10 June 2011

SAMBAL MASAK BERSAMA KERANG




ASSALAMUALAIKUM.......

salam hari jumaat semua.. esok akan tiba pula hari sabtu... sekejapnya masa berlalu hari ni dah pun 10 Jun. sebenarnya wani dah lama nak masukkan entry pasal masakan ni tapi tak berkesempatan gara-gara hal kenduri kahwin ibu saudara terpaksalah stop sebentar... been busy masa tu .. tak sempat nak bertenet2.. ok lah nak cakap pasal resepi SAMBAL MASAK BERSAMA KERANG ni. wani dapat dekat my resepi saja search2 nak cari resepi pasal kerang pulak sebab wani memang peminat kerang.. dah lama buat masakan ni  masa adik wani balik dari KL lagi 2 minggu lebih yang lepas. bila tengok kepada nama resepi... wani ingat akan menjadi macam sambal la .. tapi pelik nampak bahan-bahannya macam nak buat sayur lemak pucuk ubi pun ada ni hehe. tapi tak apa pun, layan jer resepi ni. sedap pedas2 lemak gitu....lagi satu wani beli kerang yang telah dibuang isinya.mari kita tengok resepinya ....

SAMBAL MASAK BERSAMA KERANG
SUMBER : MYRESEPI

Bahan-bahan
  • *2 biji bawang besar
  • *15 tangkai cili burung (klu nak lagi pedas tambah lagi cili)
  • *ikan bilis segengam
  • *1/2 sudu belacan
  • *secubit garam & gula
  • santan pekat 1/2 biji
  • 1/2 kilo kerang yang telah direbus
  • bahan2 bertanda * hendaklah ditumbuk. jgn halus sangat baru sedap
Cara-cara
bahan2 bertanda * dimasukkan dalam periuk bersama dengan kerang rebus dan santan. masak sehingga mendidih. siap dimakan

SELAMAT MENCUBA


NOTA: MAKE SURE, KERANG TU BETUL-BETUL BERSIH KALAU BOLEH BERSIHKAN DAN RENDAM LEPAS TU TOSKAN RENDAM LAGI TOS LAGI RENDAM LAGI TOS LAGI BUAT LAH MACAM TU BERULANG KALI UNTUK MENGHILANGKAN PASIR-PASIR HALUS KAT CELAH2 KERANG TU NANTI TERMAKAN PASIR PULAK.WANI BUAT DALAM 3 KALI 
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign