Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Saturday, October 22, 2011

KURMA AYAM KARISMA

ASSALAMUALAIKUM........


salam hujung minggu .... sejak beberapa hari yang lalu ni dah mula start hujan renya-renyai .. mendung je langit....  cahaya matahari tak keluar.... kalau dah beberapa hari ni asyik hujan renyai-renyai,,, suhu pun mulalah bertambah sejuk.. dan badan pun mulalah nak ambil selimut je grrrrr ..sejukkkkk... macam mana ya kat tempat kawan -kawan semua .. maklumlah dah nak hujung bulan 10 ni biasalah musim tengkujuh nak bermula...okkk skip for the recipe.....  ya ini dia ayam kurma karisma !!!!! resepi yang dibuat untuk kali kedua .. masa kali pertama buat tak pernah dengar ayam ni digoreng terlebih dahulu .. macam step nak buat kuzi pun ada cuma ini resepi kurma itu je berbezanya... satu lagi sebab ada tumis daun pandan sekali .. memang harum baunya... resepi ni memang sedap ...



lepas tu bila lama terfikir nak buat untuk kali kedua .. mana la resepi yang disimpan dah hilang rupanya....nasib baik search balik kat myresepi.. terjumpa lah resepi ni dari DatinLulu. terima kasih ya datin sebab sudi berkongsi wani copy paste kat sini pulak....senang nak buat rujukan  :)).. yang bab-bab sayur tu wani letak ubi kentang je .. yang sayur lain tak letak .... hihi .. tak apalah kan terpulang kepada citarasa masing-masing ....












KURMA AYAM KARISMA

Bahan-bahan ( 6 - 8 org/ikut permintaan juga )
  • 1 ekor ayam - potong/ cuci bersih/toskan
  • ayam di gaul dengan garam kunyit - goreng 3/4 masak
  • 4 paket kecil - serbuk kurma
  • *1 labu bawang besar
  • *8 ulas bawang merah
  • *5 ulas bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1 inci lengkuas
  • *2 btng serai
  • *4 biji buah keras
  • bhn * dikisar halus
  • 3 @ 4 biji kentang - potong 4@6
  • 1 btng karot - dipotong menyerong sedikit tebal
  • 1 liter santan sedikit cair
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 @ 2 biji tomato - belah 4
  • 2 labu bawag besar - dbelah 4
  • rempah 4 sekawan:
  • 1 @ 2 btng kulit kayu manis
  • 2@3 kuntum bunga lawang
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 butir cengkih
  • 4 @ 5 helai daun pandan - dicarik kasar & simpul
  • 6 - 8 biji cili padi - potong 2 menyerong
  • 1@2 keping - asam gelugor
  • 3 cawan air panas
  • garam secukup rasa 

Cara-cara

  1. Panaskn 100ml @ 1 senduk minyak, tumiskn bahan kisar brsama rempah 4 sekawan & daun pndan hingga naik bau & sedikit garing.
  2. Masukkn rempah kurma (x prlu bncuh dgn air) & cepat2 kecilkn api. Gaul mesra kejap & masukkn 3 cawan air panas, biar seketika hingga pecah minyak - dikuti sos tomato
  3. Masukkn ayam, karot & kentang dikuti santan, cili padi & asam gelugor
  4. Agak2 sayuran kentang & karot sedikit lmbut, suairasa garamnye. akhir skali masukkn tomato & bwng besar...kecilkn api, 2 @ 3 minit aje...tutup api
  5. Selamat mncuba & menikmati hasilnye..
  6. *kurma ni lbih sedap jika dnikmati keesokn arinya, sbb rempah2 akan lbih terasa & serap dlm isi ayam tu (tpi sntiasa panaskn dgn api kecil)
  7. *sesuai jaga utk daging lembu/kmbing - tpi pastikn daging 3/4 msk@lmbut, bru masukkn kentang/karot 
NOTA:
untuk tumis tu, wani masukkan bahan tumis bersama dengan rempah kurma sekaligus. masak sehingga naik minyak.




4 comments:

  1. kak wani, tak pernah pulak nani try resepi yang letak daun pandan ni (padahal buat kari biasa pon tak pandai) kuikuikui....

    ReplyDelete
  2. waa..agaknya sebab letak daun pandan la Datin lulu bagi nama Kurma ayam karisma..suka gak mkn kurma..baru plan nak buat kurma ayam..

    ReplyDelete
  3. lamanya tak makan ayam masak kurma, sampai sini dapatlah pulak hidangan penuh karisma.... banyak masak dalamperiuk tu Wani, tapau 2 ketul yea... balik dululah...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Wani,
    Sedapnya nampak kurma ayam ni....klu cicah ngan roti jala kat bawah tu pun best gak ni...nama pun glamer....

    ReplyDelete