Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Monday, August 8, 2011

SIAKAP DENGAN SOS HARUM PEDAS -MENU IFTAR 8TH RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM.....

Hari ni spending time sikit masa sikit untuk update blog ... sejak berpuasa ni masa semput je .. banyak kerja nak dibuatnya..hari ni dah pun puasa yang ke -9 ..selamat berpuasa ya semua ... ok2 go straight to the topic ..untuk menu iftar semalam, wani masak SIAKAP DENGAN SOS HARUM PEDAS... . kalau bab-bab siakap dengan resepi resepi macam ni .. ni memang favorite keluarga wani .. sebab bau dia tu penting, aroma of asian cooking lagi sebab letak bunga kantan, daun limau purut,daun pandan lagi  kan.. masakan asia la tu ... tapi wani buat kuah terlebih bila tuang tu dah tak nampak ikan ... ikan dah berselimut dengan sos tu hehe...makan lagi dengan nasi panas-panas masa berbuka ...waduhhh... sos dia tu boleh cicah-cicah lagi .. licin makan...  tapi wani jamin sure sedap punya sebab dia ada rasa masam sebab bunga kantan tu ... bau limau purut lagi ,, cuma wani tak letak sos ikan la... bab- bab sos ikan ni .. abah wani susah sikit takut tak halal .. tengok-tengok kat mall pun tak terjumpa yang halal punya .. tapi dah sure sedap sebab masak dengan penuh kasih sayang kan..... hehe..kalau bab-bab masak masa bulan puasa ni wani susah sikit sebab tak boleh merasa kan ,, lepas tu dok terbayang la macam mana masakanku dah cukup asam garam ke dah cukup manis ke huhu ... tapi alhamdulillah oklah tu bila dah makan dah sesuai dengan tunas rasa ...  ok let's we see what's the recipe... masak tau ...

SIAKAP DENGAN SOS HARUM PEDAS
SOURCE:  NOORSHA BLOGSPOT


Bahan² A
1 ekor ikan siakap
sedikit serbuk kunyit
 
Bahan² B
1/2 biji bawang besar - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 inci halia - dicincang halus
5 batang cili padi hijau - dicincang halus
5 batang cili padi merah - dicincang halus
1 batang  cili merah - dicincang halus
1 biji tomato - didadu kecil²
1 batang bunga kantan - didadu kecil²
5 helai daun limau purut - dihiris halus
1 helai daun pandan - disimpul

Bahan² C
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
3 - 4 sudu besar sos ikan
1 - 2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air = larutkan
 
Cara²
1. kerat ikan siakap kepada beberapa bahagian, lumurkan dengan serbuk kunyit. Goreng hingga garing. boleh juga dikukus, dibakar @ dipanggang. Terpulang pada citarasa ya.... Selepas masak, ketepikan sebentar.
2. ketepikan minyak hasil menggoreng ikan tersebut, tinggalkan sedikit untuk menumis. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dicincang halus kedalam kuali. Tumis hingga wangi dan kekuning²an...
3. Masukkan pula daun pandan yang disimpul, cili padi dan cili merah yang dicincang halus bersama tomato. Kacau menggunakan belakang sudip, biarkan tomato tersebut hancur.
4. Masukkan bunga kantan, dan daun limau purut, kacau rata hingga naik bau.
5. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis dan sos ikan. Masukkan air dan kacau.
6. Rasa terlebih dahulu, jika kurang masin tambahkan sos ikan.
7. Masukkan larutan tepung jagung & air tadi dan kacau laju² sos tersebut hingga likat.
7. Siram kuah diatas ikan dan Sedia dihidang. Selamat Mencuba :)






3 comments:

  1. kesian ikan tu kena selimut dengan cili/pandan/daun limau...bagai...
    kalau sempat ptg ni nk buat jugak lah...

    ReplyDelete
  2. tgk ikan tu mmg menyelerakan sungguh....tgk bhn2nya mmg cnfrm sedap...

    ReplyDelete
  3. sdp nyer...boleh bukak kedai ni..

    ReplyDelete