02 October 2011

ACAR MENTAH

ASSALAMUALAIKUM.........


pagi semalam pergi melawat ibu saudara wani, mama dan suaminya papa yang akan bertolak ke Mekah hari rabu ni ...  mudah-mudahan semua urusan berjalan lancar dan dipermudahkan-Nya.... ni pun mama tahu 1 minggu sebelum masa nak bertolak.. last minit tahu .. malam esok ada  buat solat hajat.semakin la bertambah-tambah busy ..  kasihan mama, sibuk-sibuk nak buat persiapan nak pergi haji ,sempat lagi bakar kek buah, ada biskut raya lagi.. untuk tetamu yang datang ziarah  ke rumah..sempat lagi papa buat pizza lagi.. ..

oklah ni nak perkenalkan acar mentah .. macam orang tak pernah makan acar mentah... hihi .. acar mentah kegemaran ibu yang biasa wani buat. kalau acar yang dimasak macam stir fry tu ibu tak berapa suka.. dia cakap baik buat acar mentah tu lagi sedap. wani kalau buat acar mentah ni ada timun dan tambah bahan sampingan yang lain macam lada besar hijau hiris , bawang besar dimayang, gula, garam dan cuka secukup rasa .semuanya secukup rasa ya .. .gaul -gaul rata dah pun siap.. haaaa kan senang kan .. rasa dah pun marvellous  ok dah pun masuk makan dengan nasi .. tambah-tambah lagi makan dengan kerutuk ayam atau daging atau pun masakan bergulai ..memang masuk... kalau nak tambah bahan tambahan macam carrot dan nenas pun lagi laaa ok.. ni wani tak tambah sebab tak ada stock... simple -simple macam ni lahh orang cari hihi.. betul tak.. kadang-kadang kita tak terfikir yang simple macam ni pun sedap ;p
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign