19 October 2011

DARI DUNIA TAMAN SYURGAKU

ASSALAMUALAIKUM.......

hari ni mari kita  bersantai-santai la pulak ya .. santai -santai sambil tengok taman syurga dari rumah wani hihi... ai rasa dah bosan je asyik dok tayang gambar masakan je .. hari ni nak berubah selera lak ... nak tayang gambar-gambar dari taman sekeliling rumah ... wani nak kata tak suka berkebun bukan lah jugak .. wani suka tapi masa tak berkesempatan ... ibu dan abah wani yang suka berkebun ... lagi..lagi la ibu tu yang tak habis -habis ada je tanaman yang nak ditanamnya... wani turun dari rumah tengok hasil tanamannya je lepas tu tolong petik je  haha.... gambar ni pulak dah lama ambil sampaikan ibu sendiri cakap bila tanaman mak ni nak masuk blog .. ..suka la tu dia kalau wani dah buat entry khas tanaman ibu masuk blog... ibu wani ni  ikut hobi arwah mak dia dulu.....suka betul berkebun...  suka pulak semai macam-macam benih ..lengkuas la, lada la , ubi kayu la, kunyit la .. lepas tu satu sikapnya yang wani suka, ibu ni suka bagi dekat kawan-kawan dia anak semaian yang dia tanam tu... suka benar dia kalau kawan-kawan dia dah cakap benih lada yang ibu bagi dah berbuah lebat ... lengkuas yang ditanam kawan-kawan dia menjadi la ..asyik betul dia bercerita kalau pasal tu,,,  dia cakap tak apalah ni niat bersedekah.... kadang-kadang ada setengah kawan dia tu asyik beli je ..padahal kalau nak tanam tak susah mana pun ... yang penting jaga elok-elok sampai lah tanaman tu besar... sebenarnya berkebun ni seronok jugak ,, kita dapat menikmati hasil tanaman kita sendiri. kan?

 oklah jom-jom tengok gambar apa yang ada kat taman syurga rumah wani neh... hihi. buah - buah ni semua kalau terlewat ambil pun tak boleh jugak nanti ada tetamu yang tak diundang datang mengambil buah tu semua... hihi.. cuba lah fikir siapakah tetamu itu.. kadangkala buah ciku tu ambil masa dah nak hampir masak .. sebab kena peram sendiri sampai masak ..



halia merah selalunya ambil halia ni rebus buat herba..

durian !!!! mesti orang terkejut ... musim durian lagi ke hihi.. tapi bukan senang boleh makan pun sebab ada "tetamu" yang makan terlebih dahulu ...

semua ni anak benih pokok lada.. anak benih ulam raja pun ada

pokok mulberi Malaysia... susah betul pokok ni nak keluarkan buah .. pohon dia, dahan tu mesti kena cantas nak bagi keluar buah yang baru



keladi pinang ... dah tak sabar nak makan ubi keladi ni

buah ciku

daun kesum .. baru dapat benih ...

cili ungu

pokok jambu nilah yang banyak berjasa... asyik buah je sepanjang tahun .. murahnya rezeki-Mu...

buah ajaib .. herba yang mujarab... abah wani pantang dia dengar pasal pokok herba ,, pasti dia akan tanam .. jadi inilah salah satu tanaman herba ..

ya inilah dia dah tuai hasilnya .. dapatlah buah jambu yang besar-besar ;p




pokok tomato yang sedang berbunga

lada siam ...
itulah dia sebahagian gambar dari taman syurga.. semoga mencetuskan semangat kepada yang lain untuk berkebun ...hihi.. harap-harap wani pun ada semangat nak berkebun ...
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign