Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Tuesday, July 26, 2011

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT

ASSALAMUALAIKUM............


 Pejam celik pejam celik, kita dah pun hampir nak melangkah di bulan Ramadhan yang mulia.dah ada menu-menu special ke nak buat untuk buat berbuka puasa nanti huh.. nanti boleh simpan untuk 30 hari puasa terus.hehe.. wani pun dah jumpa yang sikit-sikt je. abah dok sibuk tanya cari la resepi best2 nak buat berbuka puasanya nanti so senang tak payah la dok sibuk2 lagi cari resepi. malasnya nak bercakap panjang dah malam-malam ni..


 ok hari tu wani ada jalan2 kat dapur kak nor , dan terjumpa lah resepi ni .. dah lama simpan baru nak cuba buat... bila ternampak resepi ni emm dah bercakap dalam hati mesti menepati selera ni sebab letak daun limau purut.. kak nor cakap ni masakan thai. wani guna ikan cermin, tak kisah lah ikan apa2 pun janji selera masuk.. wani boleh bagi 10 bintang ..sedap sangat resepi ni ...wani masak tu kebetulan abah dan mak berpuasa, abah kalau ikan jenis yang ada sos ni dia memang suka, siap malam tu kami anak beranak semua meratah ikan ni hehe.. nak bagi habis terus ..


review untuk resepi ni dia ada rasa masam,manis, pedas macam la yang kak nor cakap tu ya bau-bauan limau purut lagi itu yang membangkitkan selera..kuah pun letak stok ayam lagi..  sedap sangat....  a must try ya .. jangan tunggu lama-lama..hehe. boleh sampai menjilat jari makan .. tak percaya cuba  ^^. tapi wani tak ada sos ikan ya tak letak tapi hasil masih lagi tak mengecewakan.. a'aah tak apa tak cukup bahan pun masih masak dengan penuh kasih sayang ,,, alhamdulillah menjadi jugak masakan kita.. siap puji-puji lagi SEDAP..SEDAP .SEDAP..  yang penting famili makan dengan penuh selera kan .....lagi satu ikan ni wani tak digoreng dengan tepung, mula tu teringat nak goreng salut tepung lepas tu fikir abaikan jer sebab wani takut sos tu diserap oleh tepung kat ikan tu bila kita dah curah kan sos lebih-lebih lagi kalau tinggal lama macam tu nanti ikan tu bengkak.. nasib baik tak digoreng tepung sebab abah baru cakap dia tak berapa berkenan kalau ikan-ikan celup tepung  ....phewwww...... lega hati hehe...Kalau yang suka tu boleh ikut je atas citarasa masing-masing ..ok check out what's the recipe ... ini resepinya ya klik IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT tapi wani copy paste kat sini juga ya. kak nor thanks a lot ....resepi sedap sangat nih ..boleh bagi cop mohor dah hehe

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT



2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

6 comments:

  1. wahhh lps ni blh laa cuba resepi ni

    ReplyDelete
  2. alahai...menggugat keimanan btol..huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Wani.
    Masakan ada limau purut mmg sedap...ala2 masakan Thai...yg penting seisi keluarga suka!

    ReplyDelete
  4. Salam Wani..
    thnks singgah & follow ke blog mama :)
    Resipi2 dari dapur NorSecubitGaram mmg tak menghampakan..semua nyer best2 :P

    ReplyDelete
  5. hmmm harum la ikan goreng tu..saya suka haruman daun limau purut...menyelerakan sungguh..

    ReplyDelete
  6. ayanuts:; terima kasih memang sepatutnya dicuba

    rossa alina : boleh la cuba nanti

    mamasya: hehe memang peminat daun purut.. bau daun limau purut tu pun x boleh dah

    mamahawa: sama2 mama, dapur kak nor tu dah banyak dicuba resepinya

    rahel: harumkan ... aroma asian cooking hehe

    ReplyDelete