27 September 2011

KISAH DI SEBALIK TABIR SATE AYAM DAN NASI IMPIT.....

ASSALAMUALAIKUM...


uiksss kalau orang tengok entry ni mesti orang ingat THE MAKING OF....... hihi.. ada the making of lak ya ... di sebalik tabir pulak tu ..jangan di sebalik benda lain sudah la XD.... oklah ini sate ayam  dan nasi impit yang dibuat masa nak sambut hari raya puasa sunat enam hari tu.. buatlah juadah sikit je tak banyak .. tak ingat pulak nak snap  gambar kuah kacang resepi turun temurun.... kalau bab kuah kacang ni ibu wani yang pandai masak sebiji-biji ikut petua arwah nenek wani ... memang lain dengan cara orang lain masak .. serupa tapi tak sama rasanya ya. ...  wani tumpang sekaki melihat, memerhati, memandang, menolong, membantu ;p

apabila bercerita pasal nasi impit ni, teringatlah masa peristiwa nak buat nasi impit malam raya baru-baru ini, memang kalau bab nasi impit ni kalau malas nak tanak nasi buat impit, memang beli yang segera punya biasanya beli yang ketupat segera yang ADABI punya.memang dah beli pun banyak paket jugak. tapi dek kerana abah wani ni dia nak makan jugak yang nasi impit secara tradisi  tu lagi la sedap .. lapik lagi dengan daun pisang, waduh keluar dengan aroma daun pisang tu lagi sedap la  ya .. haa memang yang tu lagi best, impit pun memang jadi lagi  impit ... nak banding yang ketupat segera tu.. kalau nak buat nasi impit ni kena la guna beras siam ikut la cap apa asalkan beras siam .. ataupun orang panggil beras usang la.. baru menjadi elok cantik nasi impit tu.. rasa-rasa memang dah lama tak buat nasi impit tradisi macam ni.. tiba-tiba nak buat la pulak .. dah la malam raya lak tu  main ingat tak ingat ya buat nasi impit ni .. memang ada pantang larang pun nanti tak menjadi nasi impit tu..

 malam tu wani terbangun pukul 2:30 pagi sebab tidur awal .nak pergi check-check kat bahagian dapur sekejap, tengok-tengok abah wani masih duduk menekan-nekan nasi impit dalam loyang tu haaaa berteman dengan adik seorang..banyak loyang jugak buat sebab nak makan dengan rendang ayam kan.. turn ibu wani dah siap masak pun rendang ayam tu ya .. maka sekarang tu turn abah pulak yang masak nak buat nasi impit.. dah  dia nak makan sangat nasi impit macam tu hihihi..dah beli yang segera tapi abah tak nak yang macam tu. pada keesokannya, di pagi raya .. cubalah nak potong nasi impit tu .. yaaaa rupanya lembik sikit tak keras macam ketul ketul ais tu  .. nak makan pun asyik melekat kat sudu hihihi.... rupanya nasi impit tu bila di tanak dia tak boleh kacau-kacau selalu .. biar je menggelegak kat atas dapur tu sampai kering air nasi tu .. tak payah nak usik-usik... kacau kacau macam bubur nasi.. dah nak dekat kering tu baru kacau-kacau balik dari atas ke bawah.... yang kes malam raya tu abah, asyik dok kacau je yang dalam periuk tu .. sebenarnya tak boleh nanti nasi tu dah jadi hancur dek karana dikacau selalu ..lepas kering je nasi tu maknanya dah masak boleh la pindahkan masuk dalam loyang atau apa -apa bekas dan tindih je dengan apa-apa benda berat kat atas tu..

satu lagi, sukatan untuk nak tanak nasi tu penting  iaitu untuk 1 cawan ( guna sukatan gelas beras )dengan 4 cawan air ( sukatan gelas beras ). maknanya 1:4 ...haaa lain kali kena ingat.. alhamdulillah ..sejak tak menjadi first time hari tu .. abah dok asyik cuba je buat nasi impit sampai la betul-betul menjadi .. :D.. haaa kan banyak kerenah kan nak buat nasi impit ini.... tapi usaha tangga kejayaan,, abah dah berjaya :D...cerita pasal nasi impit pun nak jadikan cerita ...nak buat kenang -kenangan ..  tadi cakap pasal di sebalik tabir sate ayam ... hihi sate tu macam biasa je .. tak ada banyak kerenah sangat .. cucuk-cucuk, panggang dan makan ;p...




Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign