Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan




EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

Wednesday, October 26, 2011

VADEE ( KACANG DAAL)

ASSALAMUALAIKUM..................


HAPPY DEEPAVALI   .. kepada semua penganut agama hindu di Malaysia dan selamat bercuti kepada semua .. bertuahnya di bumi Malaysia ..terdiri daripada pelbagai bangsa.. dan budaya .. dan kita sendiri pun teruja ingin mengetahui  kebudayaan mereka masing-masing lebih-lebih lagi pasal makanan kan.. hihi.... bagi kita nampak pelik la sebab tak pernah tengok .. bagi dia tak nampak pelik dah sebab itu makanan yang sentiasa dimasak selalu.... masakan india yang wani pernah rasa masa dekat kafe di Arked Cengal masa di U dulu... bermacam-macam jenis masakan india .. kalau lalu je kat tepi kedai tu ..menyengat hidung ni berbau kari ... macam menarik-narik suruh pergi dekat sana hihi ... tapi kari dia tak boleh lawan yang kita masak hihi.. kaw-kaw tu kari... memang Arked Cengal ada 2 restoran sebelah menyebelah ...satu untuk  makanan india dan sebelah lagi restoran teman sejati yang diniagakan oleh seorang Cina Muslim...  kalau wani pergi, memang pergi terjah masakan cina terlebih dahulu hihi...  dah ambil makanan tak ingat apa dah ...
 ^^..

kuih yang ini pun .. kuih ke nak panggil .. huhu.. macam ala nak cucur pun ada hihi.. VADEE ni adalah salah satu daripada makanan india ..macam boleh kita panggil snack la...makan untuk minum-minum petang ke..  resepi ni wani ternampak dekat HIDANGAN SEDAP di facebook... yang diberikan oleh PUAN JAZEYTA MAHAT  yang nun jauh di Singapura..... macam sibuk berbisnes kak ita ni sekarang .. dah ambil order spiral curry puff tu dah la banyak .. tak apalah tu rezeki .. selamat maju jaya dalam berbisnes... ya kak ita ....semoga rezeki mencurah-curah. bila kak ita post pasal resepi ni  terus wani berkenan sebab resepinya yang mudah.  hanya gaul-gaul .. dan goreng...tapi sebab wani tak pernah makan vadee ni .tu dok fikir macam ni kah rasanya vadee tu tapi layan je la ... hihi.... mak cakap rasa lemak-lemak kacang....dia teringat yang kawan Johor dia pernah buat kuih macam ni..tapi berbentuk leper tapi tak guna kacang kuda .. .. resepi untuk 1 adunan ni banyak sangat . wani dah bagi 2 tapi nampak still banyak lagi ..sebab kacang kuda tu bila direndam memang dia kembang sekembang2nya .. jadi banyak... rasa kalau nak buat untuk medium family ...  resepi ni kena bahagi 4? boleh ..hihi

bila wani search dekat internet .. rupanya pelbagai jenis kaedah untuk menghasilkan kuih vadee ni .. tapi resepi ni paling simple tak banyak kerenah je ..just gaul-gaul dan goreng .. ada sesetengah resepi vadee, ia kukus terlebih dahulu sebelum digoreng .. rasa lagi bagus kot sebab dah masak terus masa kukus ..goreng tu hanya nak bagi crispy dekat bahagian luar je...  dan macam- macam bahan lagi yang diletak .untuk menambahkan lagi kesedapan resepi tersebut .... wani cuba yang ni je ..nanti boleh cuba untuk lain kali ... bagi versi vadee yang lain...

ni la adunan selepas digaul.

dibulat-bulatkan jadi bulat pipit sebelum digoreng

VADEE ( KACANG DHALL )

Resepi dari keratan akhbar ( DARI KAK JAZEYTA MAHAT )
 Bahan :
600 gm dhall kacang kuda (rendam selama 5 jam)
100 gm kacang dhall biasa (rendam lima 5 jam)
* Kedua2 kekacang ini dicuci bersih dan di kisar/tumbuk dng kasar2
5 biji bwg besar :didadu
6 batang lada hijau (dihiris)
sedikit daun kari ( wani hiris - hiris halus )
1 camca jintan
1 camca kunyit serbuk
1 camca garam
6 ulas bwng putih :di tumbuk lumat
2 inci halia :ditumbuk lumat
 Minyak :untuk menggoreng

Cara:
Campurkan kesemua bahan diatas.
Adun hingga rata kesemuannya.
Ambil sedikit adunan dengan tangan.
Bentukkan ia menjadi bulat pipit.
kemudian digoreng tenggelam dengan minyak yg banyak....


5 comments:

  1. suka juga vadee ni, dulu tak tahu nak buat sekarang dah tahu...sebab boleh share resepi..

    ReplyDelete
  2. nani dah lama nak buat...tapi tak konfiden lagi...ingat nanti g bandar nak beli la kacang dhal.

    ReplyDelete
  3. hari tu memang ada nampak di HIDANGAN SEDAP tapi Rahel lupa la pulak ambik resepinya,mekasih Wani kerana tolong entrikan lagi resepinya.

    ReplyDelete
  4. salam kenal wani..sedap nya vadee....resepi baru ni sebab biasa buat guna kacang dal semata..ni ada letak kacang kuda..mesti sedap...:)

    ReplyDelete
  5. as-salam
    selamat mlm..npk sedaplah VADEE ni ..masuk list dulu..tq 4 sharing..

    ReplyDelete