Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Thursday, August 18, 2011

AYAM BAKAR

ASSALAMUALAIKUM.....

Salam 18 ramadan buat semua ... eh hari ni dah ke 18 ramadan .. tak lama lagi nak masuk 10 hari ramadan dah.. macam mana ya semua persiapan nak sambut raya.. mesti sibuk-sibuk buat cookies .. lauk pauk nak prepare untuk open house nanti ni mesti dah dok fikir-fikir nak cari menu yang sesuai untuk open house raya nanti kan... sekejapnya puasa ni macam tak rasa apa pun rasa baru je puasa semalam.... lama dah wani tak update entry kat sini.. eh ..eh ... lama ke ... sebenarnya semalam wani pergi shopping ..shopping raya :)).... semalam kan cuti nuzul Al Quran .. ya Allah too packed nya with people kat mall.. berjalan pun dah macam ulat bulu... XD.... kebetulan semalam pergi keluar dengan ibu ,,,teman ibu nak pergi bayar zakat dan terus direct kami pergi ke shopping mall.. mula-mula tu kurang lagi lepas tu .... penuh orang kat mall.... ..ramai orang keluar cuti am kan ..bila lagi nak keluar masa ni lahh nak keluar ...ramai ibubapa keluar bawa anak- anak nak beli baju raya ...  seronok tengok  nampak budak-budak pilih baju raya dengan gelagat masing- masing .... sampaikan tempat section bahagian baju budak-budak tu penuh orang .. aiyooo... 

lepas siap beli barang-barang kat tingkat atas tu ,, wani turun la bawah nak pergi kat tempat makanan pulak .. ya Allah bila nak bayar punyalah ramai orang such a long queue .... beratur panjang ..lenguh dah sendi-sendi lutut ni  kasihan ibu... tapi maklumlah nak raya kan musim ni  ... orang sibuk dok shopping ... entah dari mana keluar orang-orang ni semua ... ..nasib baik la lagu raya tak putus -putus masa tengah beratur .. lagi semangat nak beratur ni XD....sampai  rumah pun dah nak pukul 2:30 petang ... adoi penatnya... oklah mari tengok menu iftar 2 hari lepas wani buat ayam bakar ..... ayam bakar simple je tapi sedap ... ambil kat fotopages ... biasanya dulu-dulu wani search resepi kat fotopages dan simpan resepi tu .. yang ni salah satunya ,,,, thank you tuan punya resepi .. boleh buat koleksi ayam bakar pulak ... mari tengok resepinya ... gambar ni terlebih gelap pulak ...nampak ke huhu  ...tapi wani buat bukan seekor tu la guna leg quarters dan chicken breast je ...ayam ni kalau perap lama lagi sedap ..  letak hirisan kentang sikit ... luimurkan minyak kat ayam tu kalau tak nak bagi dia kering kat dalam ,,, isi dia lembut je .. tak kering ... resipi ni wani buat ayam bakar je kuah dan coleslaw tu tak buat ...


AYAM BAKAR

bahan A:
1 ekor ayam [1.5 kg berat]

Bahan B [Mesin Halus]
3 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah [jika suka]

Bahan C
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk

sayuran hiasan:
salad..timun..tomato
kentang [hiriskan setbal 1/2 cm]

Cara
1. Ayam dibersihkan dan toskan kering.
2. Perapkan semua bahan bersama ayam selama beberapa jam.
3. Masukkan ayam yg telah direpakan dan kentang hiris dalam loyang dan bakar pada suhu 200'C selama 30 minit.
4. Terbalikkan kedudukan ayam dan bakar lagi selama 30 mint.
5. Alihkan ayam dalam pinggan yg telah disediakan salad.
6. Susun kentang dan tomatao keliling ayam.
7. Siramkan kuah ayam badan ayam dan hidangkan bersama sos cendawan lada hitam dan coleslaw.







3 comments:

  1. amboi sempat lagi bakar ayam...bulan posa ni kurang nak masak ayam...

    qhaifanurin.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. kak qhaifa: hehe wani bulan pose ni kuat bakar ayam XD

    marina: selamat berpuasa ya ... eh eh dah pun nak dekat raya ni

    ReplyDelete