Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Friday, July 29, 2011

ACAR TIMUN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ...


Selamat malam semua .. eh.. eh belum apa-apa lagi dah selamat malam.. ya Allah letihnya mata ni mata dah layu baru lepas buat sambal tumis segera ..sambil tu kemas-kemas dapur sambil mata layu ke sana ke mari  .. huhu... sambal tumis yang dah ada sekarang ni dah nak habis dah.. so, sebelum kehabisan terus .. buat terus untuk stok yang baru, nanti bulan puasa ni  kang ada angin malas datang habis lahhh.. siap masak dah boleh simpan dalam peti sejuk nak guna panaskan balik je.. takut terfikir nak masak yang bertumis- tumis ni dah siap ada dah....

 ok ni haaaa wani nak share resepi acar timun yang buat hari tu dengan masak kerutuk daging sekali .. menu hari tu dah macam dekat kenduri kahwin pulak ... kali kedua buat acar timun first time buat terlebih air so tak ngap sangat dengan timun tu hehe  , sebaik-baiknya , masak awal untuk menambahkan rasa masam manis masuk dalam timun tu.... baru lah berbaloi..... resepi ni letak air 1 cawan tapi wani buat setengah cawan je sebab nanti air timun tu turun.. yang cuka tu pun wani tambah sebab 3 sudu tu tak berapa nak masuk lagi dengan timun tu.... apapun kena suai rasa ya masam manis acar timun. tu. wani rendam  hirisan timun dan carrot tu dengan air kapur  dan bukan dengan air garam .. ala macam kat tempat kenduri tu makan acar nya krakkk,, krukkk crunchy gitu...empulur dalam timun tu pun wani buang.. .Review for this recipe dah sedap ada masam manis nya ...Simple je kan bahan tapi sedap makan dengan nasi lebih-lebih lagi ada kerutuk daging tu lagiiii masukkkk ... ok lah.. check out what's the recipe .. thank you ya... wani copy paste kat sini. ok lah selamat malam!!!!!!!!


RESIPI ACAR TIMUN
SOURCE: ACAR TIMUN @MEDANSELERA84


BAHAN-BAHAN
  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar
  • 3 sudu besar cuka{ wani tambah }
  • garam
  • gula
  • 1 cawan air {wani guna 1/2 cawan dan rasanya bergantung tengok keadaan timun}
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1/2 sudu kecil biji sawi 
CARA MEMBUATNYA
  1. Bawang putih  potong 4. Mayang bawang besar
  2. Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih
  4. Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi.
  5. Masukkan air. Biar sampai mendidih
  6. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api
HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING 

3 comments:

  1. Salam ramadhan wani! eh? sapa kakak eak? hihihi... sukenyer acar tuu! tp kita ni malas selalu buat yg mentah jerr hihihi... nanti kalau rajin sesekali nak buat jugak acar mcm niii sbb kita sukeee sgt mkn acar :D

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadan Wani.Slmt berpuasa buat Wani . Moga puasa thn ni lebih bermakna dan dilalui sebaik mungkin. ni acar tempat kenduri...sedap ngunyah timun tu..

    ReplyDelete