credit picture to masterchef malaysia@facebook
Rasa - rasa semua dah tahu program siaran MASTERCHEF MALAYSIA yang akan ditayangkan bermula pada hari sabtu ini 22 Oktober hingga hari rabu pada pukul 9.00 malam.banyak hari tu pula siarannya..harap-harap tidak miss la.. bagi penggemar dunia masakan di luar sana atau pun sesiapa sahaja yang selalu mengikuti program MASTERCHEF US, MASTERCHEF AUSTRALIA..Sekarang MASTERCHEF kini berada di Malaysia.. tak sabar rasanya nak menonton nak melihat wajah-wajah amateur cooks yang terpilih dalam masterchef ...mereka semua yang bertanding dalam MASTERCHEF MALAYSIA ni bukan seorang chef ya.. orang-orang biasa macam kita je .. tapi mempunyai bakat yang terpendam dalam kemahiran masak -memasak ni. nampaknya siaran ni akan mencetuskan saingan yang sengit dalam dunia masakan Malaysia.... mungkin peserta - peserta mempunyai kepakaran dalam bahagian yang tertentu .. yang orang lain tak ada ,, dia ada ...dan begitulah sebaliknya .. wani selalu juga mengikuti update terkini dari MASTERCHEF MALAYSIA@FACEBOOK... dan sekarang fan page masterchef malaysia tunjuk video INI... hihi siapa tu .. wajah- wajah peserta masterchef ,sepanjang pencarian masa bulan 4 atau 5 baru-baru ini tak silap wani la .. barisan juri untuk program ni pun hebat-hebat belaka .. tapi chef wan tak ada la .. ada anak dia sebagai juri iaitu Chef Riz.. siapa nak tahu baca lanjut kat SINI ...
dah lama dah nak tahu bila la masterchef nak tayang kat tv ni ... bila wani tengok dekat blog KAK INA .. baru wani dapat tahu tarikh dan masa program reality masterchef malaysia ini yang akan ditayangkan di astro 104 nanti .. hihi ketinggalan info la wani ni... kalau nak tahu kak ina ni pun salah seorang peserta blogger masterchef yang telah berlangsung baru-baru ini... tapi tak dapat nak sampai ke tahap semi final la.. tak apa kak ina .. nanti next year masuk lagi ya ... kekalahan tak bermakna kita akan kalah selama-lamanya ... kekalahan memberi kita untuk terus bangkit berjuang. :))..kak ina selalu mengingatkan pasal program masterchef .. tiap kali dia post entry mesti dia mengingatkan kawan-kawan pasal masterchef malaysia ni ...
OKlah dah tulis panjang .. jangan lupa ya .. tengok peserta-peserta berentap dalam MASTERCHEF MALAYSIA !!!!!!!!!!! ...
Saksikan MasterChef Malaysia setiap Sabtu-Rabu,9.00pm. Kelas Master setiap Jumaat,9.00pm di Astro Ria (Channel 104)
- Official Site URL – http://www.astro.com.my/portal/Master-Chef/
- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY
Salam Wani,
ReplyDeleteAlamakkkk akak tak ada Astro, rugila cam ni
aiyo kak watie ,, rugila .. pi daftar astro sekarang huhu...
ReplyDeleteAslmkum Wani..
ReplyDeleteMelepaslah tengok masterchef Msia...akak suka program masakan tambah2 masterchef.kat sini nasib baik dpt tengok masterchef Australia..
Sorry..lupa Award Wani belum gantung lagi....