Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Monday, August 15, 2011

KUIH BUTIR NANGKA

ASSALAMUALAIKUM.....

alhamdulillah hari ni dah cukup kita 15 hari berpuasa kan .. memang dah separuh bulan nak sambut raya ... hari rabu ni pun cuti nuzul Al- Quran.. dah ada rancangan ke semua?  nak .. pergi shopping raya ke .. nak buat cookies raya ke ... maklumlah dah separuh bulan puasa ni masa ni la nak memcookies kan.. ok lah wani nak share kuih tradisi yang dibuat pada menu iftar ramadan ke 12 baru-baru ni...kuih ni memang popular kat negeri kelate.. rata-rata semua dah pernah cuba ni .. kuih ni kalau panas-panas sedap dingap.... tapi bila dah sejuk , kuih ni nampak bengkak sikit ..masa tu dah kurang sedap sikit... biasanya dulu-dulu ibu wani yang buat... kalau ikut resepi ibu.. untuk kuah tu letak tepung beras sikit kacau rata bersama santan gula, berserta garam sebelum letak atas dapur ... sebab apa letak tepung beras tu nak bagi kuah tu pekat sikit. kacau la selalu santan tu sampai dia nampak pekat....



adunan nak menggentel butir nangka ni bergantung kepada besar keciknya biji-biji tu ya ..... wani tak letak air kapur.. butir nangka ni nampak pale sikit sebab tak letak pewarna.. kalau nak bagi terang letak la pewarna . air daun pandan tu letak juga .. tapi jangan terlebih air pandan pulak nanti jadi "leta"...terlalu banyak air pandan sampai bau pun macam rumput hehe..


KUIH BUTIR NANGKA KELATE
SOURCE:  YANA (MYRESEPI)
  • 4 cawan tepung beras pulut
  • air
  • sedikit kapur makan
  • secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan
  • (bahan utk kuah)
  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula
  • 1 sudu makan halba
  • garam
  • daun pandan

Cara-cara

  1. masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau....
  2. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  3. buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
  4. panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... bila masak ia akan timbul...
  5. apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
  6. untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
  7. bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.....
  8. lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.














1 comment:

  1. Aslmkum Wani

    sedapnya bubur butir nangka..favorit masa puasa.tp puasa ni belum sempat buat lagi...

    ReplyDelete