05 September 2011

KETUPAT SOTONG - 3RD SYAWAL

ASSALAMUALAIKUM.....



macam lama rasanya tak update blog .. emm nak buat macam mana masih lagi dalam mood raya hehe.. masih lagi dalam suasana raya kan.wani pun tak puas lagi dengar lagu raya ni.. macam mana suasana hari raya masing-masing. mesti menyambut dengan meriah disamping keluarga tersayang. masa ni lah nak berkumpul bersama-sama family nak mengeratkan lagi silaturahim yang mana yang jauh balik yang mana yang dekat pun balik , sama-sama berkumpul ...sambil-sambil tu sama -sama menikmati juadah hari raya yang sememangnya masa hari raya la boleh jumpa hehe...  nanti dah habis cuti ..semuanya akan sibuk bekerja dan juga sibuk dengan urusan masing-masing.... 

oh ya ,, masa sehari esok nak raya, ibu wani dan adik telah pergi shopping jugak last2 minit ni ,, sebab ada barang yang terpaksa kena beli jugak ..kalau tak beli bila lagi la nak beli dah la nak raya ni sambil-sambil tambah-tambah stok dapur  .... wani dah agak kalau beli time2 last minit macam ni .. mestilah jalan jam la , ramai orang la ...ibu dah tolak pukul 8:30 pagi .. last-last balik pukul 1 lebih nak zohor dah .. ibu cakap memang too packed punya orang kat mall.. orang ramai sibuk nak membeli barang ... beratur saja dah nak hampir 1 jam lebih ... lebih-lebih lagi cuti sekolah macam ni ..   


mesti kenduri kahwin banyak ..kebanyakan mereka datang nak beli barang-barang untuk buat kenduri kahwin.... .bila ibu balik cakap dia beli sotong sebab ada request dari adik wani nak makan ketupat sotong.... ooooo patutla ... ibu mana yang dengar anak asyik nak request nak makan mestilah si ibu ni nak buat untuk anak kesayangan kan ... nanti bila dah balik KL kempunan pulak nak makan ... bukan selalu buat ketupat sotong ni ,,,, wani ingat masa wani kecik2 ibu selalu buat .. tapi wani dah tak ingat rasa dah macam mana hehe.... tapi kalau kat kedai ni jual oooo melopong mulut kalau dengar sebab mahal sangat tapi cara nak buat dia senang je ... kalau tak tahu cara buat memang kena beli la .. bila dah tahu cara buat ... oooo memang selalu nak buat la ketupat sotong ni ...


 ketupat sotong ni ibu selalu buat masa zaman dia muda remaja dulu bersama arwah nenek yang menjadi sifu ... arwah nenek sebelah abah pun jadi sifu ibu jugak.. sebab kadang-kadang menurut ibu  tak menjadi jugak ibu buat ,,, ada sotong tu pecah terkeluar pulut kat dalam dia tu .. nampak tak cantik la kan.. tapi sambil-sambil tu ibu tanya abah jugak.. macam mana takut-takut tersilap langkah hehe. kali ini pada bulan syawal yang mulia ini, terlintas ibu nak buat ketupat sotong yang dah lama dia tak buat .. alang-alang dia nak buat ni .. wani mencedok resepi dari ibu.. dan juga menjadi sifu kepada wani untuk tunjuk ajar ... kita ni masak-masak kena la ambil ilmu kan .. kalau tak sampai bila la nak belajar .. kan betul tak..... ibu pun tunjuk apa yang dia belajar dari arwah nenek... dan juga petua-petua yang perlu diikut.... arwah nenek ada cakap kalau sotong tu pecah terkeluar pulut sebab sotong tu dimasukkan ke dalam peti .. tapi pelik jugak .. takkan la tak boleh simpan dalam fridge first sebab nak buat kemudian hari kan... .. tapi kali ini bila wani bersama ibu dekat dapur tengok cara dia masak.. menjadi la ketupat sotong ni .. aiii sukanya dalam hati ..... tidak terkira hehe.. alhamdulillah menjadi..dalam gambar tu saiz sotong ni agak besar jugak sebab nanti bila kita masak sotong ni akan kecut pun dah jadi sederhana kecil .. kalaulah sotong yang kecil lagi ..lepas masak lagi la kecik. kan....nanti tak puas makan la pulak.


mari tengok resepinya dan apa yang wani belajar dari ibu ..ketupat sotong ni rupanya sedap..ketupat sotong ni kalau nak kuahnya tu pun boleh tapi yang ibu wani ni masak sampai pekat kuahnya tu ada sikit-sikit je ala-ala tenggelam sotong sikit je  . ooooo baru perasan ekk sedap ...sebab sebelum ni ada nampak yang dijual tapi tak terlintas nak beli hehe... kali ini ada step by step pula ya.. entahlah terasa nak buat step by step padahal benda simple je  ^^... tak apalah kita kongsi2kan ya..

daun pandan, gula melaka, santan dan garam dimasukkan sekali ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih maknanya hilang buih santan tu ..

lepas tu masukkan sotong dengan perlahan-lahan ke dalam periuk dan biarkan lagi hingga mendidih .. boleh la tutup periuk ni masa sotong dah 1/2 masak sebab nanti nak kena biarkan pulut kat dalam sotong tu betul-betul masak.

yang ni dah half mendidih dah... masak sehingga sotong masak dan bila kuah tu dah betul-betul pekat.

yang ni dah siap masak dah sotong pun dah nampak kecut ...kuah tu pun dah nampak pekat .. boleh la tutup api..


KETUPAT SOTONG 

BAHAN- BAHAN 
 
8 ekor sotong saiz XL
santan 1 biji kelapa sederhana dapatkan 3 cawan santan pekat
2/12 gula melaka ( wani guna gula melaka yang tempatan tu tak guna gula melaka siam )
garam secukup rasa
daun pandan 3 helai
beras pulut 1 cawan direndam 1/2 jam sampai kembang
lidi satay ( potong serong-serong bagi hujungnya tajam )

CARA- CARA 
1. sotong dibersihkan .letak ketepi.
2.  beras pulut yang telah direndam  tadi toskan dan masukkan beras pulut ke dalam sotong nak bagi senang masuk beras pulut tu ..tolakkan dengan chopstick masuk ke dalam perut sotong sampai ke bawah.. ( jangan penuh sangat beras pulut tu sebab kat atas nanti nak sumbatkan kepala sotong sampai separa kat mata sotong tu dah ok dah ). tutup lubang tu dengan kepala sotong
3. dah siap semua ,ambil lidi satay dan cucukkan dari hujung kiri ke hujung kanan.. tak kisahlah hujung mana pun tapi pastikan kemas supaya kepala sotong tu tak bergerak . ok ketepikan.
4. sediakan periuk, masukkan santan, garam secukup rasa, gula melaka dan daun pandan dan masakkan sehingga hilang buih maknanya santan tu dah betul-betul masak.
5. kemudian, bolehla masukkan sotong perlahan- lahan ke dalam periuk dan sambil-sambil tu kacau perlahan-lahan.
6. biarkan mendidih sehinggalah kuah tu agak pekat sikit ( tutup periuk masa sotong 1/2 masak sebab nak bagi pulut tu masak )
7. boleh la tutup api jika kuah tu kelihatan agak pekat dan sotong hanya tenggelam sikit-sikit je dengan kuah tu. 

Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign