07 September 2011

AYAM MENTEGA RANGUP

ASSALAMUALAIKUM......

salam semua masih bermood raya lagi ke ... apasal la wani ni malas sangat nak update blog dulu dalam 4 hari lepas kot yang last entry ni .. bersemangat betul mengarang je memanjang ... lepas tu sehari demi sehari semangat merudum..... entah la kenapa ...mood malas masih menguasai diri lagi kot ni ... mari.. mari.. mana datangnya semangat ,, keluarlah kau semangat rajin ;p......wani tengok makin ramai ni dah upload gambar raya.. hehe .. time ada masa lapang ni la kot semuanya nak tunjuk suasana beraya di samping yang tersayang kan.. hehe...wani kalau ada masa nanti nak upload jugak gambar tu .. tapi masa yang tak ada tu ...


oklah masa terbelek-belek album gambar ni terjumpa photo yang belum diupload yang nak disharekan bersama. menu ni wani buat masa last iftar hari tu ..semua adik-beradik dah pulang ke kampung. alang-alang yang ni ada bahan kat fridge so, ambil peluang nak try buat .... tak apalah kan entry terlewat .. janji sama-sama kongsi :))....  wani ambil resepi ni dekat blog kak nor .. thanks kak nor...Wani copy paste kat sini pulak ya... resepi ni sungguh sedap..ada rasa bau kari ...entah la nak kata macam mana sebab tumis guna marjerin ni lagi harum la ....  tapi wani ganti mentega dengan marjerin ...hehe memandai je .. mentega tak dok.. kalau dengan mentega memang lagi sedap ni .... cubalah ya kawan-kawan memang tak rugi mencubanya,,,,,

AYAM MENTEGA RANGUP

Bhn²
2 keping dada ayam _ d hiris
2 tangkai daun kari _ d hiris
4 biji cili padi _ d cincang
60 gm mentega ( Boleh d tambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu yer )
1/2 biji bawang besar _ d cincang
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula

Bhn² Perap
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
2 tsp gula
1 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Cara²
Ayam d gaul bersama bhn² perap dan perap selama 20 minit.
Saluti ayam tadi dengan tepung jagung.. Goreng.. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi.. Tumis sehingga naik baunya.
Kemudian masukkan ayam dan gula.. Gaul sebati.
Angkat dan hidang.





Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign