Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Wednesday, October 19, 2011

TAUFOO JEPUN LEMBUT KUKUS

ASSALAMUALAIKUM...
Hari tu ada terbeli tofu lembut sebab teringin sangat nak makan cara yang KAK JEE buat iaitu hanya kukus je lepas tu letak daun bawang, daun sup, bawang goreng, kicap semua tu.. wani rasa macam sedap..kalau letak shitake mushroom lagi masuk ni tapi tak letak tak teringat nak beli.. sampai rumah baru teringat ..lepas dah siap kukus tu..cepat-cepat tabur itu tabur ini nak makan terus masa panas-panas ni sedap.. sebenarnya ternampak dekat blog NANI... lepas tu bila pergi jalan-jalan dekat blog kak jee .. teringat yang resepi taufoo lembut ni .. lepas tu terus ambil.. thanks kak jee.. dan nani ..sebab buat teringat-ingat dalam fikiran pasal resepi ni .. resepi ni memang ringkas .. boleh buat untuk diet ...lain kali nak buat lagi kena ingat nak beli shitake mushroom tu... hihi.. kalau tambah lagi daun bawang daun sup ke tambah lagi dengan kicap.. memang sedap ..walaupun simple... wani copy paste kat sini ye ... :)..


macam-macam taufoo lembut ni di pasaran .. wani ambil yang ini.. yang penting ada logo halal hihi..


TAUFOO JEPUN LEMBUT KUKUS / STEAMED SOFT TAUFOO


BAHANNYA:

1 peket taufoo
cendawan shitake (optional)
2 sudu besar kicap manis (Kjee guna cap kipas udang)
2 sudu besar fish sos
bawang goreng
daun bawang
cili merah

CARA:

1. Panaskan kukusan
2. Keluarkan taufoo perlahan2 dan susun atas pinggan.
3. Hiris cendawan dan susun sekeliling taufoo.
4. Bila air sudah mengelegak, kukus taufoo selama 7 minit.
5. Keluarkan dari kukusan, tuangkan kicap keatas taufoo.
6. Kemudian hiaskan dengan bawang goreng, daun bawang dan hirisan cili merah.




3 comments:

  1. nani konon2 nak buat stok la taufu ni...sekali terlupa nak makan...nak dekat2 expired date baru terperasan. naseb baik sebelum masak dh try dulu sikit...sekali dah masam...huhuh...memang betol...nani pon pilih yg ada logo halal dulu...almaklumlah...mende2 mcm ni jarang org kita yang buat...

    ReplyDelete
  2. haaa taufu ni pon satu hal lagi bab masak2 x boleh nak lambat2 ..kalo dah beli terus buat jadi resepi ya hihi ...sebab confused gak nak beli tofu lembut ni yang jual2 kat supermarket .. dah ternampak yg halal punya terus ambil ....

    ReplyDelete
  3. Selamat malam Wani..
    singgah kejap tengok taufu kukus..memang sedap yg cam ni..walaupun simple..akak pun suka taufu lembut...tumis ngan udang segar..sedap.

    ReplyDelete