hihi alhamdulillah ..ni pun dari panduan KAK ITA untuk picture bergambar, KAK UMMI ( HOME SWEET HOME ) pasal kek karamel ni seelok-eloknya kena letak atas wire rack tak nak kek tu terkena air karamel, dan tips dari  E-NA LOVELY KITCHEN pasal seelok-eloknya  gula pasir 11/2 sudu besar je untuk tak nak bagi air karamel tu banyak dan meleleh dekat kek semasa proses terbalikkan kek .. semuanya wani  baca, tengok dan perhatikan keterangan bergambar tu.. barulah nampak sikit kejadiannya step by step tu macam mana..terima kasih kepada mereka semua yang membuatkan wani bersemangat nak buat balik...  yang ini pun wani nak buatkan step by step jugak .. nak buat rujukan untuk masa akan datang dan juga pembaca yang lain......

cuma karamel nya tu agak nipis sikit.. bagi wani dah elok dah sebab wani kurang sikit bab-bab karamel ni.. kalau sesiapa nak tebalkan karamel tu boleh la buat double adunan untuk karamel tu ya.. 

SEMASA PROSES PENYEDIAAN KEK KARAMEL

gula pasir yang telah dicairkan..

campuran kuning telur, gula kastor, air dan minyak masak yang telah dipukul sehingga putih gebu. wani pukul dengan handwhisk untuk part ni

adunan yang telah bercampur dengan tepung gandum

ini campuran karamel. bahan karamel boleh dibuat awal. dan letak dalam loyang gula hangus tadi

meringue yang telah dipukul sehingga bertanduk.. bila angkat mangkuk ,meringue tak jatuh. pastikan sebelum nak pukul putih telur tu tiada sebarang kuning telur dan juga minyak. 

adunan meringue yang telah dicampur dengan adunan tepung tadi

bahagikan adunan tadi kepada 2 atau 3 jenis warna yang disukai.wani buat 2 jenis warna

buat belang-belang macam ni iaitu 1 senduk letak tengah -tengah. lepas tu ambil sesenduk warna lain letak atas warna yang pertama tadi. buatlah berulangkali sehingga habis. 

SEMASA DI DALAM OVEN

saja nak letak gambar bagaimana kek ni naik tinggi membukit dalam oven

baru letak dalam oven.loyang kek diletak  dalam loyang yang telah diisi dengan air panas ya. bakar dengan api bawah sahaja dengan suhu 150 C. wani guna suhu 150 C.

selepas 30 minit pertama dah naik membukit dah..

SELEPAS KELUARKAN DARI OVEN

kek karamel yang dah masak dibakar ..ada crack sikit tapi bukan itu yang kita nak tengok ya

setelah sejuk kek akan renggang sendiri dari tepi loyang berhati-hati sikit masa nak keluarkan dari loyang agar karamel tu tak cacat biar cantik elok ya keluar..

SELEPAS DIKELUARKAN DARI LOYANG




SETELAH DIPOTONG



wani letak atas wire rack sebab takut nanti air karamel tu meleleh keluar .. ini pun atas cadangan nasihat kak ummi .. sebab bila dah telangkupkan kek tu atas wire rack .. ada air karamel jatuh dari atas .. nasib baik letak atas  wire rack kalau tak.... kek karamel wani " terminum" air karamel la  hihi ....


KEK KARAMEL
SOURCE:  AZLITA AZIZ@ MASAM MANIS BLOGSPOT



KEK KARAMEL STEP BY STEP CARA KAK ITA

Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.


Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.

Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.


NOTA:

- peringatan untuk wani sendiri, bakar pada suhu 150 C api bawah sahaja selama 1 jam dan tambah 10 minit lagi, turunkan suhu kepada 140 C.
- panaskan oven terlebih dahulu, wani guna api bawah dan atas, then masa nak bakar baru pasang api bawah.
- kekalkan kek di dalam oven selepas masak, nanti nampak ada wap dalam oven, baru bukakan sedikit pintu oven nak bagi wap keluar.
- buat meringue pukul hampir 15 minit juga.
- guna 11/2 sudu besar gula pasir nak buat karamel. kalau terlebih gula nanti banyak air karamel yang keluar.


7 comments:

  1. Adoi k.wani...kek ni mmg sedapppp!!! dah pernah buat sekali dulu. napok gayo kene buat lagi sekali..

    ReplyDelete
  2. hihi ..buat nani,,,, jangan tak buat heheh... menggoda betul kek ni

    ReplyDelete
  3. Mat petang Wani
    dari jauh akak ternampak kek karamel...ada tarikan..tu yg akak singgah.kot2 ada lagi..nak mearasa gak..bole ek?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wani..mieza nak ucapkan terima kasih sebab sudi singgah dan follow blog WAWMC..terima kasih banyak2..mezafollow juga dan blog wani juga sudah dimasukkan ke dalam bloglist di WAWMC...harap wani juga sudi link kan blog mieza di bloglist wani..

    Kek karamel tu nampak sedap sekali..ramai yang dah mencuba..entah bila la mieza nk cuba juga..mungkin raya haji ni..cantik kombinasi warna hijau biru tu :)

    ReplyDelete
  5. nak tanya...karamel tu kena kukus dulu atau terus masukakn adunan kek tu ke dalam karamel..terima kasih

    ReplyDelete
  6. SALAM erina .. terima kasih sudi singgah kat blog :).. karamel tak perlu kukus dulu tapi adunan kek tu masukkan terus dalam adunan karamel tadi.. tak apa, kalau adunan kek betul2 menjadi adunan kek dia memang ringan ,so dia terapung 2 atas adunan karamel tadi tak tenggelam... bakar sekaligus ..

    ReplyDelete
  7. terima kasih wani...insyaallah effa boleh cuba....nampak mmg sedap...

    ReplyDelete