Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Tuesday, June 28, 2011

NASI GORENG KAMPUNG

ASSALAMUALAIKUM......

Ada sesiapa tengok rancangan EKSPEDISI CHEF WAN semalam tak.. hahaha .wani tak habis - habis gelak.. Chef Wan ni kalau dia start bercakap pot...pet,,, pot.. pet... jawabnya tak berhenti la sampai ke malam hehe.... wani suka tengok gelagat dia tu .. so funny suka menyakat orang ... memang Datuk Chef Wan ni idola wani sejak wani kecil ..jauh betul perjalanan Chef Wan sampai ke Paris ....wahhhhh ... siapa yang tak nak ke sana .. wani pun nak pergi ... tapi persoalannya bila la nak pergi ke tempat romantiko macam tu XD.

ok.. stop..stop .. hari tu wani ada masak NASI GORENG KAMPUNG . terasa dah begitu lama tak makan nasi goreng kampung ni. tapi kan rata-rata wani check kat resepi nasi ni kat myresepi.. rata-rata bahan-bahannya tak masukkan belacan.. bukan ke nasi goreng kampung ni letak belacan kan nak lagi menyengat .. betul kan  dan ada bermacam-macam versi pulak tu ... tapi yang wani buat ni tak cukup bahan  buat apa yang ada bahan kat dapur .. apa apapun layan jer nasi goreng ni bila dah lapar kan, perut dah berbunyi orang dah tak rasa nasi goreng ni cukup bahan ke tak hehe... let's we see what's the recipe. copy and paste from the myresepi website .. thanks for sharing ..... memang marvellous ...



NASI GORENG KAMPUNG
PREPARED BY: WANI 
SOURCE: MYRESEPI 



Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 pinggan nasi putih, 
  • 10 ekor ikan bilis,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 4 ulas bawang merah 
  • 5 batang cili padi(bagi yang gemar pedas),
  • 1 inci belacan,
  • 1 biji telur,
  • serbuk lada hitam,
  • secubit garam(secukup rasa), 
  • 2 batang sayur kangkung, 
  • 4 ekor udang(dibersihkan dan dibuang kulitnya) nak gantikan dengan hirisan ayam pun ok je

Cara-cara

1.Tumbukkan bawang putih, bawang merah, cili padi,belacan dan garam(tidak perlu begitu halus)
2.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis yang telah dibasuh sehingga garing.
3.Masukkan bahan yang telah ditumbuk hinnga naik bau.
4.Masukkan udang dan sotong,goreng hingga masak.
5.Masukkan telur,kacau seketika lalu masukkan nasi yang telah dihancurkan.
6.Masukkan sayur kangkung,kemudian serbuk lada hitam secukup rasa.


 HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING

1 comment:

  1. saya dah cuba , jadi juga rasanya mcm dekat kedai ..

    ReplyDelete