07 June 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT "CU"

ASSALAMUALAIKUM.......


alhamdullillah, segalanya telah berakhir semalam pada 6 Jun 2010 setelah penat berhempas pulas untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar dari akad nikah sampailah kepada menghantar pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. mesti ada orang tertanya - tanya siapa "CU"? hehe .. nama tu adalah panggilan wani kepada ibu saudara wani iaitu adik bongsu abah. tahniah kepada beliau dan SELAMAT PENGANTIN BARU. sudah lama tidak bercerita-cerita dekat blog maksud wani bercuti la sebab banyak hal yang nak diuruskan sepanjang berlangsungnya majlis ini. wani pun dah terlalu penat kerana dalam seminggu asyik berulang-alik dari Peringat ke Kubang Kerian. phew mata ni pun dah lesu. ramai sanak saudara pulang ke kampung sama-sama bekerja untuk buat kenduri kahwin ni lagipun ia dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama keluarga. yang jauh pun balik yang dekat pun balik, berkumpul sama-sama


hari pertama, selesai sahaja akad nikah ibu saudara wani petang tu, terus ke dapur banyak kerja nak buat, nak kupas bawang la nak buat itu nak buat ini. sampai sana, wani dah nampak bekas- bekas jiran wani yang sama2 datang menolong. dah lama tak berjumpa dengan mereka semua. semuanya dah tua2 makcik2 jiran wani.jiran2 wani masa wani budak2 dulu dah tak kenal dah  wani ni ... dah besar kan .. memang tak cam sangat la muka hehe. bekas tok guru wani masa wani belajar mengaji Al-Quran pun ada datang menolong. memang tinggal kenangan Kubang Kerian ni.my childhood memory... huhu




oklah wani sebenarnya ingin berkongsi satu gambar kek perkahwinan masa majlis perkahwinan ibu saudara wani hari tu. kek tiga tingkat yang telah ditempah oleh ibu saudara wani seorang lagi. bagi wani nampak cantik sangat sebab dia letak aising kan, colorful lagi. tapi harga kek tiga tingkat tu RM 208.. wow mahalnya, kalau nak yang ada fondant tu harga dia dah mencecah RM 500.. lagiiiiiiiii laaaa mahal ... oooo rupanya mahal ya kek ada fondant tu. keknya biasa je .. macam kek sponge chocolate layer with buttercream. oklah ini sahajalah entry untuk hari ini.. tak sempat lagi nak tulis entry  masak yang special ... nanti next time la ya hehe.. byeeeeeeeeeee
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign