Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan




EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

Thursday, October 20, 2011

BILA KETUA DAPUR MULA BERSUARA... KARI AYAM DAN ROTI JALA

ASSALAMUALAIKUM.......


minggu lepas lagi buat roti jalan ni .... tekak dah lama nak mengidam makan roti jala..tangan pun dah lama tak menjala so kena practise-practise takut hilang skill nanti..;p tapi asyik tertangguh je bila la nak buat ..  hari tu  bila dah tekad nak menjala memang tak boleh nak undur balik .. kali ini tekak nak merasa makan dengan kuah kari ayam pulak.dah banyak kali dah buat kuzi ayam, kali ini nak merasa yang jenis kari-kari ni..  sebelum hari bermulanya  nak buat projek roti jala ni wani ada ternampak dekat blog kak RAHEL dan lepas tu  dah buat dah roti jala.. tiba -tiba online petang tu ternampak pulak dekat rumah UCU . macam sama je angin datang nak menjala hihi..sebelum ni kalau masak kari memang letak lada kering tu bagi rasa pedas..

bila tengok resepi yang KAK INA ni tak letak lada so wani nak cari la kelainan sikit macam mana tak letak lada rasa macam mana .. sebab tak pernah  masak  kari tak letak lada. hihi...bila ketua dapur mula bersuara aka ibu wani la.. dia kata rasa pelik tak letak lada mungkin tak serasi dengan tekak dia.. sebelum ni memang dia tak pernah komen apa yang wani masak ..sedap belaka kat tekak dia .. tapi yang ni dia komen pulak  :D...wani pun memang tak pernah makan kari macam ni ..sebab bila dah rasa , taste semua tu memang tekak wani dah kata sedap.. Tapi kepada sesiapa yang nak cuba ,,, tak kisah.. cubalah... tak nak cuba pun tak apa... yang resepi roti jala tu wani ambil resepi dari kak nor yang simple ...senang nak buat nak sukat pun senang .. tak payah susah-susah.. yang pentingnya kena menjala elok-elok ,kemas-kemas dan cantik-cantik ...terima kasih kepada semua yang berkongsi :))



KARI AYAM
SOURCE: KAK INAKL.COM


Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam-potong 16
  • 6 ulas bawang merah-tumbuk/kisar
  • 4 ulas bawang putih-tumbuk/kisar
  • 1/2 biji bawang merah-tumbuk/kisar
  • 1 1/2 inci halia (halia ni lagi lebih lagi bagus..buang angin/hilangkan bau ayam)tumbuk/kisar
  • 5 sudu besar rempah kari daging (akak guna babas)
  • 2 biji ubi kentang -dibelah 4
  • 1 kiub ayam
  • 400gm santan pekat
  • 300ml air-terpulang pada kepekatan yang di kehendaki
  • garam secukupnya
  • sedikit air asam jawa
Bahan untuk menumis
  • 2 tangkai daun kari,
  • 1 biji bawang besar-dihiris panjang
  • 1 biji bawang putih - dihiris
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 bunga lawang, 4 bunga cengkih, 3 biji buah pelaga dan 1 btg kayu manis
  • minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis sampai layu dah naik bau.
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan tumis lagi sehingga layu. Kemudian masukkan rempah daging dan kacau sekejap lalu masukkan 1/2 cawan air dan perlahankan api.
3. Biarkan pes kari masak sehingga terbit minyak sambil dikacau selalu lalu masukkan sedikit garam.
4. Bila kari dah masak baru masukkan ayam dan ubi kentang dan biarkan air ayam (air yang keluar dari ayam) kering.
5. Masukkan santan pekat bersama air dan biarkan sehingga mendidih.
6. Biarkan sampai kentang empuk dan burung puyuh lembut dengan api sederhana.
7. Rasa garam dan masukkan sedikit air asam dan padamkan api.
8. Boleh makan bersama nasi biasa,nasi minyak ataupun roti.


ROTI JALA


BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning

CARA-CARA
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

4 comments:

  1. Selamat pagi Wani,dengkinya Rahel tengok roti jala n kuah kari tu,mcm nak menjala lagi ni..sodap.

    ReplyDelete
  2. rajinnya kak wani menjala ye...nani dah lama nak try buat kuzi..kalau tanya mak kang, mesti dia cakap, ala campak2 aje...nak tengok la blog kak wani kot2 ada resepi kuzi...

    ReplyDelete
  3. Salam Kak..wahhhh kari ayam tu nampak sedap betul...cantek je kalernya

    ReplyDelete
  4. rahel: haha x boleh nak mendengki2 ya ... kena lah buat sekali lagi nak makan ek... ;p

    nani: sekali-sekala nak menjala ni nani.. bila dah semangat datang ni baik jala terus ;p .. hihi kuzi mana blh campak2 .. kat blog kak wani ni tak letak lagi pasal resepi kuzi.. nanti kena buat dulu la ..huhu

    sue: terima kashi sue ya .. biasa2 aje karinya ni :))

    ReplyDelete