Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Wednesday, July 6, 2011

FAMILY GATHERING

ASSALAMUALAIKUM.......

ya Allah.... kenapa ni??? i was so tired .. kemalasan melanda nak mulakan penulisan huhu... ya ya memang sangat letih ... sebab malam jumaat lepas ada family gathering .. macam yang wani mention hari tu. penat memang penat ,, sebab bersengkang mata duduk kat dapur buat itu dan ini lagipun wani seorang je anak perempuan kat rumah ... ... rasa badan ni dah tak cukup tidur.. mata ni macam dah tak boleh nak buka. kalau boleh nak jadi macam mata burung hantu hehe.... bercerita la pasal semalam pagi tu wani dah keluar shopping dengan abah beli barang dapur dan juga barang- barang yang nak dimasak untuk tetamu malam nanti.. ..oh my god .. it's too crowded at the mall .biasala awal bulan orang ramai keluar berbelanja.. gaji masuk kan hehe..

balik tu dah prepared dalam otak ni nak buat caramel pudding.. walaupun badan keletihan, tapi niat di hati tetap nak teruskan nak buat puding ni .. bersemangat betul. nasib baik mak dah masak awal-awal untuk lunch sebab nanti kalut-kalut nak guna dapur.. masa dah sampai rumah tu dah lewat hamir pukul 12:30 tengahari. sebenarnya, dah lama wani tak buat pudding ni .. tapi keberanian tu datang jugak nak buat .. sebab wani takut tak menjadi je sebab last minute decision ... dah la tak try test dulu untuk diri sendiri tapi buat terus nak hidang dekat tetamu.. that's why i was so nervous .. but Alhamdulillah... boleh tahan menjadi la pudingnya walaupun tak cantik mana. tapi i was not satisfied yet .. when looking at the pudding tapi tak apalah janji makan, bukan teruk mana pun. . lewat petang tu ibu wani dah sibuk-sibuk nak goreng mee hoon. so kat sini every person has a task .. ibu goreng mee hoon, abah buat bahan perap ayam .. wani buat pudding hehe..adik bujang tukang bakar ayam malam tu ya ..

baru je sedang nak menghidang makanan-makanan atas meja .. eh.. ehhh dah sampai pun tetamu.. makanan yg nak dihidang pun belum siap sepenuhnya... alahai........... kat sini wani ingin berkongsi resepi caramel pudding yang wani buat. wani ambil resepi ni dekat bungkusan tepung kastard brand NONA. itupun sebab tiba-tiba ternampak resepi tu masa tu my mind was blank. i didn't know what to cook as a dessert..... so i made caramel pudding ...fuhhhh relieved.. ^^. tapi untuk 2 kali adunan tu wani kurangkan gula guna 200gm je. nampak macam banyak gula digunakan dalam resepi ni.tapi sebelum tu nak tayang gambar dulu.. simple2 je wani buat. sikit je gambar tak sempat nak snap gambar lain.. i was so busy .. tak cukup tangan dibuatnya....resipi mee hoon tu tak ada ok tayang gambar je hehe...

yeah inilah dia cantik tak caramel nya tu ke terlebih hangit. yang wani buat ni 2 kali adunan.

my mum's touch ^^...she garnished till i couldn't see inside

PUDING CARAMEL BERKASTARD
SOURCE: DARI BUNGKUSAN TEPUNG KASTARD NONA

BAHAN-BAHAN
untuk caramel:                                                    
200g gula putih 
100 ml air

untuk kastard: 
4 biji telur 
200g susu pekat manis 
120 ml susu segar ( wani ganti dengan susu cair )
10 g tepung kastard nona 
320 ml air 
1/2 sudu teh esen vanila ( mengikut citarasa ) 

CARA-CARA: 
untuk membuat karamel:
masukkan gula dan air ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana hingga gula menjadi pekat dan kuning keperangan. tutup api dan tuang ke dalam loyang pengukus.

untuk membuat kastard:
campurkan semua bahan ( telur, susu pekat manis, susu segar, tepung kastard NONA, air) ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati. tuang kastard ke atas karamel yang telah dimasukkan ke dalam loyang pengukus. kukus selama 30-35 minit sehingga masak. sejukkan selama  30 minit dan terbalikkan berhati - hati ke atas piring.

HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING

2 comments: