Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Saturday, September 3, 2011

ALMOND LONDON COOKIES


ASSALAMUALAIKUM...............


Senyap je bila berblog ni .. mana semua ni masih dalam mood raya ke hehe.. dah masuk 5 syawal kan.. awal lagi tu masih dalam mood raya .. rumah tu buat open house, rumah ni buat open house....beraya sakan la nampak kan ditambah lagi dengan jemputan perkahwinan musim cuti sekolah ni  asyik nak makan je la kan... masih lagi nak share resepi cookies raya yang dibuat sebelum nak raya hehe... cookies ni ingat last buat masa tahun 2007 .. huh lama betul tak buat kan lepas tu tak buat dah .. entah lah tiba-tiba terlintas nak buat pulak sebab lamanya dah tak rasa almond london cookies ni. nak kata susah tak susah pun cookies ni sebab dia tak terap-terap pun hanya gentel-gentel bulat sikit sebesar guli lepas tu masukkan badam kan senang ..tapi nak sudahkan dia tu susah sikit hehe.. sebab kena salut dengan coklat ....


 cookies ni wani buat awal lepas tu 2 hari nak raya baru nak coating coklat ni .... nak coating punya pasal la tu lembab ... wani asyik berdiri je kat tepi dapur sampai kaki terasa lenguh... tapi nak buat macam mana kan ,, nak habiskan satu balang almond london cookies ni ... cookies ni sangat rapuh dan sedap sebab letak emplex iaitu perangup biskut.. rata - rata wani tengok kalau resepi nak buat almond london cookies ni letak emplex ... jadi memang dia rangup ya... sesetengah orang minat dengan almond london cookies ni ada orang tak minat ..macam adik wani dia tak berapa nak makan kalau biskut yang dicoating dengan coklat .tapi bagi wani sangat sedap hehe...oklah mari tengok resepinya wani ambil dekat blog citarasa wan. terima kasih kerana sudi share biskut yang sedap ini.


ALMOND LONDON COOKIES

Bahan – bahan
250gm mentega
150gm gula halus
450 gm tepung gandum
100gm tepung jagung
11/2 teh serbuk penaik
1 sudu teh emplex
1 biji telur gred B
1 sudu the esen vanilla

100 biji badam,dibakar
Cawan kertas secukupnya

Hiasan: coklat masakan, coco butter

Cara- cara:
  1. ayak tepung gandum,  tepung jagung, serbuk penaik dan emplex. Ketepikan.
  2. pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul lagi hingga sebati.
  3. pindahkan adunan mentega tadi ke dalam mangkuk besar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh selama 15 minit.
  4. ambil sedikit doh, bulatkan dan masukkan biji badam. Buatlah bentuk bujur.
  5. susunkan dalam dulang pembakar dan bakar selama lebih kurang 20 minit. sejukkan
  6. cairkan coklat secara double boiler dan masukkan coco butter jika coklat terlalu pekat. Celupkan biskut dan letakkan dalam cawan kertas. Biarkan beku sebelum menyimpannya.

1 comment:

  1. tak brkesempatan lg nk buat almond london..akan try juga 1 day....

    ReplyDelete