07 October 2011

SLICE CHEESE CAKE

ASSALAMUALAIKUM...............


First time buat slice cheese cake ni.. jangan suka dan gelak-gelak tau ,,,, biasalah budak baru belajar huhu... sebenarnya dah lama sangat nak buat slice cheese cake ni asyik tertangguh je ... sebab cake ni tak guna cream cheese hanya guna slice cheese je.. tapi disebabkan wani pernah buat kek karamel percubaan pertama ,,failed part nak buat meringue tu .. terus dah give up sebab cake ini pun kena buat meringue jugak...trauma lah.. padahal baru kali pertama buat dah trauma ..orang yang berkali-kali buat tu tapi tak putus-putus semangat nak mencuba dan terus mencuba.... akhirnya menjadi jugak hasilnya tu ya.... tahniah.. tahniah.... tapi yang ni pun wani tahniah jugak untuk diri sendiri sebab berjaya jugak menghasilkan kek yang tekstur nya yang  amat gebu.. hihi.. a big applause to me.. ya.. excited menjadi kek ni sampai tak lalu makan :D..berdebar jugak semasa menantikan detik-detik bila kek ni naik meninggi dalam oven hihi

cheese cake memang menjadi favorite wani yang paling top ... entahla nape jatuh hati dengan cheese cake ni .. tapi dulu bila wani dah kempunan cheese cake ni asyik selalu beli .seingat wani, .kalau pergi shopping masa kat Jusco Taman U , Skudai Johor ... di bakery kat jusco tu selalu jual slice cheese cake ni .. mahal kan kek ni yang bulat bersaiz kecik tu dah cecah harga RM9.90.... kira RM 10.00 la tu.. sebab pintu masuk kat shopping mula-mula  tempat nak langkah kaki tu  kedai bakery dulu yang nampak  ,,,mana taknya terliur tengok pameran-pameran cheese cake sana .. dan menggoda hati dan jiwa nak langkah masuk ke dalam bakery hihi.. dan duit pun melayang dek kerana cheese cake ;p...a'aah kenangan yang lalu .. memori diungkit kembali..

dalam oven lepas 30 minit pertama... gebusss je naik meninggi 

ni dah dikeluarkan dari oven ..masa dah habis timer tinggalkan dalam oven tapi bila dah tengok oven jadi berwap, wani buka pintu oven sikit untuk wap keluar 
nampak nipis, mungkin sebab guna loyang yang bersaiz besar tapi hasilnya dah gebu .. next time kena doublekan adunan ni untuk saiz loyang ini . . tapi kek ni bila dah masak yang naik meninggi tu dah tak ada jadi turun  rata je memang macam tu ke... tapi nasib  tak jadi bingka nya .. 


hari yang ditunggu- tunggu telah pun tiba dan bersemangat nak buat kek ni.. alhamdulillah menjadi ... nasib baik tak jadi macam bingka kat bawah tu ..part yang orang paling trauma sekali .. wani banyak mendengar komen-komen yang mengatakan kek ni selalunya jadi bingka kat bawah tapi half bawah je yang kat atas tu gebu elok.. tapi syukur yang wani buat ni tak jadi bingka kat bawah.. gebussss je dari top sampai bottom hihi.. tapi yang dalam resepi ni wani terbalikkan.. pukulkan kuning telur hingga kembang dan masukkan dalam adunan cheese tu dan lepas tu masukkan tepung ...lepas siap adunan tu semua barulah buat part  meringue last sekali... wani pernah terbaca tip.. kalau buat meringue, lepas putar kena guna terus dan jangan simpan sekejap atau lama ... nanti ia akan turun air .. wani buat macam tu lah.. itu cara wani buat la ya ...  belajar pengalaman dari kek karamel yang tak jadi huhu... oklah resepi ni ambil dekat blog kak nor dan kak nor kata ambil dekat dari Ros(Onigiri)...wani copy paste kat sini pulak senang nak buat rujukan .. terima kasih sudi berkongsi :))




SLICE CHEESE CAKE 
Source 1: KAK NOR@ SECUBIT GARAM
SOURCE 2 : Ros(Onigiri)@MyResipi

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanilla


potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi

NOTA:
1.suhu ikut oven masing-masing Suhu oven wani punya setkan 150 C dalam masa satu jam api atas bawah dan tambahkan 10 minit kemudian dengan suhu 140 C.
2.sebenarnya kat loyang tu tak digriskan pun dengan marjerin .. ingatkan tak lekat  .. tapi nasib baik tak lekat mana.. yang berbaki kat dasar loyang tu.

Komen
4 Komen

4 comments:

izahdaut said...

tahniah menjadi

K.Nor said...

tahniah.. dah jadi la tu.. kek ni mmg akan turun sket bila dah sejuk.. kebetulan la pulak ya, entri kita sama smlm :)

nuwairani ismail said...

wah! kagum! hihih...nani dah buat 4 kali. tapi hanya sekali je yang menjadi. yang lain jadik jugak...jadik bingka! adoi....serikkkkkk!

Mamasya said...

Dah elok jadinya slice cheese kek Wani...puas hatikan buat sendiri...mknpun puas...
re; tkasih atas komen kek.akakpun mulanya belajar sekadar utk hias kek sendiri. tp Alhamdullilah ada rezki pula org nak menempah.

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign