KUIH CHE MEK MOLEK KELANTAN

ASSALAMUALAIKUM........


siapa orang kelantan tu memang sudah biasa dengan kuih ni...siapa orang luar dari kelantan tu ,,tentu dah cuba atau tak kuih ni hihi.... wani anak jati kelate ni pun tak tahu kenapa kuih ni dipanggil che mek molek .... sebab bentuk kuih ni bujur molek kot.. ;p... seingat wani, masa wani budak-budak menggentel kuih ni dengan ibu... sekarang ni asyik beli je walaupun penyediaan bahan-bahan dan cara nak buat pun agak mudah. hari itu masa on the way ibu wani pulang dari airport Terengganu setelah hantar ibu saudara wani ..., kebetulan kat tepi-tepi jalan tu banyak betul orang jual ubi keledek ni.. satu beg plastik besar tu harga nya RM 5.. banyak tu... rasa tak padan dengan harga.. kenapa la murah sangat ..kasihan pulak kat penjual tu, bukan senang nak gali ubi kan dalam tanah lagi.. nak kena bersih-bersih.. lepas tu nak jual  kan...  ibu beli la satu beg.. berkongsi dengan Mak Cu wani. 


bila ternampak ubi keledek ni parking kat kaki tangga tu , wani terlintas dalam fikiran ni nak buat kuih che mek molek.. rasa dah lama tak buat sendiri.. selalunya asyik beli je... ubi keledek yang wani guna ni ibu keledek putih. nasib baik la isi ubi tu elok je taklah rasa pahit-pahit.. setengah ubi keledek ni dia kan ada rasa pahit.. sebab telah dimakan sejenis ulat.. kalau ubi yang macam tu memang tak boleh makan la....ubi keledek ni isi nya putih jadi kuih tu kat dalam tu berwarna kekuningan sikit..oklah resepi ni wani ambil dekat   
TERATAK MUTIARA KASIH .. terima kasih kerana sudi berkongsi dan wani mintak izin copy paste kat sini pulak ya :)...

PROSES KEJADIAN KUIH INI :).... 

isi yang telah dilecekkan.. tak lecek dengan sudu pun ni sebab wani tumbuk guna lesung batu nak bagi halus hihi...warna kuning, jadi kuih tu kat dalam kekuningan sikit ..dapat la dalam 2 cawan lebih.. lebih budget dari resepi asal tapi tak apa isi ubi banyak buat kuih ni lembut sikit.

yang telah dicampur dengan tepung gandum.. cukup-cukup guna 1 cawan lembik tak apa takut terlebih keras nanti tak sedap kuih tu... sebab masa nak bentukkan kuih ni tangan tu kena celup-celup tepung sikit .. sebab adunan ni melekat kat tangan sikit.

ok inilah rupanya kuih cek mek molek yang belum digoreng.. bentuk-bentukkan bujur macam ni ..dapatlah dalam 12 biji...


KUIH CEK MEK MOLEK

Bahan-Bahan (10 biji)
  • 400-450gram ubi keledek (2 cawan keledek lecek)
  • 1 cawan tepung gandum @ secukupnya
  • Gula putih
  • Minyak masak
Cara-cara:
  1. Ubi keledek direbus hingga empuk ( masukkan sedikit garam ).Biarkan ubi keledek rebus sejuk,kemudian lecek halus
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, adun hingga boleh dibentuk.(jangan masukkan terlalu byk tepung, nnt kuih akan menjadi keras).
  3. Bahagikan adunan kepada 10 bahagian, bulat2 (besar sket dr bola pingpong), leperkan masukkan setengah sudu kecil gula kat tengah.
  4. Pastukan bentukkan seperti kuih cekmek molek.
  5. Goreng dgn api sederhana hingga kuning keemasan. SeLamaT MeNcUbA
Note:
  • Pastikan ubi keledek betul2 sejuk,barulah masukkan tepung.kalau masih suam2..akan menambahkan penggunaan tepung.
  • Jika adunan masih melekat kat tangan, sapukan tangan dengan tepung supaya kuih boleh dibentuk.
  • Berhati2 kalau makan cekmek time panas2 sbb gula cair masih panas kat dalam..nnt melecur lak





5 Comments

  1. berkenan pulak dengan piring dia...hihih...kite pon suke buat kuih ni...makan panas2 lagi best! tapi tula, asik melecur aje lidahnye...adeh...

    ReplyDelete
  2. senang jer buat dia ek..nanti nak try la...kita memang fav kuih nih..

    nak kasi awak award la...nanti kalau ada kelapangan amik kat blog nurul yer http://momwithapron.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Aslmkum Wani

    Kuih cek mek antara kuih favorit kat rumah...anak2 semua suka kuih ni.buat mudah...rasapun sedap.

    ReplyDelete
  4. nani: aiks orang berkenan kat kuih dia berkenan kat piring lak hihi.. a'aah kuih ni best makan time panas2 :)

    mamasya: wah memang glamor dah kuih ni ya hihi

    ReplyDelete
  5. Nurul: kalolah nurul terbaca komen ni .. terima kasih ya atas award tu nanti nak angkut bila senang nanti :))..first time dapat award hihi.... ingatkan nak gi comment kat post sana tapi x leh nak komen la nurul yg kotak notification tu tak nampak nak ditaip kat blog nurul nape ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post