25 September 2011

BAKED MACARONI

ASSALAMUALAIKUM........

semoga kalian semua dirahmati Allah.... sekejapnya masa berlalu dah penghujung syawal kita sekarang ... rasa nak turn balik pergi kepada 1 Syawal balik.. boleh tak hehe.. oklah semalam ada sembahyang hajat kat kampung ibu tapi wani tak dapat balik la sebab kurang sihat sikit .. sakit.....huhu... bila fikir soal sakit ni rasa nikmat kehidupan tu dah hilang buat sementara waktu..  ibu saudara wani, mak uda akan bertolak ke Mekah khamis minggu depan,,, sebab itulah ada sembahyang hajat. entah sempat ke wani nak jumpa dengan mak uda. dah la bertolak dari airport Terengganu,, bukan airport Kelantan. hari khamis minggu depan tu dah nak gerak pukul 2 petang ke homestay kat mana dah di Terengganu.. lepas tu esok paginya tu  kena tolak awal-awal ke airport .

berbalik kepada resipi yang nak wani tunjukkan hari ini, dah banyak kali buat makaroni bakar ni.emm boleh bilang dengan jari ke .. emm tak boleh kot hehe...  walaupun sekarang terdapat pelbagai versi makaroni bakar, tapi masa fisrt time wani buat makaroni bakar guna resipi ni lah. makaroni bakar pulak rasanya dah tak kisah nak letak apapun sekarang .. main campak-campak bahan macam tu pun ada hehe.. janji main ingredients dia macaroni la... tapi yang penting jugak ada cheese mozzarella baru lah ngap dengan makaroni bakar tu kan. resepi ni pun macam dah diolah oleh tuan punya resepi kalau ikut resepi baked macaroni inggeris ni mana la letak dengan meat curry nya  .. ini semua dek kerana nak ikut tekak melayu, plus, kita ni masakan kenalah berempah ratus bagai... maka terciptalah resipi ini.. resipi ni main cipta-cipta ek .. dah ikut sedap tekak maka dah jadi cop mohornya resepi ni .. eh.. betul tak tuan punya resepi.tapi resepi ni memang super yummy lah ....

resepi ni dah jadi my collection .. sorry ya entah betul nama tuan punya resepi ni tapi nama dia HAFIZA HASHIM.tu pun nasib baik dah tertaip ...  .. dah lama sangat wani keep dalam my secret recipes.. siap print lagi .. maka halal kanlah resepi ni ya .. wani copy paste kat sini pulak .senang nak buat rujukan balik....thanks a lot ....gambar yang dipotong nya tak sempat nak snap.resepi ni tak letak cheese mozarella pun.



MAKARONI BAKAR
SUMBER : HAFIZA HASHIM

BAHAN- BAHAN
1/2 peket makaroni brand Buittoni ( wani pakai je brand apa pun ) wani guna 250 gm je tak banyak pun takut tak habis nak makan...
1/2 periuk air ( ml banyak mana i tak tahu, tapi lebih kurang 2 kali ganda makaroni ) wani letak je air banyak agak2 la dengan sukatan makaroni nak direbus tu ya ..
5 - 8 biji telur ayam ( kalau saiz telur ayam tu besar, kurangkan bilangan telur ) wani guna 4 biji telur gred A
1-2 labu bawang besar ( kalau suka bawang, guna 2 atau lebih )
1- 2 tangkai daun sup dan daun bawang ( kalau suka boleh tambah )
1-4 biji campuran cili merah dan hijau (kalau suka pedas, boleh tambah lagi atau boleh ganti dengan cili api)
2 - 4 sudu besar santan pekat  ( wani tak letak pun )
1/2 - 1 bungkus kecil rempah kari
2 - 3 ulas bawangm erah ( kecil ) dan putih
1/2 inci halia ( kalau suka, kalau tak suka or tak ada, tak perlu )
1 cawan air
1 paket daging atau ayam cincang.

CARA - CARA
1. Didihkan air ( yang dua kali makaroni tuh), tambah sedikit garam dan minyak masak ( agak-agak 1 sudu makan ), rebus m akaroni sampai agak lembik. ( kalau tak lembik, tak melekat nanti ). bila dah lembik, tutup api, toskan.
2. sementara tunggu makaroni lembik, hiris bawang merah kecil dan putih serta halia, tumis.
3. masukkan rempah kari dan 1 cawan air, rebus sikit ( kalau ayam). kalau daging, campurkan daging cincang dan rempah dan air sekaligus, rebus sampai naik minyak.
4. bawang besar didadu. masukkan dalam masakan tadi. masukkan garam secukup rasa. tutup api.
5. potong daun bawang dan daun sup 1/4 inci, hiris cili-cili membulat, campurkan dengan bahan lain dalam kuali.
6. pukul telur dengan santan pekat, tambahkan sedikit garam kalau yang dalam kuali kurang rasa, kalau yang dalam kuali dah masin, tak perlu tambah garam, tuangkan kedalam bahan dalam kuali.
7. masukkan makaroni tadi dan gaul rata. rasa garam lagi sekali, kalau masih tawar, boleh dibetulkan rasanya waktu ini. kalau masin sangat tak boleh nak tolong dah.
8. bila semua dah perfect, tuang dalam loyang pembakar, dan bakar dalam oven api sederhana panas. selalunya masak antara 45 minit hingga 1 jam. kalau atas dah hitam nak terbakar, perlahankan api dan keluarkan dahulu, balut dengan kertas foil, bakar semula.

NOTA:
1. untuk step keempat tu, wani tak tutup api pun, wani letak terus daun bawang dan cili-cili semua tu
2. kalau ikut cara diatas tak apa juga. tapi wani masukkan telur yang telah dipukul selepas makaroni digaul rata dengan bahan daging cincang tu baru dimasukkan telur lepas tu gaul-gaul rata and then baru masuk dalam loyang.
3. wani bakar suhu guna 180C selama 1 jam 15 minit . itupun masa 25 minit terakhir wani tutup kan dengan foil kat permukaan atas tu takut hangit.. hasilnya .. wani rasa walaupun dah sejam 15 minit. nak tambah lagi masa nak bakar untuk api bawah saja nak bagi garing sikit.










Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign